Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Kuey Teow Goreng Sardin

Assalam, remember about the tahlil yang my guys pergi sebelum puasa kemarin?..Ok, selepas tu dia orang  ada bawa balik oleh2 dari tempat bacaan tu..One of the food yang dia orang bawa adalah kuey teow goreng...pada mulanya kita ingat it was just kuey teow goreng macam biasa..sekali bila kita try sikit..ermmmm eh ada rasa macam sardinlah dalam bahan2nya tu..then kebetulan malam dah kenyang...so kita pun letaklah dalam fridge thinking the next morning ingat nak panaskan dan makan for breakfast...Sekali rupanya..my mum pagi2 lagi dah buang!!..sayangnya kita kata..huhu..menangis tak berlagu..Kita bertekad nak buat sendiri ...
So macam biasa, kita kalau nak buat recipe yang belum pernah kita masak kita akan google mana tahu ada recipenyakan...tapi mostly recipe menggunakan sambal sardin aje then add on with the rest of ingredients..so base on that kita adjustlah ikut rasa2 apa yang kita rasa kuey teow yang dah kena buang tu..So below recipe adalah apa yang kita came out with...
Alhamadullilah..bertambah2 anak2 & Mr Hubby makan..Hasif tanya ada lagi tak..then Mr Hubby cakap nanti masak lagi...Kita tanya dia orang sedap ke?..Dia cakap sedapp..hehehe...
Imagine lepas tu dah 3 kali kita masak kuey teow goreng sardin ni...kalau teman2 nak cuba silakanlah ya...:)

Kuey Teow Goreng Sardin
Tried & Tested:-Ayu@curlybabsesatisfaction
Bahan:-
1kg kuey teow
1 tin sardin -270g ambil isinya sahaja buang tulangnya juga.
3 keping fish cake dihiris nipis
3 biji bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang merah dihiris
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil halia kisar
2-3 sudu besar jus limau
1 senduk nasi cili kisar
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
air secukupnya
garam & perasa secukupnya
kicap manis (optional) - Ayu tak letak

Cara:-
Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar hiris hingga naik bau dan layu. Tolak ketepi kuali, masukkan cili kisar, halia kisar, bawang kisar, tumis lagi hingga garing. Kaup balik bawang hiris tadi dan gaul rata. Masukkan ikan sardin sahaja, jus limau kacau dan hancur2kan. Masukkan fish cakes. gaul lagi. Kalau kering tambah sedikit air. Masukkan kuey teow, batang sawi & gaul rata. Perasakan dengan garam & serbuk perasa, kicap manis(Optional). Masukkan sawi, taugeh gaul rata. Bila dah sekata dan secukup rasa, boleh matikan api. Siap untuk dihidang.

Monday, July 14, 2014

Mee Bandung II

Mee Bandung ni kita buat hari tu untuk berbuka....Selalu kita buat seorang seorang..kalau nak makan baru buat...kali ni kita buat sekali harung, masak kuahnya sekali untuk 3-4 orang makan. Yalah kalau buat satu2..bila bunyi azan dah kedengaran, mee belum siap, ada yang kena gegar meja makan kita..hahaha...So kalau nak buat sikit please adjust mana yang patut ya..:)

Kali ni kita letak udang kering dalam bahan2nya..selalu..buat tak letak pun, main letak apa yang ado aje..hehe..Ada juga recipe mee bandung yang diletak kacang tanah..kalau tak silap Mee Bandung Muar kan.. Kita pernah makan yang kat Muar tulah..tapi time tu kita kecil lagi..masih hingusan lah kira..Waktu time arwah atok kita masih ada lagi..Kalau balik kampung, mesti pergi ke bas station Muar tu..naik bas Express satu keluarga..maklum ler tak ada kereta..so kalau balik kampung mesti naik bas..beli tiket Malacca Singapore Express dan bas tu akan turunkan kami di bas station bandar Muar. Kalau tiket bas Express dah habis, kami terpaksa naik bas 'sangkut'2.. Dari Singapore - Johor Bahru - Air Hitam - Muar. Waduh those were the days..
Mee Bandung II
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:- (3-4 orang) 
Mee Kuning secukupnya
250-300g daging dihiris ikut suka, direbus dgn air & halia kisar hingga empuk, simpan airnya
20 ekor udang
2 ekor sotong
*2 biji bawang besar
*4 biji bawang putih
*3 sudu besar udang kering
*2 biji tomato
*2 senduk nasi cili kisar-ikut kepedasan
*(bahan dikisar)

1 biji bawang dihiris nipis
1-2 sudu besar tomato puree
4 sudu besar tomato sos
4 sudu besar sos tiram
1 kiub daging
air secukupnya
garam & perasa secukupnya
sawi
kobis panjang atau kobis biasa
taugeh
telur ikut suka berapa banyak

hirisan daun sup/bawang
bawang goreng
cili jeruk

Cara:-
Rebus daging hingga empuk dengan sedikit halia kisar. Ketepikan
Panaskan kuali, bila minyak panas tumis bawang hiris hingga naik bau dan layu.
Masukkan bahan2 kisar biarkan hingga naik minyak dan garing. Masukkan tomato sos, tomato puree & sos tiram serta daging yang telah direbus tadiserta udang  Bila dah sebati dan pekat, masukkan air daging, kalau tak cukup air daging boleh tambah air biasa. Masukkan kiub daging. Perasakan dengan garam dan perasa. Bila kuah dah mendidih, pecahkan telur. biarkan seketika hingga telur sedikit keras. Masukkan sayur kobis, sawi & mee. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul rata. Matikan api dan siap untuk dihidang.Taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng dan cili jeruk. Mee bandung ni sedap kalau kuahnya pekat sedikit .

Tuesday, April 22, 2014

Mee Malaya

Menu sarapan, makan tengahari, minum petang atau makan malam..bila2 pun boleh...Mee Malaya recipe ni dari buku yang sama dengan Mee Boyan..kalau diteliti bahan2nya..ia tidak menggunakan bawang putih tapi just bawang besar/merah aje dan gunakan cili hidup instead of cili kering....satu kelainan juga mee goreng Malaya ni, manis bawang dan daging serta airnya dan masam2 dari tomato sos dan tomato potong tu cukup semuanya..masam manis dan masin(garam)...Rasanya macam  mee goreng yang kita pernah beli dulu time nak masuk kerja beli untuk sarapan..heheh..Makcik tu akan bungkus dalam daun pisang harga S$2.50..bubuh telur mata lembu kat atas..perah lime juice ..aduh..slurppsss..makan sekejap aje dah habis...kena makan cepat lagi pun takut boss nampak, masuk kerja bukan nak terus start kerja tapi makan pulak hahaha..


Actually kita dah beberapa kali buat Mee Malaya during my absence  dialam maya ni..sebab bahan2 dalam tu ada daging..itu yang sekejap aje habis bila digoreng..Kalau nak cuba sila2kan lah ya..oh ya Mee Malaya ni tak ada bubuh telur ..maybe kalau nak goreng telur mata lembu then put aside ajelah ya..




Mee Malaya
Sources:-From Aini Salim@Masakan Singapura
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg mee kuning
200g sos tomato-(Ayu agak2 gunakan 4-5 sudu besar )
3 biji tomato dipotong 6-(Ayu gunakan 1 biji besar aje)
300g sawi-(Ayu agak2 aje)
300g taugeh-(Ayu agak2 aje)
1/2 cawan minyak
250g udang dibersihkan
250g daging- dihirs nipis-(Ayu rebus dengan sedikit halia kisar dulu)
250g sotong dibersihkan dan hiris-(Ayu tak ada stok)
*7 tangkai cili merah-(Ayu gunakan 20 biji cili padi merah)
*3 labu bawang besar-(Ayu gunakan 2 biji )
*(bahan dikisar)
1 kiub lembu-(Ayu tambah)
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan Hiasan:-
Limau kasturi dibelah 2
cili hijau
daun sup
daun bawang
*(bahan2 ini kalau ditambah akan  added to the taste, lagi enak)

Cara Menyediakan:-
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan daging dan sedikit air jika perlu.Biarkan seketika. (Ayu gunakan daging yang dah rebus dan gunakan airnya)
Masukkan udang dan sotong lalu balik balikkan.(Ayu masukkan sos tomato dan kiub lembu waktu ni juga) Masukkan garam lalu gaul rata diikuti dengan sawi, taugeh, tomato biji dan mee. Gaul rata dan goreng selama 5-7 minit.
Sewaktu menghidang taburkan dengan bahan hiasan.

Thursday, March 06, 2014

Mee Goreng Udang Geragau


Menu breakfast..bangun pagi..tengok disekeliling dapur..apa yang boleh dibuat sarapan ..tengok mee kuning ada dalam 1kg, tengok taugeh masih ok, sawi pulak tinggal sebatang..tengok fish cake ada sekeping aje..tengok dalam freezer..ada udang tapi besar sayang weh nak buat goreng mee..tengok sotong aduh masih keras lagi, nak tunggu sotong lembik bila nak game....last2 apa daya kita ..Ah!!!..udang geragau banyak..terus buka langkah...kelentang kelentung..Apa kau nak buat tu Ayu!!! Mak kita berteriak dari dalam bilik...Ni nak buat mee goreng geragau macam mamak yang jual kat Pasir Panjang dulu!!!..

Sambil menyiapkan bahan2 kita imagine dan recall balik macam mana rasanya tu..so inilah hasilnya mee goreng udang geragau according to my taste..Dulu kedai mamak tu jual mee goreng letak udang geragau..bila dia dah siap goreng dia akan lambakkan dalam dulang besar..then siapa2 nak beli dia akan 'kaupkan' berapa banyak mee according to berapa sen yang kita nak...Yes sen ya..kita selalu beli 30 sen dah dapat satu bungkus kenyang tau..kalau the quantity 30 sen time tu anggaran sekarang dalam S$2.00..berapa banyak peredaran nya tukan..ok nak kasi hint lagi..kalau dulu akak bawa 50 sen pergi sekolah dah cukup sekarang anak akak bawa duit S$2 ..so bayangkanlah ..akak ni dah berapa umur ya..hahaha..

Mee Goreng Udang Geragau
Sources:- Ayu@curlybabesatisfaction
700g mee kuning
1 cawan udang geragau kering dibasuh dan toskan
11/2 biji bawang besar dihiris nipis
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1-2 keping fish cake (optional)
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
taugeh secukupnya  - lebihkan sikit lagi sedap
sawi & daun kucai
garam jika perlu & perasa secukupnya

Cara:-
Tumis bawang hiris hingga naik bau dan layu. Masukkan bawang besar kisar, bawang putih kisar serta cili kisar dan tumis lagi hingga naik minyak dan garing. Masukkan udang geragau kacau rata dan biarkan hingga naik bau. Masukkan sos dan kicap, fish cake serta garam dan perasa kalau perlu. Kacau rata. Masukkan sawi atau kucai dan mee. Gaul hingga rempah sebati. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul hingga sekata. Taburkan hirisan daun sup/bawang. Siap untuk dihidang.

Wednesday, July 24, 2013

Prawn Noodles Soup

Pada suatu pagi yang tak berapa pagi..kita kena hantar Marsya ke sekolah sedikit awal kerana Marsya ada remedial lesson..kebetulan Mr Hubby pulang sekejap kerumah so dapatlah dia menghantar Marsya dan juga kita ..lepas tu kita cakap kita nak pergi pasar nak beli apa2 yang patut untuk berbuka..kita tanya dia nak buka apa petang tu..dengan tidak semena2..dia jawap..'Ah tak nak cakap lah..cakap pun bukannya awak nak buat!!''..Uish anjat gegerl bila Mr Hubby jawap macam tu..kita tanya dia..eh bila masa yang awak request apa2 kita tak buat..most of the time will diusahakan punya..''See, see you forgot!'' Mr Hubby jawap.."I've already told you that day but you refused to do instead you buat your the other mee, which is mee bandung.." wah!!!...kita jawap..sumpah tak ingat hahaha..then I paused sekejap..oh Prawn Mee is itttt?..He answered..YESSSS LAH...!!!
Wahh..dalam hati rupanya dia merajuk lahhh..hahaha..kita jawap uish dah tua2 merajuk buruknya..hahaha..Oklah kita buat...so terjadilah prawn noodles ni...:)

Bila diingat balik kita pernah cuba buat Prawn Mee recipe dari CMG..tapi recipe tu kuahnya menggunakan cili kisar, kira kuahnya merahlah kan. So based on the same recipe.. kita adjusted ikut citarasa kami iaitu, kita buat kuahnya clear. Prawn Noodles Soup yang pernah kita makan kat Singapore ni memang kuahnya jenis yang jernih, tidak ada telur rebus tapi ada fish cake dan hanya sayur sawi dan taugeh digunakan instead of kangkung..Then cilinya pula just hirisan cili padi kicap to go along with it..I would rate..the taste is almost there..alhamdullilah..(tekan lift nampak)..Oh yes, prawn stok tu kita masak dalam 1 jam tau..renehkan dengan api pelahan..so kalau nak buat kena start awal lah ya..Kita masak kuahnya pun lepas asar..untuk teman2 yang bekerja, maybe boleh cuba ni time weekendlah kan..:)

Prawn Noodles Soup
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan Untuk Stok Udang:-
1 kg udang sederhana besar, kupas kulit dan buang urat belakang udang, asingkan kulitnya
2 batang saleri, potong besar2
1 batang lobak merah, potong besar2
1 biji bawang besar, belah 4
2 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan Untuk Kuah:-
4 ulas bawang putih, diketuk
2 biji bawang besar*
5 biji bawang merah kecil*(*dikisar halus)
20 g gula batu
2 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
Garam dan serbuk perasa

Bahan Lain:-
Mee kuning dan Mee hoon secukupnya dicelur
10 biji telur burung direbus atau telur ayam
2 keping fish cake dihiris nipis
Taugeh, dicelur
Sayur sawi dicelur
Hirisan daun sup/bawang
Bawang goreng

Cili padi kicap:-
cili padi secukupnya dihiris 
kicap cair
gaulkan.. siap untuk dimakan dengan prawn noodles.

Cara membuatnya:-
UNTUK STOK UDANG:- Kulit udang dicuci bersih dan toskan. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan kulit udang dan kacau goreng hingga bertukar warna. Tuang 4 - 5 liter air dan masukkan saleri, bawang besar dan lobak merah. Renih 1 - 1 1/2 jam dengan api perlahan. Cedok keluar buih2 yang timbul untuk mendapatkan stok udang yang jernih. Kemudian tapis stok tadi, kisar kulit udang bersama saleri, bawang besar dan lobak merah hingga halus. Tapis dan satukan kedalam stok udang.

UNTUK KUAH:- Udang yang telah dibuang urat belakang tadi, dicuci bersih dan gaul dgn sedikit garam. Goreng dalam minyak hingga udang bertukar warna, angkat dan toskan (ketepikan untuk diguna kemudian). Dengan menggunakan minyak gorengan udang tadi (mungkin dah berair sikit  sebab air udang.. tapi tak apa) tumis bawang putih hingga wangi, masukkan  bawang besar dan bawang merah kecil yang dikisar tadi. Tumis hingga pecah minyak. Tuang tumisan kedalam stok udang dan jusnya tadi(macam tumis darat gitu). Gaul hingga sebati. Masukkan kiub ayam, fish cake dan gula batu, biar mendidih. Perasakan dengan sos tiram, kicap cair, garam dan serbuk perasa. Renehkan dengan api kecil.Bila mendidih, boleh kaup fish cake yang telah masak keluar dan ketepikan untuk digunakan kemudian.

PENYEDIAAN Prawn noodles:- Celur mee hoon hingga lembut, begitu juga mee kuning. Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan sedikit mee hoon dan mee kuning, tabur taugeh, dan sawi. Tuang kuah hingga hampir memenuhi mangkuk, hias dengan telur rebus, udang goreng, fish cake hirisan daun sup/bawang, bawang goreng. Sudukan hirisan cili padi kicap cair ke dalam mee untuk rasa lebih enak dan balance.

Friday, July 19, 2013

Mee Boyan

Kalau hari tu roti boyan, kali ni Mee Boyan pulak..hehe seriously first time dengar ni..kenapa kita cuba mee ni pertama adalah kerana namanya..kedua adalah kerana nak tahu apa rasanya dan ketiga sebab dah buntu tak tahu nak buat apa for iftar..hahaha..sabor ajelah kan..

Mee ni kita dapat recipenya dari buku masakan puan Aini Salim - Masakan Singapura..
Banyak juga recipe2 asal dari Singapura disiarkan dalam buku ni..
Kita realised half way recipe ni tak gunakan telur..yalah kita ni kalau goreng mee yang biasa2 tu mesti nak masukkan telur .. macam tak cukup syarat kalau tak ada telur..hehe..
Anyway, nak buat pun senang dan yang pasti anak2 suka makan sebab tak pedas sangat pada mereka..basically recipe ni very simple aje its just a bit different from the normal mee goreng kita selalu buat..
Teringat dulu waktu kita tinggal diPasir Panjang, ramai jiran2 kita orang bawean..suka dengar bila dia orang bercakap..ada siapa2 teman yang singgah sini orang bawean?..

Mee Boyan
Sources:-From Aini Salim
Tried, Adjusted & Tested:- Ayu @curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg mee kuning
2 keping tauhu dihiris kasar kemudian digoreng ketepikan
10 ekor udang sederhana
1-2 keping fish cake
1 biji bawang besar dihiris nipis
tauge secukupnya
sawi  secukupnya
150g daun bawang dan daun sup cuci kemudian potong panjang 4cm-(Ayu potong pendek2 aje)
2 sudu besar cili kisar
*10 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*2 sudu besar belacan serbuk
*1 sudu besar serbuk lada hitam
(*bahan dikisar)
minyak untuk menumis
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak tumis bawang besar hiris hingga layu dan naik bau. Masukkan bahan kisar, dan biarkan hingga naik bau dan garing. Masukkan fish cake, udang dan tauhu gaul rata hingga bahan2 meresap rempahnya, perasakan dengan garam & serbuk perasa. Masukkan mee daun sup & bawang, sawi dan taugeh. Gaul rata. Bila dah sebati. Matikan api dan siap dihidang bersama hirisan timun dan sos tomato.

Tuesday, July 16, 2013

Mee Hoon Goreng Putih II & Sambal Rojak Ulik

Assalam, tiap2 hari buntu nak masak apa lah weiii..bila tanya rakyat jelata, semua cakap tak tahu..last2 Mr Hubby sounded goreng mee hoon putih sudah lah..tapi letak LOTS of DAGING..!!
oklah tu dah kasi idea so senang sikit nak buat kerja..hehe...
Cili jeruk mesti ada for this or else tak pedas tak bestlahkan..anak2 suka juga mee hoon goreng macam ni..Bulan puasa ni mee, taugeh, telur memang laku betul ..kalau pergi kedai beli lambat sikit  taugeh dah habis..hehe..

Mee Hoon Goreng Putih II
Tried & Tested:Ayu@curlybabesatisfaction  
Bahan:-
11/2 bungkus mee hoon(400g-600g)
7-8 ulas bawang putih-dikisar
6 ulas bawang kecil -  dihiris
300-500 gm daging lembu (dipotong nipis dan rebus dengan sedikit halia kisar hingga empuk simpan airnya)
10 ekor udang sederhana besar
4 ekor sotong sederhana besar
3-4 keping fish cake (hiris)
secukup sayur sawi
sedikit taugeh
beberapa titik minyak bijan
1-2 sudu makan sos oyster
1-2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan lada putih serbuk
garam & serbuk  perasa
bawang goreng
cili jeruk (klik kalau nak recipe)

Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hingga naik bau, masukkan bawang putih kisar..Kemudian masukkan,fishcake dan daging rebus.Kacau sebentar lalu masukkan sotong dan udang. Bubuh sedikit air rebusan daging.Masukkan sos oyster, minyak bijan, kicap cair, garam, serbuk perasa dan kacau rata.
Seterusnya, masukkan lada putih serbuk, .Sesuaikan rasanya mengikut citarasa.Gaul sehingga rata. dan masukkan mee hoon. Kacau lagi dan masukkan sayur2 dan taugeh.Gaul rata dan taburkan bawang goreng dan ratakan.  Matikan api dan siap untuk dihidang.
Saya suka hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng lagi dan lada jeruk cili padi.


Teringin pulak nak buat rojak ulik..teringatkan recipe sambal rojak ulik dari Kak Asmah kat facebook..cuba recipe Kak Asmah pulak..ermm sedap..pedas, manis, masam tu kena adjust sendirilah ya..Kita makan dengan mee hoon goreng  putih nilah..Terimakasih kak for the recipe..kita panjang2kan disini pulak ya..

Mangkuk Ulik yang kita ada ni mak kita punya..hehe ..beli pun dah lama, tak salah beli kat Geylang, time tu pasar Geylang belum revamp lagi..so kalau sekarang nak cari kita pun tak tahu kat mana dalam pasar Geylang tu sebab dah semuanya bertukar baru...

 
Sambal Rojak Ulik
Sources:-From Kak Asmah
Tired & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 bj cili kering buang biji rendam dengan air panas hingga lembut
5 biji cili api(nak pedas boleh tambah)
1 mangkuk kacang tanah(sangai dan kisar atau tumbuk separuh halus)
5-6 sudu gula(kena lebihkan gula kalau kurang perisa)
3 sudu air asam jawa(ramas dengan air masak)
3 biji limau kasturi(ambil jusnya)

sedikit belacan-(Ayu tambah)
1/2 atau lebih sikit petis udang(boleh beli dipasaraya)-(Ayu suka gunakan yang dari Penang)

Kalau tak ada bekas macam dalam gambar tu boleh masukkan kesemua bahan kedalam pengisar kecuali kacang tanah.dah sebati keluarkan ,masukkan kedalam mangkuk dan boleh dicampurkan dengan kacang tanah tadi.
  

Untuk bahan rojaknya:
sebiji nenas sederhana besar(buang kulit dan bersihkan)
sebiji timun,sengkuang dan mangga muda (kalau suka)
kangkung bersihkan dan dicelur
tauge dicelur
tahu digoreng
Selamat mencuba.


Monday, April 15, 2013

Maggi Goreng Bersosej Kari


Dapat panggilan dari JB, sister in law  dengan anak2nya nak datang during cuti sekolah seminggu kemarin..(Singapore time tu dah buka sekolah)..Kebetulan time tu kita tak masak..dan sibuk buat order kuih talam from another sister in law...so korek2 apa yang ada dalam fridge dan pantry..terjumpa maggi dan sosej serta taugeh dan sawi yang hampir nak kuning daunnya..lepas dipilih mana yang dapat diselamatkan, kita terus ke blog kak Ummi..sebab kita tahu kat dapurnya ada banyak recipe maggi goreng yang belum dicuba lagi..kalau dikira ini kali ketiga kita mencuba maggi goreng kak Ummi yang kesemuanya licin hingga the last taugeh...hahaha...
Alhamdullilah sedapp maggi goreng ni..anak2 saudara kita makan dengan seleranya..lagi2 ada sosej yang budak2 suka kan...Anak2 kita pun sukaa juga...basically lakulah maggi goreng macam ni to them...Terimakasih kak Ummi, for sharing recipe yang marvelous ni..minta izin dipanjang2kan disini pula ya..

MAGGIE GORENG BERSOSEJ KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:- (untuk 6 - 8 orang)

  • 6 paket maggie kosong (dipatah-patahkan kecil)-(Ayu gunakan 10 keping)
  • 5 batang sosej ayam - dipotong kecil menyerong-(Ayu gunakan 7)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 5 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang lobak merah - dihiris halus
  • secekak sawi - dikerat-kerat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis ABC
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 2 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak untuk menumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau sebentar.
  3. Masukkan kicap, sos cili dan sosej ayam dan gaul sebati.
  4. Masukkan lobak merah dan air secukupnya.
  5. Bila mendidih, masukkan maggie yang dipatah-patahkan tadi dan kiub pati ayam. Gaul rata hingga maggie nampak sudah kembang masak dan mengering.
  6. Masukkan sawi dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga maggie benar-benar masak.
  7. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, April 02, 2013

Mee Goreng Cili Padi

Haish bila ada menu mee ni..time nilah kita tak ada idea atau tak ada mood nak masak..sebelum 'anak burung' berteriak nak makan baik kita goreng mee dulu sebelum idea datang ..hehe..ermm rumah kita ni bukan boleh lambat masak sikit..kalau lambat mesti macam anak burung lah..cip..cip..cip bising..mintak makan..so kita masak ni ..pulak time cuti sekolah 2 minggu yang lalu..Of cos, Marsya tak boleh makan ni sebab ada cili padi dalam bahan2nya..buat Marsya, kita just asingkan goreng mee yang tak pedas for her..:)

Mee Goreng Cili Padi
Tried & Tested:-Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg mee kuning
1 biji bawang besar dihiris
*1 biji bawang besar
*4-5 biji bawang putih
*1/2 cawan udang kering
*1 ketul cube ayam
*segenggam cili padi-atau ikut kepedasan
10-15 ekor udang sederhana besar
2 keping fishcake dihiris
1/2 biji kobis kecil dihiris sederhana kasar
sawi & taugeh secukupnya
segenggam bawang goreng
3-4 biji telur
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Kisar bahan2 bertanda*. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris hingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar dan biarkan hingga naik bau dan garing. Masukkan fishcakes & udang gaul rata. Masukkan garam & perasa. Pecahkan telur dan biarkan sekejap supaya telur mengeras sedikit barulah dimasukkan sayur kobis dan batang sawi. Masukkan mee dan gaul rata. Bila dah sekata, masukkan taugeh dan bawang goreng dan gaul lagi hingga semua rempah sekata.Matikan api dan siap untuk dihidang.



Wednesday, February 20, 2013

Mee Hailam Special

Menu yang kita buat dah lama juga untuk berbuka puasa...teringin pulak nak makan mee hailam..dah lama juga tak makan..so decided to try this one, masak pun ikut apa yang ada dalam fridge.....oklah rasanya...tapi if were to compare kita lagi suka mee bandung..heheh..walaupun begitu, anak2 suka makan ni, they tak banyak songeh bila part menu mee ni..mostly all kinds of noodles they like...so senang jugalah kalau tak ada idea nak masak lauk apa, masak mee dah cukup dah....settles for the day..:)
Terimaksih puan punya recipe minta izin dipanjangkan disini pula ya..:)
Mee Hailam Special
Sources:-From zyhananie@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan(5 orang makan)

  • 1 peket mee kuning, 
  • 5 biji bwg putih-kisar, 
  • 1 sudu makan cili kering-kisar, 
  • sedikit udang,
  • sedikit daging, 
  • sedikit ayam, 
  • sedikit sotong. 
  • Bahan sayuran, sawi pakchoy, 
  • cendawan bunape@shimeji atau apa2 saja asal cendawan, 
  • tomato. -(Ayu tak ada stok, so Ayu tambah tomato sos aje)
  • Bahan kuah: 
  • kicap manis,
  • 6 sudu makan sos tiram, 
  • 3 sudu makan tepung jagung + campur sedikit air masak
  • daun sup+bwg goreng, 
  • cili jeruk (wajib ada-utk dimakan bersama mee)

Cara

  1. Tumis bwg putih hingga naik bau, masukkan cili kering kisar. Biar garing. 
  2. Tambah air dan masukkan bahan spt ayam, daging, biar sampai lembut. 
  3. Masukkan kicap dan sos tiram. 
  4. Masukkan udang +sotong. pastu baru masukkan sayuran kecuali tomato.
  5. Bila kuah dah elok masak, masukkan mee kuning, dan tomato. 6. masukkan tepung jagung yg dibancuh air. Tutup api. Jgn masukkan garam atau letak sedikit saja sbb kuah dah masin. siap dan elok mkn panas sbb kuah cepat meresap dlm mee.


Tuesday, November 27, 2012

Mee Kolok Basah

Another, heavy breakfast which I did during one of the weekends..Sekarang ni kena fikirkan heavy breakfast or 'brunch' on every Sunday sebab, from August kemarin, Mr Hubby got to send Iqram for his tuition yang quite a distance from our house,..which starts at 12.30pm - 3.30pm which is during lunch time..so basically they got to have breakfast + early lunch..that can last at least sampai ke petang..

Tried making this Mee Kolok..memang tak rugi mencuba, berbaloi!!..Mr Hubby suka!!..one of the reasons biasalah BERDAGING..hehe..kita gunakan Yee Mee..Mee Kolok yang ni tak sama macam Mee Kolok Mukah Basah yang kita pernah buat dulu..yang ni kalau kat sini (Singapore) macam Fishball Noodles 'Dry' or Fishballs Noodles 'Soup'.. So this version boleh dikatogarikan version dry sebab soupnya diasingkan in another bowl..Yang earlier tu versi sup kot..hehe tak kisahlah semuanya dah masuk dalam perut dah..dan semuanya sedapp..
Terimakasih Dayang, akak minta izin dipanjang2kan disini pula ya..

Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Tried & Tested :-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :
  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka
Cara-cara
  • UNTUK SUP : Rebus daging(Ayu tambah sedikit halia) bersama perencah sup,+(Ayu tambah cube daging) garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.


****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)

Friday, November 16, 2012

Makaroni Goreng Daging Pedas

Makaroni goreng daging ni..kita goreng bila semua rakyat jelata ada dirumah..kira our Sunday heavy breakfastlah gitu..Macam biasa juga kalau berdaging tufaham2 ajelah kan..heheh bila ada daging dalam makaroni ni..bukan main 'riang' orang tu..dan bukan main makan lagi..hehe bertambah tau awak..haha...Makaroni ni memang  kita goreng ada sedikit pedas..as for Marsya, kita asingkan sedikit dan goreng letak kicap for her..


Makaroni Goreng Daging Pedas
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
500g makaroni(1 packet) -(ikut suka nak pattern apa) direbus hingga empuk(ikut packaging timing) dengan sedikit garam & minyak masak, toskan dan bilas dengan air paip.
250g daging yang telah direbus dengan sedikit halia kisar
10 ekor udang sederhana besar
1 cawan sayur campuran
*2 biji bawang putih dikisar
*2 biji bawang besar dikisar
*10 sudu besar cili kisar-Ikut kepedasan
4 sudu besar air asam
1 sudu besar gula
3 biji telur
garam & perasa secukupnya 
daun sup/bawang secukupnya

Cara:-
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata hingga sekata, dan biarkan seketika hingga bahan kisar meresap kedaging. Masukkan udang, sayur campuran, air asam, garam, gula & perasa.Pecahkan telur, biarkan mengeras sedikit, baru masukkan makaroni. Gaul hingga sebati dan sekata. Bila dah sekata, boleh matikan api. Taburkan dengan daun sup/bawang sebelum dihidang.

Friday, July 27, 2012

Claypot Mee

Sementara menunggu kuih yang nak buat berbuka petang nanti naik kita masukkan entry ni lah ya..Menu berbuka yang ke 3 or yang ke 4 ..heheh dah lupa..maklum lah this year kita update dapur maya kita ni for Ramadan tak ikut sequence macam tahun2 yang sudah..kira tengok puan tanah kedaung punya moodlah mana yang ada dan mana yang nak masukkan  ..kalau ikut sequence, kita rasa macam terpressure pulak, memandangkan kita update pun belum tentu hari2 so macam last year..my update terberhenti disomewhere iftar yang ke 13 lepas tu macam on off my updates..hehe..so just follow the flowwww ajelah ya..haha kalau ada updates adalah kalau tak ada buat bodoh saje...wakakaka...

Recipe this time buat mee claypot, kalau nak ikutkan claypot kat rumah kita ni ada satu tunggal kat atas ni aje..haha..maklum ler nak simpan pun tak ada tempat, so just buy one buat main2 aje..hehe..walaupun mee ni dimakan dalam claypot, tapi ia boleh juga dimakan terus dalam mangkuk biasa aje haha..saja aje nak kasi gempak kan..Recipe pun sudah lama disimpan dalam library kita, bahan2 pun ikut apa yang ada dalam fridge kitalah.. ..Terimakasih to Chef Tania for sharing mee claypot yang sedappp sangat ni..Minta izin dipanjangkan disini pula ya..

CLAYPOT MEE
(2 Medium  Claypot Serving)
Sources:-From Chef Tania
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2nya:-
1/2 Kg Mee kuning
sedikit bunga kobis dipotong kecil
1/2  batang lobak merah dihiris
5 keping fresh cendawan shitake dihiris-(Ayu tambah)
10 biji kacang snowpeas dipotong 2-(Ayu tak letak ni)
5 biji jagung muda dipotong 2-(Ayu tak letak ni)
5 batang kailan atau sawi dipotong 2" panjang-(Ayu gunakan sawi aje)
10 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong dipotong ikut suka atau bulat
1 keping fishcake dihiris nipis
1/2 kg remis-(Ayu tak letak ni)
2 hirisan halia muda dihiris nipis
1200 ml stok ayam-(Ayu gunakan cube ayam dan tambah air aje)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat atau kicap masin
sedikit lada sulah
beberapa titik minyak bijan
2 sudu besar minyak bawang putih-(Ayu tak letak ni, tapi Ayu gunakan bawang putih cincang untuk menumis)
sedikit pemekat- 3 sudu bear tepung kentang atau jagung dicampur dengan 1/2 cawan air-(ikut nak pekat macam manalah ya)

Cara2nya:-

1. Panaskan minyak bawang putih(Ayu gunakan minyak biasa  dan tumis bawang putih cincang aje) dan masukkan hirisan halia, hingga naik bau. Masukkan stok ayam dan biarkan hingga mendidih.Masukkan udang, sotong dn diikuti dgn bahan2 sos, minyak bijan dan lada sulah.
2. Masukkan sayur2 yang keras dulu diikuti dengan sayur lembut. Kemudian masukkan mee kuning dan bahan pemekat.
3. Panaskan mangkuk claypot dan tuangkan bahan2 mee  kedalam mangkuk claypot, tinggalkan sedikit kuahnya dan masukkan remis tadi dan masak hingga kulitnya terbuka dalam 5 minit dan tuangkan kedalam mangkuk claypot yang mengandungi mee tadi. Hidangkan waktu panas2..serve with cili jeruk  the best!!

Monday, July 23, 2012

Mee Hoon Goreng Hailam & Cili Padi Jeruk

Ini menu berbuka puasa on the first day Ramadan..mee hoon aje..bak kata pepatah..baru nak  warm up ni..so ini yang termampu kita hidangkan..hehe..tapi kali ni kita cuba mee hoon  goreng hailam..adjusted here & there..alhamdullilah sedapp.. Mesti nak ada daging..taulah siapa yang suka makan daging tu...OK, silakan semak recipe kalau ada yang sudi mencuba  ya..bulan2 puasa ni otak macam jammed nak berkata2..hahaha

Mee Hoon Goreng Hailam
Bahan:-
600g mee hoon direndam beberapa jam dengan air sejuk dan toskan
200g daging dihiris & direbus + sedikit halia hingga empuk(fungsi halia supaya daging tak hamis)
150g isi ayam atau dada ayam dipotong cube atau hiris-(dilumurkan  dgn air asam supaya tak hamis)
beberapa ekor udang ikut suka
2 keping fish cake dihiris
sawi , taugeh & kobis panjang ikut suka
4 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang putih diketuk 
beberapa cili padi diketuk (optional)
3 sudu besar cili kisar

5- 6 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada sulah
1 cube ayam atau serbuk ayam
beberapa titik minyak bijan 
minyak masak biasa
garam + perasa secukupnya kalau perlu

Cara:-
Panaskan minyak masak biasa dan tumis bawang putih, cili padi & bawang hiris hingga naik bau..Masukkan beberapa titik minyak bijan, cili kisar dan biarkan hingga cili garing sedikit. Masukkan bahan2 sos,  kacau rata dan masukkan daging, daging ayam dan fish cake..biarkan seketika hingga daging serap sos2nya rasa apa yang kurang kalau perlu tambah garam & perasa tambahlah ya....Masukkan udang gaul hingga sebati dan ..pecahkan telur dan biarkan seketika..agak2 telur dah mengeras sedikit masukkan mee hoon yang telah ditos tadi..gaul rata sehingga sos dan telur semua sebati..Masukkan sayur2 sawi dan kobis panjang gaul rata. Akhir sekali masukkan taugeh gaul hingga sekat dan matikan api..siap untuk dihidang bersama cili jeruk.


Cili Padi Jeruk, yang mesti ada stok kat rumah ni..of cos yang cili padi tu kita punya..yang cili hijau Mr hubby & my parents punya...cili jeruk ni kita suka bila cilinya garing2 sikit ..kadang2 kalau dah lama tak makan cilinya akan jadi lembik, part yang tu kita dah tak suka dah..heheh I rather buat yang baru..anyway nak buatnya pun senang so buat pun sikit aje..Ini how I did minelah ya..kita tak masukkan cili terus serta merta lepas air cuka tu mendidih tapi biarkan ia sekejap lepas tu baru masukkan cilinya..

Cili  Padi Jeruk
Bahan:-
segenggam cili padi + 4-5 cili hijau dihiris bulat 
1/4 cawan cuka
1 cawan air
1/4 cawan gula
garam secukup rasa
Masak bahan2 atas kecuali cili padi atau cili hijau. Bila mendidih matikan api.
Ketepikan periuk Biarkan dalam 2 minit barulah masukkan cili2 tadi..Kita buat macam ni sebab nakkan cilinya rangup bila digigit dan bukannya lembik ..Insyaallah bila dibiarkan seketika, cili akan berubah warna..Bila dah sejuk betul2 barulah boleh masukkan kedalam bekas yang tertutup or botol..Siap dan bolehlah dihidangkan dengan mee goreng, nasi goreng atau mee sup atau sewaktu dengan nya..

Thursday, June 21, 2012

Mi Wanton Goreng

Balance dari buat Mi Wanton Sup hari tu, kita ada extra 1 packet yang belum dibuka, so decided to try this recipe pulak, Mi wanton goreng..mi ni memang sesuai untuk anak2 yang tak makan pedas, sebab tak pedas langsung..heheh..cuma orang tua kena lawankan hirisan cili padi + kicap cair lah baru ada kick...

Kalau ikut recipe meenya direbus 1/2 masak aje..tapi kita dah rebus terus masak..haha..dahlah meenya gemuk sedikit, kalau tengok gambar dalam buku, seharusnya meenya tu kurus2 sikit..alahai bolehlah nyah..


Mi Wanton Goreng
Sources:-From Puan Arni Maoni
Bahana:-
4 gulung mi wanton- (direbus setengah masak dan ditoskan dicuci denga paip dan gaul dengan 1 sudu makan minyak)

*120g daging ayam-dihiris-(Ayu gunakan daging ayam cincang)
*120g udang
*1/2 sudu teh kicap cair-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
*1/4 sudu kecil lada putih serbuk-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
*garam dan sedikit minyak bijan
(*Gaul dan perap)

10g cendawan kering-rendam dengan air panas-(ayu gunakan cendawan tiram aje)
1 batang lobak -dihiris-(Ayu tak letak)
150g sawi hijau-dipotong
80g kobis cina-dipotong
6 biji bawang kecil-dihiris
4 biji bawang putih dicincang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan air
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh garam

Cara:-
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan cendawan.Masukkan ayam dan bahan2 yang perap, sayur2ran, mi dan sos. Kacau rata. Hias dengan daun bawang, daun ketumbar, bawang goreng dan cili merha yang hiris.(Ayu lawankan dengan cili padi + kicap cair)

Thursday, June 07, 2012

Prawn Noodle - Mee Kuah Udang

Masak mee ni pun dah lama juga..baru ni dapat upload...kita teringat lagi time kerja dulu..suka sangat makan prawn mee yang kat kedai kopi infront of Bugis junction during lunch time ..cant remember the name tapi belakang dia tulis coffeeshop..sanggup dari office kita di Kallang, naik bas pergi situ makan prawn noodles dia orang..sedapp..

Itu yang kita cuba buat prawn noodles ni..actually dulu pernah buat juga tapi recipe dari CMG, here, lebih kurang juga rasanya..dua2 sedapp ..Kita ni apa jenis me pun tak tolak , semua kita telan...Terimaksih Kak Zah for sharing, minta izin dipanjangkan disini pula..

Prawn Noodle-Mee Kuah Udang (Harmin)
Sources:-From Pesta Perut on Warna Radio
Sources:-From Kak Azizah@cutemama delicacies
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:
500 gm mee kuning, kuih tiau atau mi hoon
500 gm udang hidup di bersihkan kepala dan kulit utk jadikan stok
100 gm sawi di potong 5 cm panjang dan celor…ketepikan
50 gm taugeh di celor sebentar saja
Telor puyuh…rebos di kopek kulit
1 tin cendawan butang
Bawang goring
Tangcai
Daun sop dan daun bawang
Cili merah di cincang halus 
4-5 sudu besar bawang putih kisar-(Ayu gunakan ini) just edited 3/8/2012
Kicap cair
Minyak utk menumis

Bahan B: Perapan
6 sudu mkn sos tiram
6 sudu mkn kicap cair
2 sudu mkn minyak bijan
2 sudu kecil lada putih

Semua bahan B di gaul rata dan di bagi 3. 1 bahagian di perap dgn udang.
1 bahagian di perap dgn telor rebos, 1 bahagian di perapkan dgn cendawan butang.

Bahan C utk kuahnya:
Kulit dan kepala udang di bersihkan.. halia sebesar ibu jari di titik… dan air 5 mangkok di rebos.. kecilkan api biar mendidih hingga jadi 3 mangkok.
Di tapis stok dan buang ampasnya.


Cara memasak kuah: Panaskan minyak, tumis paste bawang putih hingga garing dan warnanya kemerahan..masukkan cendawan butang dan telor puyuh yg dah rebos..tuangkan stok udang ked lm periok dan rasa..tambah sos tiram dan kicap cair jika kurang..tambah.. biar mendidik

Cara menghidang: ambil sedikit mee yg dah celor, taugeh, sawi, tuangkan kuah, taburkan daun sop, bawang goring, kicap cili padi dan tangcai

Thursday, May 31, 2012

Mi Sup Wanton

Last week kan kita cakap hari tu kita pergi hospital for my appointment...while waiting for my queue number, I took some magazines to read..one of them majalah Sutera(local malay magazine)..flip punya flip sekali came across this recipe Mi Sup Wanton..tengok bahan2 macam boleh diadakan, so kita pun ambillah my hp dan snap the recipe..heheh..orang sebelah tengokkan aje..heheh...

Pertama kali cuba buat  mi wanton dan buat wanton..Mr Hubby was out doing his in camp training, so he was not home for a few days dan tak dapatlah dia merasa.. My dad & me boleh terima, my boys pun boleh juga, same goes for Marsya,, tapi budak2 tu tak makan wantonnya maybe sebab ada shitake mushroom dalamnya..kita buat wanton gunakan udang dan shitake mushroom aje..my mum langsung tak nak cuba..hahaha....biasalah kalau yang pelik2 ni kan..tak boleh dia nak telan..

Apa2pun, mi wanton ni sedap kalau dimakan dengan hirisan cili padi & kicap cair, barulah bangkit rasanya..kalau tidak rasanya very bland aje..yalah sebab mostly direbus aje..Wanton tu kita terlupa nak snap close up, maklum ler tak reti nak bungkus wanton cantik2..asal berbungkus dan melekat jadi ler..hehe

Mi Sup Wanton
Sources:-From Majalah Sutera Feb 2012
Bahan:-
400ml stok ayam-(Ayu buat lebih)
25g ikan sole kering(boleh didapati di pasaraya)*-(Ayu tak letak ni)
25g ikan bilis-(Ayu gunakan sllverfish-ikan bilis yang halus 50g)
50g kacang soya-(Ayu gunakan 100g)
garam & perasa secukupnya
butiran perisa ayam secukupnya
250g mi wanton
100g sayur kailan-(Ayu gunakan sawi pendek jepun aje)
10 keping wanton udang
100g isi ayam direbus dan siat atau hiris

Cara:-
1. Rendam kacang soya dengan ikanbilis selama sejam. Kemudian tapis.
2. Masukkan kacang soya, ikan bilis, ikan sole kering dan stok ayam didalam periuk. Masak sup
selama 2 jam. Tapis kemudian perasakan dengan garam dan buitran perasa ayam.
3. Celur sayur kailan/sawi, wanton udang dan mi wanton didalam air panas sehingga masak.
4. Untuk menghidangkan, bubuh mi wanton, sayur kailan/sawi , wanton udang da isi ayam dalam mangkuk.Tuangkan sup. Jika sukamasukkan hirisan cili merah.

*Jika payah mendapatkan bahan ini, ia boleh ditiadakan..

Bahan untuk membuat stok ayam:-
500g gram tulang ayam-(Ayu gunakan boneless chicken leg)
1 liter air-(Ayu lebihkan)
50g bawang besar, dibuang kulit dan dipotong kasar kasar.-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar)

Cara:-
Masukkan semua bahan didalam periuk dan rendidihkan selama 45 minit. Jika perlukan stok yang lebih pekat, rendidihkan ia untuk tempoh yang lebih panjang.

Bahan untuk membuat wanton udang:-
50g isi ayam cincang-(Ayu tak letak)
75g udang dibuang kulit dan dipotong dadu.
1/2 biji telur
10g daun bawang & sup dihiris
kulit wanton secukupnya
sedikit minyak bijan
garam dan serbuk lada putih secukupnya.

Cara:-
Didihkan air didalam periuk. Satukan sesemua bahan dan perasakan dengan minyak bijan, garam dan serbuk lada putih. Bubuh sedikit inti ayam & udang ditengah2 kulit wanton, basahkan tepi kulit dengan sedikit telur yang telah dipukul dengan agrfu. Kemudian punjutkna kulit wanton. Rebus wanton dalam air panas sehingga masak.