Thursday, November 17, 2011

Kurma Sosej

Kerana kebuntuan memikirkan lauk apa nak dimasakkan untuk anak2..Since sosej banyak dalam fridge & since anak2 pun ok dengan sosej....kita cuba pula kurma sosej ni.. .bolehlah dia orang makan no questions asked...sebab tak pedas punnng..

Kurma Sosej
Sources:-From mesra.net
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 batang sosej ayam-(Ayu gunakan 10 batang)
2 cawan santan pekat-(Ayu gunakan 1 cawan/kotak aje)
1 cawan air
4 sudu besar minyak sapi

4sudu besar rempah kurma-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
5 ulas bawang kecil (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
Sedikit halia (dikisar halus)

1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
3 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 2 aje)
2 biji tomato (dipotong 2)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2) +beberpa biji cilipadi dicampak aje-(Ayu tambah)
Garam secukup rasa
1 sudu besar ikan bilis (dikisar halus)-(Ayu gunakan 1/2 cube ikan bilis)
3 keping asam keping
-(Ayu gunakan 1 keping kecil)
 
Cara:
Panaskan minyak sapi & tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis sehingga naik aroma. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit
air. Biarkan sedikit matang, masukkan sosej, ikan bilis & asam keping. Campurkan air & santan pekat. Kacau sehingga mesra. Tunggu hingga mendidih, masukkan tomato, cili hijau & garam. Biarkan lagi sehingga mendidih. Angkat & hidangkan.

Udang Putih Halus Goreng Cili Padi

Bila nampak recipe ni kat dapur Kjee, kita macam tergoda nak cuba..sebab selama ni kalau nampak udang putih yang kecil2 ni..memang confirm kita tak beli..sebab nak mengerjakan dia ada banyak punya leceh..then bila Kjee kata, just gunting aje 'misai/janggut' udang yang panjang2 tu, tumis bahan2 tumbuk dan just masukkan udang bersama dengan kulit2nya sekali dan goreng hingga garing..lagilah nak cuba..bayangkan bila pergi supermarket udang nilah yang kita cari dulu..walhal dulu tak pandang pun..heheh..bila dah masak banyak ratah dari buat lauk..my mum pun cekup satu2 masuk mulut..
Thanks Kjee for sharing this minta izin di letakkan recipenya disini pula ya....you know what, sekarang my mum kalau pergi supermarket..dia akan capai udang ni..masuk dalam bakul..hahaha..


Udang Putih Halus Goreng Cili Padi
Sources:-From Kjee@Dapur Kjee
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN2NYA:
500 gms udang putih halus
segenggam cili api (kalau tak nak pedas sgt kurangkan)
2 labu bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih
asam jawa

minyak





 

CARA MEMBUATNYA:
Cuci udang bersih2 dan toskan. Kalau janggutnya panjang sangat kauplah dalam segenggam dan gunting. Buang. Buat sampai tak de janggut tinggal misai jer. Hehehe. Tumbuk cili api hingga halus. Kemudian tumbuk bawang berserta bawang putih. panaskan kuali. bubuh kira dua atau tiga sudu minyak dan tumis bahan tumbuk sampai setengah garing. Masukkan sedikit air asam jawa dan udang, garam dan sedikit serbuk perasa. Goreng sampai udang betul2 garing dan ranggup. Kalau guna cili api warna hijau maka lauk tu warna hijau lebam gitu, kalau guna cipi api merah, cantiklah merahnya. Kalau tak suka pedas, boleh gak guna cili merah atau cili hidup. Sedap sangat makan panas2 dengan nasi tau.

Tuesday, November 15, 2011

Ubi Goreng Berempah

Menu berbuka dibulan puasa..goreng ubi letak rempah2 dan gunakan tepung macam goreng pisang gitu..recipe my mum..sesuai dibuat sarapan, minum petang atau bila2 nak makan lah..hehe..kalau dapat ubi yang empuk memang sedapp ni..

Ubi Goreng Berempah
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan
  • 2 btg ubi kayu
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1-2 sudu besar kunyit serbuk 
  • 1 sudu besar serbuk  ketumbar 
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • Garam 
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur
  • air secukupnya
  • Minyak utk menggoreng
Cara:
Ubi kayu di potong panjang2  atau ikut suka dan bersihkan Gaul semua bahan kecuali ubi. Bancuh macam nak buat goreng pisang. Bila dah sebati.masukkan ubi dan perap sekejap. Kemudian di goreng garing. Siap untuk dihidang.

Friday, November 11, 2011

Nasi Kuning & Ayam Sambal Hutan

Raya Aidil Adha yang baru lepas, ni kita langsung tak ambil gambar masak2 kita..even gambar disekitar dan suasana beraya dengan adik beradik & ipar duai pun tak ambik langsung..basically malas ler..hehe..entah ya sekarang ni kenapa kita berperasaan begini...macam dah tak kisah lagi macam dulu..excited every time.. nak ambil gambar especially my masak2..sekarang ni macam dah tone down kot?..yalah blogging pun dan nak masuk 3 tahun..follower pun belum sampai ribu2 lagi..hehe..tapi bukan itu yang kita kejar ya...to me now mungkin kalau ada time kita will update mana yang sempat..dan mungkin juga kerana itu..kita update a few entries at the same time, sebab nak kejarkan masa dan just want to compile as much recipes as possible for my own records & at the same time wanted to share what I have tried with the rest yang sudi kedapur kita ni..(Sorry drama mama sekejap..heheh)

Nasi Kuning ni kita masak the same day that I post entry on Nasi Jintan Putih hari tu..recipe yang dah lama terperap juga..baru ni dapat kesempatan untuk mencuba..Recipe dari dapur Puan NorAzmihah atau nama glamour Nor Terengganu..hehe..sedap juga nasi ni..dia tak muak & very mild flavoured gitu..memang boleh kena with most lauk I can say..Anak2 pun suka makan ni..memang boleh buat lagi next time...So minta izin & halal ya Nor kita panjang2kan recipe ni didapur kita pula untuk future reference..


Nasi Kuning
Sources:-From Nor@Secubit Garam
Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)-(Ayu masak 5 cawan)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus-(Ayu gunakan 1 biji)
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam +secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
sedikit pewarna kuning-(Ayu gantikan dengan 11/2 sudu kecil serbuk kunyit)
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

 


Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.(serbuk kunyit)
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.
(Ayu hidangkan dengan Ayam Sambal Hutan)

** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..

Nasi Kuning diatas kita gandingkan dengan ayam sambal hutan ni....Alhamdullilah serasi betul dengan nasi kuning ni..besides tu kita sidekick dengan papodum..Macam mana perkataan Hutan ada kat title ni kenalah jawap sendiri ya..sebab kita pun tak tahu ..heheh..

Ayam Sambal Hutan
Sources:-From Hjh Alijah Abdullah
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction.
Bahan2:-
1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
2cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
2 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu teh penuh jintan halus
15 biji lada kering
12 biji bawang merah
8 biji bawang puith
2cm kunyit hidup

Cara:-
Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat. Taburkan gula dan garam secukup rasa. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Apam Labu

Kuih yang telah dibuat dibulan puasa, tapi belum sempat untuk dimasukkan entry hinggalah kehari ini...apam yang sangat sedap  pada kami sekeluarga..my mum orang yang puji melambung kuih ni!!..Bukan senang nak dapat pujian dari my mum ni ..sebab she ada sedikit particular on certain kuih..kalau sedap dia akan cakap sedap dan kalau tak sedap dia akan cakap 'dah jangan buat lagi!'..hehe..manisnya ok to us..actually masih terasa rasa kesedapan apam ni..Sungguh lembut lagi gebu, ...

Rasa2nya ramai yang dah mencuba..dan mostly kata sedap..yes I agree with them..Terimakasih Izah daut for derhaka ing the recipe & sungguh creative, kerana menukar kepada labu ya..Congrats untuk Izah juga sebab dengar khabar di angin lalu tengah mual2 ya..heheh..take care lah dear..Terimakasih juga pada puan2 sebelum ini yang telah mencetuskan idea apam keledek/labu ni..Minta izin dipanjangkan recipenya disini pula ya..

APAM KELEDEK versi LABU
asal resepi: Madihaa@fotopages
nampak kat ratu apam: kak Ummi@homesweethome
digoda oleh: Ain@sweetthots
Perjalanan Apam ni sebelum Izahdaut tukarkan ke labu
Ayu terpikat kat dapur izahdaut@izah muffin lover
Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)-(Ayu gunakan 160g)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.