Thursday, May 03, 2012

Lemon Chocolate Indulgence

Ini lagi satu kek yang kita buat untuk birthday puan tanah kedaung pada 10 April yang lalu...disebabkan puan tanah sendiri punya birthday, so puan tanah got the right to say and decide what cake to bake..rakyat jelata tak boleh nak choose ada cream ke tak ada cream ya..heheh..so puan tanah buat cake yang pun dah lama jadi idaman..Sebenarnya tak juga..heheh kisah sebenarnya kita nak buat hazelnut opera cake, tapi disebabkan kita tak baca recipe dengan betul telur yang tidak sepatutnya dicampur dalam salah satu stepsnya tu kita sudah godak sekali, sebab ingat malas nak gunakan banyak bekas ...sekali 'ter' realised selepas telur sudah dipecahkan..kita 'pause' sekejap tengok adunan tu..kepala dah 'pinggggg' tak tahu nak teruskan ke tidak ..so ikut kata hati teruskan aje walaupun tahu kek tidak akan menjadi dengan betul..so lepas dibakar memang confirm kek ku itu dah bantat, keras macam tilam kapok  my sofa kat rumah ni..hahaha..rasa2 kalau lempar kat dinding ..dinding boleh crack!!!..

Macam biasa juga pasti ada aje misadvanture bila buat birhday cake nikan..kita buat pagi2 on the bbirthday itself..sebab ingat memang tak nak lah kelam kabut lagi macam yang lepas2..rupanya terjadi lagi..so kita dah malas nak fikir2 lagi flip buku2 masak kita yang tak seberapa, and decided on the abovelah..then bila kita tengok steps untuk buat sponge cakenya tu macam kena buat beberapa steps, kita decided to use the recipe Kek Marble Optima yang pernah kita postkan kemarin..Cuma kali ni kita adjust ikut kesesuaian kek kita ni, kita masukkan serbuk koko dan chocolate emulco aje dan tak gunakan warna lain..

Selepas cake dah siap... bila part nak buat lemon creamnya tu kita terlupa nak keluarkan whipping cream awal2 dari freezer.. benda alah masih  keras..but looking at the time, I have got no time to wait, so kita just tuang dalam mixer, mana2 yang dah cair tu..start to whisk, kita whisk lah macam nak kojol..whipping cream tidak naik!!! Dulu pernah ada teman2 blogger yang kasi tips kalau whip cream tak naik cuba tambah lagi sikit creamnya dan pukul lagi, kita adalah tambah beberapa kali , but mungkin suhu whip cream kita time tu dah tak sejuk, putar macam mana pun dia tak nak naik...hahhaa....Pernah terbaca kat mana disalah blog teman2 whip cream yan baru keluar dari freezer, mungkin yang cair tu adalah cuma air yang cair bersama dengan whip cream tu..tapi itulah terbaca tu bila kita dah buat kek ni ler!!..hahaha..
So nak tak hendak kita whip ajelah.. asal tengok dia ada naik sikit aje tu kita pun berhenti dan cepat2 sapu di atas kek..so kalau tengok betul2 lemon cream kita tu sepatutnya lagi gebu, tapi kita redha ajelah yang tipis aje tu ha..

Walau bagaimana pun kejadian kek ni..rasa dia tetap sedap pada kita..macam biasa juga tuition teachers si Iqarm & Marsyalah yang jadi food tester kita..heheh bila dia orang datang kita hidangkan sepotong kek ni to each of them, bila keluar dari bilik lepas lesson tu kita tengok piring bersih ..One of them even tanya kita ambil order tak..heheh..segan I you..!


Lemon Chocolate Indulgence
Sources:-From Baking Code
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Sponge cake(20cm)
Ingredients A
4 egg yolk
16g sugar
1/2 tsp vanilla essence

Ingredients B
4 egg whites

Ingredients C
100g sugar

Ingredients D
84g plain flour
16g cocoa powder

Ingredients E
50g corn oil 

Method:-
  1. Whip Ingredients A until light and fluffy.
  2. Whip Ingredient B until soft peak. Add in Ingredients C, continue whipping until stiff.
  3. mix the egg white mixture until well-combined. Add in Ingredients E, mix until well incorporated.
  4. Pour it into greased and lined round mould.
  5. Bake at 180C for 30 minutes. Remove the cake immediately when baked.

Chocolate Cream
Ingredients A
60g dark couverture(chopped)

Ingredients B
30g sugar
2 egg yolk

Ingredients C
180g whipped topping cream

Lemon Cream
80g whipped topping cream
1/2 tbsp lemon juice
1/2 tbsp lemon zest

Topping
150g whipped topping cream
400g chocolate glazing(refer below)

Method:-
  1. Chocolate Cream:- Place Ingredients A over simmering water, stir until it has melted. Place Ingredients B over simmering water, stir until it thickens.Remove it and whisk until cool. Add in Ingredients A, mix until well-blended. Add in Ingredients C, mix until well incorporated.
  2. Lemon Cream:- Mix all the ingredients until well blended.
  3. Cut the cake into 4 layers. Place 1 layer of cake onto the cake board and spread half of the chocolate cream onto the cake. Top with second layer of cake and spread the lemon cream onto the cake.
  4. Top with third layer of cake and spread the remaining chocolate cream onto the cake and top with the forth layer of the cake.
  5. Cover the whole cake with a thin layer of the whipped cream. Keep in the fridge for 2 hours.
  6. Remove the cake from the fridge. Pour chocolate glazing over the cake to coat it evenly, leave it aside for 10 minutes to let it set. Place it in the fridge for 30 minutes.
  7. Remove the cake from the fridge and pipe as preference.

Chocolate Glazing
300g cooking chocolate(melted)
75g milk
75g whipping cream
10g butter

Method:-
Cook the milk and whipping cream until boil. Add in the melted chocolate and mix until well-blended. Add in butter, mix until well-combined. Set aside to cool to pouring consistency, serve immediately.


Kita gunakan recipe kat bawah ni for my cake, sebab kesuntukkan waktu...adapted from the last time, kek marble optima, cuma yang ni kita adjust apa yang patut dan omit mana yang tak perlu....so terpulanglah nak gunakan recipe yang ini atau yang atas tu ya..

ps:- recipe ni tak gunakan gula sebab tepung optima dalamnya dah ada gula ya..

Kek Sponge Optima
Adapted from Kek Marble Optima
Sources:-From Kak Fida@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( 9x9 inc. )
  • 250 g mentega - dicairkan
  • 6 biji telur - A
  • 350 g tepung Optima-(Ayu gunakan Super Sponge Cake Mix or Tepung Campuran Super Sponge)
  • 1 sk esen vanilla
  • 6 sb serbuk koko - diayak ( +3 sudu besar chocolate emulco)

Cara-cara

  1. Telur dan tepung dipukul hingga kembang
  2. Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
  3. Campurkan serbuk koko + chocolate emulco.
  4. Bubuh adunan  ke dalam loyang dan bakar hingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
  5. Sejukkan di atas redai kek sebelum dipotong dan disajikan.
  6. contoh tepung Optima :-boleh lihat disini
Buttercream(Ayu used 1/2 of this)
125g unsalted butter
75g shortening-(Ayu used 1/2 shortening 1/2 krimwell)
100g confectioner's sugar
1 tsp pure vanilla extract

Mungkin entry ni akan stay for quite sometimes till at least end of next week, as Iqram is having his Mid-year examintaions next week so kena duduk sebelah and assists him in his studies..

Ayam Kalio

Lauk yang sedap pada kita..recipe dari majalah rasa..sebenarnya kita ni dah banyak kali tengok nama AYAM KALIO ni..tapi belum terlintas nak mencuba..ada beberapa teman2 blogger yang dah mencuba tapi bila tengok bahan2nya walaupun sama nama tapi ada sedikit itu & ini perbezaannya..so decided to try on this memang ternyata sedap pada tekak kita ni...bila masak lauk ni pastikan cili ditumis hingga betul2 garing barulah sedap ..

Ayam Kalio
Sources:-From Majalah Rasa March 2012
Bahan:-
500g ayam-dipotong kecil-(Ayu gunakan 1 ekor ayam)
300ml santan pekat
3 sudu besar cili kisar
3 helai daun limau purut-disiat
2 keping asam geleugur
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup

Cara:-
  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyaknya.
  2. Kemudian masukkan ayam dan sanatn pekat. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih dan empuk.
  3. Masukkan asam  gelugur, daun limau purut dan didihkan sehingga kuahnya menjadi pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan masak. Angkat dan hidangkan.

Tofu Telur Bersarak

Recipe dari dapur kak Ummi, cuba tofu telur bersarak ni pula..pernah nampak kat dapur mamahawa kalau tak silap..tapi dah lama juga kita rasa..beli tofu banyak sebab ada offer..hahah..dalam otak kita.. dapur kak Ummi ada banyak recipe gunakan tofu ni ..lauk ni pun sedapp.. terimakasih kak, minta izin nak panjang2kan disini pula ya..

TOFU TELOR BERSARAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu-(Ayu sudah tersalah potong Ayu hiris kasar2)
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 3 tangkai cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci-(Ayu gunakan kacang panjang)
  • sedikit lobak merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa (optional)
  • minyak masak secukupnya

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan.
  2. Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
  5. Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
  6. Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
  7. Taburkan daun bawang  dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan

Mee Rebus Pahang

Mee Rebus Pahang ni kita buat pun dah lama, cuma tulah tunggu giliran nak masuk blog aje..bila Azura kata mee rebusnya  tak gunakan keledek, dan inilah yang dipanggil ditempatnya kita pun teruja nak buat..bila scroll down bahan2nya tu..macam mee sup pun ada juga..Mungkin sebab dipanggil mee rebus ialah kerana meenya direbus dulu kot?..hehe..Entahlah ya..akak pun pening juga ni..

Apa2 pun mee ni sedap, tak kiralah kan apa namanya asal kenyang dan tak payah nak fikir apa nak masak bila kebuntuan idea..hehe..Kita tak adalah mee lidi yang dimaksudkan so just gunakan spaghetti ajelah..Buat Zura, terimakasih banyak2 akak minta izin postkan recipenya disini pula ya..kot2 mana tahu siapa2 yang nak mencuba..


Mee Rebus Pahang
Sources:-From Ayu@curlybabesastisfaction
Bahan :-
1 ulas Bawang Besar - cincang kasar
4 ulas Bawang Putih - cincang kasar
1 sudu kecil Lada Hitam - tumbuk halus-(Ayu gunakan lada hitam serbuk)
1 sudu kecil Lada Putih - tumbuk halus-(Ayu gunakan  lada putih serbuk)
Beberapa ketul Ayam - dipotong sedang-(Ayu gunakan isi dada ayam)
1 batang Karot - potong kecil
2 batang Sawi Pendek (Pak Choi) - potong kecil
1 ketul Kuib Pati Ayam
1 sudu kecil Tepung Jagung - bancuh dgn sedikit Air
1 mangkuk Air - ikut sukatan sendiri
1 biji Telur
Garam secukupnya
1 bungkus Mee Lidi - rebus sekejap, x perlu terlalu lembut.-(Ayu gunakan spaghetti)

Cara :-
Tumis bawang merah dan putih. Masukkan lada hitam dan lada putih.Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan air dan tunggu mendidih.
Masukkan kiub pati ayam dan bancuhan tepung jagung.
Setelah pekat sedikit, masukkan karot dan sawi. Pecahkan telur dan kacau.
Tutup api.
*boleh terus dimasukkan mee lidi

Lemak Pegaga Kacang Hijau

Lauk ni my mum punya recipe..kita tak berapa pandai makan pegaga..lagi2 kalau dibuat ulam..
Those ulam raja, ulam kacang botor, kacang panjang mentah memang tak berapa retilah makan..melainkan dimasak..hehehe..selalunya kalau makan di Hajah Maimunah Restaurant, those are the ulam yang dihidangkan, ontop of all that cuma timun dan daun salad ajelah yang kita makan dengan sambal belacannya tu..bila dimasak sayur pengaga ni kita rasa erm boleh tahan juga sedap..ada kacang hijau rebus lagi dalam masakkan ni..my mum kata nilah lauk arwah maknya suka masak.(my atok- kalau kat Singapura panggil nenek- orang Johore dulu2 panggil nenek pun atok) ..Kalau nak differentiate 'Atok' perempuan or 'Atok' lelaki kena panggil 'Atok Tina'(betina for perempuan) dan kalau lelaki 'Atok Jantan'(for lelaki)..aduhai..begitulah kita panggil arwah2 atok2 kita dulu..

So here it is, kita masukkan jugalah masakan ni kedalam blog ni ya..bukan apa buat rujukan kita juga ni..mana tahu kalau nak masak lagi lauk ni  atau siapa2 yang nak mencuba bolehlahkan..

Lemak Pegaga Kacang Hijau
1 cekak sayur Pengaga- dihiris kasar
3 sudu besar kacang hijau -direbus hingga empuk
*1 biji bawang besar
*1 ulas bawang pituh
*10 biji cili padi-ikut kepedasan masing2
*2 sudu besar udang kering -direndam dulu
(Bahan bertanda* dikisar halus)
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cawan santan pekat
air secukupnya
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Rebus kacang hijau hingga empuk, bila dah masak, dalam periuk yang sama, masukkan air dan bahan2 kisar* serta kunyit serbuk dan santan. Kacau selalu sehingga  mendidih. Masukkan pengaga yang dihiris kasar tadi dan perasakan dengan garam & perasa secukupnya. Masak hingga sayur layu dan siap untuk dihidang.