Thursday, June 07, 2012

Classic Chocolate Cake

Hari Isnin yang lalu, kita baru terkial2 nak cari idea to bake a cake for my mum's birthday that falls on Tuesday....decided to bake 'Death By Chocolate Cake' that I found in youtube looks nice.....the recipe was also attached below the video..quickly printed out and start to prepare my stuffs(I know.. I know... kat myresipi pun ada juga the recipe, tapi kita kan selalu terover ambitious) ...lepas kita cracked 6 eggs, then I realised...Alamak!!! after browsing through the ingredients, I noticed there no flour used in it.... I know my mum tak suka kek yang lembik2, so confirm tak suka kek yang tak gunakan tepung atau tepung yang sikit aje..sebab dia cakap bukan macam kek tapi macam makan kuih..heheh..begitulah my mum ni tau...sabor ajelah...lagi kalau ada cheese or even buttercream langsung dia tak makan ...so change of plan..decided to do this Classic Chocolate cake which I have bake before here and here..but both in muffin cups..Thanks again Maya!!!:)

Since kita dah cracked 6 eggs..no choice but to make 2 adunan dari kat bawah ni..terhasil lah cake yang besar..kita gunakan loyang 10 inci or kalau nak guna loyang 9" pun boleh juga tapi kena bakar 2 loyanglah for thisor maybe 3 kot, so pandai2lah adjust ya.., 3 adunan for the frosting...mak ai, macam nak kasi 20 orang makan ..hehe..tapi tak apalah bila dah siap, boleh juga buat snacking for Marsya and the boys dan juga tuition teachers budak2 tu, macam biasa..hehe..
The cake this time, I've decided to try out the petals method on the sides, which I saw in Rima's blog here..memang geram tengok gambar2 kat blog Rima ni..terpegun selalu bila kita tengok... mulut kita tercopong aje admiring her works, nasib baik tak ada lalat  kalau tak dah masuk dah..hehe..Of cos, kita punya petals tak secantik macam Rima, tapi happy sebab at least kita dapat mencbua pattern ni at last..Boleh juga tengok disini macam mana nak buat petals tu..

Kalau nak cuba the recipe below, using the petals pattern on the sides of the cake, frosting tu kena masukkan dalam fridge kasi dia thickens/keras slightly then you can pipe ya..Ok, ok..got to go now..lepas ni nak bake another cake pulak..mak tengah stress niiiii!!!!

Classic Chocolate Cake
Sources:- From Maya@maya-kitchenette
Ingredients:-
170g butter-(3/4 cup)
2 cups sugar (-I used 11/4 cup)
3 eggs
2 cups plain flour
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
85g cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)
11/2 cups milk
2 tsp vanilla



Method:-
Cream butter until softened. Add sugar and beat until light and fluffy. Add eggs, one at a time. Measure the flour, baking soda, salt and cocoa powder into a medium sized bowl and whisk to combine. Add about a third of the dry ingredients to the butter/sugar and beat to combine. Add about half of the milk and beat to combine. Continue adding, alternating between dry and wet and finishing with the dry. Mix in vanilla. Scoop batter into cupcake cups 1/2 or 60% full. Bake at 170C for about 25-30 minutes or until a cake tester comes out clean.

Frosting:-
142g chocolate (5 oz)-(Ayu used Valrhona Dark Chocolate)
86g butter(3 oz)
1/2 cup sour cream-(Ayu used 1/2 cup plain yogurt +11/2 tbsp melted butter)
1 tsp vanilla
5-7 oz icing sugar (start with 5 oz and add accordingly) - (Ayu used 2 oz -21/2 oz- 60g -75g)-sorry just edited.

Method:-
Melt butter and chocolate using a double boiler. Once smooth and melted, gently whisk in vanilla. Whisk in icing sugar, a little at a time. Add in sour cream and cream till its satiny smooth. Keep it aside for a while to thickens. Do give it a stir once in a while.



Sup Tulang Ala Mamak

Menu ni hampir2 terlupa nak masukkan.. kita masak ni tahun lepas bulan December!!!!..alah tak lama sangatlah kannn..heheh 1/2 tahun aje..hahaha..mak ai makan bertahun juga tu ya..oops nanti2, ingat balik masih ada menu tahun 2010...kita belum keluarkan ...dont play2 ah...so this one not so bad..hehe..
Apa tidak terover look...bila kita upload gambar2 masakkan kita tu everything just in one folder..so bila nak masukkan postings, kita akan scroll at random dan selalunya terlepas pandang & totally forgotten about it..
Sup Tulang Ala Mamak ni..kita dah bookmarked dari dapur kak Nuridah, lepas she posted on her blog..Kita bookmarked sebab, Mr Hubby & my dad, well my mum pun suka makan ni kalau kat luar..they will order sup tulang macam ni..dan siap beli roti perancis lagi..

This time, kita masak sendiri..yes kita rebus dalam pressure cooker(terlupa pulak nak time berapa lama) tapi masak hingga dagingnya tu empuk lah...Yang beli tulang tu Mr Hubby lah..kita cakap dengan dia, kalau you nak makan sup tulang mamak I have the recipe, maybe I can cook for you..itu yang dia pergi beli..hehe...
Well kita masak kan aje, sebab kita tak makan kambing..hehe..bukan apa, kita kalau makan 
kambing, kepala ting tong ler(pening, sekejap aje dia naik,..although tak ada darah tinggi)..so hirup supnya aje..budak2 pula kita cubit2kan daginnya tu..Alhamdullilah, habis juga sup tulang ni..sebab my dad, berulang2 makan..

Buat Kak Nuridah, dan Mamasya, serta Hajar, terimakasih diucapkan kerana berkongsi recipe sup tulang ala mamak ni..minta izin dipanjangkan disini pula..

Sup Tulang Ala Mamak
Adaptasi dari: Hajar's Fotopage
Sumber: FP Mamasya a.k.a Ziela
Sources:-From Kak Nuridah@Fiqah99
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan
1 kg tulang - Nur gunakan tulang rusuk
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] -(Ayu gunakan rempah sup)
1s/k kunyit serbuk - Nur tambah-(Ayu pun sama)
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk] -(Ayu tak letak)
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

Bahan Kisar
7 ulas bawang merah - Nur gunakan 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah untuk menumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang -(Ayu gunakan 1 aje)
5 kuntum bunga cengkih - Nur letak 2 kuntum bunga cengkih -(AYu gunakan 3)
2 biji buah pelaga

Cara-Cara
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Masukkan air dan rebus sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Apabila telah empuk, masukkan kentang, carrot, dan secukup rasa.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangkan bersama taburan bawang goreng dan daun sup/daun bawang.

Rendang Sotong

Bila Ady, posted this rendang sotong in his blog, terus teruja nak buat...memang sedap rendang sotong ni..recipe asal dari CMG, yang famous amos,..kita dah hilangkan print out yang kita dah scribble apa yang kita adjusted..anyway, kita letaklah dulu the recipe ni ya..kalau jumpa print out tu kita will update kat sinilah..meanwhile recipe yang original kat bawah ni..kalau needs to adjust ikut kesesuaian masing2lah ..

Oh ya part sotong tu, kita ada terbaca petua dari Cida, kalau tak nak sotong mengecut bila masak, rendam dalam air cuka ..for a few minutes..kita ikut petua tu..alhamdullilah sotong tak kecut dan rasanya pun tak kejut..lembut aje..cubalah..
Terimakasih Ady, Che Mat & Cida for the recipe dan tips tu ya..

Rendang Sotong
Sources:-From CMG@tiffinbiru
Sources:-From Ady@Adys Greatworlds
BAHAH-BAHANNYA :-)
1 kg sotong saiz besar (mat guna sotong memang saiz besar 2 ekor = 1kg)-(Ayu pun gunakan sotong 1kg)
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
100 ml pati santan (mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh rempah kari
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus sotong 30 minit dalam periuk tekanan, letak sedikit garam. Kemudian tos dan keluarkan sotong, potong kecil (cara merebus boleh lihat di sini..tapi untuk resipi ini rebus guna air dan garam sahaja.)-(Ayu ikut pertua cida kat bawah ni supaya sotong tak kecut)
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masuk rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Masuk pati santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut. Kacau rata masak hingga pekat dengan api kecil.
  3. Masukkan sotong, gaul rata, tambah garam secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut...
Lepas cuci bersih buang semua yg patut2..rendam sotong dalam air berisi cuka...
kalau dlm 5-6 ekor sotong letak air sekadar timbus sotong, masukkan 3 sudu besar cuka
biar la dlm 10 mnt
masa rendam tu leh la sambil2 wat rencah utk rendang nikan..
pastu toskan n bilas dgn air biasa...
so, pas masak, sotong tu x de la mengecut..

Prawn Noodle - Mee Kuah Udang

Masak mee ni pun dah lama juga..baru ni dapat upload...kita teringat lagi time kerja dulu..suka sangat makan prawn mee yang kat kedai kopi infront of Bugis junction during lunch time ..cant remember the name tapi belakang dia tulis coffeeshop..sanggup dari office kita di Kallang, naik bas pergi situ makan prawn noodles dia orang..sedapp..

Itu yang kita cuba buat prawn noodles ni..actually dulu pernah buat juga tapi recipe dari CMG, here, lebih kurang juga rasanya..dua2 sedapp ..Kita ni apa jenis me pun tak tolak , semua kita telan...Terimaksih Kak Zah for sharing, minta izin dipanjangkan disini pula..

Prawn Noodle-Mee Kuah Udang (Harmin)
Sources:-From Pesta Perut on Warna Radio
Sources:-From Kak Azizah@cutemama delicacies
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A:
500 gm mee kuning, kuih tiau atau mi hoon
500 gm udang hidup di bersihkan kepala dan kulit utk jadikan stok
100 gm sawi di potong 5 cm panjang dan celor…ketepikan
50 gm taugeh di celor sebentar saja
Telor puyuh…rebos di kopek kulit
1 tin cendawan butang
Bawang goring
Tangcai
Daun sop dan daun bawang
Cili merah di cincang halus 
4-5 sudu besar bawang putih kisar-(Ayu gunakan ini) just edited 3/8/2012
Kicap cair
Minyak utk menumis

Bahan B: Perapan
6 sudu mkn sos tiram
6 sudu mkn kicap cair
2 sudu mkn minyak bijan
2 sudu kecil lada putih

Semua bahan B di gaul rata dan di bagi 3. 1 bahagian di perap dgn udang.
1 bahagian di perap dgn telor rebos, 1 bahagian di perapkan dgn cendawan butang.

Bahan C utk kuahnya:
Kulit dan kepala udang di bersihkan.. halia sebesar ibu jari di titik… dan air 5 mangkok di rebos.. kecilkan api biar mendidih hingga jadi 3 mangkok.
Di tapis stok dan buang ampasnya.


Cara memasak kuah: Panaskan minyak, tumis paste bawang putih hingga garing dan warnanya kemerahan..masukkan cendawan butang dan telor puyuh yg dah rebos..tuangkan stok udang ked lm periok dan rasa..tambah sos tiram dan kicap cair jika kurang..tambah.. biar mendidik

Cara menghidang: ambil sedikit mee yg dah celor, taugeh, sawi, tuangkan kuah, taburkan daun sop, bawang goring, kicap cili padi dan tangcai

Jemput Jemput Kacang Soya

Pertama kali buat jemput2 kacang soya ni..alhamdullilah sedap..jemput2 ni terhasil dari balance kacang soya yang kita buat stok untuk kuah MI Sup Wanton tempoh hari..the next day tu, kita tapis kacang soya, ikan bilis kecil2 & some isi ayam yang berbaki ..blenderkan bahan2 tu, campurkan dengan bahan2 dibawah ni dan terjadilah jemput2 kacang soya  for breakfast... rasa puas pulak sebab tak membazir..hehe

According to Kak Fida, recipe ni asal was hasil hampas dari buat tau fu fa atau  air kacang soya..tapi kita punya dari hampas mi sup wanton..:)
Terimakasih to Kak Fida, kerana kalau tak tahu kita dah lama buang hampas2 tu semua..minta izin dipanjangkan disini pula..

Jemput Jemput Kacang Soya
Sources:-From Kak fida@myresipi
Bahan:-
  • 4 senduk nasi hampas kacang soya+(ikan bilis halus dari kuah mee wanton-Ayu tambah dan blender bersama isi ayam dibawah)
  • 2 biji bawang besar - hiris halus-(Ayu gunakan 1 biji dipotong dadu)
  • 1-2 batang cili hijau - hiris halus-(Ayu gunakan 2 biji lada hijau + 2 biji lada merah)
  • 2-3 lembar daun kari - hiris halus (atau daun sup/daun bawang)
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa
  • 500 g tepung gandum (jgn habiskan)-(Ayu gunakan 300g)
  • sedikit air jika perlu
  • Isi udang cincang,daging cincang dll...jika suka(tapi saya tk bubuh pon)-(Ayu gunakan isi ayam dari kuah mee wanton 


Cara-cara 

  1. Satukan 6 bahan pertama dlm sebuah mangkuk dan gaul rata .
  2. Masukkan sedikit air dan gaul lagi.
  3. Masukkan pula tepung secukupnya dan gaul hingga sebati dan sehingga boleh dijemput2kan dgn hujung jari.
  4. Panaskan minyak dlm kuali dan gorenglah seperti menggoreng jemput2 biasa.
  5. Jemput2 hendaklah digoreng hingga garing supaya hampas kcg soya tak terasa mentah.
  6. Enak dimkn panas2 bersama sos cili...