Thursday, December 08, 2016

Kari Ikan Merah Ala Penang


Kari ikan ala Penang ni, sama aje macam kari ikan ala mamak..yalah setahu kita memang Penang ramai yang berperanakan India...Tengok macam orang India tapi sekali cakap fuh..melayu habis...hehehe..jangan marah na..itu dari my observations aje...dulu time bercuti di Penang begitulah yang kita nampak….

Kari ni kita buat kuahnya lebih sikit..sebab nak buat cicah dengan roti prata..tertutup pulak kepala ikan merah kita ni...huhu...


Kari Ikan Merah Ala Penang
Sources:- From Ku Izrinda Ku Izham
Tried, Adjusted & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 ekor ikan merah (dipotong mengikut citarasa)
5 biji Bawang Merah + 1sudu besar bawang kisar -(Ayu tambah)
2 ulas bawang putih-(Ayu gunakan1 sudu besar bawang putih kisar)
1 camca makan halba campur
2 bungkus serbuk kari Allagapas-(Ayu gunakan 7 sudu besar membumbung serbuk kari BABAS)
Jintan Manis - ditumbuk-(Ayu gunakan 1 sudu kecil serbuk jintan manis)
Lada Hitam - ditumbuk-(Ayu gunakan 1 sudu kecil membumbung serbuk lada hitam)

1 sudu besar cili kisar -(Ayu tambah)
5 biji bendi-(Ayu guna 1 biji terung hitam sebab tak ada stok)
2 biji tomato
2 tangkai daun kari
1 pokok daun bawang
1 ketul asam jawa-(Ayu gunakan asam sebesar telur kecil)
50 sen santan pekat-(Ayu gunakan 6 sudu besar santan)

Ayu tak letak cili hijau tapi cili padi dicampak sebab cili jijau tak ada stok)

Cara:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah kecil yang dihiris bersama jintan manis dan lada hitam yg ditumbuk bersama bawang putih. Sertakan daun kari, halba campur tumis sampai wangi.
Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili hijau(cili padi campak) yang dibelah tengah
Asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan apabila ingin memasukkanya kedalam rempah yg telah pecah minyak tadi.
Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat. Apabila mendidih masukkan bendi, garam, dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukan tomato yg telah dibelah 4.
Taburkan daun bawang diatas gulai apabila selesai semuanya.

Gulai ikan ni kalau dipanaskan keesokan harinya dimakan dengan roti banggali lagi terangkat.
Sesetengah orang suka gulai ikan masam-masam, terpulang pada individu.


Wednesday, December 07, 2016

Vadai Tempe

Kalau nak tahu sampai sekarang kita masih confuse yang mana masalodeh, yang mana vadai  ..pernah buat dulu disini..yang tu masalodeh guna kacang dhal..yang ini guna tempe pula...apa2 pun kita cuba recipe ni ..alhamdullilah sedap..buat ni for snacking..kenyang you.. tak payah makan nasi dah...biasalah kita kalau buat mesti suka pedas2..

Kalau nak tukar selera buat vadai/masalodeh ni..cubalah..Terimakasih to Chef Tyga for the recipe..actually dah beberapa recipe dari blog beliau yang kita dah cuba..semuanya sedap2 belaka..Mostly recipe2 ayam & sayur..nantilah ya kita masukkan sikit2 ke blog kita pula...:)

Vadai Tempe
Sources:- Tyagacook 
Tried &Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction 
Bahan:-
300 gm tempeh,dicencang tapi jangan pulak cencang halus sangat.(ayu guna dalam 6 keping)
30 ikan bilis,direndam dan tumbuk kasar
1 biji bawang,dihiris halus
2 cm halia,dicincang
4-5 tangkai chilie padi,di hiris
3 tangkai daun kari,di mayang
1 s/t jintan manis,ditumbuk kasar
1 s/t serbuk kunyit
½ cube ikan bilis
1 sudu besar tepung jagung (Ayu tambah)
Garam,jika perlu
1 biji telur,dipukul
Minyak untuk goreng

Cara:- 
Campur semua bahan di-atas kacuali minyak ,garam dan telur. Kacau sebati (jangan lecek) 
      Masukkan telur sedikit demi sedikit dan gual hingga boleh di bentu. Rasa dulu jika perlu masak garam then add in dan kacau rata. 
     Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat dan leperkan dan masuk kedalam minyak yang telah di panaskan. Goreng  dengan api yang kecil hingga menjadi kuning emas.
     Tuskan di atas kertas penyerap yang di renyukkan. Hidangkan sos chilie. 
      Nota: Ikan bilis boleh digantikan dengan udang atau pun ayam cencang.

Asam Rebus Tumis Ayam

Selalunya asam rebus macam ni kita guna ikan..tapi kali ni kita guna ayam..eh boleh tahan juga sedapnya...hehehe..tukar selera lah pulak kan..so this is my trial & error..
Masak pun dah lama ..dah lupa bila.. tengok kat dalam draft..baik post ajelah..

Asam Rebus Tumis Ayam
Tried & Tested:Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
4 bawang putih
6 bawang merah
2 inci kunyit hidup
1 inci halia

6 biji lada merah
5 biji cili padi merah
2 biji lada hijau
2cm belacan
( bahan atas dikisar)

Ayam 1 ekor
Bende secukupnya
daun kesum secukupnya
2 Asam keping
 Minyak untuk menumis

Tumis bahan kisar hingga naik minyak. masukkan ayam gaul hingga ayam kecut dan keluar airnya.
Masukkan air dan biarkan hingga  ayam empuk. Masukkan asam keping . Tambah garam & perasa.
Masukkan bende & daun kesum, biarkan seketika hingga bende masak. Bila semua dah secukupnya rasa boleh lah matikan api dan siap untuk dihidang.

Tuesday, December 06, 2016

Fishballs Noodles Dry

This is my version of Fishballs Noodle Dry.. Selalu makan kat tempat Foodcourt kat rumah kita .. ..ada satu kedai memang jual noodles ni..ini kira copycat recipe..my trial & error gitu.. Alhamdullilah kena pada tekak my anak2 & hubby..yang lain2 senior citizen(my parents) dalam rumah kita ni..tak makan mee ni..sebab dia orang tengok lain aje tak macam mee2 yang conventional selalu kita buat..so memang pandang ajelah..hehe..
So kita letak aje recipenya kat sini supaya senang kita buat reference untuk masa akan datang..yang mana teman2 yang nak mencuba pun boleh silakan..


Fishballs Noodles Dry
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan:-
1 packet mee kantonese ( macam mee wanton) direbus/celur dan ditoskan. Ketepikan
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar bawang besar kisar
1-2 sudu besar sos tiram
Fish cake secukupnya
Fish balls secukupnya
Sawi secukupnya
Garam & aji secukup rasa

Cara:-
Panaskan sedikit minyak, tumis cili kisar, bawang putih & bawang besar kisar. Biarkan hingga naik bau dan garing.
Masukkan sos tiram kacau rata. Masukkan fish cake. Perasakan dgn garam & aji. Gaul hingga sekata. Masukkan mee segenggam atau 2 genggam yang telah direbus/celur & toskan tadi. Gaul lagi hingga rempah dan mee sekata.


Fishballs Soup:-
Boleh guna rempah yg dalam packaging tu.
Cuma tambah air. Bila air mendidih tambah fish balls, sawi secukupnya. Tak payah tambah garam Sebab dah masin. Garnish dgn daun sup/ bawang serta bawang goreng.

Kalau Rempah Sup buat sendiri. Guna chicken cube, tambah air, garam. Masak seperti biasa dan masukkan fish balls, sawi. Garnish dgn daun sup/bawang serta bawang goreng.
Hidang mee dgn sup fish balls panas.

Serta cili padi kicap.


Monday, December 05, 2016

Daging Jeruk Goreng Cili Padi

Ok sebelum kita terlupa baik kita masukkan post daging jeruk ni..Kita buat ni waktu bulan puasa kemarin...Bila sibuk viral waktu tu daging jeruk di facebook..kita pun tak mau lepas kan peluang mencuba..sebab tengok macam senang ajekan..cuma process dan menjerukkan dia tu makan masa ..tapi berbaloi lepas tu sebab sedap sangat rasanya..
Quantity daging tu terpulanglah ya berapa banyak yang nak digunakan..the rest tu garam & jus limau kasturi pun agak2lah..
Terimakasih puan punya recipe ..akak minta izin dipanjang2kan disini pula .. 
 
'Daging yang dipotong nipis, dijeruk dengan perahan limau kasturi dan garam. Hanya digoreng dengan bawang besar dan cili padi. dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih memang sedap dan membuka selera. Selalunya kita jumpa ikan jeruk, petai jeruk & lada jeruk kali ni daging jeruk.'- Rafiza Idayu

Daging Jeruk
Sources:-Yuss Aisya via Rafiza Idayu diFB
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Daging merah dalam keadaan beku atau separa beku.
Mudah dipotong kerana untuk mendapatkan kepingan daging yang nipis.
Bahagian top side. (Ayu guna daging goreng kalau 'terms' kat spore ni )

Kerat kepada beberapa bahagian. Dalam keadaan separa beku (luar dah tak beku tetapi dalam masih beku).

Letakkan di dalam tapis untuk menapis air lebihan daging.
Tak perlu basuh selepas dipotong nipis. Basuh ketika seketul besar. Hanya lalukan air sahaja.
Apabila basuh selepas dipotong, manis dan nutrisi daging akan menyusut nilainya kerana larut dalam air.


Sediakan bahan bahan untuk menjeruk.
1. Bekas kontainer
2. Garam halus
3. Limau kasturi yang dibuang biji

 Susun daging di dalam bekas kontainer.(berapa banyak terpulang)
 

Selepas daging dihiris
Taburkan garam rata ke seluruhan daging.


Perahkan limau ke serata daging.

Susun lagi daging dilapisan seterusnya. Taburkan garam ke serata daging.

Perah limau lagi ke serata daging.
Ulang lagi melapis daging => garam => perahan limau
Sehingga habis daging tersebut. Masukkan limau yang telah  diperah tadi.
Siap untuk diperam. Letakkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
 
Selepas satu hari, daging mula berubah warna setelah mengalami proses penapaian.
Tunggu  seminggu baru masak supaya daging menjeruk sebaiknya. (Ayu masak selepas 2 minggu)


Makan dengan nasi putih sahaja. Sedap rupanya daging jeruk ini.
Tak perlu basuh sebelum goreng.
Panaskan minyak, goreng daging, kemudian masukkan hirisan bawang, cili padi dan kacang panjang.

Masak sebentar untuk layukan kacang panjang. Siap.