Yesterday made this... that's why didn't eat rice.. the french loaf tu, sliced and toasted..dipped into the bamia...sedap...according to the recipe, sedap dimakan dengan roti perancis, roti jala atau roti naan..I think this is Mediterranean dish..anyway the recipe, quite banyak so we half it aje..ini kali malas nak translate owang putih...tak kuasa aku...bukan apa terkial-kial nak put the malay words in English...hehehhe..
Ingredients:-
1kg kacang bende(bersihkan, goreng sehingga layu, ketepikan)
2kg daging (lembu atau kambing-dipotong mengikut suka, bersih dan tos kan)
150g rempah bamia(kering atau basah)
1/2kg bawang besar(dihiris halus)
600g bawang kecil dijadikan bawang goreng(I used bawang goreng beli aje)
600g tomato biji(dipotong 4 atau 6)
1 jari halia(dikisar)
7 ulas bawang putih (dikisar dan digaul bersama daging)
1 cawan tairu
1 biji jus limau nipis
10 biji buah pelaga
10 biji cengkih
3cm kayu manis
4 ikat daun ketumbar
minyak untuk menumis
3 sudu makan tomato puree
garam secukup rasa
Method:-
Rempah bamia,bawang goreng, tomato dan bawang besar dibahagi dua.Separuh diketepikan dan separuh digaul rata bersama daging. Bawang gorengnya hendaklah diramas sebelum digaul bersama daging.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang besar, buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis hingga bawang layu dan naik aromanya.
Kemudian masukkan rempah bamia dan tumis lagi sehingga rempahnya setengah garing baru dimasukkan daging yang berlumur rempah. Masak sehingga keluar minyak. Kacau tambah air dan masak sehingga daging empuk.
Masukkan tairu, air limau, tomato puree, tomato biji dan masak sehingga keluar sebati. Bila dagingnya sudah empuk dan kuahnya pekat, masukkan bende, bawang goreng dan daun ketumbar. Tutup periuk matikan api.
Sources:- From Resipi pesta perut.
No comments:
Post a Comment
Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)