Thursday, April 22, 2010

Ketam Masak Lemak Nenas


 This was the other dish that the kids dont eat..so that was why kena fry the chicken ler...I used the rock crabs instead the flower crabs which normally used for this dish..reasons was I thought the flower crabs I saw was kurus(skinny) ..hehe so that was why I decided on this...

Ingredients:-
4 ekor ketam
*5 ulas bwang merah
*2 ulas bawang putih
*3 biji cili merah
*10 biji cili api-(saya masukkan 20 biji..hehe)
*1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1/2 biji nenas
1 kotak santan
garam  + perasa secukupnya

Method:-
Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup diblender hingga hancur. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan kedalam periuk. Nenas yang telah dibersihkan dipotong kecil2 dan dimaukksn kedalam periuk. Masukkan bahan yang telah diblender tadi bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk kedalm periuk berisi nenas dan ketam tadi. Kemudian tutup peiruk dan buka api dengan perlahan. Setelah air dari bahan blender dan ketam serta nenas tadi hampir kering barulah dimasukkan santan. Kacau dan setelah ia mendidih barulah dimasukkan garam serta peras secukupnya. Didihkan sebentar sahaja dan sedia untuk dihidang.
Sources;-From resepi.mesra.net

4 comments:

  1. salam Ayu..kemarin pun I tak jadi beli ketam..ish ish...$8 sekilo..abeh yu kurus lak...tak cukup makan...trus tak jadi...nak tunggu dia gumuk dulu...

    ReplyDelete
  2. Yat Maria - walkslm, haha..samalah, itu sebab i beli yg ketam batu ni..ada isi sikit..klau kurus buat penat aje kopek setengah mati, nak makan lepas tu isi secoit ajekan..haha

    ReplyDelete
  3. Salam Ayu, wow sedap lauk ketam ni..Yatie kalau lauk ketam, mesti masak lauk lain juga...maklumlah makan banyak mana pun tak puas...penat kopek kulitnya je...tapi sedapkan hingga menjilat jari...

    ReplyDelete
  4. Yatie - walkslm, betul tu yatie, lagi pun budak2 tak reti makan ketam, tu yang kena masak lauk lain juga..hehe..bukan hanya menjilat jari..menjilat pinggan pun ada..haha

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)