Saturday, April 24, 2010

Kuih Talam Cendol

Wah! rajin betul kau buat kuih yu' that was what my mum commented recently...hehe..tengah ada mood nak belajar ni mak!..jangan tegur2 nanti dia bantut..hehe...'nanti kalau dah pandai boleh ambik orderlah'..she said..'Wakaka..haha' I laughed..siapa yang nak order mak?..buat makan2 sendiri oklah...tengok aje lah yang ni, cendol dia dah sebati dengan colour hijau tu...haha..macam mana nak ambik order..Bawak sini aku rasa, erm macam gini punya manis oklah..dialog within mother and daughter..kiki..
Need translations please shout..

LAPISAN ATAS:
60g tepung beras
2 sb tepung jagung
70g gula merah
2 sb air kapur
200ml air 

LAPISAN TENGAH:
60g tepung beras
10g tepung gandum
50g gula
400ml air
200g cendol
sedikit pewarna hijau 

LAPISAN BAWAH:
60g tepung beras
10g tepung gandum
1 biji santan pekat
1/2 sk garam


Method:-
Masukkan semua bahan untuk setiap lapisan. Setiap lapisan campurkan berasingan.
Masak setiap lapisan atas api yg perlahan,kacau hingga pekat.
Untuk lapisan tengah masukkan cendol apabila bancuhan tadi hampir pekat.
Masukkan dalam acuan dan kukus. Masukkan lapisan bawah , diikuti lapisan tengah dan akhir sekali lapisan atas.
Biarkan sejuk barulah dipotong.
Sources:-From nona zarina@myresipi.com

3 comments:

  1. salam kak ayu,
    ceria sungguh perbualan mother n daughter.. :)
    nampak dah cantik tu kuih talam. aish2, nak skeping... :)

    ReplyDelete
  2. indahhouse - walkslm, hahaha..begitulah nur, kadang2 argue jugak..hehe kalu cendol nya tak sebati dgn adunan hijau tu mungkin dah perfect kuih ni nur..tak apa nanti nak cuba lagi

    ReplyDelete
  3. sedapnya, design kali ni ala-ala rumah flat gitu

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)