Masukkan yang ini dulu..repeat telecast, but I still want to promote lauk ni..sebab sedap...dah buat a few times..siapa2 yang suka tauhu this is the dish that I would recommend...
Ok if I am free to update further after this, I will updatelah..if not,this would be my last entry for this week..ya..I will be busy for the next few days...this Sunday there will be yasinan & tahlil at my house, so couldnt vsit you guys lah..then come Monday, the contractor is coming to PECAHKAN my toilet, the common toilet first then followed by the masterbedroom toilet, basically the whole of next week, my house will be very noisy with the drilling, dusty and messy...
Bahan-bahannya
4 keping tahu yang besar, dipotong dadu selebar 1 inci-(Ayu potong 4)
12 ekor udang, dikupas kulitnya
10 batang lada hijau, dipotong 3-(Ayu gunaka cili padi ketuk)
5 biji bawang besar, dihiris bulat-(Ayu gunakan 2 biji aje)
2 ulas bawang putih, dihiris
2 batang serai, dititik
1 botol taucu, dicuci, toskan dan ramas kasi hancur sedikit-( Ayu gunakan 1/2 botol aje)
2 cawan air
2 inci belacan, asam jawa, sebesar setengah telur ayam
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tahu yang telah dipotong dadu selebar 1 inci, digoreng. Jangan goreng terlalu garing cukup sekadar ia kekuningan sedikit. Angkat dan ketepikan.
2. Asam jawa, belacan dan 2 cawan air dicampurkan dan diramas sehingga rata. Ketepikan.
3. Minyak yang telah digunakan untuk menggoreng tahu tadi boleh kita gunakan untuk menumis. Masukkan serai yang telah dititik bersama bawang putih, bawang besar dan lada hijau. Tumis sehingga bahan-bahan naik baunya.
4. Masukkan taucu yang telah diramas dan juga udang. Gaul rata dan masukkan juga bancuhan air asam dan juga belacan yang telah disediakan tadi. Masak selama 5 minit pada api sederhana supaya rempahnya bangkit.
5. Kemudian masukkan garam (jangan terlalu banyak) sebab taucu pun dah ada rasa masin, serbuk perasa, gula dan juga tahu yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan ia mereneh supaya kuahnya menyerap dalam tahu selama 5 – 10 minit. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Nota: Sekiranya anda suka pedas boleh letak cili padi hijau. Lauk ini kalau disimpan semalaman dan dipanaskan rasanya lagi umppph.. Selamat mencuba.
Sources:-From resipidiana.blogspot.com
wahhh tereeeeliurrrr kak tgokkk.. minta sepiring nak makan dgn nasi hujan panas ..ada jiran hantar nii...org johor..
ReplyDeletejalilah - hahah..tak boleh kak, sebab dah habis.kikiki....
ReplyDeletekita nak minta akak nasi hujan panas sepiring pulak..hehe