Salam, wah mana2 semuanya dah start mengukis ya...kasi kita jealousss nampak...kat sini orang2 disekeliling dah pressure kita, bila nak start buat...huwahaha...I jawap nak start lah ni..tapi bila dah malam, badan tiba2 lemah!..hehehe...rasa2nya..nak kena start jugalah hari ni...itu pun terpulang pada keadaan...keadaan malas lagi ke tak....hahaha....
Hai, hari2 fikir menu apa nak berbuka, dah buat menu berbuka aje dah penat, itu yang cookies selalu aje, KIV... malam fikir pulak nak masak apa untuk sahur...kalau ikutkan hati memang malas nak buat cookies, rasa macam nak tunjuk2 aje kat bazaar Geylang nanti..hehe
Ai enough, of keluhan and start to buat kerja...ok, biasalah kan tak payah cakap banyak2, mee lagi, menu sampingan untuk iftar ke 20.. Mee Goreng Seafood, taken from Kak Nuridah Singapore... kita adjustlah mana yang patut ikut kesedapan mata..hehe..Thanks kak, for recipe Bolehlah menambahkan koleksi2 recipe mee I di blog ni..
Bahan-Bahan
2 biji telur dikocok sedikit
1 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan cili kisar
1 biji bawang dihiris atau parut saje
500gm Hokkien Mee
100gm taugeh
sedikit daun bawang dihiris
200gm udang buang kulit dan rebus sebentar
200gm sotong
(Pada yang gemar makan seafood boleh tambahkan dengan lala atau remis)
2 biji tomato yang sedang dihiris
2 biji cili merah dihiris
3 biji limau kasturi
3 sudu makan minyak masak
Bahan Pes
3 sudu makan air
4 sudu makan sos tomato
1 sudu makan dark soy sauce-(Ayu gunakan kicap masin biasa + 1 sudu makan kicap manis)
1 sudu makan sesame oil (minyak bijan)
2 sudu makan gula-(Ayu tak letak)
secubit lada sulah dan sedikit garam+ perasa jika perlu
(Ayu letak air sikit nak kasi basah2 sikit- dalam 1 cawan)
Cara-Cara
1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih bersama 3 sudu makan minyak.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Masukkan bawang hiris dan tumis sedikit, masukkan mee, taugeh dan daun bawang. Kacau rata.
4. Masukkan bahan pes dan juga seafood. Kacau rata hingga naik bau. Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan hirisan cili merah. Perahkan limau waktu menghidangkan nya.
Sources:-From fiqah99.blogspot.com
Sources:-From fiqah99.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)