Friday, November 12, 2010

Kari Ayam Kering Ala Rendang

 Masih lagi lauk hari Isnin yang lalu...sedap kari ni, my dad puji dan bertambah2 dia makan..tapi I masak cair sikit sebab nak berkuah dan makan dengan nasi putih aje..recipe dari CMG,yang gandingkan lauk ni dengan nasi dagang... kebetulan hari tu nampak juga dirumah Yatie  pun masak lauk ni...kari ni sedap juga dicicah dengan roti, dan sewaktu dengan nya..Thank you CheMat, akak letak recipe nya juga disini ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, hiris halus
2 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
3 camca besar cili kisar
800 ml santan
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.-(Ayu hidangkan dengan nasi putih biasa aje)
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)