Pagi ni kita masukkan entry... cendawan Enoki goreng yang sepatutnya masuk lepas entry sotong kena kurung hari tu..hah...Pertama kali kita goreng cendawan enoki ni, dulu pernah dah nak beli, tapi fikir2 halus sangat nak mengerjakannya itu yang tak jadi..tapi, fikir balik nak try jugalah menggunakan cendawan halus ni....tapi this time, kita gunakan recipe dari Puan Nor Terengganu, Thank you ya puan .. kita minta ampun derhaka sikit sebab mengadjust mana2 tu..hehe..recipe asal Nor gunakan cendawan tiram..Sedap juga cendawan goreng menggunakan recipe ni ya Nor!!..Cuma itu ajelah kalau guna cendawan enoki ni kena buat kerja lebih sikit sebab dia halus sangat..rasa macam lama nak game gitu..hehe..makannya sekejap aje dah habis...
So kita letakkan disini pula untuk siapa2 yang nak mencuba ya..
CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY
Bahan2:
400 gm cendawan tiram-(Ayu gantikan dengan 1 packet cendawan Enoki)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain-(Ayu kurangkan sikit)
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas-(Ayu letak 1 sudu besar)
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam + sedikit perasa-(Ayu tambah)
1 sudu besar bawang putih kisar-(Ayu tambah)
1 sudu besar serbuk ketumbar-(Ayu tambah)
minyak utk menggoreng
Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)
* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak.
Sources:-From http://secubitgaram67.blogspot.com
Inilah cendawan enoki yang I gunakan tu..
salam kak ayu,
ReplyDeletemmg hot enoki akk tu...krupp krapp...ehmmm sedap..(dlm mimpi je la) ekekkekeke
lagi ske masak dari makan.. ^^
ReplyDeletewahh guna enoki ya.. tak sanggup la nak buat dgn enoki tu, lambat! hehehe.. bak sini sket nak merasa versi ayu :) tq for trying ya.. :)
ReplyDeletesalam kak... cantiknyer gamba enoki akak nih! rasa macam nak buat lagi la pesen gini lak... sedap btol aritu duk goreng2....
ReplyDeletehani - walkslm, haha..cubalah hani..nanti mimpi jadi kentaaan..hehe..
ReplyDeletekay_are_ oh akak suka dua2 tu masak & makan..hehe
Nor - haha..tulah Nor, kita saja aje nak mencuba..tapi lepas tu..macam tak larat nak habiskan menggoreng..kita campur goreng cendawan tiramlah pulak..hehe..thanks juga untuk Nor for sharing..
hana - walkslm, hehe..actually akak tak tau macam mana nak susun cendawan ni bila ambik gambar..sebab nak kasi dia berdiri susah sanagt..masukkan dlm cawan buh yang mentah sekali..macam flower arrangementlah pulak..cubalah hana, versi K,Nor nikan..hehe