Thursday, January 05, 2012

Pilaf Tomato & Ayam Sosha Istimewa

Assalam, menu  Pilaf Tomato ni kita masak lama sebelum kita pergi bercuti lagi...so hari ni nak masukkanlah..sebab rasa2nya mesti dah jemu tengok gambar holidays kita tu kan..hehe..apa tak sekali masuk satu pageview gitu..kita pun naik malu juga ni..haha..ok2. meh semak recipenya..Pilaf Tomato, pada kita tak sama rasanya macam Nasi Tomato, sebab nasi tomato ada rasa masam2 gitu,  this pilaf pada kita, rasanya milderlah..Sedap ditekak my family & me..

Pilaf Tomato
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina
1/4 cawan susu sejat-(sorry just edited)
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng



Cara:-
Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan

Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.

Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.

**********************
Pilaf tomato kat atas tu kita gandingkan dengan lauk Ayam Sosha Istimewa ni.
Oklah, since Pilaf Tomato tu tak berapa masam, lauk ni pula ada sedikit masam2 manisnya, so memang gandingan yang mantapslah..hehe..Also diambil dari buku yang sama, banyak recipe2 nasi yang  nampak sedap terdapat didalamnya...There's a few recipe yang dah masuk list tapi nantilah slow & steady nak cuba satu2...So sudi2lah ya teman2 kalau nak rasa sedikit kelainan bolehlah mencuba recipe Pilaf Tomato & Ayam Sosha Istimewa ni ya..

Ayam Sosha Istimewa
Sources:-From Hjh Fatimah Hj Ahmad
@Asmah Laili mintak ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
1 ekor ayam, buang kulit dan segala lemak dan potong 12
(lumur kepingan ayam dengan sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak)
5cm kayu manis,
5 biji pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan lada kering

*2.5cm halia
*5 biji bawang putih
*10 biji bawang merah
(*dikisar halus)

1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan dau pudina-(Ayu tak ada stok)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
sedikit madu atau gula pasir
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
1/2 kg bawang kecil dijadikan bawang goreng-(Ayu gunakan yang dah siap)
1/2 cawan kismis, digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
1 biji tomato dihiris untuk hiasan
sedkit kacang peas untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis
garam + perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Masukkan lad kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata. Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik- balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil, sehingga pekat.

Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.

Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas. Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaiknya- baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokkan hari.(Ayu masak hari ini, hari ini juga makan..heheh)

52 comments:

  1. waduhhh sungguh menyelerakan la menu nasi berlauk ni kak..dh la puasa ni sabar jer la tgk menu akak ni..hehe harus dicuba nanti:)

    ReplyDelete
  2. alamak kak.. saya feeling2 kat korea ni. haha..
    ayam dia sangat meruntun nafsu selera ku. mintak izin copy boleh kak. bookmark la senang ek. terus ada link kan. tq tq tq kak

    ReplyDelete
  3. ayu,
    nasi tak kisah sangat..kira done done jer sok2,tapi tengok ayam ayu tayang makk oii cam nak amek ajer..sungguh menyelerakan..merah menyala..nampak sedap nie..

    btw,ayu pernah dengar minyak kelapa dara tak..kalau gi kedai jual barang2 kecantikan mesti ade jual..cuba suruh mak ayu minum ikut aturan..ada kwn akak dia minum minyak nie..tairod dia dah totally tak de..doktor pun heran..mana tau okay kan..cubalaa.minyak nie kalau makan atau guna takde kesan sampingan..so not 2 worry..hehehe kasi kabar ajer yer

    ReplyDelete
  4. Yesterday i cooked nasi minyak with dalca.. nak masak ayam masak merah macam malas.. nasib jugak tak masak ayam semalam.. esok lusa akan ku keluar kan ayam and cook this ayam sosha.. tks for sharing dear!

    ReplyDelete
  5. Ayuuu...oooo...Ayuuuu...mana lak tuan rumah ni...kita dah lama tunggu kat pintu depan ni....nak join makan leh ke...aduh! sedapnya set nasi ini...:)

    ReplyDelete
  6. Nieza - oh hari ni nieza berpuasa ya..selamat berpuasa & selamat berbuka puasa nanti ya dear..cubalah nieza, bila2 nanti ya..

    ReplyDelete
  7. izahdaut - wakakak..semenjak dah balik korea akak pun feeling2 juga ni..haha..
    silakan izah, lauk dan nasi ni tak pedas, memang sesuai buat anak2 yang tak makan pedas..ur welcome, ur welcome..hehe

    ReplyDelete
  8. kak asma - hahah..kak asma, kalau dekat memang dah lama kita hantor 2 mangkok..haha..minyak kelapa dara tak pernah dengar kak, tapi insyallah nanti kita suruh mak kita tanya orang jb pernah dengar tak..kalau jumpa boleh cubakan kak..mak kita dah nak masuk 2 tahun dah kena tairoid ni..thanks kak for the info..akan dikabarkan kat mak kita nanti..

    ReplyDelete
  9. cik cek - ada ni kak cek, tenagh negndap kak cek kat sini..wakaka..masuklah kak pintu tu tak berkunci pun..uish terlupa dapur kita tak ada pintu pun..hahaha

    ReplyDelete
  10. Aslmkum Ayu
    dtg bawa pinggan kosong...tumpang makan nasi pilaf tomato dgn ayam 2 ketuii Ayu masak...hi..hi...nampak sedap....rasa tentu lagi sedap..

    ReplyDelete
  11. as-salam kak ayu
    wahh!!!balik dari korea terus masak Pilaf Tomato & Ayam Sosha Istimewa ke..npk menyelerakan resepi ni kak ayu..

    ReplyDelete
  12. salam kak ayu...bestnya akak g korea...mst xabis lg sisa2 korea kan...ekeekekeke
    best la nmpk nasi ngan ayam tu, mmg gandingan yg baik...liza salin dulu yer kak...thnx

    ReplyDelete
  13. mamasya - walkslm, wah siap bawa pinggan kosong ya...heheh kita masak ni dah lama dah mama, sebelum cuti2 korea kemarin..alahai ciannya orang datang jauh2 nasi dah habis ya..hehe

    ReplyDelete
  14. ady - walkslm, ady akak masak nasi ni dah lama dah sebelum pergi bercuti hari tu..heheh..semenjak balik ni macam malas lah pulak..masak semua menu ulang tayang aje..hehe

    ReplyDelete
  15. liza - walkslm, heheh..masih ada sisanya liza..tu lagu korea kat background hahah..silakan liza kalau sudi nak mencuba..hehe

    ReplyDelete
  16. Assalam Ayu,
    tak rugi datang ke rumah Ayu! mesti dapat hidangan yang sedap-sedap belaka! ngences kita dibuatnya...

    ReplyDelete
  17. ish.. ish.. dah abis ya.. balik la dulu.. hehe

    ReplyDelete
  18. amie - heheh...alala..silakan amie, jangan malu2 buat macam dapur sendiri lah ya..heheh..alahai menu biasa2 aje amie..

    nor - hahaha..dah habis dah nor..haha

    ReplyDelete
  19. ya ampuuunn sedapnya:)pasti ku kan coba juga nanti :)

    ReplyDelete
  20. rima - hehe..i masak nasi berperisa ni bila hubby tak makan rumah..dah lama juga tak masak nasi minyak or nasi beriani..kecur pulak dengar u masak nasi minyak..hehe..cubalah rima, lauk ni tak berapa pedaslah pada kami

    ReplyDelete
  21. makcikmanggis - heheh sudi2kanlah CM kalau nak mencuba..hehe

    ReplyDelete
  22. Ya ampunnnn.....sangat tergoda tetiba perut berkeroncong tengok gambar ni. Malam ni cuma makan oats je sebab nak diet tapi tengokkan nasi dan ayam ni memang tak tertahan2, biarkan diet janji leh puaskan tekak ni. Resepi ni, bahan mudah nak dapat dan cara buat pun senang. Esok juga saya buat nasi ni...terima kasih ya....

    ReplyDelete
  23. kak ayu..saya memang leh duduk la kat umah kak ayu sebab jenis suka makan nasi bertumis ni..hehehhe..kat rumah ni derang nak ada nasi putih jugak kalau masak nasi bertumis ni..tu yg jarang2 buat..bila teringin je baru masak...kekekek....

    ReplyDelete
  24. noor hafirdaus - heheh..alahai ciannya makan oats aje ya..hehe..
    silakn kalau sudi nak mencuba ya noor, akak baru perasan sukatan susu tu akak tersilap type, dah edit dah..bukan 11/4 cawan ya tapi 1/4 cawan aje..sorry dik..

    quinnie - anak2 akak yg suka nasi berperisa ni Q, akak ok aje..
    oh orang2 kat rumah q lebih suka nasi putih ya..samalah mcam hubby akak..hehe.tulah masak bila time dia tak makn kat rumah..

    ReplyDelete
  25. Ayu..Wah ini yg best masak nasi pilaf tomato n ayam sosha ..memang sedap ayam itu KakSal pernah masak..tapi KakSal nak cuba nasi pilaf nampak simple..tulah Ayu KakSal pun ada buku itu terperok aja malum kan ada blog Ayu lagi best ada feedback...Nanti KakSal pun nak semak buku itu terimakaseh...

    ReplyDelete
  26. Salam Ukhwah dari Jordan...entah mcm mana tergerak hati I nak selak ur blog page by page..jatuh cinta u..!keep up d good job ya Ayu.!Loveeeeeeeeee it !!
    aziah.Jordan

    ReplyDelete
  27. Salam Kak Ayu,
    Jangan lah malu. I'm sure ramai yang seronok baca pengalaman akak dan famili bercuti ke sana. :)

    Saya ni datang malam2 terliur tengok nasi dan ayam akak ni. Dah lewat2 kang makan rasa bersalah pulak. hihi...

    Akak, to answer your question. InsyaAllah kami balik tahun ni. Sekarang working hard to finish. both saya dan faiz. harap2 dipermudahkan urusan kami nanti. Akak doakan ye :)

    ReplyDelete
  28. Ayu....tgk gmbr pun dah sedap, tak mampu nak buat rasanya. Ada rezeki kita dtg s'pore, ayu masak la ye? Hehe......dasar tak malu.

    ReplyDelete
  29. Assalam kak ayu cayang,wah set yg mantap n kedabom kak,mmg nmpk sedapberas basmathi pnjng2 gini lbh sedap n nmpk cntik berderai kan..Nak juga amk resepi msk list nih kak..Bestnyer tgk percutian akak kat bawah nun..Sy xdpt p,feeling2 smbl nengok pic2 akak pon dah kira oklah,hihi..

    ReplyDelete
  30. kalau mcm ini punya hidangan, mana boleh tunggu sampai esok.. selang 5 minit asik bukak tudung periuk je...

    ReplyDelete
  31. salam Ayu,

    Adoih.....nampak sedapnya nasik ngan ayam tu.....terimakasih la kongsi resepi kat sini....

    ReplyDelete
  32. Kak Ayu....assalamualaykumwbh....mak aiiiii rasa cam nak ngaaap je screen ni......sedap tol la kak ayu.....:)

    ReplyDelete
  33. sedapnya menu ni..masuk list sbb akak sdg kumpul2 resepi nasi ni..nak makan nasi byk2 tahun ni.azam baru..hehehe

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum dn selamat pagi....

    Adik ku Ayu cayang,sihat ke?? Ish hari tu Kak Nur masuk sini tk dpt tinggal komen...kena tendang tergulik2...sib baik mantu tk lempar ngan botol susu...hehe...

    Ayu, cantiknya nasi ayu tu...sedap kak Nur tengok...pagi2 dh terguder tergulik2 nie...hahaha...eh before I forget,want to ask u something....last Saturday I saw you crossing the road somewhere infront of Sembawang Town Council building?? Haaaa...your hubby waiting for you right?? Ada butul kah??

    ReplyDelete
  35. Assalam Ayu, datang jenguk, nasi pilaf mst dah habis kan...xpa akak cuci mata n save resepi dulu...Bz ke, take care dear! muaahhh

    ReplyDelete
  36. salam kak ayu...lama x singgah cni..apa beza nasi tomato n pilaf tomato ek?sbb ada letak daun bay ye?

    ReplyDelete
  37. salam kak ayu..nmpak sedap nasi pilaf dengan ayam ni.. ya Allah terasa mcm dok dlm kenduri diraja lak sy..hihih...sy masak malas2 je ari ni kak.. hiihi

    ReplyDelete
  38. kak sal - cubalah kak sal nasi pilaf tu..oh ayam sosha dah pernah cuba ya kak..aah kan kak, most ibu2 ada buku asmah laili ni..memang pun sekarang nak cari recipe type aje dia keluar..alahai terharunya akak cakap blog kita best..hehe..aah kalau ada feedback barulah teruja nak buat ke tidak kan kak..

    ReplyDelete
  39. aziah jordon - walkslm, salam ukhwah juga buat aziah..terimakasih sudi keblog kita yang tak seberapa ni...oh ya ke..shukur, tergerak hati aziah nak selak my blog pages..disini lah where i put all my tried & tested recipes for my own reference & would like to share with the rest..hope you will come for more..hehe

    ReplyDelete
  40. ijan - walkslm, hehe ijan..maklum ler, blog akak ni was suppose to be a blog masakkan so kalau lama2 tayang gamabr holidays macm tak best ler..hee...
    cubalah ijan pilaf tomato ni..insyaallah akak doakan.. akan dipermudahkan semua urusan ijan disana..dan pulang ketanah air tercinta for good with the papers that you both dream..

    ReplyDelete
  41. zanafahmi - hahaha..zana..alahai boleh apa salahnya kalau nak rasa kita masak..tapi lepas tu kita pakai mask, sebab kita nikan pemalu..hehe

    zaliedana - walkslm, aah ct, akak gunakan beras yang panjang2 tu..memang suka masak nasi berpersa menggunakan beras basmathi ni..silakan nak ambil recipe ni kalau sudi ct..heheh tengok gamabr feeling2 imagine ct pun kat sanan ya..hahaha

    ReplyDelete
  42. sudipVsenduk - hehehe..aduhai..kalau kena bulan puasa itu kira dah puasa yok2, sebab tiap 5 minit buka periuk ..hahaha

    ros - walkslm, sama2 ros, memang niat hati nak berkongsi recipe yang sedap ni..
    semuga dapat menfaat untuk yang lain yang ingin mencuba juga..

    ayu - walkslm, hahah..baik2 patah gigi kang..ngap screen tu..hehe

    ReplyDelete
  43. anymz - silakan kak anim, kita pun masih banyak recipe nasi berperisa yang ingin dicuba ni..wah azam baru yang unik tu kak!..haha

    ReplyDelete
  44. nuridah - walkslm, ya kakak ku cayang, alhamdullilah sihat kak..
    alamak kena tendang?..aduh..nasib baik tak tergulik anjing ya kak..haha
    kak itu yang akak nampak is definitely not me, sebab hari tu kita tak keluar rumah pun..heheh yang akak nampak tu was my cousin..heheh..kita dah interrogate hubby kita dah..kot2 perempuan lain.kan..wakakaka..

    ReplyDelete
  45. ummi - walkslm, hehe..aah kak dah lama habis dah..dari sebelum pergi holidays lagi kita dah masak pilaf ni..silakan kan save, bila2 boleh cuba..aah kak this few days memang sibuk bukan main lagi..hehe thanks kak for asking u take care too ya..

    ReplyDelete
  46. eina - walkslm, eina..lamanya tak dengar suara & berita..eina & baby sihat ke tu..
    pilaf tomato & nasi tomato pada akak ada sedikit lain sebab nasi tomato pada akak ada rasa masam2 sikit tapi pilaf tomato dia ada mild sikit rasanya..cubalah eina..

    ReplyDelete
  47. noorsha - walkslm, heheh..noorsha,, alahai mana kenduri diraja ni..kenduri anak beranak aje boleh lah ni..hehe..masak malas2 tulah yang bertamabah nasi 1/2 periuk sha!..hehe

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum dan selamat tahun baru Ayu,
    Bila mai rumah Ayu mesti perut pun berkeroncong.....nampak sungguh menyelerakan, mesti kena cuba nih....mcm biasa masuk waiting list hehehe

    ReplyDelete
  49. Salam Ayu,

    kak Ros rasa macam dok ada kat atas meja ni ja aih.....Nampak dekattt....ja...

    Ayam nya tu......Adoih...memang mengeliurkan lah....

    ReplyDelete
  50. Salam ayu,, kalau ayu jmput k1 mkn nasi pilaf ni tentu k1 x malu minta tambah hee hee..;)

    ReplyDelete
  51. wattie - walkslm, selamat tahun baru juga buat akak ya..maaf lah kak, tak dapat nak round the world hari tu..sebab sibuk sangat..hehe..perut keroncong ya kak kita kalau pergi dapur akak perut kita pula berdangdut..heheh

    ros - walkslm, ka ros, kita nak tanya ni..kak ros ni kak rosmawati yang kita add kat facebook tu ker?..tak sure ni kak..heheh..

    kak wan - walkslm, heheh itu yang kita suka kak wan, kalau orang makan nasi atau lauk yang kita masak bertambah2 ..itu tandanya sedaplah tu..heheheh tak malu betul kita ni kan..hahaha

    ReplyDelete
  52. akaaak ayu cayaaang...
    x boleh tahan ler tgk menu kat atas tu... uwaaa.... sedaaapnya... meleleh air liur d buatnya... Alahai!!! nasib baik menu ari daging lembu.. kalu x mesti nak masak ayam nie juga... lusa nak masak resipi nie.. mmg menyelerakan sungguh

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)