Sunday, February 05, 2012

Ayam Goreng Berempah Beriani

Ayam goreng  mesti laku punya kalau kat rumah kita ni...this time kita cuba pula recipe dari DJ yang pandai masak tu...straight away bila nampak dayang tayang ayam goreng ni kita dah siap print dah recipenya..dan cuba...bukan main laju anak2 makan ayam goreng kita ni..sedapp..
Buat Dayang terimakasih banayk2...akak minta izin share the recipe here for the rest to try juga ya..

Ayam Goreng Berempah Beriani
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

8 comments:

  1. cik kamoo - cubalah cik kamoo..buat ratah2 pun ok juga..hehe

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak goreng2 ayam berempah cam ginu....ratah cam tu je sedap kan...he he....

    ReplyDelete
  3. cik cek - betul kak cek..ayam goreng macam ni 30% lepas goreng habis dibuat ratah dulu heheh..

    ReplyDelete
  4. da cuba...mmg sgt2 sedap...thanx for sharing...

    ReplyDelete
  5. farah - sama2 farah..glad you like it ya..:)

    ReplyDelete
  6. Rampah beriani brand ape yg u guna ya?

    ReplyDelete
  7. Anonymous - kalau u org spore,
    kita gunakan 'HOUSE BRAND' aje..actually tak kisahlah brand apa asalkan rempah beriyani..:)

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)