Lontong Mi, ni pertama kali kita dengar sebenarnya..heheh..rasa2nya ni masakan orang Indonesia kot?..bahan2nya mee & lontong disatukan sekali..kuahnya yang menggunakan stok air udang, then cili padinya pula dilenyek2kan bersamaan dengan bawang putih hiris yang digoreng ..memberikan rasa mee ni macam mee soto pun ada juga..ada letak petis ....satu pembaharuan juga pada tekak kita ni..
Bolehlah mencuba kalau nak tahu rasanya macam mana kan..tapi yang pasti sedapp lagi pedas lagi sedapp..
Lontong Mi
Sources:-From Betty Endah Warni@Mintak Ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 batang lontong, dipotong ikut suka selera-atau lontong segera adabi
1/2 kg taugeh
1/4 kg mi kuning
beberapa biji cili padi(dihiris halus)
sedikit petis udang
bawang putih goreng
1/2 kg udang hidup, buang kepala, digaul dengan sedikit garam dan digoreng
(kepala udang diketepikan untuk membuat sup)
1 cawan kicap soya-(Ayu gunakan 2 sudu besar cap kipas aje)
2 keping tauhu, digoreng dan dipotong dadu
hirisan daun sup dan daun bawang untuk tabur
bawang goreng
15 biji bawang kecil
6 biji bawang putih
1 sudu makan lada putih
Cara Memasak Sup:-
Kepala udang dimasak dengan 3 liter air hingga mendidih. Tapis dan buang kepala udang.
Masukkan kedalam air rebusan, 1/2 bahagian rempah tumis, kicap dan taburkan sedikit garam +perasa.
Cara Memasak Mi:-
Sisa rempah tumis digoreng dengan mi dan taugeh. Tabur garam secukup rasa.
Cara Menghidang:-
Lenyek didalam pinggan, 1 sudu kecil bawang putih goreng, sedikit hirisan cili padi dan sedikit sahaja petis. Tuang sedikit sup supaya mudah dilenyek. Kemudian susun didalam pinggan tersebut, beberapa keping lontong, sedikit mi goreng, tauhu dan udang. Siram lagi secukup sup, tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Enak dimakan panas2.
Note:-Bawang putih goreng ialah hirisan bawang putih, digoreng hingga garing.
salam Ayu.Wah pertama kali Cm dapat tahu lontong mee boleh geng.Pasti terangkat ni.
ReplyDeleteassalam ayu..pertama kali jugak acik tau lontong mi....selalunya rojak mi je..
ReplyDeleteas-salam kak AYU
ReplyDeleteamboi pagi2 dtg kat dapur kak Ayu ni macam2 ada..semuanye sedap2..btw 1st time dgr lontong mi ni..npk menarik..
asslm Kak Ayu...1st time ni tgk lontong letak menu...lain dr yg lain...menu baru...mseti cuba ni...nmpk sedapppp la..
ReplyDelete