Thursday, May 03, 2012

Mee Rebus Pahang

Mee Rebus Pahang ni kita buat pun dah lama, cuma tulah tunggu giliran nak masuk blog aje..bila Azura kata mee rebusnya  tak gunakan keledek, dan inilah yang dipanggil ditempatnya kita pun teruja nak buat..bila scroll down bahan2nya tu..macam mee sup pun ada juga..Mungkin sebab dipanggil mee rebus ialah kerana meenya direbus dulu kot?..hehe..Entahlah ya..akak pun pening juga ni..

Apa2 pun mee ni sedap, tak kiralah kan apa namanya asal kenyang dan tak payah nak fikir apa nak masak bila kebuntuan idea..hehe..Kita tak adalah mee lidi yang dimaksudkan so just gunakan spaghetti ajelah..Buat Zura, terimakasih banyak2 akak minta izin postkan recipenya disini pula ya..kot2 mana tahu siapa2 yang nak mencuba..


Mee Rebus Pahang
Sources:-From Ayu@curlybabesastisfaction
Bahan :-
1 ulas Bawang Besar - cincang kasar
4 ulas Bawang Putih - cincang kasar
1 sudu kecil Lada Hitam - tumbuk halus-(Ayu gunakan lada hitam serbuk)
1 sudu kecil Lada Putih - tumbuk halus-(Ayu gunakan  lada putih serbuk)
Beberapa ketul Ayam - dipotong sedang-(Ayu gunakan isi dada ayam)
1 batang Karot - potong kecil
2 batang Sawi Pendek (Pak Choi) - potong kecil
1 ketul Kuib Pati Ayam
1 sudu kecil Tepung Jagung - bancuh dgn sedikit Air
1 mangkuk Air - ikut sukatan sendiri
1 biji Telur
Garam secukupnya
1 bungkus Mee Lidi - rebus sekejap, x perlu terlalu lembut.-(Ayu gunakan spaghetti)

Cara :-
Tumis bawang merah dan putih. Masukkan lada hitam dan lada putih.Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan air dan tunggu mendidih.
Masukkan kiub pati ayam dan bancuhan tepung jagung.
Setelah pekat sedikit, masukkan karot dan sawi. Pecahkan telur dan kacau.
Tutup api.
*boleh terus dimasukkan mee lidi

11 comments:

  1. salam kak ayu syg
    kita biasa jgk wat mee camnie..tp pakai mee kasar..yg kuning tue..mgkin klu pakai spgtt lain rasanya kot..pastu buh sambal kicapp..walllaweiii x terkata..hirup panas2..aiiishhhh kecur la kak:)

    ReplyDelete
  2. zila4ever - walkslm, hehehe..ya ke zila..akak tengok kat dapur zura tu mee lidi agak2 macam spaghetti rupanya tu..so bantai ajelah dear..hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya la nmpak mee rebus cmni...ala-ala mee sup pun ada kan...klu kat kelate pggil mee kuah..kena plk pedas, hirup panas2..fuhhhh berpeluh diwatnya..

    ReplyDelete
  4. salam kak ayu...

    baru perasan akak buat mee rebus nie.. tq kak sudi cuba... aah zura guna mee lidi.. so dia kenyal skit.. mee spageti lg kenyal kot.. tp x kisah la kak.. asalkan mee rebus.. mmg sedap ni kak.. kalau ketandusan idea nk masak ape..mmg ini la zura masak...

    ReplyDelete
  5. saya pun suka buat mee rebus ni kak ayu..tapi resepi kaknor..hehehe..dah lama jugak tak buat...dulu boleh kata selalu sgt buat...heheheh

    nanti nak bw resepi2 akak yg lain..tak berapa nak sempat minggu ni sebab cousin balik...sempat tinggal komen kat sini je..hehehe

    ReplyDelete
  6. adda - aah adda ala2 mee sup pun ada juga..memang betul tu kalau cili jeruknya pedas2 lagilah best..fuh!..hehe

    ReplyDelete
  7. azura - walkslm, aah zura time ni memnag ketandusan idea ler nak masak apa..itu yang teringat mee rebus zura ni..bahan2 semuanya ada so proceed ajelahkan.. terimaksih juga buat zura kerana berkongsi recipe ni ya..

    ReplyDelete
  8. quinnie - oh Nor terengganu pun ada juga recipe gini ke Q?..tak perasan pulak akak..
    tak apa Q, mana2 yang sempat lah ya..hehe

    ReplyDelete
  9. quinnie - oh Nor terengganu pun ada juga recipe gini ke Q?..tak perasan pulak akak..
    tak apa Q, mana2 yang sempat lah ya..hehe

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Ayu..wah sedapnya..kalau ikut version mak saya inilah mee rebus..almaklumlah mee rebus ni banyak version..tapi yang ni sodap..

    ReplyDelete
  11. kerull - walkslm, wah ramai juga yang suka version ni ya..tulah akak pun suka version ni..cuma kalau kat sini mee yang kuahnya begini kita panggil mee sup aje..well satu kelainan kan at least dah cuba mee rebus pahang ni..

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)