Friday, June 29, 2012

Singgang Sotong

Tidak pernah jelak dengan sotong kalau kat rumah kita ni..cook this again after beberapa tahun yang lalu,  pernah masak disini..time baru2 ada blog...suka buat pedas2 sikit dan masam2 sikit then hirup kuahnya macam hirup sup gitu..hehe..Terimakasih Puan Nor Azmihah aka Nor Terengganu puan tanah blog Secubit garam ..tapi kita ambil recipe dimyr.com tu...Nor, kita masak lagi lauk ni sedapp!!!

Singgang Sotong
Sources:-From Nor67@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan
  • 500gm sotong-(Ayu gunakan 1kg sotong)
  • 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)-(Ayu tambah cili api sedikit)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 in kunyit hidup
  • 1/2 in lengkuas-(Ayu letak sehiris nipis aje)
  • 2 btg serai - diketuk
  • 3 kpg asam gelugur
  • daun kesum
  • secubit belacan
  • garam dan gula
  • 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
  2. Bahan2 yg digunakan
  3. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
  4. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
  5. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
  6. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
  7. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..

3 comments:

  1. Sotong mmg blm pernah msk singgang... nie pun si shasha ada request nk daging msk singgang..entah lah akhir2 nie mcm dh malas nk berblogging!

    ReplyDelete
  2. sara - cubalah sara..memang sedap ni ..

    mamahawa - sedap ma sotong masak singgang ala2 asam rebus ni..alahai ma, samalh macam kita kadang2 kalau difikirkan begitu juga perasaan kita..tapi entahlah ya..

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)