Wednesday, February 20, 2013

Ketam Percik

Kalau beli ketam, asiklah masak kari...sekali2 ubah rasa, kita cuba masak ketam percik ni...bila singgah kat dapur Kak Zana, terus terpikat dengan menu yang ditayang.. The following weekend, kita suruh Mr Hubby cari ketam, sebab dalam kepala nak cuba masak lauk ni pulak..Alhamdullilah, kita berdua bedal ketam just for lunch aje, sorang 2 ekor..my parents pulak tak ada ..then budak2 memang tak makan ketam..
kenyang awak..tersandar kekenyangan ler petang tu..hehehe..

Kita masak ketam ni, hingga agak pekat so lama juga ler..dengan menggunakan api kecil dan tutup periuknya..basically hingga santannya tu macam nak jadi tahi minyak sikit gitu..Terimakasih to Kak Zana for this recipe, minta izin dipanjangkan disini pula ya..:)

KETAM PERCIK
Sources:-From @blogsurirumah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
3 ekor ketam, siang dan bersihkan-(Ayu gunakan 4 ekor mud crab)
1 cwn santan pekat -(Ayu tambah air sedikit sebab takut kering sangat dan hangus)
3 sudu cili kering atau cili tumbuk
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 labu bawang besar
1 btg serai, di titik-(Ayu guna 2 batang serai)
sedikit kunyit hidup dan halia
garam dan gula -(Ayu guna perasa + 1 sudu kecil gula)

Tumis bahan kisar iaitu cili kering yg di mesin, bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar, halia dan kunyit.
Setelah naik baunya, masukkan santan pekat dan serai.
Masukkan ketam dan kecilkan api.
Masukkan garam dan gula.
(kakpb tak guna kerisek)
-(Ayu masak tutup kuali dan menggunakan api yang kecil, sehingga kuahnya pekat dan ada  seakan akan nak jadi tahi minyak, baru Ayu matikan api.)
Bila ketam dah masak, bolehlah di angkat.

9 comments:

  1. This one when I visit you one day, dapat lah I merasa. Till then, tak kuasa I nak buat.. Lol!

    ReplyDelete
  2. Amboii berdezup n3 kak Ayu...sedapnya menu2 percik nih

    ReplyDelete
  3. shereen - wakakakaka....uish!!!...tak boleh tahan i ketawa kat sini tau!!!!..

    ReplyDelete
  4. Anna - heheh akak dah siap dalam draft anna, itu sebab cepat sikit nak post..hahaha..

    ReplyDelete
  5. ketam percik...sounds so good and im sure it taste good too....wish to try sometime

    ReplyDelete
  6. GK - yes dear..ketam percik sedap ..this was my first time makan..selalu masak kari aje..:)

    ReplyDelete
  7. Wah ketam ni pun sungguh memikat jantung kalbu ku...sedappppp nampaknya Ayu!! Kesatkan air liur akak boleh?? Masuk list dulu.

    ReplyDelete
  8. Nuridah - hehe..masuk list kak ...mesti try sedap..ubah selera sekali2 makan ketam percik..:)

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)