Thursday, May 30, 2013
Nasi Jagung & Ayam Kasturi
Kita nak masak nasi jagung ni dah lama sebenarnya..tapi bila kita fikirkan budak2 kita ni kalau makan mesti dikuiskan ketepi jagung2 tu macam rasa not worth gitukan..hehe..hah hari tu kita tak peduli kita masak juga nasi jagung ni..Nekadlah kira...tak ada idea pun actually..so I just proceeded...Bila dah masak tu..anak2 tanya mama masak lauk apa, kita cakap nasi 'biryani', then Iqram jawap yeh!!!......kita sambung softly 'jagung'..hehe..
Ceduk kan aje dan harap2 dia orang tak perasan...hemmmm hampeh!!..semua tak makan jagungnya dia orang ketepikan dan si Marsya luihkan..sabor ajeler.. Next time kalau nak masak lagi for them kena kurangkan jagungnya tu..huhu..Overall walaupun jagungnya dia orang tak suka, tapi nasinya mereka telan juga..haha..Below recipe untuk 20 orang tapi kita dah adjust ikut penduduk rumah ni dan juga kita adjust ikut selera..
Nasi Jagung
Sources:-From Zaharah Roziz
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
21/4kg beras basmathi - (Ayu gunakan 6 cawan)
Air mengikut padat beras-(Ayu gunakan 1 cawan air jagung dalam tin, 5 cawan air)
300g minyak jagung-(Ayu gunakan 2 sudu besar minyak biasa +2 sudu besar minyak ghee)
1/2 cawan susu cair-(Ayu gunakan 1 cawan)
1/2kg jagung(whole kennel corn)-(Ayu gunakan 1 tin aje 250g, lain kali nak gunakan sikit aje)
4 helai daun pandan
150g gajus digoreng & kisar-(Ayu gunakan 70g)
100ml air mawar-(Ayu gunakan sedikit aje)
Jus dari 1 biji limau nipis-(Ayu gantikan dengan 1 biji tomato dipotong dadu)
garam + serbuk perasa-(Ayu tambah)
Bahan Kisar:-
200g halia-(Ayu gunakan 11/2 inci halia)
250g bawang besar-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar)
70g bawang putih-(Ayu gunakan 5 biji)
Cara:-
Cuci beras hingga bersih dan toskan. Panaskan minyak +(minyak ghee). Tumis bahan2 kisar dan daun pandan. Api sederhana. Bila sudah wangi, curah air mengikut sukatan beras, susu, jus limau(tomato potong dadu), air mawar, jagung dan gajus kisar. Masukkan juga garam + (perasa) dan biarkan ia mendidih.(Ayu tumis dalam kuali dulu, dah mendidih baru masukkan kedalam periuk nasi yang berisi beras)
Bila sudah mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk rapat2 dan biarkan ia kering dan masak.
Enak jika ditabur bawang goreng semasa menghidang dengan lauk pauknya.
Selak punya selak buku2 masak yang ada terbekenan yang ni pulak...Ayam Kasturi, tengok bahan2 semua ada, so decided on this,cuma nak tunggu kuahnya kering makan masa sikitlah ya..Lauk yang nak kata macam ayam masak merah, ayam sambal pun ada juga,tapi lain sikit rasanya..mungkin sebab guna jus limau kasturi tu...:)
Ayam Kasturi
Sources:-From Aini Salim
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 ekor ayam dikerat empat dan bersihkan-(Ayu gunakan 11/2 ekor potong 16)
2 biji bawang besar dihiris bulat
minyak untuk menumis
garam + serbuk perasa-(Ayu tambah)
Bahan kisar:-
2cm kunyit basah
20 ulas bawang merah +1 biji bawang besar -(Ayu tambah)
10 tangkai lada kering-(Ayu gunakan 3 sudu besar cili kisar)
4 biji lada merah hidup + cili padi -(Ayu tambah)
sedikit belacan
(kisar dengan 1 cawan air)
Bahan perasa:-
8 biji air limau kasturi-(Ayu gunakan 12 biji)
1/2 sudu teh lada putih -(Ayu gunakan 1 sudu besar)
2 sudu kicap cair-(Ayu gunakan 3 sudu)
1 sudu besar halia kisar-(Ayu tambah)
2 sudu besar gula-(Ayu gunakan 11/2 sudu)
Cara:-
Ayam dan bahan perasa digaul rata lalu diperap selama 1 jam.
Panaskan minyak lalu tumiskan bahan kisar, biarkan sehingga wangi. _(Ayu biarkan hingga naik minyak)
Masukkan ayam dan sedikit air(Ayu tak masukkan air, Ayu tuang semua sekali air jus perapan tadi).Masaklah hingga ayam empuk dan kuah pekat. (Ayu tambah garam & perasa)
Jika suka atau perlu boleh tambah kicap dan gula ikut selera.
hi ayu...nak sikit nasi...lapar:)
ReplyDeleteSamalah kita Ayu... anak2 k.gee pon tak suka jagung dalam nasi... mulalah terkuis2 time nk makan... nasib baik nasinya dia org makan... kalau tidak... maknya jugak yg makin tembon.... hehehe
ReplyDeleteSedap-sedap.. salam rindu...
ReplyDeleteMarsita - hi marsita..alahai dah habislah dear nak merasa nasi jagung kita ni..heheh
ReplyDeleteGee - hahahha..betul tu gee..anak2 kita tak makan jagungnya tu..geram betul kita tengok..rasa nak nangis bila dia orang cakap tak nak jagungnya tu..terpaksa yang ada kita tolong kuiskan or else dia orang tak nak makan..bahaya ber..nasi satu periuk kalau tak nak makan sayangkan..:)
ReplyDeletepuan ros - thank you thank you dear kak ros..salam rindu pada mu juga..kiss kiss..:)
ReplyDeleteAslmkum Ayu
ReplyDeletenampak sedap set nasi jagung dg ayam kasturi itu.
samalah di rumah...kalau nasi ada letak jagung...karot ke atau benda2 lain confirm diorg kuis ketepi.tp sbb nak mkn buat juga...
mamasya - walkslm, heheh..sama rupanya ya..anak2 mamasya pun begitu juga ..hehe..tulah asik nak fikirkan dia orang tak makan sampai bila pun tak masak walhal kita teringin sangat nak cuba..hehe..tapi nasib baik dia orang makan nasinya tu kalau tidak..rugi weh..hehe
ReplyDelete