Assalam, baked potatoes ni, menu berbuka kami dibulan puasa kemarin..memang kenyang gedegak makan kentang ni...kalau nak buat mesti nak guna kentang Russet, sebab kentang tu isinya very floury..lembut bila dah masak.. Kebetulan time beli groceries kat Giant, kita jumpa kentang ni..dan cendawan portobello...memang dah masuk listlah nak buat..Bahan dagingnya tu, kita decided to gunakan Beef Bacon Blackpepper sebab itu aje yang ada kat rumah..
Memang ngamlah rasanya daging ada blackpepper ...
Recipe yang diambil dari Abang Jebat, hubby Sheila..kalau ikut sukatan dibawah ni, mungkin ngam2 kot isinya..tapi disebabkan kita lebihkan bahan yang ada, as bila beli tu cendawan ada 6 dan kentangnya pula ada 7..so memang terlebihlah inti kentang tu..nak masukkan balik dah tak muat..so kita bakar aje balance inti tu dalam aluminium foil macam kat bawah tu, dan tabur cheese aje..
Kita adjust mengikut selera kita, pedas sikit tu mesti ada..hehehe....so kita tambah cili serbuk sikit serta crushed red pepper..whipping cream tu kita gantikan dengan susu, parsley digantikan dengan daun sup bawang..dan oregano digantikan dengan italian herbs aje...
Sedappp...Terimakasih ya babe, for the recipe..minta halalkan dan izinkan kita panjang2kan disini pula...there are another few recipes yang kita cuba dari your kitchen..dan semuanya meletup letup sedapnya..tapi nantilah kita masukkan kat blog kita ni ya..
Baked Potato
Sources:-Sheila@Spices Journey
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
6 biji kentang Russet size besar
6 keping hirisan daging salai/daging kisar/whatever-(Ayu gunakan Beef Bacon BlackPepper Zac brand)
1 biji bawang hollang besar
3 ulas bawang putih
4-5 biji portobello mushroom(jika ada)-(Ayu gunakan 6 biji)
1 cawan metrik UHT Whipping Cream-(Ayu gunakan susu HL 3/4 cawan aje)
130g butter
mozarella cheese
sedikit chopped parsley-(Ayu gunakan daun sup & daun bawang)
sedikit Oregano kering-(Ayu gunakan italian herbs)
sedikit serbuk lada putih/hitam-(Ayu gunakan kedua2 sekali + sedikit crushed lada hitam)
1 sudu besar serbuk cili + sedikit crushed red pepper-(Ayu tambah)
garam secukup rasa
Cara:-
Bersihkan kentang dan bakar dalam oven menggunakan api atas bawah sehingga lembut atau boleh dicucuk, mengikut oven masing2. boleh direbus kalau suka, tapi kurang manis kentangnya. (Ayu kukus selama 1 jam).
Sementara menantikan kentang masak atau sejuk, siapkan intinya dulu. Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun & sedikit mentega. Masukkan bawang besar holland & bawang putih yang telah dicincang. Bila dah layu masukkan hirisan daging salai yang telah dipotong kecil.(Ayu masukkan serbuk cili waktu ni juga) Masukkan portobello mushroom yang telah dihiris.
Perasakan dengan garam dan sebuk lada hitam/putih (Ayu tambah +aji). Masukkan sedikit oregano kering untuk menaikkan aromanya. (Ayu gunakn italian herbs) Angkat dan ketepikan.
Ubi kentang yang dibakar (kukus) dipotong sedikit atasnya dan korek keluar semua isi perutnya. Tinggalakn sedikit agak2 boleh hold kentang tu. Satukan isi kentang semua isi kentang tadi dan dilenyek lenyek.
Gaulkan dengan bahan yang telah ditumis tadi, butter, daun parsley(daun sup & daun bawang), sedikit mozarella cheese dan uht whiiping cream(Ayu guna susu). Perisakan dengan garam & pepper secukupnya.
Kemudian masukkan sumbatkan masuk kedalam perut kentang yang telah dikorek tadi sepenuhnya. Taburkan mozarella cheese diatasnya dan bakar. Guna api atas aje selama ikut oven masing2 asal jangan rentung. Tak perlu bakar lama sebab isinya dah masak. Kalau nak frozenkan pun boleh.
Assalam Ayu, berselera betul tengok hidangan ni..... Anak2 kita pun memang gemar dgn makanan macam ni, so bolehlah kita buat satu hari nanti. Thnks for sharing! :)
ReplyDeleteKak Ayu,
ReplyDeletewah pagi-pagi berkunjung ke blog kak Ayu jadi lapar..he he he...
baked potato ini benar-benar menggugah selera.
Kalau mood ingin rasanya mencoba sendiri membuatnya.
this is ridiculously tempting! Ayu mintak izin nak buat and post jugak nanti yer? Ya Allah, bestnya dah tau apa nak buat this weekend!
ReplyDeleteaduyai....lapar balik jadinya !
ReplyDelete~ Ddah
Salam Kak Ayu,
ReplyDeleteWhoa whoa whoa... saya nakkkkkkkkkkkkk plz! Nampak sedap sgt tu!
Waaa...mengancam!
ReplyDeleteFaeez - walkslm, samalah my kids kalau menu western macam ni..laju aje makan..
ReplyDeletecubalah ya..adjust ikut seleranya...:)
Monica - pagi2 sudah digoda ya..heheh..
ReplyDeletecubalah Monica, bila mood dah datang tu cepat2 pergi buat ya..heheh
Rosdi - sila2kan Rosdi, tak payah minta izin pun..recipe memnag untuk dikongsi..kita panjang2kan aje..hope you can try and like it...:)
ReplyDeleteDdah - hehehe...kena telan air liurlah ya..hehe
ReplyDeleteHoney - walkslm, hahaha...kalau nak kena buat sendiri Honey..yang akak punya ni dah habis..hahah
ReplyDeleteGee - kena buat juga tu gee kalau dah mengancam..hehe
ReplyDeleteThanks for sharing this recipe..boleh tanya..selalunya beli daging salai kat maner?
ReplyDeleteNurhazlin - daging salai as in the recipe tu ke? Yg tu akak beli kat giant tampiness kalau tak silap... Kalau daging salai yang masak lemak cili API tu.. Akak selalu buat sendiri..daging yang baru beli jangan di hiris Dulu seketul besar dilumur dgn kunyit & garam..then bakar dalam oven hingga masak..then baru di hiris nipis...;)
ReplyDeleteUisshh.. Macam nak suruh bang Jebat buatlaa.. Terliur nengok Ayu buat..
ReplyDeleteSheila - hehehe...kita terliur baked potatoes sheila...sekarang sheila pula terliur ya...heheh...untung sheila bang jebat pandai masak..
ReplyDelete