Friday, October 17, 2014

Gula Melaka Cupcakes

Assalam, kita buat cupacake gula melaka ni, selepas Soft Marble Cake dah habis..then tak ada kek di rumah untuk munch2..kita cuba recipe ni sebab nak rasa macam mana cupcake gula melaka taste like..Nak buat pun senang  ni....tak payah keluarkan mixer...just guna blender aje..hehe..kita sebenarnya malas nak guna mixer bagai sebab malas nak basuh banyak2..haha..yalah kita buat pun selepas habis memasak..so penat dan tak kuasa nak stretch banyak2..hehehe....
Kebetulan tuition teacher Marsya ada datang so kasilah dia makan...Sedapp cupcake ni..tak bedek, lembutt aje....eh selama ni ada ke kita bedek ...hehe...anyway..kita tabur chocolate chips & almond nibs diatas for topping.. 
Funnynya Mr Hubby yang tak suka sangat makan kek, boleh cakap sedap..hahaha....tapi memang sedap lah pada kita..:)

Gula Melaka Cupcake
Sources:-Kak Fida@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-

Bahan-bahan ( 24 biji )
  • 200 g gula melaka - dihiris
  • 1 sb gula pasir
  • 1/2 cawan susu segar/cair/santan sedang-(Ayu gunakn santan)
  • 1/8 sk garam
  • 110 g minyak masak-(Ayu gunakan minyak jagung)
  • 2 biji telur A
  • 300 g tepung naik sendiri
  • secukup papercup 
  • sedikit chocolate chips (Ayu guna callebaut dark chocolate chips + sedikit almond nibs untuk taburan atas)
Cara-cara

  1. Masak 4 bahan pertama hingga larut.(Ayu masukkan juga 2 helas daun pandan diikat)Tapis dan biarkan sejuk. Masukkan ke dalam blender bersama minyak dan telur dan kisar hingga sebati.
  2. Ayak tepung naik sendiri ke dalam
  3. mangkuk dan tuangkan adunan yang dikisar tadi sambil dikacau perlahan2 hingga sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam papercup hingga habis.
  5. Bakar pada suhu 160C selama 25 min. atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.(Ayu bakar menggunakan 150c sehingga masak)
  6. Sejukkan kek di atas redai kek. Boleh dihias dengan topping jika suka sebelum dihidangkan. 


10 comments:

  1. Salam Kak Ayu,

    Saya datang bawa piring kosong ni! hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Assalam ayu, nampak mcm sedap sangangula melaka cupcake tu

    ReplyDelete
  3. Honey- walkslm, ..Ait..bawah piring kosong aje?.. Mana sayur2 fresh Dari garden tu?... Hehehe

    ReplyDelete
  4. Embunrosaliza- walkslm, alhamdullilah sedap pada kita ni kak..anak2 suka pulak makan..heheh..ingat dia orang tak suka..hehe

    ReplyDelete
  5. Wah kupkek gula melaka..spesel ni..macam2 resepi unik yg dipopularkan oleh kak ayu..

    pstt..kite dah try talam roti (kak fida tu) mmg sedap ya ampunn tp tang kepala tu ada kesilapan teknikal sket hihi..sndri buat silap huhu..

    ReplyDelete
  6. menarik ni, guna gula merah...mcm cup cake coklat pun ye rupa paras dia...

    ReplyDelete
  7. Rohah- betul tu rohah...bila di makan tak terlintas pun macam gula Melaka..rasa macam cupcake biasa tu ..hehe..

    ReplyDelete
  8. Lina- hehehe...Lina dah Cuba buat talam roti gula melaka tu ya...alhamdullilah kena dgn selera...ada masalah technical...tak apalah asal rasanya ngam kan Lina...hehehe

    ReplyDelete
  9. Gula melaka ni spesial sikitlah bagi saya... manis tu memang manis tapi manis berlemak!

    ReplyDelete
  10. Amie - betul tu Amie, gula melaka ni memang berlemak gitu..kita kalau pergi melaka mesti beli jangan tidak2..sebab kat situ ajelah dapat gula melaka asli..kalau kat spore ni jarang2 dapat yang asli...banyak campuran gula biasa...:(

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)