Assalam, mungkin ada yang dah tahu ayam masak lemak padi adalah lauk kegemaran anak kita Iqram...mana2 pergi kalau makan nasi campur/padang kat luar mesti lauk dia ayam masak lemak padi..itu ajelah lauk dia dengan nasi..kalau kat rumah kita ni ayam masak lemak versi macam2 dah cuba dah..kali ni versi letak daun kesum pulak..
As usual juga, lauk2 kita kalau tak ada cili padi macam tak sah pulak..recipe asal just bubuh cili kering kisar tapi kita letak cili padi dalam segenggam gitu then cili kisar sikit aje just to get the colour...bawang putih dah siap kopek, sekali dah blender cili dan terus tumis baru terpandang bawang putih tu terlupa nak masukkan..heheh..tapi apa2 pun..lauk ni sedap..Mr Hubby cakap ada kelainan dalam lemak kali ni...senang2 cubalah ..
Ayam Masak Lemak Daun Kesum
Sources:-Nurfaizah MdNoor
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan untuk dikisar:
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih-(ayu terlupa nak letak..hehe tapi sedapp juga)
2cm halia
2cm kunyit hidup
Cili padi secukupnya-(ayu tambah)
4 biji buah keras
1 ekor ayam - potong saiz ikut kesukaan
2 sudu besar cili boh - boleh lebihkan kalau suka pedas
250ml santan
seikat daun kesum
minyak untuk menumis
garam
asam keping
(2-3 keping)
cara-caranya :
panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan cili boh sehingga
garing. selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. kacau
sehingga naik minyak. kemudian masukkan santan dan air ikut keperluan
kepekatan kuah yang dikehendaki. bila sudah mendidih, masukkan ayam dan
kacau seketika. rasakan garam secukupnya dan masukkan asam keping.
apabila ayam sudah agak mesra dengan kuahnya, bolehlah di masukkan daun
kesum. kecilkan api dan biarkan sehingga terbit minyak dan kemudian
bolehlah dihidangkan
Salam Kak Ayu,
ReplyDeleteSaya tak pernah try lagi masak lemak taruk daun kesum. Nnati nak try lah... hihi
Honey- cubalah honey...akak tengok letak daun kesum tulah akak nak cuba...sedap ni..;)
ReplyDeleteSedapkan bubuh daun kesum dalam masak lemak tu Ayu... macam masakan ayam gerang asam yang penuh aroma tu....
ReplyDeletebiasa zila buh daun selasih jew kak..mesti sedap jgk klu buh daun kesum kan..
ReplyDeleteAssalam kak ayu, tak pernah buat lagi pesen msak lemak ayu boh daun kesum camni...resepi hayam ni mmg kena pelbagaikan sbb anak2 makan hayammmmmm jer tau.
ReplyDeleteBoleh cuba gak nnt
Amie - sedap amie..pada mulanya kita ingat macam masak asam pedas dah tu letak santan dah jadi lain pula rasanya..memang sedap...:)
ReplyDeletezila - lebih kurang gitu jugalah zila rasanya...sedap//:)
ReplyDeleteLina - walkslm, tulah..masak lemak ni dah macam2 versi cuba..kena tukar2lah kan..kalau asik masak vbenda yang sama, tukang masak pun naik jelak..hehehe....:)
ReplyDelete