Saturday, August 07, 2010

Ayam Merah Beriani

 When comes to Ayam Masak Merah,(Braised Tomato Chicken), there are few varieties that comes after Ayam Merah, title..some like 'Ayam Masak Merah Berempah', 'Ayam Masak Merah Berkicap and etc, etc'..this time I tried 'Ayam Merah Beriani'...it goes very well with the Nasi Beriani Telur.


Ingredients:-
1 ekor ayam, buang kulit dan segala lemak dan potong 14
*3 biji bawang putih
*5cm halia
*2.5cm kunyit hidup
* sedikit garam
(*kisar halus, lumur dengan ayam, perap sebentar dan goreng lembab. Ketepikan)

Bahan A:-diksar halus
3 biji bawang besar,
6 biji bawang putih
5cm halia
2 batang serai(bahagian putihnya)
5cm lengkuas
8 biji lada kering

2 sudu besar rempah beriyani
140g toamto puree
4 biji tomato, setiap satu dibelah 8
150g gajus, digoreng dan dikisar halus
1/2 tin susu sejat-(Ayu gunakan 1 cawan fresh milk)
1/2 cawan daun ketumbar dihiris
2 helai daun panda,
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Bahan B:-Tumisan
2 biji bawang besar dihiris
2 kuntum bunga lawang
5cm kayu manis
5 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih

untuk hiasan- sedikit bawang goreng, 1/2 cawan hirisan daun ketumbar, kacang peas,
hirisan tomato dan gajus goreng

Method:-
Rempah kisar 'A' digaul rata dengan rempah beryani, tomato puree dan tomato biji. Ketepikan. Panaskan minyak didalam periuk. Tumis daun pandan sehingga wangi. Masukkan bahan tumisan 'B' dan tumis lagi sehingga aromanya semakin lazat. Masukkan pula rempah yang telah digaulkan. Kacau rata dan masak sehingga naik minyak. Jika kelihatan pekat, tuangkan 1 cawan air dan gaul lagi supaya rata. Taburkan sedikit garam dan gula, diikuti dengan dengan susu cair dan gajus kisar.

Kacau lagi supaya rata. Seandainya masih lagi pekat, tuang lagi air dan biarkan sehingga mendidih.Kuahnya tidak boleh terlalu pekat , sebab belum lagi dimasukkan ayam. Setelah mendidih, tabur daun ketumbar. Rasa. Jika rasanya sudah lengkap, barulah masukkan ayam, gaul sehingga rata dan matikan api. Semasa menghidang tabur hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan hiaslah dengan toamto, gajus dan kacang peas. Enak disaji dengan sebarang nasi atau roti.
Sources:-From Zaharah Roziz-Asmah Laili -'Mintak Ampun Sedapnya'

No comments:

Post a Comment

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)