Ha for those yang fobia Rojak India yang ada controversy last few months kat Singapore ni..heheh ...mehlah try buat SENDIRI !!...Kita taklah fobia, saja gatal nak cuba buat rojak india ni sendiri.....berbaloi betul lah wa cakap sama lu..haha..actually nak buatnya senang cuma part goreng2an tu yang sikit punya leceh...tapikan, puashati lah..
Kalau beli rojak india ni.. dalam 5 item aje dah mencicah S$10-15 ..ada pernah tu pilih punya pilih ada sampai S$20++...Memang dah nak buat ni way before puasa, tapi list yang lain dah potong que..hehe..
The amount below, yields a lot, you can feed the whole village kalau ikut recipenya..so kita half ajelah adunannya tu..boleh lagi kasi jiran2 tau....senang2 cubalah..memang almostlah rasa Rojak India tu..
Ingredients:-
Bahan untuk kuah:-
1 kg keledek-(sebaik2nya yang berkulit merah-direbus dan dikupas kulitnya)
200g gula
100ml tomato sos
150g kacang tanah-(digoreng dan ditumbuk-sebahagian kasar & sebahagian halus)
2 sudu makan bijan disangai
3 liter air
sedikit warna oren
*10 biji lada merah
*2 biji bawang putih
*1/2 jari halia
(*kisar halus)
garam & perasa secukupnya
Method:-
Kisar keledek dengan 3 liter air hingga halus dan tuangkan kedalam periuk. Campurkan sekali bahan2 yang lain kecuali bijan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan bijan. Rasa dan tambah bahan2 yang kurang. Pastikan kuah tidak terlalu pekat atau cair.
Bahan untuk membuat tepung-(batter):-
1kg tepung gandum
6g yeast kering segera
1 sudu teh garam
1-1.2 liter air
1 sudu makan kunyit serbuk
Method:-
Ayak tepung dan gaul rata dengan yeast, kunyit serbuk serta garam. Tuangkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunannya menjadi seperti adunan jemput2. Perapkan adunan dalam bekas yang besar sedikit, selama 21/2 -3 jam, sehingga ia mengembang dua kali ganda. Sebaiknya tutup dengan kain kasa yang tipis-(Ayu pakai cling wrap aje). Tepung ini akan digunakan untuk menyalut bahan2 rojak yang akan digoreng.
Bahan2 rojak:-
minyak yang banyak untuk menggoren
5 keping tauhu yang sederhana besarnya
5 keping tempe digaul dengan sedikit kunyit, garam dan air
1 bungkus hot dog
5 keping fish cake
8 biji telur rebus kupas kulit
4 biji kentang direbus dan kupas kulit
(Bahan2 ini digoreng satu persatu dan ketepikan-boleh ditambah bahan2 lain seperti paru atau limpa goreng)
Bahan2 rojak tepung:-
2 biji kentang direbus, kupas kulit dan potong empat
4 biji telur rebus kupas kulit dan belah 2
1/2 biji kelapa parut
6 sudu makan bijan
20g taugeh
3 keping tauhu sederhana besarnya
12 ekor udang sedrhana besarnya dicuci dan toskan
50g ikan bilis dibelah 2, dibersihkan cuci dan toskan
1 biji bawang besar dicincang
50g sayur campur dadu(kacang peas, lobak merah dan jagung)
sedikit warna oren
Method:-
Peraturan menyediakan bahan2 rojak bertepung:-
Adunan dibahagikan 6 bahagian.
Panaskan kuali dan masukkan minyak kedalamnya untuk menggoreng bahan2 rojak.
Ambil 1 bahagian tepung itu, dan goreng kosong, betukkan bulat2.Goreng hingga masak dan kekuningan, angkat dan toskan.
Gunakan 1 lagi bahagian tepung untuk membuat tepung berinti telur. Ambil 1/2 biji telur, salutkan dengan tepung dan letakkan sedikit bijan.(Ini sebagai tanda bahawa kepalan tepung ini berinti telur).Goreng hingga masak dan toskan.
Setelah itu, ambil 1 bahagian tepung dan gaulkan dengan kelapa parut, taugeh dan lebihan bijan. Gaul rata. Ambil sedikit adunannya dan beyukkan memanjang(lonjong) dan goreng hingga garing dan masak. Angkat & toskan. 1 lagi bahagian tepung digunakan untuk menggoreng tauhu. Tauhu dibelah 2 seperti burger dan kelar-kelarkan. Ambil sedikit adunan tepung, salutkan kepada tauhu, kemudian hias dengan 2 ekor udang, diatasnya. Udang pun mesti disalutkan dengan sedikit tepung, supaya ia melekat.Goreng hingga garing dan masak. Angkat dan toskan.
Untuk menggoreng kentang rebus, gunakan 1 lagi bahagian tepung. Taburkan sedikit serbuk pewarna oren, celupkan 1 keping kentang rebus dan goreng hingga garing dan masak. Angkat dan toskan.
Bahagian terakhir tepung hendaklah dicampurkan dengan ikan bilis, taugeh, bawang cincang dan sayur campur serta sedikit pewarna oren. Kacau rata. Ambil sedikit adunan, bulat2kan dan goreng hingga masak dan garing. Angkat dan toskan.
Method Menghidang rojak:-
Potong bahan2 yang telah digoreng, letakkan bahan hiasan diatasnya dan siram kuahnya. Boleh juga asingkan kuah dimangkuk lain, dan bahan rojak dicicah kedlam kuah.
Sources:-From wan petom@resipi pesta perut
Salam K.aYU...
ReplyDeleteMakk aiii rajin betul la akak nih buat rojak ni...kena masuk list nih....byk tul bahan2 rojak tu...uish terliurr dah nih..
salam kak ayu...mas sekeluarga memang suka rojak mamak ..selalu beli jer...nanti nk try buat la...maceh yer sudi kongsi resepi...
ReplyDeleteezalieza - walkslm, hehe..bayangkan akak buat ni yg lecehnya goreng2an tu..sampai dah masuk buka belum habis goreng u..heheh nasib baik tak tertanggal seluar akak..kelam kabut..
ReplyDeletemas - walkslm, aah akak pun sealau beli aje..tapi ni since dah ada recipe saja nak cuba..alhamdullilah jadi..cubalah mas..
salam kanda kalau arwah ayah mi campurkan buah kurma rebus sekali ngan ubinya,resepinya kat pasembor.tp mmg berbaloi buat sendirikan.dinda pun tak beli
ReplyDelete