Recipe biasalah dari CMG, lauk2 semuanya best2 dan simple especially masak dibulan puasa ni..thanks ya CheMat, thanks juga introducekan akak terung pipit ni..hehe
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan terung pipit
1 cawan udang
1/2 cawan jus asam jawa
2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cuci terung pipit, tumbuk sedikit (sekadar pecah2 sahaja) dan udang dikupas, cuci dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan terung pipit tadi. Tambah jus asam jawa dan biar mendidih sehingga terung pipit lembut.
- Masukkan udang dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api...Hidangkan bersama nasi hangat.
Salam K.ayu..terung pipit ni banyak menu lih campur..ala2 kacang peas melayu lah katakan hi hi...
ReplyDeletekalo mE terung pipit tu, goreng dulu...sekejap, bg dia sparuh masak...lame tak makan sambal bilis terung pipit tau... tgk ur masakan, sedap, terliuq dibuatnya...
ReplyDeletekerull - walkslm, aduh malu betul akak tau..orang yg lebih muda pandai makn terung pipit ni..
ReplyDeleteemme - ha ni adik lagi satu pandai makan terung pipit..aduh malunya nak lari 10 kilometre lah nyorok muka ..hehe