Oklah banyak pulak celoteh eh..oleh kerana kita ada overstock tofu tube ni, bila ternampak hari tu kat dapur Iza Akma tofu kung pao ni..terus bekenan minta izin nak cuba..I gunakan sayur2 yang ada dalam fridge aje..tapi bahan2 sosnya ikut Akmalah..sedap & kena dengan selera akak mu ini..tapi macam biasa, cili padi mesti nak masukkan juga..hehe kita buat kokil2 gitu..Thanks Akma, akak letakkan recipenya disini pula ya..
TOFU KUNG PAO
source: Akma @ SSK
Bahan-Bahan
- 3 silinder tofu
- 10 ekor udang
- 1 keping dada ayam
- 1 pokok sawi kailan
- 1/2 batang carrot
- 2 ulas bawang merah - dihiris
- 1 biji cili merah - dihiris
- 2 biji telur
- 1/2 kiub ayam
- garam secukupnya
- sedikit air tambahan [nak kuah lebih,letaklah air lebih]
- 4 ulas bawang putih
- 1 tsp biji lada sulah
- 2 tsp tepung jagung
- 1/2 cawan air
- Hiris tofu dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
- Tumiskan bawang merah yang dihiris bersama bahan tumbuk sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan isi ayam dan udang.
- Kemudian masukkan sedkit air, garam, kiub ayam dan biarkan sehingga mendidih. Setelah didih masukkan carrot, kailan dan hirisan cili merah. Tunggu hingga didih sekali lagi dan pecahkan telur ke dalam. Kacau supaya telur tidak berketul-ketul.
- Masukkan bahan pemekat, kacau dan rasakan garam dan lada sulah. Jika kurang tambahkan lagi. Masukkan tofu goreng tadi, kacau-kacau biar serata. Boleh lah ditutupkan api.
- Sources:-From http://seleraputeri.blogspot.com
Assalammualaikum Ayu
ReplyDeleteAwak letak nama Kung Pao nih kan teringat dulu kita suka main cybercafe skrg cafe kita dah jadi musuem jerr...hihihihihi
Assalam Kak Ayu,
ReplyDeletemcm rancang2 pulak ya..sy cuba kuih lapis dan kak Ayu cuba tofu..w/pun kak Ayu senior blogger tp sudi mencuba resepi blogger baru mcm saya...mekasih kak Ayu...senang hati saya bila kak Ayu kata sesuai dgn selera...btw kuih lapis tu pun sedap...lembut...bertambah sedap dgn rasa kcg merah tu...
mak peah - walkslm, hahah..cybercafe kat fb ke gee?..kita ni fb ada tapi tak reti nak main2 game kat dlm tu..wakaka..caya tu..yoler asik masak makan masak makan..hahaha..
ReplyDeleteiza akma - walkslm, tulah akma, macam berjanji pulak..hehe..alahai senior dalam usia aje akma, tapi akak ni masih baru juga dlm blogging world ni..banyak lagi yang harus dipelajari.. recipe blogger baru tak semestinya tak sedap kan?..dan recipe blogger lama tak semestinya sedap juga kan?..sama2lah kita belajar from each other..
ha yang recipe kuih lapis tu akak cuma panjangkan aje sebab akak dah mencuba,..thanks akma sudi cuba ya..