Friday, March 16, 2012

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak..asal dari Sarawak lah kan tak kan dari Singapura pulak kan..heheh..been eyeing this for quite sometimes since a few blogger friends dah mencuba ..feedback was very nice ..tapi mostly yang dah mencuba tu menggunakan pes yang original dari Sarawak itself..since kat Singapura ni tak ada pes yang dimaksudkan tu, dan bila masuk JB, cuba juga mencari tak ada juga ..kita pun cubalah recipe dari Dayang kat bawah ni..pes alternatif laksa sarawak..

Sungguh sedap pada tekak kita ni..pes yang kita ikut kat bawah ni..kita gunakan kesemuanya for the kuah..percaya tak the kuahnya tu habis hingga ketitisannya..hehe..To me, kuah laksa sarawak ni ada seakan2 mee siam kuah yang bersantan yang pernah kita buat dulu,...eh betul ke ni?..sebab kita tak pernah lagi  rasa laksa sarawak yang asli tu ...cuma yang ini ada letak ayam for the garnishingnya ...
Terimakasihlah pada Dayang kerana berkongsi recipe pes yang boleh digantikan dari yang originalnya tu..Minta izin dipanjang2kan disini pula..manalah tahu orang2 Singapura or siapa2 yang susah nak dapatkan pes yang original tu bolehlah cuba buat juga kan..

Resepi Laksa Sarawak
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering* +4 biji cili padi
  • 1 inci lengkuas*-(Ayu gunakan 2 sehiris nipis sahaja)
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*-(Ayu gunakan 2 batang aje)
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

16 comments:

  1. Laksa serawak kak Ros suka tapi tak pernah buat.

    ReplyDelete
  2. salam kak ayu....aiiyoo kite 2 3 arini mmg mcm teringin nk mkn laksa sarawak...bile kak ayu tayang waduhduhhhduhhhduhhhhh..mcm nk p jilat gambar ajeeee

    ReplyDelete
  3. sedapnyerrrr!!
    pernah buat.. tp guna pes segera jer... lenkali leh cuba resepi dayang ni pula.. takyah susah2 nak cari pes segera tu.. kat PJ ni pun takde jual kak... kena beli kat sarawak juga kalau nak..or else.. kena order online.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam mama ayu! pakwe sihat tak? adik ipar duai sume sihat tak? dtg2 terus tanya pakwe ya? mmg kurang sopan punyer ank mantuuu akakaka..... ank mantu dtg nk tumpang makan, yg kat bwh2 tu sume nanti buatkan ya, siap2 kan atas meja nanti kita dtg tggl basuh tgn ajerrr ^______^

    ReplyDelete
  5. lasa srwk mmg sedap. kuah dia lagi sedap, marvolues (:

    ReplyDelete
  6. dah lama teringin nak makan laksa sarawak ni, tapi paste nya x tahu nak cari kt mana....x penah makan lagi ni...

    ReplyDelete
  7. Actually been eyeing for this laksa sarawak for quite sometime already... mesti nice.. nk try jgk lah :P

    ReplyDelete
  8. sedapnya laksa serawak.. lama dah x buat ikut resepi ni.. baru ni kawan ade beri pes dari hj manan..

    ReplyDelete
  9. puan ros - cubalah kak ros..sedap ni laksa sarawak pes alternatif..

    ReplyDelete
  10. sabar dubai - walkslm, heheh..we got the same tatse ya sabar..heheh cubalah buat laksa ni memnag sedap dear..akka suka..

    ReplyDelete
  11. madiha - ha tulah akak tengok ramai blogger kat msia dah cuba tapi gunakan recipe pes segera tukan..yg ini pes alternatif untuk siapa2 yang tak ada pes segera tukan ratna..cubalah dear..

    ReplyDelete
  12. ijayuji - walkslm, anak mantu..hehe..va va va,,bukan main lagi anak mantu ni ya..datang nak makan aje ya tinggal cuci tangan aje ya..ermmmm BAIKKKKK punya anak mantu ni ya..hahah

    ReplyDelete
  13. steff - memang sedapkan steff..:)

    ReplyDelete
  14. eira malik - tulah sama macam akak..tak ada pes sarawak tu so gunakan pes alternatif ni..ternyata memang sedap pada akak..so eira bolehlah cubakan..

    ReplyDelete
  15. mamahawa - cubalah ma..memnag sedaplah pada kita..ada rasa macam mee siam kuah pun ada..:)

    ReplyDelete
  16. norlieharumaini - ha tu dia..akak pun dah cuba recipe ni ya..sedap kan kak..wah untungnya ada orang kasi pes segera tu ya..

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)