Monday, May 06, 2013

Udang Masak Nenas

 Dah lama tak masak udang..especially udang yang size besar macam kat atas ni..Then surf cari recipe udang yang tak pernah kita cuba buat..ternampak yang ni..dan kebetulan ada nenas satu biji kecil..so decided nak cuba ..Alhamdullilah macam sweet sour rasanya..Nak masak pun simple dimple..sekejap aje dah siap..terimakasih Princessharyati for sharing ya..dah lama tak dengar khabar..

Udang Masak Nenas
Sources:-From Princessharyati 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan-bahan ( 4-5 orang )


  • 12 ekor udang besar-(Ayu gunakan 18 ekor size XL)
  • 3 potong nenas dlm tin (pakai nenas fresh pun sedap)-(Ayu gunakan nenas fresh satu biji kecil)
  • 4 cili kering dikisar halus (sapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)-(Ayu gunakan 2 sudu besar cili kisar)
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 diji bawang besar dimayang
  • Cili sos-(Ayu gunakan 2 sudu besar cili sos)
  • Daun bawang
  • Gula dan garam

Cara-cara


  1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukan gili masak hingga naik minyak.
  2. Masukan udang dan sos, kacau seketika. Selepas itu masukan nenas yang di potong kecil kecil bersama sedikit air. (sesiapa nak kuah banyak boleh letak lebih air)
  3. Akhir sekali masukan daun bawang, gula dan garam. Masak untuk seketika hingga kuah mendidih. Sedia untuk di santap.

2 comments:

  1. I will definately cook this as like you say, simple-dimple:) Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. shereen - memang simple dimple ni shereen..sekejap aje dah siap..hehe

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)