sabor ajelah kan...
Anyway, jantung pisang ni dah banyak juga style kita bagaikan semua memang sedap..kali ni kita cuba style ni pulak..sedap ni..walaupun namanya ada sambal tapi ia seperti masak lemak gitu..Terimakasih buat CheMat kerana berkongsi recipe ni..akak minta halalkan ya mat sebab dah masuk majalah dan sekarang nak masuk blog baru nak minta izin..hehe..Tak apalah ya..akak tak curi gambar ambil recipenya aje dan dah pun credit ke blog kan kan kan....:)
Sambal Jantung Pisang
Sources:-Florence Tan
Sources:-From CMG@TIFFINBIRU
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah (kalau jantung kecik, guna 2 biji)
8-10 ekor udang sederhana besar
5 biji bawang merah, hiris halus
3 helai daun limau purut, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
3/4 camca besar sambal belacan
200 ml pati santan-(Ayu gunakan 3/4 cawan aje)
3/4 camca besar gula
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Jantung pisang, dibuang kulit luar hingga jumpa bahagian putih, belah 4 dan rebus dengan 1 keping asam gelugor dan sedikit garam hingga jantung pisang lembut. Tos, biar sejuk dan perah kering. Hiris halus dan masukkan dalam satu bekas.
- Masak santan tadi hingga mendidih, masukkan udang, sambal belacan, gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan bila udang bertukar warna, matikan api dan sejukkan.
- Satukan cili hiris, bawang hiris dan daun limau purut bersama2 jantung pisang. Gaul rata. Tuang no. 2 dan gaul sebati. Tambah perahan jus limau kasturi sehingga mendapat tahap kemasaman yang anda inginkan. Gaul rata dan hidangkan segera.
No comments:
Post a Comment
Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)