Tuesday, May 13, 2014

Daging Goreng Nenas

Sebelum kita start apa2.. jangan marah eh..resipi daging goreng nenas..yang dimuatkan dalam majalah Aroma... lagi saki baki menu yang ketinggalan nak post kat blog..jangan boring ya.. masih ada lagi 2-3.menu yang belum masuk blog...heheh..kalau nak tukar selera goreng daging tu bolehlah cuba letak nenas pulak..sedap ni..ada rasa manis/masam nenas tu lawan pula dengan daging yang masin berempah..nak masaknya pun cepat & simple... Ok thats it....roger & out..:)


Daging Goreng Nenas
Sources:-From Nure@myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan ( 4~5 org )

  • 500g daging dihiris
  • 200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
  • 1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
  • 2 sd besar sos tomato
  • 2 sd besar sos tiram
  • 1 sd besar rempah kari daging
  • 1 sd kecil lada hitam (dikisar)
  • 1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih 
  • bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
  • minyak masak dan garam

Cara-cara


  1. panaskn minyak utk menumis. Tumiskan bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. masukkn rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
  3. masukkn sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
  4. Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang

6 comments:

  1. aiiihhh...sedapnyaaaa....*bawa piring ikut numpang makan*

    ReplyDelete
  2. Salam kak ayu.. nmpk sedap, campur masam2 manis nenas tuu..

    ReplyDelete
  3. Rina - haha...jangan lupa bawa nasi sekali sebab hari ni kita tak masak nasi..hahaha

    ReplyDelete
  4. tun - walkslm, alhamdullilah lauk simple2 , last minute atau lauk darurat..oklah tun..lagi2 hubby akak kan suka daging..hahaha..tak lari dari daging ...hehe

    ReplyDelete
  5. hai kak Ayu,

    saya sudah coba resep daging goreng nenas milik kak Ayu
    memang sedap betul kak...hanya saya skip rempah kari karena stok tidak ada
    Walaupun tanpa rempah kari tetapi tetap enak.

    Terima kasih resepnya ya kak...
    Oh iya seperti biasa saya sdh posting di blog dan link back ke curlybabe's satisfaction

    ReplyDelete
  6. Hi Monica,
    wah sudah cuba resepi daging goreng nenas ini ya...oh ya ke Monica tak letak rempah kari ...alhamdullilah akak senang sekali kalau Monica suka dgn rasanya..Thank you juga buat Monica kerana sentiasa sudi mencuba resepi dari dapur akak ni ya.....:)

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)