Friday, May 20, 2016

Nasi Minyak Puteri Saadong & Ayam Masak Ros Mamak Penang

Assalam, sebenarnya kita ni tengah sibuk..tapi nak luangkan sekejap menaip & mengupdate blog kesayangan ni..(alah scheduled post aje ni)..Ok, Nasi Minyak Puteri Saadong ni, kita masak dah lammmaaa sangat..sampai kita pun dah terlupa apa rasanya...yang kita ingat kita tak sempat buat acar atau side dish for this rice, timun tak ada dalam stok...itu yang 'botak' aje my nasi minyak ni....:(
Anyway kita gandingkan nasi ni dengan lauk Ayam Masak Ros dibawah tu....
Nasi ni mula2 ternampak kat IG my friend Affnah..dia masak & posted kat IG nya..macam biasa kita bertanya recipe..dari Fp Rossya rupanya..selama ni kita selalu juga cuba recipe2 dari Fp beliau tapi tak perasan pula Nasi Minyak ni...Terimakasih Affnah for the link & terimakasih juga buat puan punya recipe..:)

Menurut puan punya recipe..nasi ni asal dari Pantai Timur...google juga siapa Puteri Saadong tu...adakah dia seorang legend atau mitos..bolehlah baca ya..Tapi how this nasi comes about kita kurang pasti...yang pasti Nasi Minyak Puteri Saadong sudah ku cuba masak dan selamat kena bedal...:)


Nasi Minyak Puteri Saadong
Sources:- FP Rossya via Affnah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 gelas beras basmathi
5 gelas air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
5 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji bawang besar di mayang halus
2 sudu makan gula pasir (optional)
1 sudu makan garam halus (atau secukup rasa)
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan


Cara:-
Panaskan minyak sapi. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Masukkan garam dan gula dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Tunggu hingga nasi masak dan taburkan kismis hitam dan bawang goreng di atas nya.



Terimakasih buat tuan Mamak Haji for the recipe..kita mohon dipanjang2kan disini pula ya..:) 

Ayam Masak Ros Mamak  Penang
Sources:-BalanNambiar
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg). Bersihkan. Potong 10 bahagian kalau nak berniaga / Potong 12 utk masak sendiri.
  • 1/2 Tin ( bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”.
  • 3 sudu besar tomato puri/ 1 tin kecil.
  • 1/2 Tin Susu cair/sejat.
  • 1 helai pandan dipotong 2″ panjang untuk tumis bersama.
  • 2 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
  • 2 btg. kayu  Kayu manis berukuran 2″ panjang, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.
  • 1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian),
  • 1 sudu kecil garam masala.
  • 2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan anda perlukan).
  • Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal dapatkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki.
  • 100gm santan pekat tidak kemestian.
  • 2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus.
  • 1 sudu besar pes ahlia bawang putih.
  • Garam secukupnya rasa. Sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.
 Bahan2 Kisar:-
  • 10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
  • 1 batang karot.
  • 1 biji tomato.
  • 1 biji bawang labu besar.
  • 1 inci Halia.
  • 5 ulas bawang putih
  • 100gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus.
  • *Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.
Cara Menyediakan:-
1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.

2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*

3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.

4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).

5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman  dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).

6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Anda perlu adunkan sedikit utk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.

7. Bila kuah mula pecah minyak masukan  100 gm santan pekat.

8. Masukan Gula, dan garam secukup rasa.

9. Biarkan sebatian mendidih. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

17 comments:

  1. Assalam kak ayu...
    Wah tiap2 ari istimewa dari dapur s'pore ni hehee..
    Eh sama la menu kita..semalam saya pun buat ayam ros..tp versi pucat siket sebab kurangkan cili giling tu..

    Nasi Minyak Puteri Saadong tu ala2 nasi tomato jugak ke kak ayu...tp guna sos cili+sos tomato..ada kelainan tu

    ReplyDelete
  2. Wah! Kalau dah gabung Puteri Saadong dengan Mamak Penang ni memang hasil kacukan yang sungguh istimewa! Chef pulak orang Temasek... cukup menjadi campuran timur utara dan selatan ni Ayu....

    ReplyDelete
  3. bila masuk sini... tak pernahnya jumpa masakan yg tak sedap. Semuanya menggoda kalbu

    ReplyDelete
  4. nyam2...suguhan dapur kak Ayu memang selalu nampak lezat, tiap kali mampir ya begitu saya komentar saya ya kak...he he he... karena memang sungguh membuat saya terliur

    tapi terkadang kalau lihat resep banyak sekali bumbunya begini sudah ciut duluan ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. Lina
    Walkslm..hehe tak ada lah lina ..mana specialnya..kebanyakkan menu tahun lepas ni..semua backlog..hehe
    Nasi ni macam gitu lah rasanya...ada macam nasi tomato pun ada...akak pun dah lupa actually rasanya sebab buat dah lama dah...

    ReplyDelete
  6. Amie
    Hahaha...aah eh..nasi dari pantai timur..bertemu ayam dari penang..tukang masak pulak org selatan..confirm kacukkan habis ni...hahaha

    ReplyDelete
  7. SudipVssenduk
    Haha..terimakasih dear..
    Its a compliment to me...
    Tapi ada juga yg tak sedap..yg itu tak masuk blog..hehehe

    ReplyDelete
  8. Monica
    Haha..terimakasih ya monica..selalu bercommentar didapur akak ni..

    Bila tengok bahan2 yg banyak jadi takut ya...hehe

    ReplyDelete
  9. Alahaiii sedappnyaa Ayu
    Dh nk tidor ni tiba2 teringt kt Ayu terus terjah rupanya ada nasi minyak jdi laparrr

    ReplyDelete
  10. Nooriah
    Aduh kak noor... Terharunya kak noor ingat kat kita...
    Lagi2 Time nak tidur...hehehe
    Nasi minyak puteri saadong bertemu jodoh dengan ayam ros penang....hehe

    ReplyDelete
  11. sebab Ayu selalu post yang sedap2 maka nya kaknoor ingatkan Ayu heee
    suatu hari mmg nak buat jugak nasi minyak puteri saadong ni
    kena cari beras yg cantik baru nasi nya jadi cantik macam Ayu jugak

    ReplyDelete
  12. lama nya nak tunggu post baru dari Ayu
    sibuk ke ni

    ReplyDelete
  13. Assalam kak ayu..sihat ke tu?Lama tggu juadah dari dapur singapore ni..

    SELAMAT BERPUASA KAK AYU SEKELUARGA

    ReplyDelete
  14. Salam...menggoda betul resipi2 disini..

    ReplyDelete
  15. Nooriah
    Kak Noorrrr..waduhhh..lagi terharu ni..huhu..
    kita sibuk sangatttt...ni pun curi2 time buka computer..
    hasrat dihati nak update tapi tak sempatt...malam aje dah KO..
    Insyaallah kita akan cuba update nanti ya...

    ReplyDelete
  16. Lina
    walkslm, sihat alhamdullilah lina..cuma semenjak puasa ni
    memang tak ada time langsung nak buka computer..
    geram betul tengokkanya..
    selamat berpuasa juga buat Lina & family ya..

    ReplyDelete
  17. Bunda Nora
    walkslm, terimakasih bunda..
    terimaksih juga sudi singgah & tinggalkan jejak...:)

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)