Lauk yang simple dimple..tapi nak letak juga disini ..untuk rujukan..kadang2 tu kita terlupa apa bahan2 yang digunakan walaupun simple..hehehe...
Kacang Panjang Goreng Udang Kering
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
10-12 batang kacang panjang
*2 sudu besar udang kering direndam sekejap
*1 biji bawang besar
*10 biji cili padi
*3 biji bawang putih
garam & aji
Cara:-
Tumis kering bahan kisar* hingga naik bau & garing.
Perasakan dengan garam & aji. Masukkan kacang panjang yang telah dipatah2kan.
Gaul rata. Bila kacang dah masak matikan api. Jangan goreng terlalu lama nanti kacang panjang tak sedap.
menu begini sederhana tapi boleh tahan, sedap dimakan dengan nasi hangat
ReplyDeleteMonica
ReplyDeleteya Monica, lauk simple aje..just put up here
untuk tidak lupa..hehehe