Dulu2 I tak berapa reti sangat makan bol kentang ni..tapi bila I was introduced by my neighbour, terus suka pulak...during the late 80's & early 90's, I kan tinggal kat Geylang..so dekat dengan Haig Road Hawker centre..selalu juga beli kat kakak ni yang famous dengan popiah basah & popiah gorengnya, and also this Bol kentang...Recipe taken from Diana, yang senyap aje sekarang...
"Bol Kentang diberi nama kerana bebola yang diperbuat dari kentang yang telah ditumbuk lumat dan diisi dengan inti daging cincang. Ia kemudian dihidangkan dengan sup yang telah disediakan dan yang penting hirisan bawang dan juga timun adalah sampingan yang mesti ada untuk juadah Bol Kentang, selain dari taburan bawang goreng dan juga hirisan daun sup."..quote from Diana's blog.
Apapun2 recipe ni memang kena dengan my family nya tekak..my mum makan sampai 2 biji bol tu..hehe..
tapi kena ada sambal cilipadi kicapnya tu lah, baru ada kick!...Cuba part nak menggorengnya tu I tak ikut Diana, celup dalam tepung, I cuma celup dalam telur lepas tu deep fried kan dia macam kita goreng bagedil...
Thanks ya Puan Diana for this recipe yang sedap
Bahan untuk Kuah
2kg kentang, kupas kulitnya, potong bulat, goreng dan tumbuk lumat
1/2 kilo daging tetel, dibersihkan
4 liter air
4 sudu makan kicap lemak manis
4 kelopak bunga lawang
5 batang bunga cengkih
1 batang (5cm) kayu manis
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
Bahan untuk intinya
750 gram daging cincang-(Ayu gunakan 500g aje)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
Bahan untuk dikisar
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu makan serbuk lada putih
8 biji buah pelaga
1 batang (5cm) kayu manis
Bahan untuk Kulit Bol-
2 cawan tepung gandum
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning
(Ayu tak buat yang ini - cuma celup telur, bubuh garam sikit aje macam nak goreng bagedil)
Untuk Hiasan
Timun, kupas kulitnya buang hatinya dan hiris
bawang besar yang dihiris
daun sup
bawang goreng
Setelah digaul kentang & daging..dikepal2 macam bola, ikut suka hati nak besar mana bol nya tu..
Cara untuk Inti Bol Kentang
1. Buah pelaga dan kayu manis untuk bahan kisar ditumbuk menggunakan batu lesung sehingga separuh lumat. Kemudian dikisar bersama bahan-bahan yang lain.
2. Ambil 3 sudu makan rempah dan ketepikan untuk bahan membuat inti bol kentang. Lebihannya diketepikan untuk membuat Kuah Bol Kentang.
3. Rempah yang telah diambil 3 sudu makan, ditumis dengan sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan daging cincang, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka. Masak sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.
Cara untuk Kulit Bol Kentang
1. Tepung dibancuh dengan air secukupnya bersama garam dan pewarna kuning. Bancuhan tepung haruslah macam kita hendak menggoreng pisang tapi pekat sedikit.
Cara-caranya untuk membuat Bol Kentang
1. Kentang dikupas kulitnya, dipotong bulat dan digoreng. Kemudian ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
2. Ambil kentang yang telah ditumbuk lumat, isikan dengan intinya dan dibentukkan bulat. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, celup bol kentang yang telah dibentukkan dalam tepung dan digoreng. Sebaiknya minyak mesti banyak dan panas bila menggoreng bol kentang. Biarkan bol kentang supaya ia garing, barulah diterbalikkan. Angkat dan ketepikan.
Cara untuk Kuah Bol Kentang
1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka dan juga kicap. Masukkan daging tetel dan air. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
3. Setelah kuah mendidih, siap untuk dihidang.
Cara menghidang Bol Kentang
1. Letakkan 2 biji bol kentang dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya, hias dengan timun, bawang, daun sup dan bawang goreng.
Sources:-From resipidiana.blogspot.com
Bila nak suap, runtuhkan bol tu dan suap sekali dengan supnya dan bahan2 hiasan tadi.
this is like a more-savoury bergedil, ye kak?
ReplyDeleterasanya macam bergedil ke kak, sebab ada ubi kentang kan...nampak sedap la...
ReplyDeleteSalam Ayu :)
ReplyDeleteSemua mama nak..hehehe tamak nyer!!Rajin lah Ayu nih...
The bol kentang reminds me of soto ler plak... mulalah teringin nih!
ReplyDeletekog - rasanya adalah seakan2 bagedil tapi disuap together dengan sup & bahan garnishingnya tu yg make the dish slightly different..
ReplyDeletemas - kalau belum makan dengan sup tu bolnya memang rasa macam bagedil, tapi lepas makan dengan sup tu lain sikitlah rasanaya..cubalah mas, manalah tahu kena dgn selera mas..
mamahawa - walkslm, ambik ajelah ma, jangan segan2..hehe..rajin sebab kita suka MAKAN!..hehe
Mamafami - aah ma, adlah seakan2 gitu, cuma soto gunakan ayam this one gunakan daging..sepupu sepapatlah gitu..kiki
salam kak ayu..mmg best dan sedap cume seri tak taruk sampingan lain .. next baru taruk..ni buat bol kentang simple aje :) ..
ReplyDeletemummyseri - walkslm, hehe dah cuba ya..sedapkan, aah next time cuba lah letak timun, bawang goreng dan cili kicap tu baru ada kick dia..hehe thanks for trying ya seri!!
ReplyDelete