Wednesday, February 20, 2013

Nasi Biryani & Ayam Biryani Masjid Khadijah

Kalau dibulan puasa disini..nasi biryani masjid khadijah memang famouslah .. normally ia akan dimasak mengikut jualan amal melalui talian telepon, atau sebagainya..yang kita ingatlah satu resit harganya S$10 or S$15 gitu untuk satu packet nasi biryani ni...So menderma sambil beramal gitu...
Recipe yang kita dapat ni, adalah dari buku resepi Asatizah,hadiah dari my sister in law... buku recipe yang memuatkan recipe2 dari Asatizah2 diSingapura...Recipe asal dari Ustaz Ali ..yang kita tahu ustaz nilah yang akan memasak nasi biryani dimasjid Khadijah..
Recipe asal menggunakan daging, tapi kita tukar ke ayam...Macam biasa, kalau masak nasi biryani kita tak berapa suka ayam dicampur dalam nasi, sebab tak nak ayamnya hancur..so kita cuma masukkan kuah dan bahagian ayam yang tak berisi sangat aje...Cubalah, sedap tau nasi ni..

Nasi Biryani & Ayam Biryani Masjid Khadijah
Sources:-From Ustaz Ali Bin Mohamed@Buku Resepi Asatizah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan untuk Daging Biryani:-
1kg daging dipotong menjadi 10 keping-(Ayu gantikan 11/2 ekor ayam)
125g rempah biryani-(Ayu gunakan 7 sudu besar aje)
125g halia dikisar-(Ayu gunakan 20g - dalam 2inci)
125g bawang putih dikisar-(Ayu gunakan 30g - dalam 6 biji)
5 biji bawang besar dihiris- (Ayu gunakan 3 biji aje)
5 batang lada hijau dihiris 1/2 inci-(Ayu gunakan 3 biji aje)
5 batang lada merah dihiris 1/2 inci-(Ayu gunakan 3 aje)
100g daun pudina-(Ayu tak letak)
100g daun ketumbar-(Ayu anggaran segenggam)
4 sudu besar tomato puri-(Ayu gunakan satu tin kecil)
1 biji limau nipis diambil airnya-(Ayu tak letak)
125g bawang goreng
100g badam direbus dibuang kulit dan kisar-(Ayu gunakan segenggam aje)
100g gajus digoreng -(Ayu gunakan segenggam aje)
100g kismis-(Ayu tak ada stok)
5 sudu besar minyak sapi-(Ayu gunakan minyak biasa je, sebab terlupa..hehe)
4 biji tomato biji dibelah 6-(Ayu gunakan 2 biji aje)
100g tairu-(Ayu gunakan 3 sudu besar aje)
5 biji bunga cengkih-(Ayu gunakan 4 aje)
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 aje)
2 inci kayu manis
garam & perasa secukup rasa
4 biji cili padi dikisar-(Ayu tambah)
air secukupnya-(Ayu lebihkan sedikit sebab nak berkuah)


Cara Memasak Daging biryani:-
Panaskan minyak. Tumis bawang, cengkih, pelaga dan kayu manis. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan halia dan bawang putih serta bawang hiris. Masak sebentar.
Masukkan daging(Ayam) dan rempah, tomato, lada merah dan hijau. Masak hingga separuh masak.
Kemudain, masukkan tomato puri, tairu, badam kisar, kismis, daun pudina, daun ketumbar dan garam secukup rasa. Masak sehingga sempurna.
 Akhir sekali masukkan air limau nipis, bawang goreng, gajus goreng dan kacau sehingga rata. Kecilkan api. Biarkan hingga keluar minyak dan ambil kesemua minyak untuk memasak nasi.


Bahan-bahan untuk nasi biryani:-
1kg beras basmathi
5 biji bunga cengkih-(Ayu gunakan 3 aje)
5 biji bunga cengkih-(Ayu gunakan 3 aje)
3 inci kayu manis-(Ayu gunakan 3cm aje)
50g daun pudina
50g daun ketumbar
$5.00 kuma-kuma dicampur dengan secawan air suam-(Ayu tak ada ni so Ayu bubuh pewarna kuning dan campur dgn air aje)
1 tin susu cair-(Ayu gunakan fresh milk aje)
3 helai daun pandan
100g bawang goreng
3 liter air
1 cawan minyak daging(ayam)-(Ayu gunakan kuah dari ayam juga sikit)
garam secukupnya dilarutkan didalam air


 
Cara memasak nasi biryani:-
Air dimasak hingga mendidih. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis serta daun pandan.
Cuci beras, selepas itu direndam selama 1/2 jam.
Masukkan beras yang telah ditoskan dalam air yang mendidih. Rebuskan hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
Daging(Ayam) biryani yang telah dimasak diletakkan didalam periuk atau rice cooker yang mempunyai muatan capacity 3 liter.-(Ayu cuma masukkan bahagian yang tak berisi, seperti bahagian tulang aje, sebab takut hancur.)
Ambil beras yang telah direbus tadi. Letakkan diatas daging(Ayam). Buat beberapa lapis dengan setiap lapisan ditaruh sedikit daun pudina daun ketumbar dan bawang goreng serta direnjis dengan kuma-kuma-(Ayu renjis dengan pewarna kuning aje).
Siramkan minyak daging tadi dan susu cair pada lapisan yang teratas.

12 comments:

  1. best nampak ni.. nor save resipi dulu ya.. tq dear :)

    ReplyDelete
  2. I will definately Cuba this briyani recipe as my family and I simply love these kind of flavored rice.Thanks for sharing;)

    ReplyDelete
  3. Assalam kak,tq share rcp,nmpk rcp nasi beriani trus mai cpt,sy ambk rcp dlu kak,insyaAllah nti2 leh try,nmpk sdp sgt..

    ReplyDelete
  4. fuhhhh... tgk pon dh kenyang.. mmg mewah la kak set nasi briyani nie.. hehehe.. bila la nk cuba buat sendiri.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Nor - silakan nor..terimaksih dear..:)

    ReplyDelete
  6. shereen - silakan shereen, samalah my kids pun suka nasi berperisa...so kena try varieties kan..hehe:)

    ReplyDelete
  7. zaliedana - walsklm, sama2 ct..silakan kalau nak mencuba ya..adjustlah mana2 yang pautu ikut keselesaannya ya..:)

    ReplyDelete
  8. Azura - heheh..in sya aallah, bile2 ada masa bolehlah mencuba tukan zura..masak sendiri muai, kalau beli dah berapa kan..kat sini nasi biryani S$6 tau..so bayangkan kalu convert duit malaysia double kan..hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak ayu...
    Wah terliur diana tgk menu nie... Pasticuba resipi nie nnt... Nmpk agt aedap...

    Oo yer ari tu akak ada tanya diana ttg fb diana kan.. A'aa diana dah deactivekan buat masa nie... InsyaAllah nnt akan buka semula...

    ReplyDelete
  10. diana - walkslm, cubalah dear..
    harap diana sihat ya..semuga dipermudahkan apa2 yang hendak disettlekan tu..bila dah ok semula, bolehlah active balik berblogging dan berfacebooking ya..take care dear..:)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum adik Ayu cayang!!!

    Ayu, kenapa kak Nur tk dpt tengok penuh blog Ayu nie...aduhhhh!!

    Maaf ayu kak Nur lambat sampai...penat @sibuk..lari sana lari sini...aduh....eeh miss you la dear.

    Wah nie ustaz ali nyer resepi...nampak sedap aah, Ayu nanti kak Nur nk cuba...kalau dpt lamb waduh sedapnya tapi mcm tk berani gitu....ooh tiba2 kak Nur teringat dulu ada tips pasal sapa yg nk mkn daging kambing...rebus dulu dh sejuk masukkan dlm fridge...the next dy kaup lemak2 dan minyak diatas so consider dh okay lah tu...healthy diet gitu....hehe..

    ReplyDelete
  12. Nuridah - walkslm, kakak tercinta..
    tak dapat tengok macam mana kak?..tak keluar gambar ke?..apasal ya..kita pun tak tahu ni..

    Alahai apa yang nak minta maaf kak..kita faham ..akak sibuk begitulah juga teman2 yang lain..sebab blogging ni pun bukannya sentiasa nak kena duduk depan pc kan..banayk tugasan lain yang perlu diselesaikan..

    Aah kak, boleh guna kambing juga kak..ah tips yang bagus tu..kasi sejuk dulu dan buang lemak2 & minyak dia barulah ok kan..cubalah kak..:)

    ReplyDelete

Sorry I have to put the word verifications, back as there are so many spam comments...If you signed in as an Anonymous ..please leave your name as it is easier for me to address you better..Thank you ...Really appreciate it...:)