Monday, July 15, 2013

Ayam Ketumbar


Ini lauk kita untuk sahur pada puasa pertama hari tu...satu kelainan pada kita sebab gunakan cream(whipping cream) dalam masakan..hehe..jakun ler tu..tapi memang sedap dan anak2 suka makan..Rasanya ada sedikit macam ayam kurma pun ada juga..tapi rasa daun ketumbar dan daun pudina dalam bahan2nya tu yang kasi kelainan pada lauk ni..Sedapp!!

Recipe dari dapur Kak Palatable, yang kita telah alihkan kebahasa Melayu.. Kalau nak tengok  yang asli boleh kedapurnya.. Terimakasih ya kak for sharing..kita panjang2kan disini pula ya..

Ayam Ketumbar
Sources:-From Treat & Trick
Tried, Tested & Translated:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg ayam dipotong ikut suka
3 sudu besar minyak
2 helai daun salam/bay leaves
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk cili
2 inci kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
2 cawan air
1 cawan cream- Ayu gunakan 1/2  cawan whipping cream aje)


Bahan Kisar:-
1 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun pudina
1 inci halia
2 biji bawang besar
3 biji cili hijau + sedikit cili padi -(Ayu tambah)
4  ulas bawang putih
garam & perasa secukupnya



Cara:-
Basuh dan perapkan ayam yang telah dibersihkan dengan 1/4 sukatan bahan2 kisar, garam & perasa selama 30 minit. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga cengkih, bahan2 kisar, serbuk ketumbar, jintan manis jintan putih, daun salam, kunyit dan serbuk cili hingga naik bau dan garing.

Masukkan ayam, gaul rata selama 2 minit. Masukkan air dan biarkan hingga ayam empuk. Masukkan garam masala & cream, biarkan ia reneh untuk beberapa minit dan matikan api. Siap untuk dihidang panas.

14 comments:

Gee® said...

Sedapnya Ayu... anak2 mmg suka lauk ayam...bolehlah pelbagaikn menu...

Ayu said...

Gee - Alhamdullilah sedap ni Gee..
cubalah..memang ada kelainan..:)

Anonymous said...

As salam Ayu...Selamat berpuasa utk Ayu sekeluarga eh...wah!!!... menu betul2 menarik laa..nk try la nanti insyaAllah..tks 4 sharing sis.. :-)

Misah ★

Faeez said...

Memang menarik betul resepi ni. InsyaAllah, kita nak cubalah satu hari nanti..

Mas said...

boleh try nanti resepi ayam ketumbar ni..
menyelerakan jerk nengoknya...

Treatntrick Treat and Trick said...

Selamat berpuasa Ayu! Thanks dah cuba resipi akak dan tolong translate sekali. Kak ada campurkan sedikit cili padi supaya lebih ump...

kerull said...

Assalam Sis..lama kita tak bw sini..from perak with love..intai2 kat umah kak ayu nak cari idea berbuka ni..

Ayu said...

Misah - walklsm, selamat berpuasa buat misah & family juga ya..misah..lama rasanya misah tak tinggal comment kat sini ya..hehe..
kita pun dah lama tak update gambar2 kat facebook my cooking..huhu..
lauk ayam ketumbar ni memang satu kelainan cubalah misah..:)

Ayu said...

Faeez - cubalah Faez..sekali2 ubah rasa..hehe..

Ayu said...

Mas - cubalah mas, akak hari tu cuba tak fikir panjang terus decided to masak aje sebab bahan2 semuanya ada..hehe

Ayu said...

Trat & Trick - thanks juga buat akak for sharing..aah kita pun tambah cili padi sikit nak kasi ada kick sikit..hehe..selamat berpuasa juga pada akak & family ya...:)

Ayu said...

keru;; - walkslm, sis..lama betul tak dengar khabar kerull..miss you dear..selamat berpuasa buat kerull & family ya..love from spore..hehe

~kokocincau~ said...

As salam..., lebih kurang resepi 'masak ungkep' - saya jawa Johor selalu buat ni, cuma kami tak letak daun pudina ;). Banyak resepi menarik di sini.. Mohon izin untuk mencuba ye..

Ayu said...

kokocincau - walkslm, betul tu ada sedikit macam ayam ungkep, ayam kurma pun ada juga..Silakan kalau sudi nak mencuba recipe2 dari sini ya.. Thank you juga sudi singgah dan tinggalkan comment..:)