Anyway..kita nak cepat2 masukkan recipe quiche lorraine ni sebab dah 2 kali buat ..dan kita rasa kita harus masukkan dalam blog kita untuk rujukan akan datang..sebelum recipe yang kita print atas kertas hilang.. Recipe asal dari Kak Jun yang kita dapat dah lama..bila cari linknya balik tak jumpa..so at least kita mention her name & blognya..terimakasih Kak Jun for the recipe. Recipe Kak Jun, gunakan quichenya from scratch iaitu short crust pastry...kita pula guna instant prata aje maklum ler orang rajin..hehe..anyway kita just type recipenya just in case siapa2 yang nak buat from scratch boleh refer to the recipe..as for the fillings..kita adjusted from the original & added bahan2nya ikut my selera..Alhamdullilah anak2 suka sangat..bayangkan buat pun within 2 weeks masih tak jelak lagi..hehehe..so I guessed its worth to masukkan dalam blogkan...:)
Quiche Lorraine
Sources:-From Cupcakekasih
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahannya :
Base Quiche(short crust pastry)
250 g tepung gandum
125 g salted butter
1tsp bijan(optional)
2 tbsp susu tepung* (Kak Jun tambah supaya lebih lemak)
Air secukupnya
Cara:-
Campur semua bahan diatas(kecuali air)
Gaul supaya menjadi crumble.
Tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh sebati.
Canai nipis dan letak dalam acuan, masukkan filing.
Tuang sos salt royale kedalam quiche.
Hias dengan bahan hiasan
Bakar 25 minit + 150 darjah C
Ayu gunakan PRATA INSTANT untuk Quichenya..
Beberapa keping prata instant
masukkan kedalam bekas, tekankan ikut acuan, bila dah tekan
cucuk2 dengan garfu. Bakar 1/2 masak keluarkan. Bila sudah sejuk, baru masukkan filling, tuang salt royale kedalam, tabur cheese & susun bahan hiasan. Bakar hingga masak. Siap untuk dihidang. Quiche sedap dimakan waktu dia suam2 panas.
Resepi Filling
1 biji bawang besar dicincang dadu(Ayu hiris aje)
150g mix vegetable(optional)-(Ayu used this)
1 tbsp tomato puri-(Ayu gunakan 2 tbsp tomato sauce)
150g chicken meat-(Ayu used 250-300g chicken meat dipotong dadu)
1 helai daun salam(bay leaf)-(Ayu tak gunakan ini)
100g mozarella cheese
50g parmesan cheese(Ayu guna cheddar cheese)
10 swiss mushroom sliced or 400g sliced fresh/button mushrooms-(Ayu added this)
6-8 cili padi sliced-(Ayu added this)
1 big tomato diced-(Ayu added this)
daun sup & daun bawang chopped-(Ayu added this)
1 tsp italian herbs-(Ayu added this)
salt & pepper secukupnya-(Ayu guna 1 tbsp pepper)
150g butter
Cara:-
Panaskan butter dan tumis bawang, cili padi hingga naik bau & wangi. Masukkan chicken meat, mix vegetables, kacau rata. Bila chicken meat dah empuk, masukkan tomato sauce, tomato dadu. Biarkan hingga tomato layu, masukkan cendawan, italian herbs dan perasakan dengan garam & pepper dan sedikit aji.Bila semua sudah sekata, masukkan daun sup/bawang, gaul, matikan api dan ketepikan biar sejuk.
Bahan-bahan:-
250 ml susu segar
50 ml whipping cream (emborg brand- dairy)
3 biji telur
garam dan pepper secukupnya
Cara membuatnya:-
Campurkan semua bahan dan pukul dgn garfu supaya sebati.
Tuang dalam quiche tadi.
Bahan hiasan:-
cherry tomato
sedikit hirisan cendawan
Hias dengan daun sup + bawang.
tabur dgn cheese mozarella & parmesan(Ayu guna mozarella & cheddar cheese)










