Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Wednesday, November 09, 2016

Ayam Masak Sambal Kacang

Lauk ayam sambal kacang ni kita masak during raya yang lalu..in fact raya tahun lepas pun kita masak menu ni...sedapp pada kami..itu yang tahun ni buat lagi...lauk ni adik kita suka makan...selalunya kita buat sambal kacang tok tok gitu aje..ah kali ni tambah ayam dalamnya..laju aje kita tengok dia makan..hehehe

Buat puan punya recipe terimakasih banyak2 ..akak mohon dipanjang2kan disini pula.. baru ni sempat nak masukkan dalam blog walhal ..dah setahun lebih masak dan kali ni masak lagi...

Ayam Masak Sambal Kacang
 Sources:-From Sizzling Suzai
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan A
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas 
1/2 kunyit
3 batang serai
2 senduk besar cili giling
12 biji cili padi-(Ayu tambah)


Bahan B
1 ekor ayam 
segengam asam jawa + 3 cawan air(Ayu guna 4 cawan)
4 gengam kacang tanah -(Ayu guna 300g)
minyak dan garam sesedap rasa 

 Ayu tambah 
1/2 cawan santan
11/2 tbsp gula

Kekacang tanah ni  perlu digoreng tanpa minyak sehingga 'masak'. pastu buang kulit-kulit kacang . kalau ada sikit-sikit yang dah tak mampu tu dimaafkan lah. then, tumbuk pakai lesung batu atau pengisar kering.(terpulang nak kasar atau hancur macam mana.) Ketepikan.
  
Ayam  perap dengan serbuk kunyit.  Goreng ketepikan. Tumis bahan2 A, hingga naik bau & garing. Masukkan air asam jawa serta ayam goreng tadi. Kacang tanah tu, akan meresap air. So agak2 jangan kering sangat kuahnya.Masukkan garam, gula & serbuk perasa serta santan. Biarkan reneh seketika.

Akhir sekali baru masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk dan gaul rata.

Friday, May 06, 2016

Nasi Lemak Sedap & Sambal Bilis Nasi Lemak

Assalam, kali ni kita nak share recipe nasi lemak yang lain sikit dari biasa kita masak...Recipe ni kita nampak berlalu di facebook kita yang dishare teman kita.. recipenya actually tak ada lah dia bagi sukatan..cuma tips2 bagaimana nak menyedapkan lagi nasi lemak ..so base on the tips given..kita adjust ikut sukatan dirumah ni...Alhamdullilah boleh dikatakan kita dah masak nasi lemak ni 3 kali..dan outcomenya licin periuk nasi ku..which normally kalau masak nasi lemak mesti ada balance...
The unique part tentang nasi lemak ni..santannya dimasak/didih terlebih dahulu..where else dulu kita masak nasi lemak santannya terus tuang mentah2 dalam beras...

- Apabila santan dimasak dulu..then curah dalam beras..nasi lemaknya rasa macam lagi lemak gitu..memang terasa kelainannya pada kitalah..
-Fungsi halia tu untuk melembutkan nasi..
-Fungsi minyak kalau inginkan nasi menjadi sebiji sebiji..
-Gula untuk kemanisan nasi lemak
-Fungsi serai, daun pandan, lada hitam & hirisan bawang untuk mewangikan  nasi...actually ada 1 lagi bahan yang kita tak letak iaitu kayu manis.(yang ni memang tak nak letaklah)

Cubalah ..sedappp tau nasi lemak ni..Gandingan sambal bilis nasi lemak yang juga sedappp...pada kita this 2 combinations macam nasi lemak yang dijual dalam bungkusan tu...1 packet sure tak cukup punya..mesti rasa nak makan lagi...Tapi yang ini masak sendiri ..ah makan lah berapa pinggan kita nak...hehehe

Nasi Lemak Sedap
Sources:- Rasa Resepi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
6 cawan Beras basmati dibasuh bersih, direndam dan ditoskan
2 santan kotak(200ml)
5 cawan air
3 helai daun pandan diikat simpul
1 biji bawang besar dihiris nipis
Halia dititik sebesar ibu jari
1 batang serai diketuk
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak
Garam & sedikit aji
 
Cara:-
Santan + 1 cawan air + daun pandan dididihkan dulu dalam periuk. Bila dah mendidih matikan api ketepikan. Basuh beras basmati dan rendam beras dalam 20 minit. Selepas itu toskan. Di dalam periuk nasi elektrik masukkan semua bahan2. Masukkan beras, air & santan yang telah dimasak tadi serta daun pandan. Perasa dgn garam &sedikit aji. Masak macam biasa.

Sambal Bilis Nasi Lemak
Sources:- Amani Amin
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
*15 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*lada kering secukupnya(Ayu guna segenggam direbus dulu)
*2 inci belacan (Ayu tambah)
*5 biji cili padi (Ayu tambah)
(Bahan2* dikisar)

3 helai daun pandan
1 cawan santan( santan pekat)-(yang ini mesti ikut tau, Ayu guna 1 kotak kecil jgn kurangkan sukatan)
1 sudu kecil paste asam jawa(Ayu tambah recipe asal tak guna asam)
Ikan bilis secukupnya(Ayu guna segenggam & goreng dulu ..resepi asal tak goreng.)
Gula(Ayu guna 2 sudu besar)
Garam & aji

Cara:-
Panaskan minyak dan masukkan daun pandan. Biarkan hingga layu.
Masukkan bahan2 kisar tadi dan tumis hingga kering.
Masukkan gula dan kacau sampai naik minyak.
Masukkan ikan bilis dan santan. Kacau dan tunggu hingga santan pecah minyak.
Masukkan garam aji. Siap.

(Nota dari puan punya resepi :- Resepi ini tidak menghampakan. Aroma daun pandan dan santan yang memikat selera. )

Thursday, April 28, 2016

Sambal Goreng Kecambah

Sambal Goreng Kecambah..rasanya orang lama2 yang tahu tentang masakan ni...kita ni nak kata orang lama tak juga nak kata orang baru pun tidak juga..I am in between..hehehe..
My mum dulu2 pernah juga masak guna bahan 'kecambah' ni...tapi kita tak ambil pusing pun... disebabkan dah ada blog ni..cubalah juga buat & experiment...kecambah ni adalah kacang hijau yang direndam semalaman dalam air.. then ada sedikit 'akar' akan keluar dari kacang hijau tu...selepas tu kulitnya dibuang ..isi kacang hijau tu digoreng garing..rasanya lemak2 kacang hijau..sedap..

Menu ni pun dah lama kita buat.....huhu..disebabkan I misplaced the recipe..baru ni terjumpa...sabor ajelah kan...maklum ler..bila masak tu buka buku ...lepas masak terus campak mana2...anyway layankan ajelah ya..:)

Sambal Goreng Kecambah
Source:- Jumi Maslam
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
300g kacang hijau-(direndam semalaman hingga jadi kecambah)
2 keping tempeh -dihiris nipis
200g udang basah- (Ayu guna 15 ekor)

Bahan dihiris:-
4 biji bawang besar-(Ayu guna 3 biji aje)
3 biji bawang putih
4 biji cili merah
3 biji cili hijau
20g ikan bilis (dibelah)


Bahan dikisar:-
2 sudu makan cili kisar

2 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
sedikit belacan
1/2 cawan air asam
11/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara:-
Kacang hijau direndam satu malam, buangkan kulit luarnya dan ambil kacangnya saja.
Panaskan minya, goreng tempeh, udang, kacang hijau, satu persatu dan ketepikan.
Dikuali itu juga dikurangkan minyak dan tinggalkan sedikit buat menumis.
Tumis bahan2 hiris hingga garing. Masukkan cili kisar dan bahan kisar. Tumis lagi hingga garing, baru perahkan air asam dan belacan, bubuh garam & gula.Masak hingga pekat dan kering.Baru masukkan bahan2 yang digoreng tadi.

Wednesday, April 20, 2016

Lempeng Pekak Bawang Tabur & Sambal Tumis Ikan Bilis My Style

Menu lempeng ni kita buat disuatu pagi hari Ahad dimana rakyat jelata semuanya ada dirumah...Ku gagahi juga malam Sabtu sebelumnya stay up just to make the sambal tumis..
sebab takut the next day pagi tak sempat nak masak...yalah ingat plan pagi just adun the lempeng batter & goreng serta serve it hot...
Percaya tak dulu kita kecil2 kita tak suka makan lempeng..maybe the way it was prepared or the taste tak kena dengan my tekak...Tapi semenjak dah tua & as usual ada blog..kita tends to try things out & this is the best lempeng I ever ate!..

The lempeng turns out to be soft & sedap..maybe juga kita guna 'crepe spreader' to 'level' the lempeng, which at the end... the lempeng semuanya sekata aje ketebalannya...and at the same time made the lempeng lembut, sebab tak tebal..!..
Mr Hubby came back for more, my dad too..my mum, asked whats the ingredients used..Ah!..kalau my mum tanya apa bahan2nya..itu tandanya dia sukalah tu..tapi still tak nak puji  anak dia...uish sebab pujian dia mahal ..hehehe...
Terimakasih buat CheMat, kerana berkongsi recipe lempeng yang marvelous ni..akak minta izin dipanjang2kan disini pula ya...memang boleh dibuat lempeng warisan ni..:)

Sambal Tumis kat bawah tu pula, adalah my version..tambah cili padi, lebihkan bawang dan suka pedas2 sikit..then tak suka manis sangat so kita letak 1 sudu besar gula aje,  sebab bawang kita guna banyak so dah manis bawanglah pada kita...tapi kalau suka manis lagi bolehlah tambah gula tu  ya...


Lempeng Pekak Bawang Tabur
Sources:-CMG@DapurTanpa Sempadan
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-) (Ayu buat 2 adunan dibawah dapat dalam 14 keping kalau guna kuali leper 9")
2 cawan tepung gandum
3 cawan air (kurang lebih)
3/4 camca teh baking powder
1 biji telur, dipukul sedikit
4 biji bawang merah, hiris halus
Garam secukup rasa
Sos pilihan anda sebagai pencicah (atau kuah kari, kuah asam pedas dan sebagainya)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, baking powder dan telur, kacau, kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tidak bergentel2. Tambah garam secukup rasa, kacau lagi,(Ayu blender semuanya).Kemudian tapis. Ketepikan.
  2. Lenser sedikit minyak dalam non-stick pan. Tuang adunan lempeng (kurang lebih 1/3 cawan, bergantung pada saiz pan yang anda guna), rata dan tak tabur bawang hiris rata2 atasnya (yang ni anda agak2 lah yea) Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  3. Oleskan sedikit mintak pada permukaan lempeng dan terbalikkan. Masak hingga kuning kemasan dan bawang lembut. Angka dan ketepikan. Buat keadah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sos kegemaran anda atau bahan pencicah yang anda suka.
ps:-Note for Ayu, Tuang  2 senduk lauk adunan keatas kuali leper then spread use crepe spreader, baru tuang another 1 senduk, level again, then baru taburkan bawang hiris, guna api sederhana..


Terlupa nak ambil gambar just the sambal tumis...this is the nearest close up...aduiii...

Sambal Tumis Ikan Bilis My Style
Tried & Tested;-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:
1 mangkuk ikan bilis, dibasuh, tos & goreng hingga garing ketepikan
10 biji cili padi*
3 biji bawang putih*
3 biji bawang besar*
Sejemput ikan bilis*
Secubit belacan*
(Bahan kisar*)

3-4 sudu besar cili kisar

3 biji bawang besar dihiris nipis
1 sudu besar pes asam jawa
Sedikit air
1 sudu besar gula
Garam & aji

Cara:
Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan bahan2 kisar tumis lagi hingga garing. Masukkan bawang besar hiris. Biarkan hingga layu. Masukkan sedikit air . Masukkan gula, pes asam, sedikit garam (jangan banyak sebab ikan bilis dah masin) & aji. Kacau rata. Adjust mana yg perlu tambah. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Gaul rata. Siap untuk dihidang.

Wednesday, October 01, 2014

Sambal Goreng Tauhu Tempe

Assalam, sambal goreng tauhu tempe ni selalu juga kita buat untuk side dish..selalunya kalau kita masak asam pedas atau ayam lemak padi pasti kita buat gandingan dengan sambal goreng tauhu tempe ni...Kadang2 kita makan dengan nasi impit adabi , serunding  dan sambal tumis .. macam lontong keringlah gitu..itu pun dah kenyanglah pada kita...Normally kalau raya haji kita masak sambal goreng yang simple2 macam ni aje..tak macam hari raya aidil fitri..masak sambal goreng pengantin yang memerlukan banyak waktu dan procedures..:)

Sambal Goreng Tauhu Tempe 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
4 keping tauhu sederhana besar dipotong dadu, digoreng ketepikan
4 keping tempe dipotong dadu ketepikan
10 batang kacang panjang dihiris serong
6 sudu besar santan pekat
1/2 biji tomato  sederhana besar dipotong dadu

*2-3 sudu besar cili kisar
*1 biji bawang
* 3 biji bawang Merah
*3 biji bawang putih
*1/2 inci halia
*sehiris lengkuas
* sedikit belacan
*1 batang serai
*(bahan dikisar)

1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 biji  cili merah dihiris

air secukupnya
garam & serbuk perasa

Cara:-
Tumis bahan hiris hingga layu,  masukkan bahan *kisar tumis hingga naik bau dan garing. Masukkan tomato dadu & sedikit air. Biarkan seketika hingga tomato layu. Masukkan santan, tauhu, tempe, garam & serbuk perasa, gaul rata. Kalau kering boleh tambah air. Masak hingga kuah pekat sedikit, masukkan kacang panjang. Gaul rata dan biarkan hingga kacang panjang masak dan bahan2 sekata. Siap.

Wednesday, September 24, 2014

Tempe Goreng Kicap

Dah lama tak buat ni..Lauk kegemaran adik kita..dulu time kita kecik2..my mum selalu buat ni for him..maklum ler..my brother ni suka kicap..makan nasi kicap mesti ada..tak kira lauk apa, mesti dicurahnya kicap..hahaha...kita pulak tak berapa sangat..only time tak ada lauk curah kicap atas nasi, goreng telur mata lembu, dah boleh jalan...kalau masak ni teringatkan dia..
ah sekarang dah berkeluarga..pandai2lah isterinya buatkan pulak ya tak..heheh..lagilah isteri orang jawa..hehehe...kalau ada terbaca ni..jangan marah ah..hehe
Recipe ni mak kita yang ajar..adjustlah ikut selera masing2 ya..Lauk ni seharusnya tempe & ikan bilis tu mesti kekal garing..:)

Tempe Goreng Kicap
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-
6 keping tempe dihiris nipis, goreng garing ketepikan
segenggam ikan bilis yang sudah dibuang isi perutnya digoreng garing ketepikan.
7-10 batang cili kering digunting serong
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil cuka
1sudu besar gula
minyak untuk menggoreng

Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili kering yang sudah digunting serong, kicap masin & manis, cuka serta gula.Matikan api.Biarkan sebentar. Masukkan tempe yang sudah digoreng garing. Kacau rata. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis dan kacau rata. Siap untuk dihidang.
(*note - reason tempe & ikan bilis dimasukkan selepas matikan api supaya benda2 ni kekal rangup)

Monday, September 22, 2014

Nasi Rawon Set

Assalam, beberapa hari yang lalu...tekak terasa nak makan nasi rawon...kebetulan mak kita ada beli buah keluak kat geylang...dah lama juga beli tapi tak buat2, nasi rawon ni...bukan apa..kalau nak buat nasi rawon mestilah kena dengan set lauk2nya barulah sedap dan lengkap...
Kalau ramai kat rumah memang berbaloilah buat nasi rawon..sebab nak mengerjakan lauk2nya tu yang makan masa..kalau sekadar 2-3 orang aje yang nak makan...kita syorkan BELI sudah...hahaha...

Cuba tengok lauk2 yang kita sediakan dibawah ni...ah..dari pagi sampai kepetang dalam pukul 3 baru habis masak!!!..Mak kita kacau..kalau kita  meniaga nasi rawon..macam mana lah agaknya sampai kepetang baru siap..hahaha..sabor ajelah kan...itu pun nasib baik paru kita dah rebus sehari sebelum dan perapkan dengan rempah ratusnya..so the next day tinggal goreng aje...:)

Nasi rawon ni adalah sejenis menu orang jawa kalau tak silap kita...uniqenya yalah ia mengguna buah keluak dalam bahan2nya..Kalau teman2 nak tahu buah keluak tu apa..pernah dengar masakan baba & nyonya seperti 'Ayam Buah Keluak' tak?..ah samalah buah keluak yang digunakan dalam kuah nasi rawon ni..Rasanya nak cakap pun susah..kena cuba baru tahu..Check it out ok... 

Kalau google kat internet..recipe yang ada berlainan from each other..dulu pun kita pernah buat Nasi Kuah Rawon ni..tapi recipe dari bukulah dan add on dengan my mak punya tokok tambah...after trying this recipe..I would say I prefer this onelah...kelainannya sebab ada kerisik..sedapp..Lauk2nya pula..terpulang pada kita actually..kalau yang jual tu..ada sambal goreng, rendang daging dan sambal sotong kering..tapi kita cuma buat apa yang terdaya ajelah kat bawah ni...Dalam gambar ada serunding, tapi terlupa nak letak sambal belacan..maklum ler dah banyak sangat lauk nak interframe...tapi this are the basicslah..sambal belacan dan serunding tu mesti ada..barulah terangkat hehehe...

Oklah terimakasih buat Bro Rozzan for sharing this recipe..Kita panjang2kan disini pula ya bro..memang sedap kuah rawon ni..oh kita pun guna daging biasa aje sebab anak2 & kita tak makan tetelan..tapi my parents & Mr Hubby makanlah...Since this menu memerlukan tenaga yang banyak untuk memasak..so kena ikut tekak tukang masak untuk penggunaan daging dalam  kuahnya tu(aku punya sukalah kan)..heheheh



KUAH RAWAN / RAWON
Sources:-From Bro Rozzan 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahannya
1 kg tetelan (potong kecil-kecil, direbus dgn air sehingga masak)
(saya gunakan daging sbb anak2 tk makan tetelan- Ayu pun)- simpan air rebusan daging ini utk dijadikan kuah

Bahan-Bahan Kisar
20-25 tangkai lada kering (direndam dan kisar dgn secukup air hingga halus)

3 biji cili padi -(Ayu tambah)
2 biji bawang besar (saiz besar)
12 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sm lengkuas
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
1 sudu makan lada hitam }
3 sudu makan ketumbar }
1 sudu makan jintan halus }
1 sudu makan jintan kasar } ....sangar kering dan kisar



7-8 biji isi buah keluak (kisar atau tumbuk dgn sedikit air)
3 sudu makan kerisik
sedikit air asam atau gunakan asam keping-(Ayu guna 2 asam keping)
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

4 helai daun salam
10-12 helai daun limau purut
minyak utk menumis

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing

2) Masukkan pula daging/tetelan bersama air rebusan, kerisik, buah keluak, daun salam/limau dan garam. Kemudian bubuh asam keping atau sedikit air asam. (jgn terlalu masam)

3) Setelah itu, masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar sehingga kuah mendidih lalu matikan api.

Nota:
Nasi Rawan enak dimakan dgn lauk-lauk seperti berikut :
Daging Rendang, Limpa Goreng, Paru/Tempe Goreng, Sambal Tumis Sotong Kering, Sambal Belacan, Bagedel, Acar Timun, Kacang Ikan Bilis Sambal, Kerepek, dll.


--------------------------


KACANG IKAN BILIS BERSAMBAL
Bahan2
20-25 tangkai lada kering - rendam (abt 1 cawan lada kisar)
2 biji bawang besar (saiz sederhana)
sedikit belacan }
kesemua bahan di atas dikisar bersama

air asam
garam & gula secukup rasa-(Ayu guna 1 sudu besar gula)
ikan bilis (digoreng)
kacang tanah (digoreng)
minyak secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Kemudian bubuh sedikit air asam lalu masukkan gula dan garam. Sesuaikan rasanya. Biarkan sambal ini agak pekat sedikit. Matikan api dan sejukkan sebentar. Akhir sekali, masukkan kacang dan ikan bilis dan gaul rat-rata.

Nota:
Kalau sambalnya cair, ikan bilis dan kacang goreng tadi akan lekas menjadi lemau/ tidak garing. Sebaiknya, bila nak makan barulah di gaul ssambal bersama kacang/ikan bilis tadi.


-------------------------


ACAR PADANG
2 batang timun (hiris serong-serong)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)

Bahan Kisar
4 ulas buah keras
3 ulas bawang butih
1 jari halia
1 biji bawang besar

4 biji cili padi -(Ayu tambah)
sedikit kunyit serbuk

Bahan2 Lain
4-5 ulas bawang putih yg kecil (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
8-10 ulas bawang merah (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
2 btg cili merah (buang biji dan hiris memanjang)
1 btg cili hijau (buang biji dan hiris memanjang)
gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

(Ayu gunakan 4 sudu besar cuka, 2 sudu besar gula)
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Bubuh cuka, gula dan garam dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Masukkan pula timun, lobak merah, bawang putih, bawang merah, cili hijau dan merah. Gaul rata-rata dan matikan api.


 -------------------------


BAGEDIL
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 biji kentang dipotong baji , digoreng, dilenyek dan ketepikan
1 sudu kecil serbuk lada putih

sedikit daun bawang dan daun sup dihiris
garam & sedikit serbuk perasa
bawang goreng secukupnya
1biji telur dikocok sedikit

Cara:-


Masukkan bahan2 semua kecuali telur. Ambil 1/2 sukatan dari telur yang telah dikocok tadi dan gaul rata dalam adunan kentang. Buatlah bebola kecil dan tekan sedikit ditengah supaya ia kelihatan sedikit leper. Celupkan bebola tadi dalam telur dan goreng hingga masak.Siap

 -----------------------------


  
PARU GORENG BEREMPAH
Bahan:-
500g paru direbus dengan sedikit halia kisar 
serbuk kunyit
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
serbuk jintan halus
sedikit halia kisar
sedikit bawang putih kisar
sedikit bawang kisar
serbuk kunyit
sedikit cili kisar
garam & sedikit perasa

Cara:-
Rebus paru dengan sedikit halia kisar. Angkat dan toskan. Hiris paru nipis2..gaul dengan bahan2 dan perap beberapa minit sebelum digoreng.. Goreng garing .Siap.

--------------------------------



SAMBAL TUMIS TELOR
Ingredients:-
Boiled eggs - amount as according to your consumption

Blend together :
15(or more) dried chilles - seeded,soaked to soften or microwave for 10mins in a bowl of water
a really huge pinch of belachan(shrimp paste)
5-6 cloves of garlic
2-3 big onions
1 tbsp of ikan bilis(anchovies) granules-(Ayu used 1 handful of anchovies)

1 heaped tbsp of tamarind-add some water and knead to produce some juice
3 tbsp sugar or to taste (add more if chilli is too hot for u)-(Ayu added 1 tbsp)
salt to taste

Heat sufficient oil in wok(it's ok if u add too much-u can always scoop it out after cooking)and saute blended ingredients.Make sure it's cooked (tumis sampai betul2 pecah minyak),stirring continuously.Add tamarind juice,sugar and salt.Add some water if u like some gravy but the consistency shudn't be too dry nor too dilute.Taste to suit yr liking. Add the bolied eggs (u may fry the boiled eggs for a more unique texture).Coat gravy over eggs and simmer for a few minutes bf turning off the heat.Serve.
 ----------------------------


TEMPE GORENG KUNYIT
Tempe secukupnya, digaul kunyit, sedikit cili kisar & garam. Goreng hingga garing. Siap untuk dihidang.

Monday, July 14, 2014

Sambal Bilis Kentang Pedas Berapi

Assalam, another side dish yang sedap dan harus dicuba kalau rajin nak buat ..hehehe.. Kita masak ni dah lama juga..dah lupa kita lawankan dengan lauk apa..tapi ..instead of the main dish  yang laku..kita end up meratah lauk ni dengan nasi aje...walaupun cili padi kat bawah tu nampak banyak ..lepas ditumis hingga garing..kepedasannya tak adalah sampai berapi..biasa2 aje tau..pada tekak kita lah..kalau teman2 yang takut pedas mungkin boleh dikurangkan cili padinya tu ya..:)

Sambal Bilis Kentang Pedas Berapi
Sources:- Mama nayli @myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan ( 5 org )

  • Ikan bilis 50 gram
  • Ubi Kentang 3 biji
  • Cili Padi @ Cili Burung 20-30 biji-(Boleh kurangkan kalau takut pedas)
  • Bawang Kecik/Merah 10 biji(3 ditumbuk,7 dihiris)
  • Bawang Putih 4 ulas
  • Serai 1 batang(diketuk)
  • Cili Merah 3 biji
  • Asam Keping 1 @ 2

Cara-cara

Tumbuk 3 biji bwg merah dan semua bawang putih. (Jgn Blend sbb nanti sambal ni jd berair)-(Ayu gunakan blender kering)Tumbuk juga cili padi dan cili merah
Goreng ikan bilis sampai garing dan angkat.
Ubi Kentang dipotong kiub kecil dan digaul bersama garam dan serbuk kunyit. Seterusnya digoreng hingga sedikit garing dan angkat.(Deep fry)
Gunakan kuali lain,tumis bahan2 yang ditumbuk dan juga masukkan serai yang telah diketuk.Setelah bahan tumisan agak garing, masukkan sedikit garam.
Masukkan bawang merah yang dihiris.Goreng hingga bawang btul2 garing. 

Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yg telah digoreng. 
Untuk nampak cantik,letak sedikit serbuk kunyit dan last sekali masukkan asam keping


Thursday, July 10, 2014

Sambal Tumis Sardine

Kalau dah tak tahu nak masak apa,(haish ayat yang common didengarkan)..atau bila fridge dah lapang boleh main bola sepak kat dalam tu, atau masak hanya untuk standby untuk siapa2 yang nak makan nasi lauk yang simple dan padat serta kenyang..adalah sardin dalam tin atau sotong dalam tin..hehehe...Inilah lauk penyelamat..

Ini adalah Sambal Tumis Sardin yang paling sedap pada kita!...Sebab rasanya lain dari yang lain..penggunaan daun kunyit, buah keras serta belacan dan serai..memberikan sambal ni kelainan dari sambal sardin yang pernah kita buat...sedappp..Makan dengan nasi panas2 berlauk kan ini sahaja dah mencukupi dan nikmatnya tak terkata..Shukur alhamdullilah..My pattern pulak kalau masak sardin, kita suka buang tulangnya..ada setengah orang suka simpan tulangnya kan, macam mak kita dia cakap tulang ikan sardin tulah yang sedap, nehi nehi kita tak boleh telan tulang ikan sardin takut terkecik.. ngada2 nampak..hahahhaaa...

Terimakasih Che Mat, another great recipe dari Mat yang akak dah cuba..memang puas hati..Akak minta izin dipanjang2kan disini pula untuk rujukan masa akan datang..

Sambal Sardine
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine-(Ayu gunakan 1 tin medium- buang tulang sardin)
2 batang serai, dititik-(Ayu gunakan 1 batang aje)
1 helai daun kunyit, dihiris halus-(Ayu gunakan 3/4 untuk masukkan dalam sambal, 1/4 untuk hirisan)
1 kuntum bunga kantan, belah dua-(Ayu tak letak ni)
1 senduk nasi penuh cili kisar
3 biji limau kasturi, perah jusnya-(Ayu gunakan air asam jawa secukupnya)
1 biji bawang besar, belah 4 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi -(Ayu tambah)
1/2 inci halia
2 biji buah keras
Secubit belacan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dari sosnya. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap, tambah cili kisar dan terus memasak hingga garing dan terbit minyak. Tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan. Kacau rata.
  2. Masukkan 3 - 4 camca besar sos ikan sardine tadi, kacau dan masukkan ikan sardine, tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan jus limau kasturi, kacau rata dan matikan api. Boleh hidangkan..