Showing posts with label Muffins And Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Muffins And Cupcakes. Show all posts

Saturday, December 10, 2016

Muffin Milo

This is an accidental post..tertekan publish..hehehe..Anyway..since dah terlajak tekan tu..layankan ajelah..Muffin Milo yang kita buat zaman Jepun kot..baru sekarang clearing the draft sikit2..ambik aku..some how.. kita top up with chocolate chips & koko crunch.. asal boleh aje eh..

Muffin Milo
Sources:- Kak Fida
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan ( 15 muffin atau tergantung size muffin cup )

  • 100 g mentega cair/minyak masak-(ayu guna butter cair)
  • 100 g gula perang-(ayu guna 70g)
  • 100 g gula halus-(ayu guna 70g)
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/8 sk garam (jika guna minyak)
  • 80 g serbuk Milo-(ayu guna 3-in1)-21/2 packet(30g each)
  • 280 g tepung naik sendiri 
  • 1sudu besar Serbuk koko-(ayu tambah)
  • 120 g susu segar - (ayu tambah sikit lagi)
  • secukup bahan tabur yang sesuai ikut selera jika suka seperti choc cip, choc rice, milo balls, cornflakes, cocoa pebbles dll...

Cara-cara


  1. Masukkan bahan2 ke dalam mangkuk ikut urutan sambil dipukul rata dengan hand whisk.
  2. Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 paras dan tabur dengan topping pilihan jika suka (akak tabur dengan cocoa pebbles cereal)
  3. Bakar pada suhu 170C selama 25-30 min atau hingga masak.

Friday, November 07, 2014

Ondeh Ondeh Cupcakes

Ondeh Ondeh Cupcakes ni kita hanya tahu  kewujudannya diSingapura ni bila an article about this cupcake serta puan punya bakery was featured in Berita Harian baru2 ni..First time kita dengar 'ondeh ondeh cupcakes' ni..well to keep the story short..basically this bakery shop has created cupcakes based on traditonal kuih punya flavours..It was quite a hit bila kita tengok kat Instgram this bakery shop has its own fans...siapa2 yang nak beli kena queue and take numbers just to buy their products..and within hours their cupcakes was sold out!!..Kira ni is the IN THING now here in Singapore..mana2 kita tengok ondeh2 cupcakes, although according to the puan punya cupcakes shop, she ever shared her recipe dalam satu majalah, but too bad I dont have the recipe and I am not sure majalah apa..I've decided to try my own version of ondeh2 cupakes..although I have not tried the real thing yet, but I came to a conclusions that kalau to convert a cupcake to an ondeh2 flavour mestilah  kena ada rasa pandan, gula melaka & kelapa parut..

I 've also decided to try to use Pandan Cupcake recipe which I made last time..and adjusted to my taste & sweetness. The cupcakes in the picture was actually my 2nd trial. My first trial was kita added gula melaka during the process of filling in the batter and terus bakar. Selepas dibakar I noticed the inti gula melaka yang kita masuk halfway then top up dengan another batter, turns out to be melted all the way down to cupcake liner..so basically the base of the cupcakes aje yang bergula.. some gula melaka tak hancur but still keras bila digigit..ini feedback dari Mr Hubbylah..hehehe...:(

Then kita decided to try again, but this time kita bakar cupcakenya kosong aje.. then kita korek lubang ditengah lepas dimasak..then baru bubuh air gula melaka yang pekat kedalam lubang.
Another version yang kita tahu intinya dimasak macam nak buat kuih koci kelapa parut dengan gula melaka then digentel bulat dan diisi halfway juga macam kuih steam coconut blossom tu...
Macam2 versilah yang ada..anyway ini versi kitalah kan.. 

This cupcake so far can last outside for at least 2 days ya..thats how mine lah..
Bila disuruh Iqram rasa, he commented..'Mamaaaaa..this is not cupcake its kuihhhhhh!!!'...hahaha..I laughed my hearts out...yalah its ondeh ondeh cupcakeslah..what you expect!!...hahahahaha...

Ondeh Ondeh Cupcakes
Sources:- Ayu@curlybabesatisfaction
Pandan Cupcake
Bahan:-
220g tepung gandum
170g castor sugar
4 biji telur sederhana besar
11/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudu kecil pandan essence
pewarna hijau
1 kotak kecil santan -(200ml) + 1 sudu besar air
1 sudu besar minyak jagung

Cara:-
Pukul telur & gula hingga kembang dengan menggunakan speed tinggi. Masukkan vanilla, pandan essence dan juga pewarna hijau, gaul rata. Masukkan tepung, garam & baking powder yang sudah diayak kedalam adunan berselang seli dengan santan dan tepung hingga habis dan sekata diakhiri dengan bahan kering. Gaul rata dan akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata. Masukkan adunan dalam papercups dan bakar hingga masak dengan mengikuti oven masin2.

Inti & Frosting:-
200g gula melaka
2 cawan air

Masak bahan2 didalam periuk hingga pekat dan 'springy'.Masak hingga air gula menjadi dalam 1 cawan gitu Matikan api. Adunan akan cepat mengeras kalau dah sejuk.


Cara:-
Korek lubang ditengah cupcake dengan mneggunakan 'coring knife'..Keluarkan baki isi cupcake tadi. Masukkan air gula melaka tadi kedalam lubang dengan menggunakan sudu kecil.(dinasihatkan air gula ini sentiasa dipanaskan dengan api kecil sebab ia cepat mengeras.) Isi hingga habis. Kalau air gula melaka menjadi keras, panaskan balik sementara untuk buat frostingnya.

Frosting:-
1/2 -3/4 cawan kelapa parut yang sudah dikukus dengan sedikit garam & daun pandan-(Ayu kukus kelapa parut 1 packet dan bubuh 2 helai daun pandan serta sedikit garam. Guna hanya perlu. Balance kelapa parut tadi boleh disimpan dalam frezzer dan boleh dibuat untuk kegunaan lain seperti buat kuih traditional)
1 cawan whipping cream

Cara:-
Pukul whipping cream hingga kembang or 'stiff peak'. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Siap untuk dipipekan keatas cupcake. Drizzle air gula melaka keatas frosting. Siap untuk disantap.

Friday, October 17, 2014

Gula Melaka Cupcakes

Assalam, kita buat cupacake gula melaka ni, selepas Soft Marble Cake dah habis..then tak ada kek di rumah untuk munch2..kita cuba recipe ni sebab nak rasa macam mana cupcake gula melaka taste like..Nak buat pun senang  ni....tak payah keluarkan mixer...just guna blender aje..hehe..kita sebenarnya malas nak guna mixer bagai sebab malas nak basuh banyak2..haha..yalah kita buat pun selepas habis memasak..so penat dan tak kuasa nak stretch banyak2..hehehe....
Kebetulan tuition teacher Marsya ada datang so kasilah dia makan...Sedapp cupcake ni..tak bedek, lembutt aje....eh selama ni ada ke kita bedek ...hehe...anyway..kita tabur chocolate chips & almond nibs diatas for topping.. 
Funnynya Mr Hubby yang tak suka sangat makan kek, boleh cakap sedap..hahaha....tapi memang sedap lah pada kita..:)

Gula Melaka Cupcake
Sources:-Kak Fida@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-

Bahan-bahan ( 24 biji )
  • 200 g gula melaka - dihiris
  • 1 sb gula pasir
  • 1/2 cawan susu segar/cair/santan sedang-(Ayu gunakn santan)
  • 1/8 sk garam
  • 110 g minyak masak-(Ayu gunakan minyak jagung)
  • 2 biji telur A
  • 300 g tepung naik sendiri
  • secukup papercup 
  • sedikit chocolate chips (Ayu guna callebaut dark chocolate chips + sedikit almond nibs untuk taburan atas)
Cara-cara

  1. Masak 4 bahan pertama hingga larut.(Ayu masukkan juga 2 helas daun pandan diikat)Tapis dan biarkan sejuk. Masukkan ke dalam blender bersama minyak dan telur dan kisar hingga sebati.
  2. Ayak tepung naik sendiri ke dalam
  3. mangkuk dan tuangkan adunan yang dikisar tadi sambil dikacau perlahan2 hingga sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam papercup hingga habis.
  5. Bakar pada suhu 160C selama 25 min. atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.(Ayu bakar menggunakan 150c sehingga masak)
  6. Sejukkan kek di atas redai kek. Boleh dihias dengan topping jika suka sebelum dihidangkan. 


Thursday, May 15, 2014

Oreo Espresso Muffins

Macam biasa bila dah lama tak baking, perasaan membuak2 nak pecahkan telur dan kacau2 batter tu akan menjadi2 gitu..then kebetulan kat rumah pun macam dah lama tak makan kek..asik masak nasi masak mee basically the main dish aje..snacks pun macam dah lama tak buat..so bila dah relax2 sikit kita browselah internet ni..cari kek atau muffins yang boleh dibuat simple dan cepat siap.. Terjumpa recipe kat bawah ni..kita tengok..ermm, biskut oreo ada satu kotak belum dibuka..then my various chips pun banyak sebab baru top up beli kat Larkin hari tu..apa lagi tanpa berlengah terus ayak tepung dan prepare bahan2nya..
Waktu dah pukul 10 malam..Mr Hubby pulak tanya apasal suka bake malam2...(lain aje tanya..)...hahaha
Kita jawap time nilah hati tengah tenang..therapeutic lah pada kita..cebah..hahaha
The first batch semua dapat rasa sebelum dia orang masuk tidur..semua cakap sedappp..alhamdullilah..
Hasif cakap dia nak bawa bekal esok nya untuk tea break..oh ya sekarang Hasif tengah buat his 6 months  internship kat one of the Aero Engine company as this is his last year in poly..
Next year habislah studies..then kenalah serve National service for 2 years sebelum continue lagi his studies ke University in syaa allah..kalau layak..:)

Muffins ni pada kita very moist dan sangat kena dengan oreo cookies dan chips2 yang berbagai rasa tu..imagine ada rasa coffee chips, butterscotch chips, semi sweet chocolate chips & twin chips (dual colours)..full of surprises that melt in your mouth..harus dicuba ni...:)


Oreo Espresso Muffins
Sources:- Backstreet tv
Tried & Tested -Ayu@curlybabesatisfaction
 Ingredients:-

  • 2 cups (10 ounces) all-purpose flour
  • ½ cup (1½ ounces) cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)
  • 2 teaspoons baking powder
  • ½ teaspoon baking soda
  • ½ teaspoon salt
  • ¾ cup (5¼ ounces) granulated sugar-(Ayu used 1 cup castor sugar)
  • 2 large eggs
  • ⅓ cup vegetable oil-(Ayu used 115g melted butter- about 1/2 cup)
  • 1 cup plus 2 tablespoons milk
  • 1 teaspoon pure vanilla extract-(Ayu just used 1 tsp vanilla essence)
  • 11/2 tablespoon espresso powder-( Ayu used 1 tbsp nescafe powder)
  • 1½ cups chocolate chips, divided-(Ayu use 1/3  cup coffee chips, 1/3  cup butterscotch chips, 1/3 cup semi sweet choc chips & 1/3  cup twin chocolate chips-(dual colour white & black choc chips), + some extra for toppings)
  • 8 to 10 oreos, roughly chopped -(Ayu used 21 pcs- 15 to be mixed in batter the rest for topping)
 

Instructions

  1. Adjust oven rack to middle position and preheat oven to 375°F(Ayu used 180c). Spray standard muffin tin with non-stick pan spray.(Ayu used paper cups).Sift flour, cocoa, baking powder, baking soda, and salt into medium bowl; set aside. In large bowl, whisk sugar with eggs until light, about 30 seconds. Whisk in oil, milk, vanilla, and espresso until combined.
  2. Whisk dry mixture into wet mixture until just combined. Stir in 1 cup chips and half of the crushed oreos
  3. Evenly divide batter between muffin cups and sprinkle with remaining chips and oreos. Bake until set, 17 to 19 minutes(Ayu baked for 20-25 minutes). Let muffins cool in pan 15 minutes, then remove muffins from tin and place on wire rack to cool.

Monday, April 15, 2013

Muffin Coklat Pisang


Ok ini adalah salah satu mufins yang kita katakan hari tu yang tengah tunggu queue untuk masuk blog..buat pun dah lama juga..ini pun sebab ada balance pisang yang tidak disentuh oleh rakyat jelata, so kita simpan dalam fridge sebab sayang nak buang walaupun kulit pisang tu dah macam arang, hitam belegam..hehehe..(pernah terbaca kat mana dah lupa dah..katanya pisang tak bagus disimpan dalam fridge betul ke tidak..tak sure pulak..)
Kita ni kalau buat kek atau mufins or brownies, kalau nak tambah walnut dalam bahan2nya tu kena fikir 2 kali sebab anak2 akan cungkil kekacang yang ada didalamnya..sabor ajelah kan..so kita tak letak walnut just coklat chips aje for this..Terimakasih Yani, ex-puan punya myresipi for sharing this recipe..kalau nak tahu dari website tulah kita mula belajar macam mana nak masak certain dishes apabila baru berhenti kerja dulu..banyak berjasa website tu..Apa2pun mufins ni sedap dan boleh dicuba kalau ada pisang yang tak laku tu ya..hehe..


Muffin Coklat Pisang
Sources:-From Yani@myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(10 biji)
  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut secukupnya (optional) 
Cara:-

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  4. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  6. Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
  8. Letakkan walnut(Ayu letak coklat chips) di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.

Thursday, February 28, 2013

Nigella's Chocolate Chocolate-Chip Muffins

Buat Muffins ni dah lama dah..actually masih ada 2 types of muffins yang kita buat but belum ada chance masuk blog...Tak apa kita tayang yang ni dulu lah..Anak2 suka muffins ni even my my mum pun suka..sedapp..Sekejap aje dah habis..Nak buat pun senang aje..yalah kalau muffins memang senang nak buat..just kacau2 aje dalam bowl tak payah nak guna eletric whisk ke apakan.. Terimakasih Ady, for sharing this nice recipe..minta izin akak letakkan disini pula ya..:)

Nigella's Chocolate Chocolate-Chip Muffins
 (recipe source : adapted from SSB with minor changes)

*makes 12-14 muffins

Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction



Ingredients:-

250g plain flour

2 tsp baking powder

1/2 tsp baking soda

2 tbsp good quality cocoa powder

170g caster sugar

150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling)

200ml milk                                                                                                                      

80ml vegetable oil

1 large egg

1 tsp pure vanilla extract



Method

 1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).

 2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.

 3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.

4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.

 5. Spoon the batter into paper muffin cases.

 6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.


Thursday, May 17, 2012

Kuini Muffins

Beberapa hari yang lalu, kita pergi pasar dan jumpa buah kuini..mungkin sekarang tengah musim  buah kuini....bila masuk pasar, lalu kat kedai buah2an, amboi baunya bukan main menusuk dihidung ku yang kembang ni..heheh ..bau dia aje dah membuat air liur penuh dalam mulut..dalam hati , tak apa sabar2 lepas beli mana yang wajib, kita terus ke kedai nyonya, dah terus pilih sampai 2 kg!!..Alhamdullilah semua kuini yang dipilih baik2 belaka tak adalah 'penduduk'(ulat) didalamnya...Buah kuini ni memang sedap makan gitu2 aje lagi2 kalau manis isinya...

Bila dah beli buah kuini ni, kita teringat pernah nampak didapur CMG
muffins kuini yang pernah ditayang didapurnya (terimakasih ya Che Mat for the idea)..apa lagi project terus berjalanlah dengan lancar, baik kita buat cepat2 sebelum buah kuini lesap dari pandangan..hehehe..Resipi yang kita gunakan kita adapted from peach muffins yang pernah kita buat dulu..kita just adjust buahnya aje dan buat 1/2 adunan dari adunan asal..erm sedapp ni..my parents makan beberapa ketul....tapi biasalah kids tak makan sangat sebab they only makan muffins coklat aje (typical them)..alahai buat pun 1 biji aje so dapatlah dalam 14 ketul...jadilahkan nak rasa dan boleh juga kita hidangkan dengan tuition teachers budak2 tu..

ps: Kalau nak buat mufins kuini ni make sure, bila kopek kulitnya tu clearkan kulit yang keras ya..meaning, kopek kulit, clearkan lagi sisa2 kulit keras(yang hijau sikit2) tu so that bila dipotong dadu, buah kuini ni lembut isinya..tak adalah terikut yang keras tu ya..

Kuini Muffins
Adapted from Peach Muffins
Ingredients:
  • 90g salted butter (melted)
  • 90g castor sugar
  • 1/4tsp salt
  • 1 eggs (lightly beaten)
  • 125g cake flour
  • 1 tsp baking powder
  • 40g ground almond/hazelnut-(Ayu used hazelnut)
  • 80ml fresh milk
  • 120g kuini flesh or 1 kuini diced

Methods:
  •  Preheat oven to 180°C
  •  Prepare muffin tin lined with paper cups
  •  Sieved together low protein flour, baking powder, salt in a bowl.
  •  Add in ground almond/hazelnut and set aside
  •  In another bowl, mix melted butter with sugar, beaten eggs & milk. Stir till well combined
  •  Pour liquid mixture into the dry ingredients. With the spatula, gently fold all the ingredients to form a wet batter
  •  Add in diced kuini, stir lightly
  •  Spoon into paper cups and bake for about 25mins or till cooked
  •  Leave muffins to cool on cooling rack

Monday, February 20, 2012

Muffin Marble Coklat Chips

Assalam..wah..dah beberapa dapur kita tengok ada kek batik Aurora, yang menggunakan warna2 pelangi..memang confrim masuk list lah kek tu..tapi sementara menunggukan kemunculan kek 'talk of the town' tu..marilah tengok muffin marble coklat chips ni dulu ..hehehe...ayat tak boleh angs..kan..macam jadi sales promoter pulak kita ni..

Muffin marble coklat cips yang menjadi pojaan anak2 kita..mungkin disebabkan dah boring dengan cupcake or kek yang bercoklat sekali2 buat macam ni laku u!!!..Hasif makan a few at one go..comparing kalau yang bercoklat slow but surely..hehe..
Recipe ni dah lama print..ambil dari dapur Kak Am, yang busy dengan ordernya tu..Kak Am pula ambil dari puan Badariah dan sumber dari Puan Ruhaya..Terimaksih banyak2 for sharing recipe yang sudah masuk 'list yang akan buat lagi'..Minta dihalalkan ya ladies..

Hari ni nak cepat2 masukkan entry..nak cepat2 sidai baju, masak apa yang patut(sempat)..heheh..sebab petang nanti nak keluar ...hari ni hari terakhir Mr Hubby, dicamp yang dia posted sekarang before he will posted to another camp pulak...so ada sedikit majlis 'Change of Command' parade for him to pass over to the next officer, & he wants the kids & me to saksikan the passing of parade tulah kiranya.....
Kalau ada time kita akan berkunjung kedapur teman2..Insyaallah akan dilakukan as soon as possible...


MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com 
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * atau  tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste chocolate(sorry just edited).
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.


Friday, January 20, 2012

Milo Double Chocolate Chips Muffins

Milo Double Chocolate Chips Muffins ini dah beberapa kali kita buat...Pernah buat  here & here, kali ni kita adjust sukatan gula, milo & chocolate chipsnya tu..sebab memang diketahui, pemilik recipe ni memang adjust supaya kurang manis..tapi kurang manisnya tu pada kita boleh dimanis kan lebih sikit..hehehe..Anak2 suka makan muffins ni itu yang buat selalu..

Milo Double Chocolate Chips Muffins 
Sources:-From Happy Home Baking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredients:-(makes 9 big muffins)
270g self raising flour
30g Milo (Ayu added 60g)
1 tsp baking powder
55g butter
80g sugar(Ayu added 100g)
150g milk or semisweet chocolate chips (Ayu used 200g)
2 eggs, lightly beaten
225ml milk
1 tsp vanilla extract(vanilla essence)

Method:-
1. Preheat oven to 200 degreeC . Grease a 12 cup muffin pan or line with paper muffin cups.
2. Mix the flour, milo and baking powder in a large bowl.
3. Rub in the butter until the mixture resembles bread crumbs.
4. Stir in sugar and chocolate chips.
5. In a small bowl, whisk together the eggs, milk and vanilla extract. Pour the mixture all at once into the dry ingredients. Mix quickly until just blended. Do not over mix.
6. Spoon batter evenly into thr prepared muffin pan and bake for 20 mins or until golden brown, and a skewer inserted into the centre comes clean.
7. Cool in the pan for 10 mins then transfer to a wire rack to cool completely.

Tuesday, October 18, 2011

Egg Free Chocolate Cupcakes

Buat ni last week, pukul 11 malam baru kita start menggodek..ingatkan nak letak topping using my balance buttercream hari tu yang buat filling untuk my orange macan roll in the morning ....Tapi tak sempat letak the boys dah ngap untuk breakfast...so tak jadilah nak gunakan buttercream yang kita dah keluarkan dari fridge.. .Cupcake yang tidak menggunakan telur, lebih kurang rasanya dengan Crazy Chocolate Cupcakes yang pernah kita buat dulu tapi yang tu menggunakan cuka, this one mneggunakan susu, nak buat pun senang tak payah keluarkan mixer pun..just godeh2 dalam bowl aje.....this cupcakes within one day dah habis, rasanya sangat moist & lembut ....Marsya suruh buat lagi.. sebab dah kena share dengan nenek(yes nenek pun suka cupcake ni) & abang2nya..hehe...


Egg-free Chocolate Cupcakes
Sources:-From Art of Dessert
Makes about 2 dozen cupcakes
Allergy note: contains wheat and dairy ingredients
(Ayu made 1/2 amount of below & adjusted to taste)

3 cups all-purpose flour -(Ayu used 11/2 cup)
2 1/2 cups sugar-(11/4 but Ayu used only 1 cup)
1 cup cocoa powder-(Ayu used 1/2 cup)
2 tsp. baking soda-(Ayu used 1 tsp)
1 tsp. salt-(Ayu used 1/2 tsp)
2 cups whole milk-(Ayu used 1 cup Fresh milk)-just edited
1 cup butter, melted-(Ayu used 1/2 cup- 115g)
4 tsp. honey-(Ayu used 2 tsp)
2 tsp. vanilla extract-(Ayu used 1 tsp)
1/2 cup semi-sweet chocolate chips -(Ayu used 1/4 cup)

Preheat oven to 325 F degrees. Line two muffin pans with baking cups. Sift together flour, sugar, cocoa powder, baking soda and salt. In a separate mixing bowl, combine milk, butter, honey and vanilla extract. Slowly add the dry ingredients into the milk/butter mixture. Mix until combined.  Fold in the semi-sweet chocolate chips. Pour in the batter into the lined muffin pan to 2/3 full. Bake for 25 to 30 or until a toothpick inserted in the center of the cupcake comes out clean. Let cool completely before decorating.

Chocolate Buttercream Frosting-

makes about 2 1/2 cups frosting
Allergy note: contains dairy ingredients
(Ayu didnt manage to do this)


4 cups powdered sugar, sifted
1 cup cocoa powder
1/2 cup butter, softened to room temperature
1/3-1/2 cup whole milk*
1 tsp. vanilla extract

 *start out with 1/3 cup of milk and add more milk to your desired consistency

In a large mixing bowl, sift together powdered sugar and cocoa powder. Add the butter, milk and vanilla extract. Using an electric mixer, slowly mix together at a low speed. Once all the ingredients are combined, increase the speed and beat till fluffy.

Monday, July 25, 2011

Chocolate Choclairs Muffins

Chocolate Choclairs Muffins ni actually dah lama nak buat semenjak dari nampak Kak Ummi buat lagi.. terus kepantry cari choclairs ni sebab kita confirm memang ada stok choclairs time tulah..tapi bila tengok alamak blueberry punya flavour pulak..anak2 tak makan kalau chocolate ada flavour2 ni, macam mana choclairs blueberry ni ada kat pantry kurang siasat pulak siapa yang bawa balik..hehehe..so terpaksalah tangguh dulu hajat dihati..lepas tu nampak kat rumah Sheila, terus tak boleh tahan cari choclairs ni kat supermarket yang berperisa hazelnut milk chocolate, siap buat masih belum sempat nak post entry lagi maklum ler tunggu queue number dan juga puan tanah asik tak boleh nak update sebab sibuk memanjang..then nampak kat rumah Hasue, beberapa hari yang lalu ...so this time kita post kat sini pulak..maklum ler bulan puasa pun dah nak dekat..muffins2 ni time bulan puasa rasa2nya macam ada sikit slow kat rumah kita..melainkan si Marsyalah..

I buat muffins ni,. for the choclairs tukan I tak potong empat tapi masukkan sebiji2 dalam each muffins..
itu yang tak meletup keluar lavanya macam teman2 yang lain...tapi meletup kat dalam instead..bantai ajelah asal dalam ada rasa choclairs ni oklah kan..then my chocoolate chips pun macam sikit aje kita tengok next time nak lebihkan biar kat atas tu cantik sikit..hehe..Apa2pun muffins ni pun sedap juga dan manisnya pun ok pada kita..Terimakasih to Yani again for sharing and thanks to the ladies for the ideas..


Chocolate Choclairs Muffins
Sources:-From Yani@ Deco Coco

Bahan-bahan:
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 20gm serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 45gm gula perang
  • 45gm gula kastor
  • 100gm mentega
  • 100ml susu segar
  • 50gm chocolate chips
  • 10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4)-(Ayu tak potong ayu masukkan sebiji2)
Cara-cara:

  1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
  2. Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
  3. Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau. Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung kmdn susu. Akhir sekali tepung.
  4. Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
  5. Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Wednesday, July 06, 2011

Muffin Kokocip

Macam biasa, juga, bila part buat muffins ni mesti nak bercoklat..kalau tak, tak ada orang yang sudi makan..waste my current aje..hehe..bayangkan nenek cucu2 pun suka kalau bercoklat2 ni..hahaha...this time kita buat muffins dari recipe Kak Fida..pun dah lama juga buat tapi menanti queue number untuk perform kat blog ni..hahaha..tak salah ada nampak kat one of the blogggers lately dah lupa pulak blog siapa pun dah mencuba recipe ni..memang sedap this muffins, part sukatan gulanya kita tak adjust pun memang just nicelah kemanisan nya tu.. penuh dengan rasa coklat chips kat dalamya itu yang buat muffins ni terasa kecoklatanya..nak buat pun sekejap aje dah siap..
Anak2 pasti akan comeback for more..tengoklah kat gamabr bawah tu..coklat chips manyak oo..


Muffin Kokocip
Sources:- From Kak Fida@myr.com
Bahan2nya:-(85-90kpg)
  • 3 biji telur-A
  • 125 g gula kastor-(1/2 cwn rata)
  • 50 g serbuk koko *-(1/2 cwn rata)
  • 200 g tepung naik sendiri*-(1 1/2 cwn rata)
  • 1/2 sk rata baking soda *
  • (ayak bersama bahan yg bertanda * di atas)
  • 3/4 cawan susu segar
  • 100 g choc chip -(3/4 cwn)
  • 125 g mentega - cairkan (1/2 buku)
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Semua bahan di atas kecuali susu dan mentega cair, di jadikan satu di dalam sebuah mangkuk.
  2. Tuangkan susu sedikit2 sambil di gaul rata.
  3. Masukkan pula mentega cair dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit adunan ke dalam paper cup atau muffin cup.
  5. Bakar hingga masak pd suhu 160c selama 15-20 min. atau ikut kepanasan oven masing2. 




Friday, March 18, 2011

Classic Chocolate Cupcakes

Assalammualaikum bersiaran dipetang Jumaat, kalau yang bekerja tu dah on the way balik ..kita baru  ni dapat relax sekejap..maklumlah cuti sekolah, budak2 kat rumah riuh, kecoh yang mana bergaduh, melalak yang mana buat selerak..baru kemas dah kotor balik, baru sapu dah bersepah balik, cushion jangan cakaplah beribu2 kali kena susun balik dalam sehari..yang mana lanyak buat bantal, yang mana uli macam dough the cushion..basically rumah tak boleh kemaslah.. During this school holidays kita tak kemana2 pun...the boys pulak kejap2 pekik.."Ma LAPAR!!'..aduhai baru tadi makan roti prata lapar lagi?..asik duk kat dapur ajelah ya....ermmm Besides all those things, kita harus juga check & sit with the two(Iqram & Marsya) with their homework..itu yang tak ada masa nak update & blogwalking...Monday dah school reopen, pergilah sekolah balik ya anak2....hehe..

Dalam kesibukkan with the daily routine during this time, sempat juga I made this Classic Chocolate Cupcakes yang pernah kita buat dulu....this time tak decorate apa2 pun sebab nak terus ngap and for the kids to munch2 bila they got the sweet chocolate cravings...Budak2 suka betul dengan this chocolate cupcakes, well mak budak punnn..hehehe..Thanks again Maya, for this wonderful recipe..(psst... tengah plan bila nak buat the other recipe tu..hehehe)..If you all nak cuba, please adjust the amount of gula used ya..sebab for me, I letak frosting so the chocolate cake tu memang I kurangkan sugarnya, as the frosting tu dah manis..tapi kalau tak buat frostingnya sukatan gula in the cake boleh lebihkan(kalau naklah) ....

ps: Ok good news, my email account is back to normal again..



Ingredients:-
170g butter-(3/4 cup)
2 cups sugar (-I used 11/4 cup)
3 eggs
2 cups plain flour
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
85g cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)
11/2 cups milk
2 tsp vanilla

Method:-
Cream butter until softened. Add sugar and beat until light and fluffy. Add eggs, one at a time. Measure the flour, baking soda, salt and cocoa powder into a medium sized bowl and whisk to combine. Add about a third of the dry ingredients to the butter/sugar and beat to combine. Add about half of the milk and beat to combine. Continue adding, alternating between dry and wet and finishing with the dry. Mix in vanilla. Scoop batter into cupcake cups 1/2 or 60% full. Bake at 170C for about 25-30 minutes or until a cake tester comes out clean.

Frosting:-
142g chocolate (5 oz)-(Ayu used Valrhona Dark Chocolate)
86g butter(3 oz)
1/2 cup sour cream-(Ayu used 1/2 cup plain yogurt +11/2 tbsp melted butter)
1 tsp vanilla
5-7 oz icing sugar (start with 5 oz and add accordingly) - (Ayu used 2 oz -21/2 oz- 60g -75g)-sorry just edited.

Method:-
Melt butter and chocolate using a double boiler. Once smooth and melted, gently whisk in vanilla. Whisk in icing sugar, a little at a time. Add in sour cream and cream till its satiny smooth. Keep it aside for a while to thickens. Do give it a stir once in a while.
Sources:-From http://maya kitchenette.blogspot.com