Showing posts with label Salads. Show all posts
Showing posts with label Salads. Show all posts

Friday, December 16, 2016

Kerabu Udang Kacang Botor

So this is third batch of kacang botor ..kita buat kerabu....google recipe jumpa kerabu ni kat dapur Fiza..pertama kali buat kerabu udang kacang botor ni..Alhamdullilah sedap.. Terimakasih Fiza for the recipe..Akak minta izin dipanjang2kan disini pula ya..:)

Kerabu Udang Kacang Botor
Sources:- Fizalgk
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
 Bahan A:- 
100gm udang - Rebus sebentar dan kopek kulitnya (Ayu tak rebus)
segenggam taugeh - di celur (Ayu tak celur)
100gm kacang botol di hiris halus (Ayu guna 200g)
1 labu bawang besar - di hiris halus
1 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar air limau nipis

Bahan B (ditumbuk) -(Ayu blender kering)

2 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah 
1 sudu besar udang kering atau ikan bilis - di rendam terlebih dahulu
4cm kunyit hidup
sedikit belacan (kira-kira 4cm) - di bakar terlebih dahulu
2 biji cili merah + 5biji cili padi



Cara-cara 
1.  Tumbuk semua bahan B hingga lumat kemudian gaul dengan kelapa parut. Panaskan kuali dan goreng sebentar  kelapa parut (urap) tadi tanpa menggunakan minyak, agar kerabu tidak cepat basi. masukkan juga air limau nipis, garam dan gula secukup rasa.(Ayu masukkan juga udang dan gaul hingga masak, kemudian masukkan kacang botor dan gaul rata)

2. Apabila kelapa yang di goreng tadi sudah sejuk, gaulkan dengan udang, taugeh dan kacang botol dan hidangkan. (Akhir sekali Ayu matikan api dan baru masukkan taugeh, gaul rata)


Selalunya saya buat kelapa (urap) ini dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk. Bila teringin menyediakan kerabu apa pun seperti kerabu pegaga atau kerabu daun selom, hanya perlu panaskan urap sebentar dan gaulkan dengan ulam2 tersebut yang telah di hiris halus. 

Thursday, October 02, 2014

Nasi Minyak Arab & Ayam Bakar

Assalam, Nasi Minyak Arab ni kita masak just seminggu selepas kita masak Nasi Ayam Hadramaut ...disebabkan suka dengan rasa nasi2 arab ni itu yang buat another recipe.. Terimakasih buat Lydia Honey for sharing the recipe...Kali ni nasi minyak arab tak ada 'sos cili' tapi just maraq & salad arab.. Sedap juga tau..maraqnya pula kali ini kita tukar bahan sayuran dalamnya..kita guna kentang, lobak merah &  bendi. kIta prefer this combination than the previous ones...As for the salad arab, kita goggle the net  and combine here & there for the ingredients..

Oklah, kalau nak cuba untuk Aidil Adha nanti boleh jugakan...Just kasi idea aje.. Anyway, kalau nak cuba nasi2 berperisa didapur maya kita ni ada banyak..sudi2kanlah ya .Kita tinggalkan teman2 dengan ucapan....Happy weekend dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha...
Sampai kita bertemu lagi...:)


NASI MINYAK ARAB WITH AYAM BAKO
Sources:-From Lydia Honey
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
1/2 ekor ayam*-  dibersihkan dan direndam dengan sedikit cuka putih sebentar dan bilas-(Ayu gunakan 3 ekor ayam griller)-(Ayu doublekan sukatan rempah ratus segala)
2 cawan basmati-cuci sehingga jernih, rendam dengan air garam selama 1 jam++ & toskan. 1/2 inci halia*  
1 -2 helai bay leave*
2 biji cardamom pods*
1 biji bawang besar - dibelah empat*
2 biji bawang putih-diketuk*
1/2 cmt arabic mix spices* (kalau tak de lupakan jer)-(Ayu gunakan rempah kabsa)
1/4 cmt cumin powder*
Segenggam kismis - jika suka-(Ayu letak )

Air untuk merebus*
Garam secukup rasa

Untuk sapuan/lulur atas ayam
sedikit serbuk kunyit#
sedikit minyak masak#
sedikit garam jika perlu#
Sedikit tomato paste#
Sedikit paprika powder#
Sedikit garlic powder dan ginger powder#
Satukan kesemua bahan # dan lumurkan pada ayam.
Bakar sebentar untuk mengaringkan nya saja.


Rebus bahan bertanda hingga lembut dan empuk lebih kurang 40- 45 minit.
Masukkan  garam dan teruskan merebus selama 10-15 minit dan offkan api. 
Tapiskan stock, asingkan atyam dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan kismis dan goengkan sedikit sehingga golden , masukkan beras dan goreng hingga transparent selama 2-3 minit.
Masukkan stock ayam yang masih panas dalam 31/2- 4 cawan (akalu tak cukup add air panas menggelegak, kuantiti air tergantung pada jenis beras anda). 
Dengan api yang besar, tutup periuk dan biarkan hingga separuh kering dan buka penutup periuk dan gemburkan sedikit nasi, perlahankan api dan tutup periuk dengan aluminium foil kemas- kemas.
Tanaklah seperti biasa hingga nasi masak.
Bila dah masak offkan api dan biarkan selama 5 minit baru dibuka penutupnya dan digemburkan sedikit dengan garfu.   


INGAT!.. 
Jangan kacau sangat nanti nasi patah tak cantik, Cuma gemburkan sikit dengan garfu jer.
Sementara menunggu nasi masak, panaskan oven 200C. Ayam yang dilumurkan/ dilulurkan (ngeeee) dengan bahan #.
Bakar dalam oven selama 15 minit menggunakan api atas bawah sehingga golden.
Hidangkan bersama nasi minyak tadi, salad dan maraq jika suka. Selamat me


Maraq
1 biji bawang besar-di dadu halus
2 ulsa bawang putih- dicincang halus
4 camb tomato paste
1-2 biji cili hijau
2 biji medium fresh tomato- kupas kulitnya & didadu kasar
sayur (bendi@terung@carrot@zucchini@labu@potato@buncis)-pilih yg mana suka atau masukkan semua/ pilih 2-3 jenis sayur masak bersama- dadu kasar -(Kali ni Ayu gunakan kentang, bendi & carrot, sayur2 ni nice combination)
air rebusan ayam
1 camb lemon jus
1/2 camt arab mix spices*
1/2 camt cumin powder*
1/2 camt corainder powder*
1/4 camt cardamom powder*
1/4 camt black paper powder*
2 camb minyak masak
Garam secukup rasa
sedikit chopped fresh corainder-utk tabur
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar hingag transparent.
Masukkan cili hijau dan gorengkan sebentar.
Masukkan bawang putih dan bahan bertanda, biarkan sebentar hingga terbit bau.
Masukkan sayuran dan gorengkan sebentar dan masukkan fresh tomato dan gorengkan hingga tomato layu.
Masukkan tomato paste dan kacau sebati.
Masukkan air/ chicken stock, biarkan mereneh hingga sayuran masak Dan masukkan jus lemon serta garam.
Offkan api dan taburkan dengan fresh corainder leave.
Hidangkan dengan nasi..


Salad Arab
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 biji timun
2 biji tomato
1 biji green pepper
romaine secukupnya
butterhead secukupnya
italian parsley secukupnya
1 biji bawang besar
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
lemon juice
olive oil

Cara:-
Potong sayur sayuran ikut suka. Gaul lada hitam, lemon juice, olive oil dan gaul sehingga sekata. Rasa apa2 yang boleh ditambah dan ikut selera. Siap untuk dihidangkan dengan nasi minyak arab.

Wednesday, October 01, 2014

Sambal Goreng Tauhu Tempe

Assalam, sambal goreng tauhu tempe ni selalu juga kita buat untuk side dish..selalunya kalau kita masak asam pedas atau ayam lemak padi pasti kita buat gandingan dengan sambal goreng tauhu tempe ni...Kadang2 kita makan dengan nasi impit adabi , serunding  dan sambal tumis .. macam lontong keringlah gitu..itu pun dah kenyanglah pada kita...Normally kalau raya haji kita masak sambal goreng yang simple2 macam ni aje..tak macam hari raya aidil fitri..masak sambal goreng pengantin yang memerlukan banyak waktu dan procedures..:)

Sambal Goreng Tauhu Tempe 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
4 keping tauhu sederhana besar dipotong dadu, digoreng ketepikan
4 keping tempe dipotong dadu ketepikan
10 batang kacang panjang dihiris serong
6 sudu besar santan pekat
1/2 biji tomato  sederhana besar dipotong dadu

*2-3 sudu besar cili kisar
*1 biji bawang
* 3 biji bawang Merah
*3 biji bawang putih
*1/2 inci halia
*sehiris lengkuas
* sedikit belacan
*1 batang serai
*(bahan dikisar)

1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 biji  cili merah dihiris

air secukupnya
garam & serbuk perasa

Cara:-
Tumis bahan hiris hingga layu,  masukkan bahan *kisar tumis hingga naik bau dan garing. Masukkan tomato dadu & sedikit air. Biarkan seketika hingga tomato layu. Masukkan santan, tauhu, tempe, garam & serbuk perasa, gaul rata. Kalau kering boleh tambah air. Masak hingga kuah pekat sedikit, masukkan kacang panjang. Gaul rata dan biarkan hingga kacang panjang masak dan bahan2 sekata. Siap.

Tuesday, September 30, 2014

Homemade Jeruk Mangga

Assalam, bila tengok gambar jeruk mangga ni..penuh meladung air liur dalam mulut....slurpppss..telan..eh keluar lagi..adehhh....macam gitulah bila kita tengok balik gambar2 homemade jeruk mangga ni....ini..pun project dah lama dah..jeruknya pun dah habis muhlisin..dengan botol2nya sekali dah tak nampak traces pun..hahaha... dulu pernah buat Homemade Jeruk Betik..yang tu pun muhlisin..siapa yang makan ni?..Kita lah..yes me, myself saya yang baham sikit sikit buka peti ais, bila time boring2...hehehe...yang lain tak berapa makan sangat...well they missing the good stuff..hahaha..Mr Hubby pula, makan tu makan juga tapi dia prefer mangga muda ni yang belum dibuat jeruk tapi makan 'mentah' gitu aje sama juga anak2 kita....Kalau masuk JB, bila nampak mangga muda potong..he will buy sampai RM$10 sebekas or even Rm$20 bayangkan tu....berebut2 makan tak sempat balik ke Singapura dalam kereta dah bedal...

Recipe sama juga dari dapur Ratna aka Madiha...suka cuba recipe2 'authentic' dari dapur Ratna ni...kira terbaik dari ladanglah..yalah mana ada  orang2 muda sekarang yang berminat buat jeruk2 ni semuakan, biasanya dia orang beli aje.....hehehe...Terimakasih ya Ratna..akak panjang2kan recipe ni disini pula..


Homemade Jeruk Mangga
Sources:-From Madiha@Mamawandiha
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan2
4 - 5 biji mangga muda (mangga ni agak besar jugak.. so.. kalau buat guna mangga kampong tu.. kena pandai2 agaklah sukatan utk gula tu yek)-(Ayu gunakan 7 biji mangga muda sederhana besar)
7 ~ 8 biji cili padi ~ dibelah dua (nak lebih pedas.. hiris halus2 yekk)-(Ayu gunakan segenggam....ha ambik aku...hehe)
1 3/4 cawan gula pasir
2 ~ 3 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka-(Ayu gunakan 4 sudu besar)
2 sudu besar air-(Ayu tambah)     
                                                 

Cara2 Menyediakan
1. Kupas mangga & hiris saiz kesukaan. Tapi kalau boleh elok kecik2 sikit supaya mudah 
menyerap dengan bahan2 lain. Cuci mangga yang dihiris & tos biar betul2 kering.
2. Masukkan hirisan mangga dalam balang. Masukkan gula, cili padi, garam & cuka. Goncang2 sikit biar sebati. Biarkan mangga tu selama 2 malam. Kemudian bolehlah di nikmati bila terasa nak makan asam.. hehe.. 

Nota MaDiHaA: Selepas diperam 2 malam.. jeruk mangga mestilah disimpan di dalam peti ais supaya lebih tahan lama kerana jeruk ni tak gunakan sebarang pengawet tambahan. Kalau 
rasa balang yg digunakan tu besar sangat (tak muat petiais).. transfer je ke dalam tipuware pun boleh gak..






Jeruk ni kita ikut nota dari Madiha...2 malam kita peram kat luar..lepas tu baru simpan dalam peti ais...sedapp..rangup2 mangga, serta pedas2 cili dan manis2 air jus tu..memang sesuai buat snacking atau lepas makan nasi..hehehe


Monday, April 28, 2014

Nasi Minyak II, Daging Haryali & Pajeri Nenas

Nasi berperisa lagi..agak2 kalau dah lama tak masak nasi berperisa, the following week mesti tekak ni menjerit2 nak makan nasi bewarna ni..dulu kita pernah kata Mr Hubby tak minat nasi berperisa macam ni..tapi sekarang uh..dia makan tau..hehehe..kalau dulu kita cakap kita masak nasi minyak ke nasi beriani ke, mesti dia cebikkan bibir dia..tahan dia suruh kita masak 'maggi'..ah sekarang bukan main makan lagi weh!!!..hehe...Tulah dia pukulan kita selalu masak nasi macam ni sebab anak2 suka sangat nasi gini..so the father got no choice dah terikut suka juga..hehe...
ke kita masak sedap ah?..wakakaka...perasan kejap...:)

Kali ni kita cuba pulak masak nasi minyak recipe lain pula..recipe dari Tulip77 kat myresepi tu..Sedapppp..kita lawankan dengan daging haryali dan pajeri nenas.
Daging Haryali resepi asal guna daging kambing..disebabkan kita tak makan kambing..kita tukarkan kedaging lembu..pajeri nenas pula kita buat style macam pajeri nenas orang kahwin kat Singapore ni..tak gunakan rempah tapi just plain natural taste..

Nasi Minyak
Sources:-Tulip77@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(6 orang)
  • 1/4 cawan minyak sapi
  • 2 biji bwg putih,dicincang
  • 2 biji bwg besar,dihiris
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji lada putih,ditumbuk
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair/fresh milk
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 1/2 cawan kismis
  • 3 helai daun pandan
  • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam 


Cara-cara


  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.
  3. Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
  4. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.



Daging Haryali
Sources:-Mumtaj Begum Bte Omar
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daging kambing, cuci bersih dan potong ikut suka hati, tos-(Ayu guna daging lembu)
2.5cm kayu manis
5 biji buah pelaga dititik
4 biji bawang besar dihiris halus
5 batang lada hijau, belah dua jangan putus(boleh lebihkan jika perlu)
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 biji tomato didadu
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili -(Ayu tambah)
1 sudu makan tomato puree-(Ayu tambah)
1/2 cawan daun ketumbar
2 cawan air + 11/4 cawan lagi
1/4 biji kentang(untuk memekatkan kuahnya)-(Ayu gunakan 2 biji hiris tebal)
1/4 cawan badam
1/2 cawan tairu
3 sudu makan santan pekat
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:-
Kisar halus badam, tairu, santan pekat dan 1/4 cawan air. Ketepikan_(Ayu guna blender kering)
Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kayu manis dan buah pelaga sehingga meletup-letup.
Masukkan hirisan bawang dan lada hijau dan tumis sehingga bawangnya lembut. Masukkan pula pes halia dan pes bawang putih dan tumis lagi sampai naik bau. Setelah itu masukkan tomato dadu dan kacau rata. Biarkan ia masak selama 5 minit lagi. Barulah dimasukkan bahan2 serbuk dan daun ketumbar. Tuang 1 cawan air, kacau rata dan tutup periuk.

Kecilkan api dan renihkan selama 5 minit, sehingga rempah berpisah dari minyak. Kemudian masukkan daging kambing, kacau rata selama 2 minit. Tuang lagi 21/4 cawan air, masukkan kentang dan garam. Masak lagi sampai daging lembut dan naik minyak. Diperingkat ini hendaklah dikacau selalu. Kemudian matikan api. Taburkan lebihan daun ketumbar, tetapi jangan dikacau lagi. Semasa hendak menghidang barulah dikacau.

Hidangan ini lebih lazat jika disaji sekurang2nya satu jam selepas dimasak. anda boleh juga masukkan kentang sebiji dua jika suka. Masukkan semasa dagingnya sudah masak 3/4 empuk. Paling enak disajikan dengan roti perancis, roti perata atau nasi minyak.


Pajeri Nenas
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 biji nenas dipotong dan buang tempuluhnya
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
4 cengkih
3  biji pelaga
5 biji cili padi merah/hijau
1 biji cili merah dibelah dua
1 biji cili hijau dibelah dua
2cm halia dihiris
2 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil biji sawi
1/4 cawan air
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
garam & serbuk perasa

Cara:-
Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih & pelaga hingga naik bau. Masukkan bawang besar & bawang putih hiris, biji sawi serta serbuk kunyit. Kacau hingga layu. Masukkan gula, cuka, garam & perasa dan air.Masukkan nenas yang telah dipotong/hiris tadi serta cili. Gaul rata sehingga nenas masak & lembut.

Tuesday, July 16, 2013

Mee Hoon Goreng Putih II & Sambal Rojak Ulik

Assalam, tiap2 hari buntu nak masak apa lah weiii..bila tanya rakyat jelata, semua cakap tak tahu..last2 Mr Hubby sounded goreng mee hoon putih sudah lah..tapi letak LOTS of DAGING..!!
oklah tu dah kasi idea so senang sikit nak buat kerja..hehe...
Cili jeruk mesti ada for this or else tak pedas tak bestlahkan..anak2 suka juga mee hoon goreng macam ni..Bulan puasa ni mee, taugeh, telur memang laku betul ..kalau pergi kedai beli lambat sikit  taugeh dah habis..hehe..

Mee Hoon Goreng Putih II
Tried & Tested:Ayu@curlybabesatisfaction  
Bahan:-
11/2 bungkus mee hoon(400g-600g)
7-8 ulas bawang putih-dikisar
6 ulas bawang kecil -  dihiris
300-500 gm daging lembu (dipotong nipis dan rebus dengan sedikit halia kisar hingga empuk simpan airnya)
10 ekor udang sederhana besar
4 ekor sotong sederhana besar
3-4 keping fish cake (hiris)
secukup sayur sawi
sedikit taugeh
beberapa titik minyak bijan
1-2 sudu makan sos oyster
1-2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan lada putih serbuk
garam & serbuk  perasa
bawang goreng
cili jeruk (klik kalau nak recipe)

Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hingga naik bau, masukkan bawang putih kisar..Kemudian masukkan,fishcake dan daging rebus.Kacau sebentar lalu masukkan sotong dan udang. Bubuh sedikit air rebusan daging.Masukkan sos oyster, minyak bijan, kicap cair, garam, serbuk perasa dan kacau rata.
Seterusnya, masukkan lada putih serbuk, .Sesuaikan rasanya mengikut citarasa.Gaul sehingga rata. dan masukkan mee hoon. Kacau lagi dan masukkan sayur2 dan taugeh.Gaul rata dan taburkan bawang goreng dan ratakan.  Matikan api dan siap untuk dihidang.
Saya suka hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng lagi dan lada jeruk cili padi.


Teringin pulak nak buat rojak ulik..teringatkan recipe sambal rojak ulik dari Kak Asmah kat facebook..cuba recipe Kak Asmah pulak..ermm sedap..pedas, manis, masam tu kena adjust sendirilah ya..Kita makan dengan mee hoon goreng  putih nilah..Terimakasih kak for the recipe..kita panjang2kan disini pulak ya..

Mangkuk Ulik yang kita ada ni mak kita punya..hehe ..beli pun dah lama, tak salah beli kat Geylang, time tu pasar Geylang belum revamp lagi..so kalau sekarang nak cari kita pun tak tahu kat mana dalam pasar Geylang tu sebab dah semuanya bertukar baru...

 
Sambal Rojak Ulik
Sources:-From Kak Asmah
Tired & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 bj cili kering buang biji rendam dengan air panas hingga lembut
5 biji cili api(nak pedas boleh tambah)
1 mangkuk kacang tanah(sangai dan kisar atau tumbuk separuh halus)
5-6 sudu gula(kena lebihkan gula kalau kurang perisa)
3 sudu air asam jawa(ramas dengan air masak)
3 biji limau kasturi(ambil jusnya)

sedikit belacan-(Ayu tambah)
1/2 atau lebih sikit petis udang(boleh beli dipasaraya)-(Ayu suka gunakan yang dari Penang)

Kalau tak ada bekas macam dalam gambar tu boleh masukkan kesemua bahan kedalam pengisar kecuali kacang tanah.dah sebati keluarkan ,masukkan kedalam mangkuk dan boleh dicampurkan dengan kacang tanah tadi.
  

Untuk bahan rojaknya:
sebiji nenas sederhana besar(buang kulit dan bersihkan)
sebiji timun,sengkuang dan mangga muda (kalau suka)
kangkung bersihkan dan dicelur
tauge dicelur
tahu digoreng
Selamat mencuba.


Monday, July 23, 2012

Mee Hoon Goreng Hailam & Cili Padi Jeruk

Ini menu berbuka puasa on the first day Ramadan..mee hoon aje..bak kata pepatah..baru nak  warm up ni..so ini yang termampu kita hidangkan..hehe..tapi kali ni kita cuba mee hoon  goreng hailam..adjusted here & there..alhamdullilah sedapp.. Mesti nak ada daging..taulah siapa yang suka makan daging tu...OK, silakan semak recipe kalau ada yang sudi mencuba  ya..bulan2 puasa ni otak macam jammed nak berkata2..hahaha

Mee Hoon Goreng Hailam
Bahan:-
600g mee hoon direndam beberapa jam dengan air sejuk dan toskan
200g daging dihiris & direbus + sedikit halia hingga empuk(fungsi halia supaya daging tak hamis)
150g isi ayam atau dada ayam dipotong cube atau hiris-(dilumurkan  dgn air asam supaya tak hamis)
beberapa ekor udang ikut suka
2 keping fish cake dihiris
sawi , taugeh & kobis panjang ikut suka
4 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang putih diketuk 
beberapa cili padi diketuk (optional)
3 sudu besar cili kisar

5- 6 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada sulah
1 cube ayam atau serbuk ayam
beberapa titik minyak bijan 
minyak masak biasa
garam + perasa secukupnya kalau perlu

Cara:-
Panaskan minyak masak biasa dan tumis bawang putih, cili padi & bawang hiris hingga naik bau..Masukkan beberapa titik minyak bijan, cili kisar dan biarkan hingga cili garing sedikit. Masukkan bahan2 sos,  kacau rata dan masukkan daging, daging ayam dan fish cake..biarkan seketika hingga daging serap sos2nya rasa apa yang kurang kalau perlu tambah garam & perasa tambahlah ya....Masukkan udang gaul hingga sebati dan ..pecahkan telur dan biarkan seketika..agak2 telur dah mengeras sedikit masukkan mee hoon yang telah ditos tadi..gaul rata sehingga sos dan telur semua sebati..Masukkan sayur2 sawi dan kobis panjang gaul rata. Akhir sekali masukkan taugeh gaul hingga sekat dan matikan api..siap untuk dihidang bersama cili jeruk.


Cili Padi Jeruk, yang mesti ada stok kat rumah ni..of cos yang cili padi tu kita punya..yang cili hijau Mr hubby & my parents punya...cili jeruk ni kita suka bila cilinya garing2 sikit ..kadang2 kalau dah lama tak makan cilinya akan jadi lembik, part yang tu kita dah tak suka dah..heheh I rather buat yang baru..anyway nak buatnya pun senang so buat pun sikit aje..Ini how I did minelah ya..kita tak masukkan cili terus serta merta lepas air cuka tu mendidih tapi biarkan ia sekejap lepas tu baru masukkan cilinya..

Cili  Padi Jeruk
Bahan:-
segenggam cili padi + 4-5 cili hijau dihiris bulat 
1/2 cawan cuka
1 cawan air
1/8 cawan gula(separuh dari 1/4 cawan)
garam secukup rasa
Masak bahan2 atas kecuali cili padi atau cili hijau. Bila mendidih matikan api.
Ketepikan periuk Biarkan dalam 2 minit barulah masukkan cili2 tadi..Kita buat macam ni sebab nakkan cilinya rangup bila digigit dan bukannya lembik ..Insyaallah bila dibiarkan seketika, cili akan berubah warna..Bila dah sejuk betul2 barulah boleh masukkan kedalam bekas yang tertutup or botol..Siap dan bolehlah dihidangkan dengan mee goreng, nasi goreng atau mee sup atau sewaktu dengan nya..

Monday, February 20, 2012

Scrambled Egg Lobak Masin

Side dish yang kita gandingkan dengan lauk Singgang Asam ikan Unga..actually dulu pernah buat tapi terlebih tuang lobak masinnya..telur nya pulak terkurang so rasa lobak asin yang lebih..hehehe kali ni kita letak sikit .untuk buat rasa aje...sedapp..kalau makan dengan bubur pun ok ni...Terimakasih kak Rinn, minta izin dipanjangkan recipenya disini pula ya..


SCRAMBLED EGG LOBAK MASIN 
Sources:-From Rinn Chan Fotopages
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:

Segenggam Lobak masin cincang -(Ayu gunakan 2 sudu besar)
1 biji bawang besar -(Ayu gunakan bawang besar yang medium size)
2 ulas bawang putih -(Ayu gunakan 1 biji aje)
3 biji cili api -(Ayu gunakan 5-10 biji)
Segenggam udang kering -(Ayu gunakan 1 sudu besar)
5 biji telur -(Ayu gunakan 3 biji)
Secubit lada hitam kisar kasar
Seidkit minyak masak utk menumis
* Sukatan bahan-bahan boleh disesuaikan ikut citarasa masing-masing. Tidak perlukan garam kerana lobak masin akan mencetuskan kemasinan yang sewajarnya.

Hiris bawang besar, bawang putih dan cili padi. basuh dan rendam seketika udang kering, kemudian cincang halus. Tumis semua bahan-bahan hiris tadi hingga agak layu. Masukkan lobak masin. Kacau rata. Pecahkan telur ke dalam tumisan. Kacau-kacau hingga kelihatan seperti scrambled eggs. Tabur lada hitam kasar.

Tuesday, January 31, 2012

Pucuk Ubi Rebus & Air Asam II

Another side dish for ayam lemak padi..Pucuk ubi Rebus & air asam..Selalu kalau rebus pucuk ubi, kita cicah dengan sambal kacang cili padi... kali ni Mr Hubby requested nak cicah dengan air asam pula...Ingat nak  gunakan recipe Air Asam Noorsha here, tapi fikir2 balik nak cuba explore yang lain pulalah....Wah I tell you..this Air Asam pun sedappp gilerr..besides air asam yang dulu tu... this one pun got fightlah..haha..difference yang ini ada bahan2 hirisnya itu yang kasi this air asam meletops!!!!..Mr Hubby makan sampai berpeluh2 dan satu mangkok atas ni kita dua orang aje yang bedal...Terimakasih puan punya recipe minta dihalalkan recipenya ya..

Air Asam II
Sources:-From Yummiez@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(beberapa2 orang pun boleh)
  • Bahan tumbuk:
  • 2 - 3 biji cili merah+ 6 cili padi-(Ayu tambah)
  • 3-4 biji bawang merah
  • 2 sudu teh belacan
  • Bahan hiris:
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji tomato-(Ayu gunakan 1/2 biji besar)
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa+ gula-(Ayu tambah)
  • jus limau-(Ayu tak letak ni sebab dah letak air  masam kat atas dah masam)

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.
  2. Masukkan garam secukup nya. Tak perlu byk sgt kerana belacan dah masin.
  3. Hiriskan semua bahan hiris.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

Monday, August 08, 2011

Kerabu Ikan & Belimbing Buluh

 Kerabu ni kita lawan kan dengan telur goreng kicap kat bawah ni..budak2 tak makan ni..so they just makan telur ajelah..since tak masak lauk lain kerabu ni pun dah jadi side dish sebab ada ikan didalamnya.. sedappp..!!!!..

Kerabu Ikan & Belimbung Buluh
Sources:-From Sambal & Kerabu
Bahan2:-
1/2 cawan isi ikan keli bakar- (Ayu gunakan 2 ekor ikan kembung, dibersihkan dan dilumur dengan garam & kunyit, then dibakar dalam oven dan ambil isinya)
3 sudu besar kerisek
1 biji limau nipis-(Ayu gunakan 2 biji limau sambal)
6 biji belimbing buluh dihiris
1 batang bunga kantan dihiris-(Ayu gantikan sikit daun kesum dihiris)
taugeh secukupnya -(Ayu tambah)
10 tangkai cili padi dihiris
1 tangkai cili merah dihiris-(Ayu tak letak ni sebab cili padi ayu dah lebihkan)
3 ulas bawang merah dihiris
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara Membuat:-
Campurkan isi ikan bersama semua bahan hirisan, kerisik, garam & serbuk perasa secukupnya. Gaul rata hingga sekata.  Hiaskan dengan daun ketumbar dan cili hiris.Sedia dihidang.

Note:- Kerabu ni sedap dimakan selepas beberapa minit digaul..sebab bahan2 sudah meresap & taugeh dah tak rasa mentah..

Thursday, June 23, 2011

Kerabu Jantung Pisang

This is my second kerabu recipe yang dicuba dari Hana..sebelum tu  Kerabu Tomato Ikan Bilis..pun sedapp...kedua2 ni memang best..recipe diambil dari Majalah Jelita..my mum beli kat JB tempohari..kalau kat daerah my house ni memanglah susah nak dapat Majalah ni..semuanya majalah local dan berbahasa Inggeris..Thanks ya Hana for this recipe akak sukaaa..maklum ler, dah jadi peminat jantung pisang..hehe kalau dulu jangan harap ler akak nak makan..lagi2 kerabu ..sekarang apa yang kena mengena dengan jantung pisang akak sawi aje..heheh..

Kerabu Jantung Pisang
Sources:-From Shamsinah Mohd Said aka Hana@ Majalah Jelita Jun 2011
Bahan2nya:-
1 biji jantung pisang
air untuk merebus
sedikit garam

1 biji limau kasturi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cli padi
1 biji cili merah
sedikit belacan
1/2 biji bawang besar dihiris
1 biji tomato dibuang empulur dan hiris
sedikit garam
sedikit gula
ikan bilis goreng secukupnya-(Ayu gunakan silverfish-ikan bilis yang kecik2)

Cara2nya:-
  1. Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga sampai pada kulit yang putih. Belah dua dan rebus bersama sedikit garam sehingga lembut lebih kurang 15 minit. Tus dan titiskan separuh air limau sebelum hiris.
  2. Tumbuk bawang merah bersama bawang putih, cili padi, cili merah dan belacan sehingga lumat.
  3. Campur jantung pisang yang dihiris bersama bawang besar dan tomato.
  4. Bubuh sedikit garam bersama gula pasir dan bahan tumbuk. 
  5. Masukkan ikan bilis goreng.
  6. Perahkan limau kesturi. Gaul rata.Hidang segera ketika ikan bilis masih rangup.

Friday, May 20, 2011

Serunding Cendawan Tiram

Assalam, a quick entry hari ni..type pun kelam kabut  ..tapi tetap nak update blog..heheh..maklum ler..hari Jumaat, esok confirm kita tak boleh..kejap lagi nak siap2 sebab nak pergi hospital..oops, tak ada siapa yang sakit cuma nak bawa Marsya ni pergi eye check up..dapat surat hari  tu dari sekolah, nurse ada datang check mata dia tu disuruh pergi eye clinic check..adooiii..macam ada tanda2lah anak akak yang ini pun kena pakai cermin mata lor!!....Macam gini parah ah..tiap2 tahun kena invest kat kedai cermin mata..apo nak dikato..

Anyway, berbalik ke makan..bila kita tengok recipe ni kat blog Kak Ilah hari tu,..terus masuk list..
sebab tak pernah dengar cendawan dibuat serunding..sekali dah buat amboi..memang pass betul kat tekak kita ni..sedap lah..kita buat ratah2 ada makan dengan nasi pun ada, makan dengan nasi impit pun sedapppp...ni ada beli cendawan ingat nak buat lagiii..heheheh...Kak ilah, sedappp kita suka..thanks kak for sharing the simple yet nice recipe ni ya..mohon diletakkan disini pula..


Serunding Cendawan Tiram
Sources:-From Kak Ilah@ ilahmasakanku
Bahan2:-
50 keping cendawan tiram basuh bersih dan perah airnya dan siatkan/carik2 halus2 ya puan. -(Ayu gunakan 450g cendawan tiram)
*10 tangkai cili kering -(Ayu gunakan 20 bji cili padi + 1 sudu besar cili kisar)
*1 labu bawang besar saiz kecil
*3 biji bawang putih
*1 sudu besar serbuk jintan putih
*1 sudu besar serbuk ketumbar-(Ayu tambah)
*1/2 sudu besar serbuk  jintan manis-(Ayu tambah)
*1 batang serai
*1 potong nipis halia(jgn byk bukan daging atau ayam) -(Ayu tak letak)
*1 potong nipis kunyit

3 sudu besar pati santan
garam & perasa secukupnya

Cara2:-
Kesemua bahan* ini dimesin halus dan tumis dgn minyak yg secukupnya sehingga pecah minyak
setelah itu masukkan cendawan dan pati santan. Masak sehingga kering macam serunding ayam/daging.

Wednesday, April 20, 2011

Urap Pucuk Ubi & Taugeh

Percaya tak akak dulu tak pandai makan urap2 ni..hehe..sekarang lah baru teruja nak makan,..ni my mum yang ajar..dulu my mum kalau buat dia ada letak cekur dalam tu..itu yang buat  kita terus put off  so for this memang tak letak ler..then taugeh ada orang suka gaul mentah2 terus, dan  kerana tekak jakun akak ni...tak suka rasa taugeh mentah, sebab ada rasa macam maung2..akak gaul kan sekejap aje dalam kuali..hahah..bolehkan..

Ingredients:-
1/2 ikat pucuk ubi direbus, dihiris kasar
30 cent taugeh
1 mangkuk kelapa parut -putihnya sahaja
*2 tangkai cili merah
*10 tangkai cili padi
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit belacan
*1 sudu udang kering
1 sudu air asam atau 1 biji jus limau sambal
garam, gula & serbuk perasa secukupnya

Method:-
Masukkan semua bahan kisar* kedalam bekas. Campurkan dengan kelapa parut, air asam, garam & perasa. Kemudian gaul rata. menggunakan api sederhana gorengkannya tanpa minyak. Setelah sambal kekuningan, masukkan pucuk ubi dan gaul rata, masukkan taugeh dan matikan api.(Kalau tak nak masukkan pucuk ubi & taugeh kedalam kuali pun boleh juga, tapi sebab kita tak reti makan taugeh mentah, so kita kacau sekejap aje dalam kuali just make sure- jangan sampai layu ala kadar aje) Gaul hingga rata.

Friday, December 10, 2010

Homemade Jeruk Betik

Salam, before I update today's entries, just want say thank you to all the friends, guests and visitors for dropping by and leave messages ... I actually dah lama OK dah.. hehe..its just that the past days, my son has been using the pc for his next year's project and research so that was why I couldnt update my blog and just could only answer messages & comments left ...even blogwalking pun tak sempat apatah  lagi tinggalkan jejak.....only comes at night then the line is free, but by the time I wanted to update, Mr Hubby pulak dah balik so tak bolehlah nak melanguk kat pc..so sorry ya..

While not in front of pc, I managed to try a few recipeslah.. some were successful but some were like strangling myself to the wall ..hahaha ..will talk about that when it comes to the recipe that I tried ya..
Anyway, one of those successful attempt and meet to my expectations was this JERUK(pickled papaya) recipe was from Madiha Fotopages this was the first attempt that I made pickled papaya..the reason was I had bought 1 young papaya and wanted to cook for some dish that I thought I had never tried before..so this was half of what I used.....Madiha, thank you very much!!..I  bongkar your dapur and found this treasure, tapi dah susun baik2 balik ya...haha.. Minta izin I  put up here for my future reference ya..Memang serupa macam kat kedai yang dibeli tau..I like!!


Bahan2:-
2 biji betik mengkal (anggaran 1½ kg ) ~ pastikan masih keras isinya
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK-(Ayu gunakan baru mendidih)
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah -(Ayu guinakan asam boi biasa aje)
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2

Cara Menyediakan

1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk.
7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. boleh disimpan dlm peti ais selepas dijeruk 2 mlm. 

Sources:-From  mamawandiha.fotopages.com



Nota dari MADIHA: Jeruk betik ni juga tahan disimpan diluar peti ais beberapa hari tp tak sure ler berapa lama leh simpan yer.. Lom buat ujikaji lagi.. setakat ni.. dah hampir seminggu jeruk tu dok dlm bekas tu masih elok jer lagi.. tak boh dlm peti ais pun.. Tapikan kalau rakyat jelata dlm rumah anda masing2 hantu jeruk.. rasanya tak sampai 3 hari dah selamat jeruk tu .

Friday, November 12, 2010

Yam Ma Muang - Som Tam Version

Akibat kesedapan makan kerabu mangga kat  restaurant hari tu...balik Singapore kita cari mangga muda sebab nak buat lagi..teringatkan dapur  Tun Tijah ada reseipi Som Tam, kita pun pergi naik flight ke Bangkok untuk mendapatkan  recipenya dan tukarkan betik muda kepada mangga muda!!!..Waduh, waduh Tijah, I tell you..sungguh enak ini salad lah!!..2 biji mangga HAKAK sorang yang makan!!..ermm, sambil menaip ni pun masih kecur air liur ku!!!..mangga pulak yang jenis garing krap krup krap krup kunyah sekali dengan kacang goreng rangup ...budak2 terpekik terpekau pun kita tak peduli...So Tun, minta izin ya akak letak recipenya disini tak payah akak turun naik Siam kan..

Ingredients:-
  • 1 gengam penuh betik muda yg dsagat>> kita guna manual jer-(Ayu gantikan dengan 2 biji mangga hijau muda )
  • 1 genggam udang kering yg kaler oren, direndam dan toskan
  • 1 btg kacang Panjang dpatah patahkan
  • 3 ulas bwg putih size kecik
  • 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yg dsangan
  • Hirisan Lobak merah >>ni tambahan nk cantikkan kaler som tam tu :D
  • 5 biji cili padi atau kurang atau lebih-(ni mesti lebihlah baru kick)
  • 1 biji lime perah ambil jusnyer
  • Air asam jawa ikut selera-(Ayu tak letak sebab dah masam)
  • 4 biji ceri tomato
  • 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok
  • 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
  • Ajinomoto>>org thai mmg tak leh tggl ajinomoto dlm masakan dia org jdnyer kita skip yg ni-(Ayu letak secubit aje)
Method:-
Tumbuk bhn rencah dlm lesung atau lesung somtam seperti bwg putih, udang kering, lada n masukkan bhn cecair perasakan mana yg nak dtambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul2 then baru masukkan bahan2 hiris seperti kacang panjang dan juga tomato, gaul sebati dan perasakan, sedia untuk dihidang!
Sources:-From kurniaanmu.blogspot.com

Wednesday, September 29, 2010

Kerabu Tomato Ikan Bilis

Salam, masih lagi continue with some of Ramadan's menu, kerabu tomato ikan bilis for sahur..SEDAPPP!!..
makan just like that dengan nasi panas pun dah boleh ...Recipe dari rumah Hana Japan yang pandai masak tu walaupun usianya dengan I, dia  jauh lebih muda ..hehe..Hana , minta izin akak letakkan kat sini pula ya....
Just a suggestion for those yang lapar and nak makan cepat tapi lauk tak ada, bolehlah cuba this kerabu ya... of course yang suka makan tomato lah k....hehe

Bahan-bahan
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris-(Ayu letak lebih)
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula-(Ayu tak letak ni)
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka-(Ayu letak ni)
Cara-cara
  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar.(Ayu tak tumbuk pun, just macam gitu aje). Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.
Sources-From  hanamemories.blogspot.com

Thursday, August 19, 2010

Rojak India - 8th Day Iftar

Ha for those yang  fobia Rojak India yang ada controversy last few months kat Singapore ni..heheh ...mehlah try buat SENDIRI !!...Kita taklah fobia, saja gatal nak cuba buat rojak india ni sendiri.....berbaloi betul lah wa cakap sama lu..haha..actually nak buatnya senang cuma part goreng2an tu yang sikit punya leceh...tapikan, puashati lah..
Kalau beli rojak india ni.. dalam 5 item aje dah mencicah S$10-15 ..ada pernah tu pilih punya pilih ada sampai S$20++...Memang dah nak buat ni way before puasa, tapi list yang lain dah potong que..hehe..

The amount below, yields a lot, you can feed the whole village kalau ikut recipenya..so kita half ajelah adunannya tu..boleh lagi kasi jiran2 tau....senang2 cubalah..memang almostlah rasa Rojak India tu..

Ingredients:-
Bahan untuk kuah:-
1 kg keledek-(sebaik2nya yang berkulit merah-direbus dan dikupas kulitnya)
200g gula
100ml tomato sos
150g kacang tanah-(digoreng dan ditumbuk-sebahagian kasar & sebahagian halus)
2 sudu makan bijan disangai
3 liter air
sedikit warna oren

*10 biji lada merah
*2 biji bawang putih
*1/2 jari halia
(*kisar halus)
garam & perasa secukupnya

Method:-
Kisar keledek dengan 3 liter air hingga halus dan tuangkan kedalam periuk. Campurkan sekali bahan2 yang lain kecuali bijan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan bijan. Rasa dan tambah bahan2 yang kurang. Pastikan kuah tidak terlalu pekat atau cair.


Bahan untuk membuat tepung-(batter):-
1kg tepung gandum
6g yeast kering segera
1 sudu teh garam
1-1.2 liter air
1 sudu makan kunyit serbuk

Method:-
Ayak tepung dan gaul rata dengan yeast, kunyit serbuk serta garam. Tuangkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunannya menjadi seperti adunan jemput2. Perapkan adunan dalam bekas yang besar sedikit, selama 21/2 -3 jam, sehingga ia mengembang dua kali ganda. Sebaiknya tutup dengan kain kasa yang tipis-(Ayu pakai cling wrap aje). Tepung ini akan digunakan untuk menyalut bahan2 rojak yang akan digoreng.


Bahan2 rojak:-
minyak yang banyak untuk menggoren
5 keping tauhu yang sederhana besarnya
5 keping tempe digaul dengan sedikit kunyit, garam dan air
1 bungkus hot dog
5 keping fish cake
8 biji telur rebus kupas kulit
4 biji kentang direbus dan kupas kulit
(Bahan2 ini digoreng satu persatu dan ketepikan-boleh ditambah bahan2 lain seperti paru atau limpa goreng)


Bahan2 rojak tepung:-
2 biji kentang direbus, kupas kulit dan potong empat
4 biji telur rebus kupas kulit dan belah 2
1/2 biji kelapa parut
6 sudu makan bijan
20g taugeh
3 keping tauhu sederhana besarnya
12 ekor udang sedrhana besarnya dicuci dan toskan
50g ikan bilis dibelah 2, dibersihkan cuci dan toskan
1 biji bawang besar dicincang
50g sayur campur dadu(kacang peas, lobak merah dan jagung)
sedikit warna oren

Method:-
Peraturan menyediakan bahan2 rojak bertepung:-
Adunan dibahagikan 6 bahagian.
Panaskan kuali dan masukkan minyak kedalamnya untuk menggoreng bahan2 rojak.
 Ambil 1 bahagian tepung itu, dan goreng kosong, betukkan bulat2.Goreng hingga masak dan kekuningan, angkat dan toskan.

Gunakan 1 lagi bahagian tepung untuk membuat tepung berinti telur. Ambil 1/2 biji telur, salutkan dengan tepung dan letakkan sedikit bijan.(Ini sebagai tanda bahawa kepalan tepung ini berinti telur).Goreng hingga masak dan toskan.

Setelah itu, ambil 1 bahagian tepung dan gaulkan dengan kelapa parut, taugeh dan lebihan bijan. Gaul rata. Ambil  sedikit adunannya dan beyukkan memanjang(lonjong) dan goreng hingga garing dan masak. Angkat & toskan.  1 lagi bahagian tepung digunakan untuk menggoreng tauhu. Tauhu dibelah 2 seperti burger dan kelar-kelarkan. Ambil sedikit adunan tepung, salutkan kepada tauhu, kemudian hias dengan 2 ekor udang, diatasnya. Udang pun mesti disalutkan dengan sedikit tepung, supaya ia melekat.Goreng hingga garing dan masak. Angkat dan toskan.

Untuk menggoreng kentang rebus, gunakan 1 lagi bahagian tepung. Taburkan sedikit serbuk pewarna oren, celupkan 1 keping kentang rebus dan goreng hingga garing dan masak. Angkat dan toskan.

Bahagian terakhir tepung hendaklah dicampurkan dengan ikan bilis, taugeh, bawang cincang dan sayur campur serta sedikit pewarna oren. Kacau rata. Ambil sedikit adunan, bulat2kan dan goreng hingga masak dan garing. Angkat dan toskan.


Method Menghidang rojak:-
Potong bahan2 yang telah digoreng, letakkan bahan hiasan diatasnya dan siram kuahnya. Boleh juga asingkan kuah dimangkuk lain, dan bahan rojak dicicah kedlam kuah.
Sources:-From wan petom@resipi pesta perut