Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Friday, December 16, 2016

Apam Pisang Coklat

Apam pisang Coklat ni. kita buat sebab  ada orang order for kenduri tahlil dirumahnya..bila google ramai juga teman blogger dah cuba recipe ni..rata2 kata sedap ... memang betul sedap & moist...makan2 hilang sebab lembut sangat..Itu yang kita nak masukkan recipenya disini  supaya senang untuk kita buat rujukan sekali lagi...Terimakasih puan punya recipe..akak mohon dipanjang2kan disini pula ya..

Apam Pisang Coklat
Sources:- Noorana
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 2 sudu makan serbuk koko*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cwn pisang emas yang dilecek-(Ayu guna pisang berangan aje)
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur (dipukul)
Cara-cara
  1. 1)Panaskan kukusan. 2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 3) Masukkan bahanbahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
  2. pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa menguku

Thursday, August 18, 2016

Kuih Peria

Assalam,cakkkk...diam tak diam dah 2 bulan tak mengupdate blog kesayangan kita ni..dari bulan puasa hinggalah sampai raya dah habis ..ish ish..biasalah alasannya..sibuklah, tak ada moodlah..malaslah..semua ada...ok ok..hari ni mood ada baik so cepat2 on computer dan masukkan apa2 yang patut kat draft..sebelum terlupa ..

Baru2 ni kita ada cuba buat kuih peria ni..sebelum ni..memang pernah nampaklah kuih ni dibeberapa blog teman2 yang dah mencuba..,tapi tidak berapa ambil pusing..then satu hari tu..my mum beli kuih ni kat JB..dibawa balik kerumah..tapi beli sikit aje..so makan terkulat2 ler..terus pasang niat nak cuba buat sendiri sebab pernah nampak diblog Faeez..itu pun daun pisang hampir kuning baru project nak bermula...

Alhamdullilah kuih peria ni sedapp sangat ..kenyal2 gitu..kita buat ni tak guna plastik untuk pintalkan dia macam gula2 ..tapi kita manually bentukkannya lonjong2 dan adjust guna tangan part bucu2 kuih tu...perasan kita dah tekan dalam for the lines tu..rupanya  bila dikukus line2 tu tak berapa ketara sangat..so next time kena tekan dalam sikit...pada pemandangan kitalah ya..jarang nampak orang jual kuih peria di Singapura ni...so memang puas hatilah buat sendiri..muai dan berbaloilah..Oh  inti tu kita buat guna inti recipe my mak..so terpulanglah nak guna recipe inti yang mana ya..Terimakasih Faeez for the recipe..kita panjang2kan disini pula untuk buat rujukan dimasa akan datang...
 
Kuih Peria a.k.a. Kuih Perape
Sources:-From BittersweetSpicy

Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredients:
250g glutinous rice flour-(Ayu used 310g)
1 tbsp limewater (air kapur)
1/4 tsp salt-(Ayu used 1/2tsp)
175 ml thick coconut milk from 1/2 coconut (I used 240ml.)
50 ml pandan juice
4 drops green colour
filling (recipe below)
coconut milk wash (see below)
banana leaves (cut into rectangles of about 5x2.5 cm)

Method:
  1. Combine limewater, salt, pandan juice & colouring & mix well. Pour into the flour. Add in coconut milk & mix thoroughly to form a smooth & soft dough.
  2. Take some dough (I weighed 25g.) Spoon a teaspoon of filling onto the dough & seal. Roll the dough gently between palms till round. Then roll it to form an oval. Using the thumb & forefinger, gently pinch the two ends of the oval dough. Then, use  the  blunt edge of a knife & press some lines to create the 'bitter gourd'. Place the kuih on a piece of  banana leaf which has been lightly greased with oil. Brush the top of kuih with some coconut milk wash. 
  3. Do the same with the rest of the dough. Steam for about 15 minutes. Then brush the cooked kuih with the coconut milk wash again before serving.

 FILLING
50 ml water
75g gula Melaka (chopped)
15g granulated sugar
100g freshly grated coconut
1 pandan leaf
1/8 tsp salt


Combine water, gula Melaka, granulated sugar into a saucepan & boil the mixture. Strain & pour back into the saucepan. Add in coconut, pandan leaf & salt. Stir until cooked & almost dry. Set aside to cool.

COCONUT MILK WASH
50 ml coconut milk
1/8 tsp salt
     Combine both ingredients in a saucepan & cook over low fire, stirring frequently, until it starts to boil. Set aside to cool.

Makes 20 pieces.
Recipe from Sedap Magazine (October 2014).

Notes & modifications:

Since I used freshly-squeezed coconut milk, I cooked it over medium low fire, stirring frequently, until it starts to boil. I used 125ml thick coconut milk (squeezed without water) & added some water & boiled it to get 240ml. If you are using coconut milk from the box, I don't think you need to cook it. Just mix some with water.(Ayu used coconut milk frm the box)
    I had to add more liquid (65 ml more) to the dough because my dough was quite dry. Please adjust the liquid accordingly. The dough should be smooth & moderately soft.
    To prepare pandan juice, take a big bunch of pandan leaves (10-20), blend with some water & strain, preferably with a cheese cloth. (Ayu blended some pandan leaves & add 100ml water, just used 50ml only filtered)

     Ayu's Coconut  Filling-(This filling can be used for other usage if cooked in 1 batch..for the above dough I used half of this filling)
     Bahan untuk Inti:-(Coconut filling)
    1packet kelapa parut (250g)-(1 packet grated coconut-250g)
    160g gula melaka -(160g palm sugar)
    11/4 cawan air -(11/4 cup water)
    1 helai daun pandan-(1 screwpine leaf)
    sedikit garam-(a pinch of salt)
    2 sudu besar tepung gandum(diayak sikit)-(2 tbsp plain flour-sieved)

    Method:-
    Masukkan kelapa parut, daun pandan, garam dan air gula melaka dan didihkan atas api. Bila adunan sudah agak pekat masukkan tepung gandum(tabur2kan sikit supaya tak bergentel). Masak hingga agak pekat tapi jangan sampai kering, lembab2 gitu. Angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk buat bulat kecil2.-(Add grated coconut, screwpine leaf, salt and palm sugar syrup and put to boil. When mixture has almost thickens, add in plain flour-sprinkle slightly so as not cuddle. Cook further till slightly thickens but not dry, almost moist. Dish out and set to cool)



    Friday, April 08, 2016

    Kuih Bakar Daging

    Assalam, kita dah jatuh cinta dengan kuih bakar daging ni...memang kena dengan selera kita & family...dah 2 kali buat..memang berbaloi & muai.. sebelum ni kita buat guna acuan kecil ..then cuma buat 1/2 adunan aje...this time guna acuan pecah 8 ni pula untuk dibawa ke majlis tahlil kali ni buat satu adunan dibawah tu.....recipe dari dapur Kak Jee. terimakasih kak Jee for sharing this recipe its definitely a keeper..minta dihalalkan ya..:)

    Kalau dilihat telur yang digunakan memang banyak ..tapi disebabkan telur yg banyak tulah kuih ni sedappp..Memang makan satu keping ni puas & imagine kalau beli...HALALL u.. ..uish..terkenang2 pula bila menaip ni..rasa nak cekup aje satu...hehehe....

    Kuih Bakar Daging
    Sources:- KakJee @Dapur Kak Jee
    Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfcation
    BAHAN2NYA:

    250 gms daging (¼ kg)
    1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
    1 labu bawang besar

    Sedikit halia kisar-(Ayu tambah untuk menghilangkan bau hamis daging)
    Garam/aji secukup rasa

    3 cawan tepung  gandum 

    3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah  lemak
    3 cawan air
    5 biji telur
    Sedikit garam
    Sedikit pewarna kuning
    Daun bawang + daun sup

    Bawang goreng secukupnya(Ayu tambah)
    2 biji cili merah dihiris
    Minyak sapi/margerin

    CARA MEMBUATNYA:

    Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je.(Ayu guna daging cincang) Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging,halia kisar dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


    Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan.(Ayu tutup acuan tu sekejap) Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. (Ayu makan gitu aje pun dah sedap)Selamat mencuba.

    Note for Ayu:- 5 Senduk adunan for 1 acuan…dapat lapan keping
     

    Monday, December 08, 2014

    Talam Lapis Diplomat

    Assalam,  banyak menu2 yang kita dah buat & masak masih lagi dalam folder ni...kita ni suka memasak, suka juga ambil gambar..tapi nak masukkan dalam blog, takes quite sometimes ..sebab nak kena pilih gambar yang paling senonoh, nak kena edit(resize) nak kena cari recipenya dan mungkin diretype & adjust mana yg kita dah buat adjustments, nak kena start up the post like ayat2 permbukaan dan juga mood serta ilham tu semua ni takes times...

    Kuih talam ni kita buat time bulan puasa hari tu..biasalah tak sempat nak masukkan dalam blog sebab dah sibuk buat macam macam sampai terlupa nak updatekan 'ebook' aka blog kita ni...
    Recipe ni juga adalah salah satu recipe yang kita BELI dari Chef Asma...

    Talam Lapis Diplomat
    Sources:-Chef Asma
    Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
    Bahan Lapisan Bawah:-
    250-350g kek butter-(Ayu gunakan kek coklat butter)
    3 biji telur
    50g blackcurrant@raisins -(Ayu tak letak)
    1/8 tsp esen vanila
    150 ml susu cair carnation-(Ayu gunakan susu fresh milk-sebab itu aje yg ada)
    300ml air

    Caranya -
    Satukan semua bahan bahan dan rendam selama 15 minit.(sehingga lembut)
    Masukkan kedalam loyang 10x10x11/2. Kukus 25 minit.
    (Apabila masak angkat & cakar dgn garfu)

    Bahan Lapisan Tengah:-
    50g tepung gandum
    120g gula castor- (Ayu gunakan 110g)
    1/2 tsp garam
    3biji telur @ 2 biji telur-(Ayu gunakan 2 biji)
    1/8 tsp vanilla esen
    300ml air
    100ml santan pekat
    sedikit pewarna kuning

    Caranya:-
    Satukan semua bahan bahan. Kacau rata & tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap.
    Tuang keatas lapisan bawah, kukus selama 25 minit.
    (Apabila masak cakar dgn garfu)

    Bahan Lapisan Atas:-
    50g tepung kastard
    150g gula halus-(Ayu gunakan 140g gula kastor)
    1/4 tsp garam & sedikit vanilla esen
    3 biji telur@ 2 biji telur-(Ayu gunakan 2 biji)
    100ml santan pekat +300 ml air
    sedikit pewarna hijau-(Ayu gunakan warna oren)

    Caranya:-
    Ikut seperti cara cara lapisan tengah
    Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair.
    sentiasa lap pengukus.

    Friday, September 26, 2014

    Talam Roti Gula Melaka

    Assalam dah lama tak menalam terasa nak makan kuih talam lah pulak...decided to cuba recipe ni..alhamdullilah sedapp..jadilah buat bekal sarapan untuk Mr Hubby bawa ke ofis..Kita adjusted sukatan air dan santan..sebab kita suka kuih talam yang lembut .. Pada kita kuih ni  rasa macam  Talam Beras pun ada..cuma yang tu..gulanya diatas, yang ini gulanya dibawah...apa2 pun terimakasih buat Kak Fida for this recipe ya..kalau nak buat kuih ni untuk last minute pun boleh juga sebab nak prepare & masak pun all within 2 hours dah siap..:)

    Talam Roti Gula Melaka
    Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfactionBahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 inc. )-(Ayu guna 8x8)
    Lapisan Bawah :-
    • 8 keping roti - disiat2 halus
    • 2 biji telur
    • 100 g santan pekat*
    • 130 g susu segar atau air*-(Ayu gunakan 250g air)
    • 100 g gula melaka*
    • 2 sb gula pasir* 
    • sedikit chocolate emulco/coffe emulco-(Ayu tambah)
    • 1 helai daun pandan - disimpul* - (masak bahan bertanda * dan tapis)
    Lapisan Atas :-
    • 80 g tepung beras (3/4 cwn)
    • 10 g tepung jagung ( 1 sb rata dan padat)
    • 2 sb gula pasir
    • 350 g santan pekat-(Ayu guna 300g)
    • 250 g air-(Ayu guna 450g)
    • 1/2 sk garam

    Cara-cara


    1. Satukan bahan2 lapisan bawah dan kacau hingga sebati, tambah sedikit pewarna coklat jika adunan pucat. Tuang adunan ke dalam loyang bergris dan kukus selama 25 min atau hingga masak. Sementara itu siapkan bahan2 lapisan atas.-(Ayu masukkan telur kedalam blender. Putar sekejap. Hancurkan roti, tuang air gula melaka yang sudah ditapis, kemudian baru masukkan kedalam blender yang berisi telur tadi dan putar hingga sebati.)
    2. Satukan bahan2 lapisan atas, kacau dan tapis. Masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 20-25 min atau hingga masak.
    3. Sejukkan kuih dan potong sesuai selera.


    Tuesday, September 09, 2014

    Talam Berlauk

    Assalam, minggu ni anak2 semua ada dirumah..cuti seminggu sebelum bermula penggal ke empat minggu depan..so computer ni fully bookedlah dari pagi sampai ke petang.. kita kalau nak update blog memang kena tunggu malamlah baru boleh...so siapkan kat draft then scheduled posting as usual..yang selalu update tu memang macam tulah..hehehe...walaupun anak2 kesekolah, tapi disebabkan Marsya bersekolah disebelah petang.. waktu pagi  sibuklah menguruskan dia dan memasak..memang confirmlah tak dapat nak duduk depan pc..

    Anyway.. inilah kuih yang kita buat dipemulaan puasa kemarin untuk dibawa ke satu majlis tahlil..pada mulanya kuih ni was not in plan..tapi disebabkan brownies yang suppose untuk dibawa rosak so terpaksalah kita tukar ke plan B!!..google recipe..bekenan dgn kuih talam berlauk Sheila ni sebab ia gunakan udang...kita cuma ada 21/2 jam aje untuk menyiapkannya dari sukat tepung, potong2 bahan hinggalah packaging ready to go...macam lipas kodong ah kita buat kerja..siapa lalu kat dapur aje kena rempuh dengan kita..hahaha...

    Selepas dah siap tu..kita tayangkan kipas angin full blast..supaya kuih cepat sejuk dan senang nak potong...alhamdullilah kita managed to siap on time!!..
    Bila semua dah siap packaging..off the kuih go...barulah boleh tarik nafas panjang..dan menikmati kuih yang sangat sedap ni..Honestly this is the best kuih talam berlauk I have ever eaten..sedapp..
    lembut, secukup rasalah pada kami...selalunya yang biasa kita nampak kuih talam berlauk toppingnya adalah daging cincang kan..tapi yang ni gunakan udang..itu yang membuatkan kita nak mencuba..lagipun tengok recipe senang aje nak buat dan bahan2 semuanya ada kat rumah..
    Terimakasih Sheila berturut2 recipe dari dapur Sheila kita cuba..kita mohon dipanjang2kan disini pula ya...:)

    Talam Berlauk
    Sources:-From Sheila@Spices Journey
    Tried & tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
    Bahan:-(Ayu gunakan loyang 10" )
    3 cawan tepung gandum
    200ml santan cap ayam - atau 1 cawan santan segar pekat
    4 cawan air - atau santan cair
    1 sudu kecil serbuk lada sulah
    1 biji telur ayam
    1 sudu kecil gula
    garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)  


    Untuk Lauk:-
    Udang size kecil dalam 200g (ikut suka)-(Ayu gunakan udang sederhana besar tapi dihiris dua dan dipotong dadu)
    8 ulas bawang merah-(Ayu lebihkan)
    2 ulas bawang putih-(Ayu lebihkan sedikit)
    1 sudu besar udang kering(ditumbuk)
    2 biji cili merah-(Ayu campur gunakan cili padi merah) 
     sediit daun sup dan daun bawang
    sedikit serbuk lada sulah
    sedikit gula(dalam 1/4 sudu kecil)
    garam secukup rasa (lebih kurang 1/2 sudu kecil)
    sediki minyak untuk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi


    Cara:-
    Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup & daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Goreng bawang merah & bawang putih hingga  kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yang dibuang kulit & cili merah. Bubuh sedikit gula, lada sulah dan garam secukup rasa.Bila udang sudah masak tutup api dan masukkan  bawang yang telah digoreng tadi bersama daun sup & daun bawang gaul rata. Ketepikan.

    Satukan bahagian bawah dan blend. Tapis dan tuang kedalam bekas, ketepikan. Asingkan sedikit dalam suku cawan. Kukus dalam 15 minit dulu. Kemudian buka dan tabur bahan lauk yang telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yang telah diasingkan tadi sedikit demi sedikit keatas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi. Setelah sejuk barulah dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.


    Friday, July 04, 2014

    Serimuka Delima

    Assalam another recipe yang dah buat sebelum Ramadan..Terasa nak makan serimuka, dah nampak kuih ni kat dapur Along for quite sometimes, decided to buat half adunan aje kebetulan waktu tu kita ada buat order untuk serimuka pandan for my SIL, so rendam sekalilah pulut tu for this serimuka..then while rendam pulut tu..selak2 balik kat recipe yang kita beli dari Chef Asma, rupanya kita pun ada recipe ni ..heheh..

    Alhamdullilah sedapp juga kuih ni..sama macam kuih Serimuka Pandan tulah sedapnya...Cuma yang ni warna lebih ceria sebab ada sago biji yang diwarnakan dengan warna merah/pink dan atasnya warna kuning kastard..
    Kalau teringin nak makan, bolehlah pergi rendam pulut tu..hehe..


    Serimuka Delima
    By: Chef Asma via AlongRoz@HomeKreation 
    Tried & Tested by Ayu@curlybabesatisfaction
    Saiz: 10" persegi (atau guna 7"persegi utk separuh adunan)-(Ayu buat 1/2 adunan & gunakan loyang 8")
    LAPISAN BAWAH:
    500g Beras Pulut - rendam semalaman atau sekurang2nya 4 jam
    300ml Santan Pekat
    300ml Air
    2 st Garam
    20g Sagu - rendam dgn air & pewarna merah/pink


    CARA2:
    1. Tapis beras pulut, campurkan dgn santan, air & garam. Kukus selama 30 minit.
    2. Gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan kan ke dlm tin yg di sapu mentega.


    LAPISAN ATAS:
    250g Gula
    100g Tepung Kastad
    400ml Santan Pekat
    400ml Air
    4 bj Telur
    1/2 st Garam
    Beberapa titik Esen Vanilla
    Pewarna Kuning (HomeKreation: tak perlu sbb tpg kastad dah kuning) -(Ayu tambah sedikit pewarna kuning)


    CARA2:
    1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas). Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
    2. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit. 3. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.

    Thursday, May 29, 2014

    Kaswi Jagung

    Kejadian kaswi jagung ni adalah hasil  tidak kepuasan hati percubaan buat kali pertama yang tak menjadi, disebab kesalahan sendiri....kaswi nya keras to my liking...so oleh kerana suka nak cuba the concept of letak jagung dalam kaswi, kita ambil recipe Kaswi Gandum yang pernah kita cuba dulu dan gandingkan dengan jagung dalam tin.Alhamdullilah sedap..dah tentu2 kaswi gandum yang ni sedapkan, so kita adjusted sikit recipenya dan tambah apa yang patut dan campurkan jagung dalam tin tu..Semua suka, when I said semua suka tu my parentslah ya... got a thumbs up  dari ayah kita....anak2 memang tak pandanglah kan, dia orang kirim salam ajelah..hehe...so semua suka except Mr Hubby..sebab dia tak suka jagung!! Entah kenapa cukup benci betul dia dengan jagung..Kalau beli apam balik kat luar kan..mesti dia cakap tak nak jagung..just kacang aje..kalau kita masak bayam & jagung, dia cuma makan bayamnya aje..pop corn makan pulak ya..haha..

    Anyway, terubatlah rasa, bila dapat makan kaswi jagung ni..satu kelainan for me..sudi2lah ya kalau nak cuba..siapa2 yang kadhaq puasa hari ni..kalau nak buat untuk berbuka..masih boleh ni...:)

    Kaswi Jagung
    Tried, Tested & Adjusted:- Ayu@curlybabesatisfaction

    BAHAN A
    51/2 cawan air
    1 cawan gula merah @ gula melaka
    1 cawan gula pasir-(boleh kurangkan sikit kalau takut manis sebab jagung dalam tin dah manis, tapi Ayu tak kurangkan, maybe next time buang 1 sudu besar)
    1/2 cawan santan pekat
    2 helai daun pandan
    Sedikit pewarna coklat 

    BAHAN B
    2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan tepung ubi
    11/2 camca teh air kapur
    Sedikit garam

    Kelapa parut putih secukupnya-(dikukus dgn 1-2 helai daun pandan dan sedikit garam dalam 15 minit, gaul rata)

    BAHAN C
    1 tin sweet cream corn atau secukupnya -(Kalau nak kisar separuh pun boleh terpulang nak macam mana)

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
    2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna cokla.
    3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapis adunan tadi dan masukkan air abu(air kapur), kacau rata. Masukkan sweet cream corn ikut suka nak banyak mana. Kacau & gaul  sekata.
    4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30-35 minit atau hingga masak.Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih.

    Monday, March 24, 2014

    Serimuka Batik


    Assalam, hari ni anak2 diSingapura mula start sekolah untuk semester kedua selepas seminggu bercuti..Seminggu bercuti kami tak kemana2 pun sebab Mr Hubby baru start kerja permulaan bulan March yang lalu kerana 2 bulan MC..as kaki kanannya mengalami 'Achilles Tendon Tear'..jalan terdengkut2 dan menggunakan crutches serta tongkat..nasib baik pakai tongkat aje..tak pulak hisap paip..kalau tak dah pasti macam datuk2 kan..hehehe...

    Serimuka Batik, kuih yang kita trial & error..especially bahagian bawahnya tu..sebelum decided to post it here & dimuatkan dalam majalah Aroma January 2014..Sebenarnya kuih ni kita adapted from Serimuka Pandan yang pernah kita cuba dulu..bahagian bawahnya pula, pulut hitamnya tu sebelum ni kita rebus selepas tu bila dicampukan dengan pulut putih then bawahnya jadi very dark dan tak nampak 'bintik'2 atau 'batiknya'..So kita decided to rebus pulut hitam dan buang airnya instead dan toskan selepas merebus..baru digaulkan dengan pulut..

    Maybe teman2 boleh check out Talam Pulut Hitam yang pernah kita buat dulu..serimuka sebelum ni yang kita buat..bawahnya lagi hitam dari kuih talam pulut hitam, kalau tidak dibuang airnya..Bila kita surf, ada serimuka batik  yang atasnya 'berbatik' rupanya..Anyway..kuih ni dah berapa kali juga kita buat the past 6-7 months during my absence..Haish..tengok balik gambar ni..rasa macam nak buat lagi lah..Kalau nak cuba sudi2kanlah ya..:)

    Serimuka Batik
    Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
    Lapisan Bawah
    400gm beras pulut
    100gm pulut hitam direbus hingga kembang ketepikan
    300ml santan pekat
    250ml air 
    1 sudu besar gula
    garam secukupnya

    Cara Lapisan Bawah
    Pulut di bersihkan dan rendam sekurang-kurangnya 4 jam- tapis
    Masak pulut hitam sahaja hingga kembang, tos dan ketepikan. Masukkan beras pulut (putih) kedalam loyang 10x10 bersama santan, air, gula dan garam. Kukus selama 30 minit. Angkat dan satukan pulut hitam yang telah direbus tadi dan gaulkan. Tekan dan leperkan kedalam loyang  yang telah dialas plastik hingga padat dan rata. (Ayu gunakan sarung tangan pakai buang, gaulkan pulut then ratakan kedalam loyang. Dengan alas plastic lain Ayu gunakan penekan kek lapis dan tekan pulut hingga padat.).


    Lapisan Atas:-
    Bahan A
    250g gula castor
    100g tepung kastard
    400ml santan pekat
    400ml air diblender dengan 10 helai daun pandan -tapis ketepikan

    Bahan B
    4 biji telur
    1/2 tsp garam halus
    1/4 tsp pandan essence
    pewarna hijau- secukupnya

    Cara2nya:-
    Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
    Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.

    Monday, June 10, 2013

    Seri Ayu Jagung

    Recipe Seri Ayu Jagung ni  kita pernah nampak kat facebook, tapi bila di selak2 balik lost track pulak siapa yang dah share kat wall dia orang sebab dah lama juga kita nampak..then kita cuba type nama kuih ni..Alhamdullilah kita terjumpa diblog bawah tu..tapi yang pasti kuih ni dipunyai oleh seorang wanita..Buat kuih ni during fasting month tahun lalu..Tengok tu lama baru masukkan dalam blog kan...Apa2 pun terimakasih buat semua yang terbabit dalam berkongsi recipe kuih ni ya..Harap dihalalkan recipenya dan minta izin dipanjang2kan disini pula...
    Kuih ni boleh tahan sedap juga..Mr Hubby as usualkan tak suka makan jagung..tapi yang ni dia cakap sedap..my mum pun cakap ok..satu adunan dapat banyak dalam 55 biji gitu..dibahagi2kan so oklah kan..kalau tak kasi orang memang jenuh nak makan banyak tu..hehe..

    Oh ya nak kasi tahu ni..sekarang if you all notice, kalau siapa2 nak comment  kena go through
    word verifications..Kita mohon maaf banyak2.. kita on balik sebab terlalu banyak spam comments kat blog kita ni..so in order to reduce it I have to bring in back the WV tu.. setahu kita those spammers..will just a drop few comments at one time..and kasi menyemak sampai kita nak baca comment2 kawan2 I have to delete one by one to see the latest yang dah tinggalkan jejak..Hope janganlah rasa terbeban untuk tinggalkan comments ya...Kita hargai teman2 semua..:) 

    Macam biasalah ya..kalau posting berderet2 tu scheduled posting lah tu..Petang nanti kita singgah dapur teman2 pula ya..:)


    Seri Ayu Jagung-
    (Dapat dalam 55 biji kalau guna acuan diatas)
    Sources:-From Pak Cik Resepi
    Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
    Bahan :
    1 1/4 cawan gula
    1 1/4 cawan santan / air kelapa
    3 biji telur
    1 s/k overlatte
    2 3/4 cawan tepung gandum
    1 s/b baking powder
    1/2 tin jagung krim
    sedikit pewarna kuning
    *kelapa parut (putih) + sedikit garam +sedikit tepung gandum.. }gaul rata & kukus sebentar...


    Cara :
    -pukul telur bersama gula & overlatte hingga kembang & gebu.....
    - masukkan santan sedikit2...hingga sebati...
    -masukkan tepung gandum jg baking powder hingga sebati semuanye...
    -masukkan jagung.... & bubuh pewarna kuning.... 
    -perap seketika selama 10-15 minit.....
    -sapu acuan ngan sedikit minyak.... masukkan kelapa yg telah digaul bersama garam dan tepung....yg telah dikukus dahulu supaya x cepat basi....tekan..
    -masukkan adunan tadi... kemudian kukus selama 13 minit.....
    selamat mencuba.. :)

    Note for Ayu:- 1 adunan atas menggunakan 2 packet kelapa parut weigh 250g each
    1 acuan Ayu gunakan 3 tsp kelapa parut.

    Thursday, May 30, 2013

    Talam Sagu Banjar

    Assalam teman2..lamaaanya kita tak keudara ya..senyap aje ..3 minggu tak bersiaran, tak rasa bersalah pun ..hehe ish ish..bulan May ni kan bulan anak2 exam..so terpaksalah maknya tone down ..alahai kalau tak exam pun dah memang tone down pun ..heheh...lepas exam pulak kat rumah kita ada buat kenduri arwah/doa selamat ...lepas tu puan tanah kedaung pulak jatuh sakit ..seminggu kita demam on off..sebab apa ..sebab my right ear infection..haish..redha ajelah ..kita ni alhamdullilah tak ada penyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi, tapi penyakit kita ni penyakit gatal2 satu badan (kena makan ubat sampai mati) dan penyakit telinga asik kena infection aje..In fact sekarang masih dalam rawatan dan masih demam lagi ni..Bila telinga kena sedut kat clinic tu..adeh macam rasa nak terkencing dibuatnya..dahlah sakitnya boleh lawan macam sakit nak beranak(part contractions)..aduh..siapa2 yang pernah melaluinya pasti tahu apa yang kita maksudkan..mengelupur kita tau..huhu..

    Next week anak2 di Singapura ni akan mula bercuti selama 1 bulan..mulalah stress lagi meningkat..suara pasti hilang dan lagi penat..basically pysically & mentally lah ..dan yang pasti macam2 request yang nak makan itulah inilah..Cuti sekolah kali ni rasa2nya kita tak kemana ler..
    Mr Hubby kena berangkat ke Brunei selama 3 minggu disebabkan tugas..dan ada persidangan diantara 18 negeri on Asean Defense Ministerial Meeting(ADMM)..so only left with the last week..itu pun kalau nasib baik harap2 dapatlah at least masuk ke KL for our last minute shopping before puasa dan raya..

    Ok back to makan..kemarin hubby's cousin datang for the our kenduri..she ada bawa majalah Midi ni..selak punya selak terjumpa recipe Talam sagu banjar yang dah lamaaaa..kita cari dan aim nak buat.. tapi tak ada yang sudi nak share recipenya..bila nampak terus kita snap dengan camera phone sebab waktu tu memang tengah sibuk nak masak2 for kenduri..so tak ada time nak copy word by word..nasib baik sekarang dah canggihkan..lepas snap tu terus terlupa nak snap empunya nama yang telah sudi berkongsi recipe ni..Terimakasihlah puan yang telah berkongsi recipe ni ya..Maaf kita tak sempat nak take note nama penyumbang sebab majalahnya pun dah dibawa balik keJB.. Rasa2 kita recipe ni asal dari Chef Asma juga kot..Apa2pun terimakasih pada puan2 yang sudi berkongsi recipe yang sedapp ni ya..

    Talam Sagu Banjar ni ada related dengan Talam Banjar yang kita buat dulu kot?.. Sebab kita pernah terbaca talam banjar ni ada macam2 versi..salah satu recipe yang kita aim nak buat juga adalah dalam bahan2nya ada menggunakan beras..ah itu pun masih dalam list tu..
    Ok verdict!!!!...Another kuih yang tidak mengecewakan..sangat sangat sedappp..dapat pujian dari my mum dan Mr Hubby!!!..licin loyang kuih ku ..hehehe..So far alhamdullilah, recipe2 dari Chef Asma memang tidak ada tolok bandingnya..semuanya sedap dan kita ada ambil order dengan talam2 dari Chef Asma..:)
     ps Biasalah ya scheduled postings for today..

    Talam Sagu Banjar
    Sources:-From Majalah Midi May 2013
    Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
    Bahan Lapisan Bawah:-
    40g tepung ubi
    40g tepung gandum
    45g tepung hoen kwee
    75g tepung beras
    75g gula pasir
    220 ml santan pekat(Ayu campur air sikit)
    1/4 sudu teh garam
    1 sudu teh pewarna coklat-(Ayu gunakan chooclate emulco)
    300 ml air + 150g gula merah(Ayu guna gula melaka) dimasak 
    sekejap hingga gula larut.

    Cara Membuat:-
    1. Satukan semua bahan diatas(Ayu masukkan kedalam blender dan tapis) dan masak sehingga naik wap.
    2. Masukkan kedalam loyang 10x10. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

    Bahan Lapisan Tengah:-
    200g sagu biji-dibasuh dan rendam sagu selama 20 minit.
    50g kelapa parut putih
    1 sudu garam halus
    60 ml santan pekat
    200 ml air

    Cara Membuat:-
    1. Satukan semua bahan untuk lapisan tengah. Gaul sebati dan tuangkan keatas lapisan bawah. Kukus selama 20 minit.

    Bahan Lapisan Atas:-
    190g gula pasir
    75g tepung kastard
    30g tepung gandum
    300 ml santan pekat
    3 biji telur
    1/8 sudu teh air alkali atau air abu
    1/2 sudu teh garam
    1/2 penutup pewarna epal hijau
    300ml air + 2 helai daun pandan. Dikisar dan ditapis untuk mendapat airnya.

    Cara Membuatnya:-
    1. Satukan kesemua bahan(Ayu masukkan kedalam blender dan tapis) dan kacau sebati didalam periuk.
    2. Masak sehingga naik wap. Kemudian tuangkan keatas lapisan tenagh dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

    Monday, May 06, 2013

    Bingka Tapai Ubi

    Kuih bingka yang dah lama kita buat tak salah bila kita click balik kat gambar tu bulan July tahun lepas!!..huhu..nak masuk blog asiklah tertangguh... Buat 1/2 adunan aje sebab tapai ubi itu aje yang ada..My mum suka bingka ni..sedap katanya..Mr Hubby pun suka..kita bakar dalam acuan nordicware yang bunga2..Suka dengan kejadiannya sebab dalam lembut luarnya garing2 gitu..Terimaksih pada Kak Fida for sharing..lain kali boleh buat lagi..:)

    Again..all of today's entries are  scheduled postings.Nampak gaya kita sekarang berblogging kena buat scheduled entries...kalau tak buat macam ni memang susahlah kita nak update blog..sebab time pagi2 lah kita sibuk nak uruskan anak2 dan memasak didapur  :(

    Bingka Tapai Ubi
    Sources:-From Kak Fida@myresipi
    Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
    Bahan:- loyang 11"-(Ayu buat 1/2 adunan aje)
    • 360 g gula halus- 180g -(Ayu gunakan 140g)
    • 5 biji telur-(Ayu gunakan 3 biji)
    • 900 ml santan pekat (akak guna 400 ml santan KARA + 500 ml air)- 450g-(Ayu gunakan 170g santan pekat + 55g air)
    • 360 g tepung gandum*-(Ayu  guna 180g)
    • 1 sk baking powder*-(Ayu gunakan 1/2 sudu kecil)
    • 300 g tapai ubi - dilecek-(Ayu gunakan 160g)
    • 1 sk garam halus
    • 1/2 sk esen vanilla
    • 1 sk pewarna kuning 

    Cara:-
    1. Ayak tepung dan baking powder.Di dalam sebuah mangkuk,pukul telur dan gula hingga gula hancur.
    2. Masukkan campuran tepung dan kacau sambil dituangkan santan dan terus kacau.
    3. Masukkan tapai lecek,garam,esen dan pewarna kacau lagi hingga sebati.(Ayu gunakan blender aje semua)
    4. Perap adunan selama 4 jam atau boleh juga terus di tuang ke dalam loyang yang disapu mentega/minyak sekeliling barulah diperap.
    5. Panaskan oven dahulu dan bakar selama 30-40 min atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.Jika ingin permukaan kuih garing,bakar sebentar dengan menggunakan api grill.
    6. Biarkan kuih benar2 sejuk di dalam loyang barulah boleh dipotong dan di hidangkan.