Showing posts with label Prawns. Show all posts
Showing posts with label Prawns. Show all posts

Thursday, December 15, 2016

Lemak Cili Padi Udang & Kacang Botor

This is the 2nd batch of Kacang Botor yang kita beli hari tu..another batch kita buat kerabu..
so basically dah ada 3 jenis method baru untuk kacang botor ni..


Lemak Cili Padi Udang & Kacang Botor
Sources:- K.Long Rozie @myresipi
Adjusted,Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan
  • 10 batang kacang botol - dipotong serong2
  • 10 ekor udang sedang
  • 1 kotak santan
  • 1 biji bawang besar*
  • 10 biji cili padi1 inci * 
  • kunyit hidup*  -(Bahan* dikisar halus)
  • Sehelai daun kunyit - dicarik-carik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Masukkan bawang besar, cili padi dan kunyit hidup yang telah diblend ke dalam santan. Nyalakan api dapur.
  2. Kemudian masukkan udang biarkan mendidih seketika tapi hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah santan, perasakan garam dan gulanya.
  3. Akhir sekali masukkan kacang botol yang telah dipotong tadi, kacau sebentar lebih kurang 5 minit dan bolehlah dipadamkan apinya. * Jangan lama sangat nanti kacang botol tu jadi lembik.

Thursday, November 17, 2016

Kari Udang Ala Goa

Assalam,kari ala goa ni dah lama kita perhatikan, ramai blogger yang dah mencuba..tapi rata2 guna ikanlah..kebetulan teringin nak masak kari..tapi udang aje yang ada dalam freezer..so decided to try out this recipe...memang mabeleslah kari ni..no wonder ada yang berkali2 masak lauk ni...kita masukkan juga telur burung rebus ... viola..balance kuahnya boleh cicah dengan roti untuk sarapan...
Recipe asal dari Chef Wan .. kita ambil dari CheMat..terimakasih ya..akak panjang2kan disini pula...

Kari Udang Ala Goa
Adapted from  Kari Ikan Ala Goa
Sources:- Chef Wan via Che Mat 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan tenggiri-(Ayu gantikan dengan 1kg udang XL)
15 biji telur burung direbus(Ayu tambah)
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Friday, November 11, 2016

Nasi Lobak Merah, Udang Goreng Benggala, Kurma Sosej & Acar Padang

Menu yang dah lama dalam draft.. Nasi Lobak Merah ni ..my mum yang request suruh masak lagi nasi ni..so kita lawankan dengan Udang Goreng Benggala yang mana kita pernah juga masak tapi menggunakan Sotong..Then since anak kita yang lagi dua orang, Iqram & Marsya tak makan udang, terpaksalah masak lauk alternative Kurma Sosej..Tak complete kalau tak ada  acar..so buat Acar Padang ..basically repeat menu ..apa2pun alhamdullilah, combinasi yang sedapp..:)

It has been 2 weeks now ..that I have been diagnosed with diabetes..numbness at the feet dah berkurangan .. every morning my breakfast was oats, natural yogurt & water..(overnight oats)..
Honestly I have never touched oats (besides in cookies) as my breakfast sampailah dah kena penyakit ni, baru lah kita makan..I have to take a few pause before I can scoop the next spoon of oats..telling myself I HAVE TO EAT THIS to control the sugar in the blood..although the taste sumpah tak sedap!!..I only eat rice once a day aje..and the portion is one small bowl yang I think baby bowl lagi besar..and I cannot tambah nasi..!.
OMG, seksanya tak boleh makan banyak.. Bayangkan..you are the cook in the house..you cooked for the family..but you cant eat much like you used to..macam tak fair gitu eh..hehe..
Penat aku masak lepas tu dapat cium bau & makan sikit aje...huhu..(lamenting kat sini aje..hehe)..

Nasi Lobak Merah
Sources:-Aini Salim

Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
1kg beras beriani-(1kg basmathi rice)
6 biji lada hijau dipecah2-(6 green chillies bruised)
1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)-(1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones)
1 cawan minyak kacang-(1 cup cooking oil)
1 sudu besar minyak sapi-(1 tbsp ghee oil)
3 batang lobak diparut -(3 carrots shredded)
300g buah tomato dipotong halus-(300g tomatoes sliced thinly)
*6 biji bawang putih ditumbuk halus-(6 garlics minced)
*2cm halia ditumbuk halus-(2cm ginger minced)
2 biji bawang besar dihirs-(2 large onions sliced)
4cm kayu manis-(4cm cinammon bark)
3 biji buah pelaga-(3 cloves)
3 biji bunga cengkeh-(3 cardamons)
garam-(salt)


Method:-
Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
-( Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked-(this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)
                                                              --------------------

 Udang Goreng Benggala
Sources: From annis_lisa@myresepi.com
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
  • 3 suduB butter-(Ayu gunakan 4 suduB)
  • 400 gm udang (+ - je)-(Ayu gunakan 1kg )
  • sebiji bwg besar (hiris)-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar dihiris)
  • 3 ulas bwg putih (cincang)-(Ayu gunakan 1 sudu besar bawang putih kisar)
  • 1/2 inci halia (cincang)-(Ayu gunakan sedikit halia kisar)
  • 1/2 suduT biji sawi
  • 1/2 suduB serbuk jintan putih-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
  • 1/2 suduB serbuk ketumbar-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
  • 1/2 suduB serbuk lada hitam kasar-(Ayu gunakn 1 sudu besarl)
  • sedikit serbuk kunyit (pewarna je)
  • stok ikan (sye xde so gna 1/2 kiub ikan bilis je)-(Ayu gunakan 1 kiub ikan bilis)
  • 30 sen daun ketumbar (hiris halus)-(sedikit daun ketumbar)
  • garam n gula(perasa)

Cara-cara

  1. cairkan butter dlm kuali, tumis bwg besar, putih n halia
  2. kemudian masukkan biji sawi
  3. masuk pula udang dan grg smpi separuh masak
  4. selepas itu, masukkan sume serbuk dan kiub ikan bilis.... gaul rata
  5. tambah air utk kuah nk byk mana dan bg yg suka boleh campurkan tepung jagung + sedikit air utk memekatkan kuah. Didih bolehla diangkat.
  6. sye hidangkan dgn nasi karet... mmg ngam la. 
                                                      --------------------



Kurma Sosej
Sources:-From mesra.net
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 batang sosej ayam-(Ayu gunakan 10 batang)
2 cawan santan pekat-(Ayu gunakan 1 cawan/kotak aje)
1 cawan air
4 sudu besar minyak sapi

4sudu besar rempah kurma-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
5 ulas bawang kecil (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
Sedikit halia (dikisar halus)

1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
3 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 2 aje)
2 biji tomato (dipotong 2)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2) +beberpa biji cilipadi dicampak aje-(Ayu tambah)
Garam secukup rasa
1 sudu besar ikan bilis (dikisar halus)-(Ayu gunakan 1/2 cube ikan bilis)
3 keping asam keping
-(Ayu gunakan 1 keping kecil)
 
Cara:
Panaskan minyak sapi & tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis sehingga naik aroma. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit
air. Biarkan sedikit matang, masukkan sosej, ikan bilis & asam keping. Campurkan air & santan pekat. Kacau sehingga mesra. Tunggu hingga mendidih, masukkan tomato, cili hijau & garam. Biarkan lagi sehingga mendidih. Angkat & hidangkan.

                            
                                                   --------------------------



Acar Padang
Source:-Bro Rozzan

Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction 
2 batang timun (hiris serong-serong)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)

Bahan Kisar
4 ulas buah keras
3 ulas bawang butih
1 jari halia
1 biji bawang besar

4 biji cili padi -(Ayu tambah)
sedikit kunyit serbuk

Bahan2 Lain
4-5 ulas bawang putih yg kecil (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
8-10 ulas bawang merah (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
2 btg cili merah (buang biji dan hiris memanjang)
1 btg cili hijau (buang biji dan hiris memanjang)
gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

(Ayu gunakan 4 sudu besar cuka, 2 sudu besar gula)
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Bubuh cuka, gula dan garam dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Masukkan pula timun, lobak merah, bawang putih, bawang merah, cili hijau dan merah. Gaul rata-rata dan matikan api.




Thursday, May 12, 2016

Sambal Kari Udang

Lauk kering2 gini..kita suka..lagi ia senang nak masak....kalau kitalah lauk ni aje dah cukup..tak payah nak lauk kuah bagai..tapi disebabkan orang2 tersayang mesti nak berkuah..terpaksa lah juga masak lauk lain lagi...resepi jumpa kat fb..terimakasih ya puan/tuan punya recipe..akak minta izin dipanjang2kan disini pula..

Sambal Kari Udang
Sources:- Fb Resepi orang kampung
Tried & tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2:-
1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
1 labu bawang besar dihiris
2 tangkai lada merah dihiris
4 sudu besar Rempah kari
1 biji tomato dipotong panjang
2 keping asam gelugor
1 pokok daun bawang dipotong 1 inci panjang
1 pelepah daun kari
Sedikit air
Sedikit kunyit, garam & gula
Minyak untuk menggoreng

Bahan2 kisar:-
4 biji bawang merah
3 ulasulas bawang putih
1 inci halia

Cara:-
Udang digaul dengan garam & gula. (Ayu goreng dgn garam &kunyit)
Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan kari dari hangus.
Apabila tulah garing masukkan pula asam keping, garam & gula.
Masukkan udang tadi, beserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
Gaul rata dan boleh diangkat.
Sedap dimakan dengan nasi panas.

Tuesday, July 15, 2014

Udang Berempah Nasi Kandar

Terliur bila nampak lauk ni didapur Kak Paty, kita terus bookmarked..sebab ada stok udang besar dalam simpanan..hehehe..yalah kalau beli nasi kandar kat luar sana, pasti 1 ekor dah berapa kan..so buat sendiri muai dapat makan pun puashati dan berbaloi...lagi2 recipe ni Kak Paty sediakan direstaurantnya..So apalagi..teman2 harus mencuba ni tau..recipe asal dari Mamak Haji aka Mohamad Roslan..kita minta izin dipanjang2kan disini pula ya..kot2 kita pula nak buka restaurant Nasi Kandar kat Singapura ni manalah taukan, jangan percaya ya....hehe..:)
Pada kita menu ni sesuai juga dimasak menggunakan sotong & ikan..

Udang Berempah Nasi Kandar
Sources:- From Mohamad Roslan via Paty's Kitchen
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients

  • 1 kg Udang besar 
  • 3 biji Bawang Besar di hiris 
  • 3 biji  Bawang Besar dikisar halus.
  • 1 " Halia ( dikisar halus bersama bawang putih)
  •  5 ulas Bawang Putih 6 ulas – dikisar halus.
  • 10 biji cili padi dikisar-(Ayu tambah)
  • 4 sdudu besar Rempah kari Ikan Baba’s -(Ayu letak 5 sudu besar)
  • 2 sudu besar Serbuk Cili
  • 2 sudu besar cili kisar-(Ayu tambah)
  • 1 sdt serbuj jintan Putih.
  • 1 sdt serbuk Serbuk Jintan manis 
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 1 sdt serbuk Kas-kas -(Ayu tak letak ni, sebab tak ada)
  • 2 ranting daun kari
  • 1/2 senduk minyak masak 
  • 2 sdb Jus limau nipis
  • Garam secukup rasa
 
CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang. Gunting sesengut (misai) dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya.Peramkan udang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20-30 minit. 2. Panaskan Minyak, masukan bawang yang dihiris,(Ayu masukkan daun kari waktu ni juga) apabila keluarkan bau wangi masukan bawang yang dikisar dan campuran bahan halia+bawang putih yang tinggal. Rempah kari, jintan putih dan manis.(Ayu masukkan cili kisar waktu ni juga)
  3. Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum masukkan peraman udang. Masukan satu cawan air(Ayu masukkan 3 cawan air) dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali.Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat.Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya.Masukan garam secukup rasa.Udang Masala sedia untuk hidangan.
  4. Udang yang masak terlalu lama akan mengecut dan kemanisan semulajadi udang akan hilang. Masa masakan Udang adalah amat mustahak. Udang yang besar selalunya dimasak 7-8 minit dan 3-6 minit untuk udang yang sederhana besar.Adalah mustahak tentukan kelikatan kuah sebelum memasukan udang ; dengan ini kuah bersama udang tidak perlu masak terlalu lama.

Friday, April 18, 2014

Udang Galah Rica Rica

Hari ni cuti umum diSingapura sebab cuti Hari Easter..anak2 tak bersekolah & Mr Hubby tak bekerja ..so kita mengambil kesempatan dengan cuti yang ada untuk masuk JB pagi tadi lagi kita dah keluar(scheduled postlah ni)..dah lama rasanya tak masuk JB..Masuk pun ada hal nak diuruskan..psst nak hantar jahit baju for raya..hehehe...kita memang suka hantar baju kat JB..besides pertukakaran matawangnya, jahitannya kemas dan cantik...Huish, marah kang tailor orang Singapore kalau baca ni..hehehe...sorry ya..:)

Kita kena hantar siang sebab kalau lambat tailor sana tak nak ambil lagi upah jahit baju...pernah kita lewat tak beli kain dan hantar cepat2..terus auntie tu tak nak walaupun regular customer..kalau nak pun lepas raya baru siap..terpaksalah tahun tu kita beli dah siap untuk satu keluarga, mahal pulak tu..

 Apa2 pun, kita tinggalkan blog kita ni dengan posting lauk udang galah..Recipe dari blog Kak Ummi ..masak ni tahun lalu..huhu...dapat udang galah sebab Mr Hubby & the kids pergi pancing kat kolam dapatlah dalam 1 kg udang galah..so kita surf the net cuba pulak recipe ni..sedapp tau..tak bedek cubalah kalau nak guna udang biasa pun boleh..Terimakasih kak Ummi minta izin dipanjangkan recipe ni disini pula ya..:)


UDANG GALAH MASAK RICA-RICA
Sumber Resepi: Majalah Sedap

Sources:- Kak Ummi @Home Swet Home 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-

  • 500 gm udang jerbung, agak besar (*akak guna udang galah)
  • 100 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air limau nipis (*akak guna lemon)
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 biji cili padi merah (*akak letak 5 biji padi hijau)
  • 1 cmhalia
  • 1 biji tomato merah/masak
Cara Memasak:-
  1. Udang dibelah belakang dan dibersihkan. Perapkan udang dengan air limau nipis dan garam selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan kacau hingga berubah warna.
  4. Masukkan air, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  5. Masak sehingga matang dan rempah menyerap.
  6. Tutup api dan hidangkan.

Monday, May 06, 2013

Udang Masak Nenas

 Dah lama tak masak udang..especially udang yang size besar macam kat atas ni..Then surf cari recipe udang yang tak pernah kita cuba buat..ternampak yang ni..dan kebetulan ada nenas satu biji kecil..so decided nak cuba ..Alhamdullilah macam sweet sour rasanya..Nak masak pun simple dimple..sekejap aje dah siap..terimakasih Princessharyati for sharing ya..dah lama tak dengar khabar..

Udang Masak Nenas
Sources:-From Princessharyati 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan-bahan ( 4-5 orang )


  • 12 ekor udang besar-(Ayu gunakan 18 ekor size XL)
  • 3 potong nenas dlm tin (pakai nenas fresh pun sedap)-(Ayu gunakan nenas fresh satu biji kecil)
  • 4 cili kering dikisar halus (sapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)-(Ayu gunakan 2 sudu besar cili kisar)
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 diji bawang besar dimayang
  • Cili sos-(Ayu gunakan 2 sudu besar cili sos)
  • Daun bawang
  • Gula dan garam

Cara-cara


  1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukan gili masak hingga naik minyak.
  2. Masukan udang dan sos, kacau seketika. Selepas itu masukan nenas yang di potong kecil kecil bersama sedikit air. (sesiapa nak kuah banyak boleh letak lebih air)
  3. Akhir sekali masukan daun bawang, gula dan garam. Masak untuk seketika hingga kuah mendidih. Sedia untuk di santap.

Monday, November 05, 2012

Kari Udang Bonda

Kari Udang Bonda, ni bukan recipe dari bonda kita ya..tapi recipe dari puan punyalah ..hehe..masak ni waktu one of the weekends..macam biasa buntu dan buntu..last2 masak kari ni..hehe..one of the reasons was, ada sayur dan kentang dalam kari ni..jadi terus on ajelah..Kita tambah asam keping dan santan tu kita cuma gunakan 2 senduk nasi aje..tak mau pekat2 sangat, so cair2 sikit..Terimakasih ya puan punya recipe dan juga bondanya for this recipe..

Kari Udang Bonda
Sources:-From Eiyna@myresipi.com
Tried & Tested:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-(4-5 orang)
  • 1/2kg udang (15 ekor)
  • 1/2bj kelapa (ambil santan)/3c santan-(Ayu gunakan dalam 2 senduk nasi santan aje)
  • 1 paket serbuk kari ikan (ina guna yg 50sen je cap babas)-(Ayu gunakan dalam 4-5 sudu besar)
  • 4 urat kcg panjang (potong kecil)
  • Kentang 2 bj (potong wages)
  • 2 ulas bwg putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*(tumbuk/kisar)
  • 2s/b cili boh (leh tmh klu nk pedas)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis (yg pendek je)
  • garam, gula/pak aji (xikut tekak msg2) 
  • 1 asam keping -(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar, daun kari,bunga lawang dan kulit kayu manis sampai naik bau dan kekuningan.then masukkan cili boh dan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air terlebih dahulu.kacau sehingga pecah minyak/rempah betul2 masak, garing.
  2. Masukkan santan dan ubi kentang
  3. Apabila ubi dah hampir empuk, boleh lah dimasukkan udang, kacang panjang, asam keping serta bahan perasa.bila sayur dah lembut leh lah tutup api

Friday, October 05, 2012

Nasi Komok & Udang Brastagi

Nasi Komok again!!!!..Dah macam nasi biasa dah bila kita masak ni..heheh..selalu sangat masak hingga bila siblings Mr Hubby datang for raya kemarin, pun kita masak nasi ni..Tak pernah tak habis, dan tak pernah jelak..bayangkan Mr Hubby pun dah jatuh cinta dengan nasi ni..hehehe...Pernah  masak 2 hari berturut2 sebab the first day tak kecukupan..
Percaya tak kalau kita cakap kita pernah sounded dengan Mr Hubby to drive up to Siam main reason was to find the rempah nasi komok ni last year !!!!!!.. Tapi sayang, Mr Hubby kata, Singapore car nak masuk sempadan Siam macam ada leceh sikit..wallawalam..so pendam aje lah niat tu kan..:(

Ok, kali ni kita tambah sikit bawang besar kisar & bawang putih kisar from the last time into the ayam goreng..dan juga kita masak menu tambahan iaitu Udang Brastagi recipe dibawah..
Ya Allah, bukan main laju betul tetamu yang datang menyantap this two menu..Shukur Alhamdullilah..Hilang penat2 memasak tu kan..Kita letakkan recipenya disini sekali lagi buat pengunjung yang baru pertama kali mendengar nama nasi ni ya.. Terimakasih sekali lagi ya Azian...


Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Sources;-From Azian @Aziancollection,

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)
1 tsp ground turmeric(serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih)(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar-(Ayu gunakan batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air

garam secukup rasa
Rempah penumis.-(Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)
CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, bawang kisar, bawang putih kisar ). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

Udang Brastagi side dish for nasi komok kat atas ni..memang gandingan yang mantap..
To that 'somebody' yang bertanya tentang recipe ni here it is ya..hehe..

Udang Brastagi
Sources:-From resepi Mesra.net
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
 Bahan:
2 ekor udang yang besar -(Ayu gunakan 16 ekor udang XXL)
2 labu bawang besar
5 biji cili merah + beberapa cili padi -(Ayu tambah)

 1 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 2 ulas)
½ cawan minyak makan
Sedikit garam dan gula-(Ayu gunakan kicap manis + perasa)

 1 biji lime juice-(Ayu tambah)

Udang dibersihkan kemudian digaulkan dengan sedikit garam halus(Ayu gaul garam & kunyit) dan goreng hingga kuning. Cili merah digiling halus bersama dengan bawang putih(Ayu blender kering). Bawang besar dimayang kemudian panaskan minyak dan tumiskan hingga kuning, lepas itu masukkan cili, garam dan gula. Bila sudah garing, masukkanudang dan balik-balikkan hingga sama rata. Hiaskan dengan salad, tomato, cili merah dan daun bawang semasa menghidangkannya.

Thursday, September 13, 2012

Sambal Goreng Pengantin II

Lagi beberapa hari  kita akan sampai kepenghujung syawal.. Masih ada lagi ke open house dirumah teman2 atau jemputan?..Kita tahun ni tak buat open house pun..Disebabkan kesibukkan Mr Hubby ler ...Actually nak kata bagus pun tidaklah(tak buat open house ni)..sebab kalau difikir balik, kita buat open house ni sebab adik beradik & kawan2 Mr Hubby ramai juga..So kalau buat pun untuk kesenangan kita juga sebab buat satu kali dan satu kali penat..bila tak buat pula, tiap2 kali orang nak datang kena prepare apa 2yang patut dan kenalah prepare banyak kali..hehe, memanglah mereka datang nak beraya dan tak mengharapkan apa2..  kita boleh aje hidangkan dengan just kuih muih aje tapi entahlah kita ni memang jenis rasa tak sedap lah gitu, bila just makan kuih aje......Uish ini pendapat kita lah ya..tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati..:)

OK..ok...kali ni kita cuba sambal goreng pengantin yang mostly will cook this way, tak letak tauhu & tempe ...which I did my version here & here..Sambal Goreng Pengantin ni kalau diikutkan each person yang memasak mungkin ada cara tersendiri & preference, so kena ikut selera masing2lah ya..Tapi for me, confirm dan double confirm kalau masak ni suka yang basah2 sikit dari yang kering aje..sebab bila nak colek dengan ketupat tu adalah sikit terasa kuahnya dari just isinya aje tergolek2 ..hehe...

Terimakasih buat Kak Fida@myresipi kerana berkongsi recipe ni..Recipe yang memang kena dengan selera kami, sedappp!!...Alhamdullilah..tetamu(my cousins) yang datang ingatkan my mum yang masak semua lauk pauk walhal, semuanya kita yang 'kaw tim'..hehe..My mum relax one corner besides, tolong2 potong apa yang patut  aje..Bukan apa..mereka actually tak sangka, budak yang tak tahu masak dulu2 dan tak tahu mana letaknya bawang besar kat dapur tu sekarang dah boleh handle the 'stress'(riak sikit ni).. cebah...hehehe..

Sambal Goreng Pengantin II
Sources:-From Kak Fida@myresipi
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2 untuk -(20-30 Orang)
  • 1 kilo daging *
  • 1/2 kilo paru *
  • 1/2 kilo hati lembu *
  • 1 kilo udang basah - dikupas kulit dan digoreng berasingan.-(Ayu gunakan 500g aje)
  • 10 ketul pedal dihiris dan direbus*-(Ayu tambah)
  • 2 cawan santan pekat - drpd 1 1/2 biji kelapa-(Ayu gunakan 2 kotak santan 200ml)
  • 300 g asam jawa-(Ayu gunakan 300g air + asam jawa)
  • 2 inci persegi belacan
  • @ 25 tangkai cili kering-(Ayu gunakan 8 sudu besar cili kisar)
  • @ 2 biji bawang besar
  • @8 ulas bawang putih
  • @ 8 batang serai-(Ayu gunakan 4 batang aje)
  • @1/2 jari lengkuas
  • 5 tangkai lada merah - hiris serong dan goreng berasingan-(Ayu gunakan segenggam cili kering digunting serong tak payah goreng dulu just masukkan time tumis tu)
  • 2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya utk menggoreng dan menumis.
  • garam dan gula secukup rasa 
  • 2 biji bawang besar dihiris-(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. Bahan bertanda * direbus,potong dadu kecil dan digoreng berasingan.
  2. Asam dan belacan diramas bersama santan dan ketepikan.
  3. Bahan bertanda @ dikisar halus.
  4. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis(Ayu tumis bawang hiris dulu baru masukkan bahan kisar) bahan kisar hingga garing dan masukkan campuran santan dan masak terus hingga mendidih dan naik minyak.
  5. Kemudian masukkan secukup garam dan gula dan kacau rata dan masukkan daging,hati paru goreng,udang goreng tadi dan gaul hingga rata.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.-(Ayu tambah sedikit air daging yang direbus)
  6. Akhir sekali masukkan pula cili merah dan bawang goreng dan gaul hingga rata.Tambah garam dan gula lagi jika perlu.Rasanya haruslah lemak manis dan sedikit sahaja masamnya.-(Ayu gunakan 1sudu besar gula)
  7. Dlm masakan ini boleh juga di masukkan daun limau purut dan daun kunyit jika suka.

Thursday, August 02, 2012

Tumis Udang Kucai Cencalok

Lauk sahur yang senang nak dimasak dan pasti menyelerakan..Macam biasa skodeng dapur CMG..terjumpa yang bekenan ..manis udang tu lagilah menambahkan kelazatan lauk ni....Terimakasih ya Mat dan akak mohon dipanjangkan disini pula ya..

Tumis Udang Kucai Cencalok
Sources:-From CMG@Tiffin biru
Sources:-From Ayu@curlybaesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan isi udang-(Ayu gunakan 20 ekor udang sederhana besar)
1 cekak kucai, kerat pendek
4 biji cili hijau, hiris + beberapa cili padi -(Ayu tambah)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cencalok, toskan-(Ayu gunakan 2 sudu besar cencalok)
Sedikit sos ikan-(Ayu tak letak)
Sedikit gula-(Ayu tak letak)
Ayu gunakan garam & serbuk perasa macam biasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum dan layu. Masukkan cencalok, tambah udang dan masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan kucai, kacau dan tambah sedikit sos ikan (jangan banyak2, sebab cencalok dah masin), juga sedikit gula, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas....hmmmm...

Monday, July 23, 2012

Udang Garing Daun Kesum

Assalam,  hari ni insyaallah dah masuk hari ketiga kita  berpuasa...Dah ada idea ke nak buka apa hari ni?..kita tak ada idea lagi ni....hehe...Well anyway, kebetulan, puasa pertama & kedua falls on weekend..ramai rakyat jelata dirumah..so semakin ligat & stress juga nak memikirkan juadah yang harus disiapkan..tapi kita tidaklah prepare yang extravagance ..semuanya yang biasa2 aje dan juga simple2 ...as usual, buka puasa tak berapa sangat makan nasi..cuma sahur MESTI nak cari nasi..
kalau tak kaki lembik tak boleh jalan nanti....hahaha.. semalam, bila buka blog, nampak bloglist kat dapur kak Ummi, lauk ni.. dengan tak pandang belakang or toleh kiri or kanan terus print dan tekad nak masak lauk ni for sahur..

Memang sedap udang masak macam ni..Mr Hubby cakap sedap..kita masak pedas sikit dengan menggunakan cili padi as usual dan kebetulan juga semua dedaun dalam recipe ni ada stok kat rumah..Simple & sempoi aje nak masak..memang sesuai untuk bersahur atau pun berbuka puasa pada siapa2 yang buka puasa dengan nasilah ya.. Terimaksih Kak ummi, for the recipe kita panjang2kan disini pula ya..Memang enak seh!!!..


 UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home
Dicuba juga oleh Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili-(Ayu gunakan cili kisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar-(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam + (serbuk perasa -Ayu tambah)
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah-(Ayu gunakan beberapa cili padi)

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^

Thursday, June 21, 2012

Udang Ketak Ara Khalia


Udang Ketak dah lama juga tak masak dan makan since the last udang ketak yang kita masukkan entry..maklum ler..mahei..hehe..kulitnyanya aje tebal, isinya alahai..berat kulit aje udang ni..ada orang suka just kukus dengan bawang putih dan butter aje..ni Mr Hubby yang suruh masak kari..Kita cuba recipe ni pula..recipe asal gunakan udang biasa yang besar aje..gandingan dengan telur rebus, boleh tahan sedap juga..kita buat ada berkuah sedikit walhal recipe asal seharusnya kering2 gitu..

Udang Ketak Ara Khalia
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
Bahan:-
1 kg udang yang besar- kira2 10-12 ekor kupas kulit dan tinggalkan ekornya sahaja-(Ayu gunakan udang getak dibelah 2)
5  biiji buah pelaga-(Ayu gunakan 4
3  bunga cengkih
2 biji bawag besar, dihiris halus
2 cili hijau, dibelah 2 jangan putus

1 sudu besar pes halia dan 1 sudu besar pes bawang putih 
2 biji tomato dihiris kasar2
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 cawan air
(digaul sehingga menjadi pes)

3 sudu makan tairu
4 biji telur, direbus digoreng ketepikan
1-2 pelepah daun ketumbar dihiris-(Ayu gunakan daun kari)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cawan air(optional) kalau nak berkuah-(Ayu tambah)

Cara:-
Panaskan minyak didalm kuali. Tumis pelaga, bunga cengkih dan kayu manis sehingga meletup-letup.
Masukkan hirisan bawang besar serta lada hijau dan tumis lagi sehingga bawang lembut dan berkilat, (serta daun kari)selama 3 minit. Masukkan pes bawang putih/halia, kacau lagi sehingga harum baunya selama 2 minit. Masukkan hirisan tomato.
Masukkan pes rempah, gaul rata dan tutup kuali + 1/2 cawan air lagi. Masak lagi selama 2 minit. Barulah dimasukkan udang, balik2 dan masak lagi selama 3 minit. Setelah itu tuang tairu dan gaul rata. Akhir sekali tabur garam & perasa dan balik2kan lagi.. Masukkan pula telur. Gaul lagi dan biarkan ia masak selama 2 minit. matikan api dan segera tabur hirisan daun ketumbar. Enak disaji dengan sebarang hidangan nasi. 
Perhatian:- Udang tak boleh dimasak lama2 sebab ia akan menjadi liat.