Thursday, September 11, 2014

Ayam Masak Kicap Berempah Kari

Selalunya kalau nak masak ayam, then nak cepat pulak tu..malas nak fikir, kita akan masak kicap aje..sebab tak pedas, semua kanak2 kecil & besar..boleh makan...Kali ni nak cuba kelainan sedikit so cari kat dapur che mat..jumpa yang ni...actually sama ni dah 2 kali masak lauk guna recipe ni..sedap dan mudah serta laris dipasaran...
So dah tentu kena masukkan dalam blog untuk future reference...
Ok kita terus ke recipe aje deh...enggak mau omong panjang2..Terimakasih buat CMG for the recipe...

Ayam Masak Kicap Berempah Kari
Sources:-From CMG 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
8-10 ketul bahagian ayam, cuci bersih*
1 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap sekejap)
1 biji tomato, belah 6
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, kerat 3 dan dititik-(Ayu gunakan 1 sudu besar halia kisar)
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/4 cawan kicap lemak Jalen-(Ayu letak kicap masin cap kipas udang)
4 camca besar kicap manis ABC-(Ayu letak kicap manis cap kipas udang)
1 camca besar rata, rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar cili kisar-(Ayu letak 2 sudu besar)
1 batang kayu manis-(Ayu tak letak)
1 kuntum bunga lawang-(Ayu tak letak)
2 tangkai daun kari, dilurut
Sedikit air


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, kasi dia lembap2 sudah. Angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia, daun kari dan cili kisar hingga harum dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau rata. Tambah sedikit air. Masukkan kicap lemak dan ayam. Gaul rata2. Tambah kicap manis, cili merah, cili hijau dan bawang besar. Masak hingga pekat.
  3. Akhir sekali masuk tomato, kacau rata. Jika anda suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.

3 comments:

Honey said...

Salam Kak Ayu,

First dengar resepi camni. Nak try lah bila senang nanti :)

Ayu said...

Honey - walkslm, cubalah honey ada sedikit kelainan tau..masak kicap then letak rempah kari...:)

norsadira said...

terima kasih resepi..boleh cuba ..jemput singgah blog saya ea: dirawanhartawan.blogsport.com