Thursday, September 04, 2014

Puding Raja


Assalam, alahai..dah seminggu tak bersiaran...nak update blog macam tak sempat pulak this few days...Anyway, nak masukkan pula another recipe yang kita cuba dari dapur Sheila ni..
Puding Raja...dessert untuk orang2 istana, ni...:)

Kita sebenarnya tak tahu tentang dessert ni, sehinggalah kita nampak dijamuan pertunangan  adik sepupu di Kajang, Selangor tahun lalu...Waktu jamuan tu..kita tak berapalah eager sangat nak mencuba, sebab kita nikan bukan a dessert person.. so my auntie pelawa..nak bawa apa balik keSingapura ambil ajelah, dan she recommended ambil puding raja ..ada juga beberapa kuih seperti kuih tako, cream puff, kuih talam didessert corner tu..kita pun capai aje at random..dan cuma capai puding raja ni SATU bekas aje sebab tak confiden will like it & just  to show I acknowledged her recommendation!..

Bila sampai kerumah, kita tuanglah kuah puding ni, dan ceduklah kemulut...Wow...wow...wow.....sedapppnyaaaaa.....kita makan laju....mak kita pun tak dapat merasa..hehehe..dalam hati menyesal tak sudah capai satu bekas aje..kalau aku tahu memang ambil lebih sikit..
So disebabkan makan tak puas, tak cukup & terkulat2...kita carilah recipe Puding Raja ni diinternet..Ditemukan dengan website Majlis Daerah Pekan & juga dapur maya Spices Journey..
Kita decided to buat puding raja dan perkenalkan this dessert to my Sister-In- law yang kebetulan ada buat majlis tahlil dirumahnya beberapa bulan kemudian...during this period juga kita ada bawa another dessert Mango Casablanca yang kita post dulu...Feedback was very good!!..Dia orang jakun sikit sebab tak pernah nampak kat Singapore ni kan..hehehe

Ok, of cousrse sebelum kita buat ni..kita cari bahan2nya dulu..and yes kita pun cari telur ayam kampung..hehehe..mahei dong telur ayam kampung..walaupun telurnya kecik aje..tapi tak peduli sebab nak ikut puan punya recipe..then kita cari pisang emas yang mengkal2 dan yang kulitnya ada hijau2 sikit kira macam 3/4 masaklah...sebab tak mau bila digoreng dia lembik kalau dah masak sangat..:)
Walaupun jala emas kita ni tak macam jala emas,( macam jala semut adalah..heheh)..dan pisang yang digoreng hujungnya asik tertanggal aje bila dikopek kulit, kita tetap satisfied dengan rasanya..yalah nak buat jala emas dan  kopek pisang tu pun need skill ok...
Apa2 pun, bolehlah singgah kedapur sheila dan read more details about puding raja,steps dan gambar2 bahan2 yang digunakan...
Terimakasih banyak2 buat Sheila for sharing this recipe..Mohon  kita share pula ya..
So here it is, kita masukkan recipenya disini..untuk reference akan datang..insyaallah..:)

 
Puding Raja
Source:-From Majlis Daerah Pekan (seems linknya dah tak ada)
Bahan2:-
4 sikat pisang lemak manis dibuang kulitnya -(Ayu guna pisang emas yang 3/4 masak)
1 cawan gajus
segenggam jala emas secukupnya
200g buah prune dipotong 2-4
ceri merah/hijau secukupnya
*2 sudu minyak sapi
minyak untuk menggoreng


Cara:-
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan diatas kertas minyak untuk meresap minyak
yang berlebihan. (Jangan ditindih pisang yang telah digoreng untuk mengelakkan dari melekat.)
Goreng biji gajus

*untuk mengelakkan pisang dari melekat.



Jala Emas Puding Raja 
Source:- From Sheila@Spices Journey 
Bahan2 untuk Jala Emas:-
15 biji kuning telur ayam kampung
500g gula pasir-(Ayu gunakan 300g aje)
segenggam gula batu-(Ayu gunakan anggaran 20g)
1 liter air
1-2 batang kayu manis -(Ayu tak letak ni)
6 helai daun pandan disiat



Cara:-
Asingkan kuning telur dari putihnya. Sebaiknya
gunakan telur dari peti ais sebab senang nak asingkan.
Buang tali pusatnya juga supaya tak hanyir. Tapiskan kuning telur. Masukkan kedalam acuan botol 3 muncung.

Satukan gula pasir, air, gula batu, kulit kayu manis dan daun pandan dan masak dengan api pelahan dulu.

Bila air gula dah menggelegak dan bebrbuih buih dan agak likat bolehlah mula menjala dalam air gula yang betul2 panas tu. Keluarkan daun pandan dan kulit kayu manis tadi. Tinggikan sedikit kedudukan botol ketika menjala untuk mendapat jala yang halus halus. Lagi satu perkara yang amat penting, jika air gu;a dah agak pekat sangat selama process menjala tambahkan sedikit air. Setelah diangkat jala emas toskan dulu air gulanya. Kemudian dikiraikan perlahan dengan menggunakan garfu. Sebolehnya jangan sampai putus.

*Note:- Kalau tak nak guna telur ayam kampung boleh juga guna telur ayam biasa cuma warnanya agak pucat tak sekuning hasil dari telur ayam kampung. Rasanya sama.

Kuah Puding
Bahan:-
2 tin susu sejat/evaporated milk
3 biji kuning telur
2 helai daun pandan
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin air-(guna tin susu yg sama)
3 sudu makan gula

Cara:-
Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang:-
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

18 comments:

nasa mulia said...

banyak step kena buat, tapi puding ini mesti rasa sedap., lemak manis berkrim kan...

Rosdi Eunos said...

Haiyooo .. teringat pulak nostalgia jadi orang pantai timur bila tengok Puding Raja ni .. dulu dulu banyak kat Majlis kat area pahang .. pernah juga mak sedara dari Terengganu ajar, tapi jala mas tu dia pakai telur itik .. awal awal dulu rasa mcm manis jer .. tapi bila dah habis semangkuk macam tak berkecukupan .. bagi saya pulak part yang best tu pisang goreng tu, part yg hitam sikit jadi karamel sebab sugar content tu .. paling best! Serasanya dah hampir 5 taun tak jumpa puding raja ni ...

inahar ali said...

Wowwww..mmg terbaekkla ayu! puding raja nih mmg feveret..sebaik kat wangsa maju ni ada dia punya ejen jual puding tu amik direct dari pekan pahang..uishh mmg sedap! klu beli x cukup 1-2 bekas jer..mesti beli lebih..nyumm..nyumm!

Shiela said...

sedapnyerr ayu.. tapi nak membuatnya cukuplaa berchenta..

Ayu said...

nasa mulia - betul tu nasa, memang banyak step tapi after all memang berbaloi sedapnya kan..heheh

Ayu said...

Rosdi - betul tu..Puding Raja ni mcam famous kat negeri Pahang kan..
tu yang dapat sedikit resepi dari website negeri Pahang lah tu..hehe
oh guna telur itik ya..kat sini telur itik tak ada jual..entah kenapa agaknya telur itik memang tak masuk Singapore..huhu..and yes part pisang goreng, lawan dgn gajus dan jala emas serta kuahnya tu yang bestt sangat..:)

Ayu said...

Inahar - wahhhh..kalau dekat memang kita nak beli lah..ada agent nya ya..aduh..nampak gaya kena buat lagilah ..sebab kita dah terasa kecur pulak nak makan puding raja bila tengok balik..huhu...:)

Ayu said...

Sheila - betul tu sheila..sedapp ya amat...tapi buat puding ni berbaloi buat banyak sekali kalau buat sikit aje macam waste current gitu....hehehe..thank u again for the recipe dear..:)

mai has said...

teringin nak rasa puding diraja nih...tp agak manis jugakkan klu tgk pada bahan2nya...

nash said...

Puding di raja ni mmg sedap, last year masa anak buah kawin di Pahang, i introduced to org2 SG but they mcm tak tau nak makan and tak suka sauce tu so cuma mkn pisang and yg kering2 tu jer..

Rosdi Eunos said...

Ayu .. nanti saya snapkan gambar kulit popia basah tu .. Jenama Famous jer yang ada kat Giant. Saya pakai yang tu .. tapi kalau kat KL banyak yang sedap and soft. Rice wrapper yang translucent pun best. Tapi kat JB susah sikit nak cari.

Azie said...

As salam Ayu, melihatkan puding raja ni membuatkan saya terus rasa nak makan puding raja. Hmm tapi mana nak cari. Nak buat, tak rajin sebab anak anak tak suka.

Ayu said...

mai has - cubalah dear..kalau takut manis sukatang gula tu boleh dikurangkan..akak pun takut manis..itu sebab jarang buat puding2 ni..tapi ni alhamdullilah secukup rasa..:)

Ayu said...

nash - hahaha..tulah orang singapore tak berapa kenal dgn puding raja ni..tapi alhamdullilah my in laws hari tu makan..dia orang cakap sedap..saucenya tu kita buat cair2 sikit..hehe..

Ayu said...

Rosdi - oh jenama Famous ya..ok ok kita tunggu nanti Rosdi snapkan gambar nya ya..thank you thank you..:)

Ayu said...

Azie - walkslm, oh anak2 kak azie tak suka makan puding raja ya..samalah macam anak2 kita dia orang ni mana nak makan puding2 ni..itu sebab kita pun malas nak cuba puding2 yang ada kat internet..ni disebabkan sedap makan puding raja diKL..tu yang mencuba..hehe

Sidratul Muntaha said...

Alalhu akbar kak
huhuuhu
puding yang sangat mesti adn wajib kalau ade kenduri kendara kat temerloh (kg orang umah)
menjejes air liur ni kak
adoi adoi..
ahhaha

Ayu said...

sidratul~haha..tulah..akak pun dengar begitu..memang famous kat pahang menu nikan..