Tuesday, September 30, 2014

Homemade Jeruk Mangga

Assalam, bila tengok gambar jeruk mangga ni..penuh meladung air liur dalam mulut....slurpppss..telan..eh keluar lagi..adehhh....macam gitulah bila kita tengok balik gambar2 homemade jeruk mangga ni....ini..pun project dah lama dah..jeruknya pun dah habis muhlisin..dengan botol2nya sekali dah tak nampak traces pun..hahaha... dulu pernah buat Homemade Jeruk Betik..yang tu pun muhlisin..siapa yang makan ni?..Kita lah..yes me, myself saya yang baham sikit sikit buka peti ais, bila time boring2...hehehe...yang lain tak berapa makan sangat...well they missing the good stuff..hahaha..Mr Hubby pula, makan tu makan juga tapi dia prefer mangga muda ni yang belum dibuat jeruk tapi makan 'mentah' gitu aje sama juga anak2 kita....Kalau masuk JB, bila nampak mangga muda potong..he will buy sampai RM$10 sebekas or even Rm$20 bayangkan tu....berebut2 makan tak sempat balik ke Singapura dalam kereta dah bedal...

Recipe sama juga dari dapur Ratna aka Madiha...suka cuba recipe2 'authentic' dari dapur Ratna ni...kira terbaik dari ladanglah..yalah mana ada  orang2 muda sekarang yang berminat buat jeruk2 ni semuakan, biasanya dia orang beli aje.....hehehe...Terimakasih ya Ratna..akak panjang2kan recipe ni disini pula..


Homemade Jeruk Mangga
Sources:-From Madiha@Mamawandiha
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan2
4 - 5 biji mangga muda (mangga ni agak besar jugak.. so.. kalau buat guna mangga kampong tu.. kena pandai2 agaklah sukatan utk gula tu yek)-(Ayu gunakan 7 biji mangga muda sederhana besar)
7 ~ 8 biji cili padi ~ dibelah dua (nak lebih pedas.. hiris halus2 yekk)-(Ayu gunakan segenggam....ha ambik aku...hehe)
1 3/4 cawan gula pasir
2 ~ 3 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka-(Ayu gunakan 4 sudu besar)
2 sudu besar air-(Ayu tambah)     
                                                 

Cara2 Menyediakan
1. Kupas mangga & hiris saiz kesukaan. Tapi kalau boleh elok kecik2 sikit supaya mudah 
menyerap dengan bahan2 lain. Cuci mangga yang dihiris & tos biar betul2 kering.
2. Masukkan hirisan mangga dalam balang. Masukkan gula, cili padi, garam & cuka. Goncang2 sikit biar sebati. Biarkan mangga tu selama 2 malam. Kemudian bolehlah di nikmati bila terasa nak makan asam.. hehe.. 

Nota MaDiHaA: Selepas diperam 2 malam.. jeruk mangga mestilah disimpan di dalam peti ais supaya lebih tahan lama kerana jeruk ni tak gunakan sebarang pengawet tambahan. Kalau 
rasa balang yg digunakan tu besar sangat (tak muat petiais).. transfer je ke dalam tipuware pun boleh gak..






Jeruk ni kita ikut nota dari Madiha...2 malam kita peram kat luar..lepas tu baru simpan dalam peti ais...sedapp..rangup2 mangga, serta pedas2 cili dan manis2 air jus tu..memang sesuai buat snacking atau lepas makan nasi..hehehe


Friday, September 26, 2014

Talam Roti Gula Melaka

Assalam dah lama tak menalam terasa nak makan kuih talam lah pulak...decided to cuba recipe ni..alhamdullilah sedapp..jadilah buat bekal sarapan untuk Mr Hubby bawa ke ofis..Kita adjusted sukatan air dan santan..sebab kita suka kuih talam yang lembut .. Pada kita kuih ni  rasa macam  Talam Beras pun ada..cuma yang tu..gulanya diatas, yang ini gulanya dibawah...apa2 pun terimakasih buat Kak Fida for this recipe ya..kalau nak buat kuih ni untuk last minute pun boleh juga sebab nak prepare & masak pun all within 2 hours dah siap..:)

Talam Roti Gula Melaka
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfactionBahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 inc. )-(Ayu guna 8x8)
Lapisan Bawah :-
  • 8 keping roti - disiat2 halus
  • 2 biji telur
  • 100 g santan pekat*
  • 130 g susu segar atau air*-(Ayu gunakan 250g air)
  • 100 g gula melaka*
  • 2 sb gula pasir* 
  • sedikit chocolate emulco/coffe emulco-(Ayu tambah)
  • 1 helai daun pandan - disimpul* - (masak bahan bertanda * dan tapis)
Lapisan Atas :-
  • 80 g tepung beras (3/4 cwn)
  • 10 g tepung jagung ( 1 sb rata dan padat)
  • 2 sb gula pasir
  • 350 g santan pekat-(Ayu guna 300g)
  • 250 g air-(Ayu guna 450g)
  • 1/2 sk garam

Cara-cara


  1. Satukan bahan2 lapisan bawah dan kacau hingga sebati, tambah sedikit pewarna coklat jika adunan pucat. Tuang adunan ke dalam loyang bergris dan kukus selama 25 min atau hingga masak. Sementara itu siapkan bahan2 lapisan atas.-(Ayu masukkan telur kedalam blender. Putar sekejap. Hancurkan roti, tuang air gula melaka yang sudah ditapis, kemudian baru masukkan kedalam blender yang berisi telur tadi dan putar hingga sebati.)
  2. Satukan bahan2 lapisan atas, kacau dan tapis. Masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 20-25 min atau hingga masak.
  3. Sejukkan kuih dan potong sesuai selera.


Thursday, September 25, 2014

Ayam Masak Lemak Tomato

Assalam bila nampak recipe ni kat myresipi...ermm tergerak pula nak mencuba..apa lagi bila kita tengok letak sos tomato dalam tu..heheh..dalam hati..Ah!..ayam lemak ni guna sos tomato?..Biar betik..heheh..so decided to try..then kita realised no asam keping used..baru dapat jawapannya sendiri sebab guna tomato ..
Overall.. penggunaan sos tomato dalam ni tidak mengubah rasa ayam lemak tomato ni..in fact dia kasi macam 'manis' lauk ni.. My mum commented dia suka dengan lauk lemak ayam ni..lebih sedapp dari lemak ayam biasa tu dia kata..hehehe..uish masing2 punya tastebudlah kan...so kalau teman2 nak tahu difference dia kenalah cubakan...kalau naklah..tak paksa pun...hehehe..

Ayam Masak Lemak Tomato
Sources:-From Shafeza87@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang makan )
  • 1/2 ekor ayam yang dipotong sederhana kecil-(Ayu gunakan 2 ekor ayam griller)
  • 1-2 biji kentang dipotong wedges
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 3-4 sudu sos cili/tomato-(Ayu guna sos tomato)
  • 1 paket/kotak kecil santan segera-(Ayu gunakan 2 kotak)
  • sehelai daun kunyit diracik halus
*Bahan-bahan untuk dikisar:
  • *1 biji bawang besar-(Ayu guna 2 biji)
  • *3 ulas bawang putih-(Ayu guna 5)
  • *1-2 batang kunyit hidup
  • *halia sebesar ibu jari
  • *1-2 batang serai-(Ayu guna 3 batang)
  • *1 tangkai cili merah
  • *7-10 tangkai cili api (boleh tambah kalau nak pedas)
  • *2 biji tomato
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara


  1. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar* ke dalam periuk, letak atas api dan tumis tanpa minyak.
  2. Setelah naik bau, masukkan sos cili/tomato, kacau, perasakan sedikit dengan garam dan masukkan ayam serta kentang.
  3. Kacau dan tutup sekejap beberapa minit bagi bahan tadi meresap pada ayam dan keluar air dari ayam tersebut.
  4. Masukkan santan dan kacau sebati sehingga ayam dan kentang benar-benar masak dan empuk.
  5. Perasakan dengan garam dan gula, kalau dah ok cukup rasa tak perlu tambah.
  6. Masukkan tomato yang dibelah 4 serta taburkan daun kunyit yang diracik. Siap untuk dihidang

Wednesday, September 24, 2014

Tempe Goreng Kicap

Dah lama tak buat ni..Lauk kegemaran adik kita..dulu time kita kecik2..my mum selalu buat ni for him..maklum ler..my brother ni suka kicap..makan nasi kicap mesti ada..tak kira lauk apa, mesti dicurahnya kicap..hahaha...kita pulak tak berapa sangat..only time tak ada lauk curah kicap atas nasi, goreng telur mata lembu, dah boleh jalan...kalau masak ni teringatkan dia..
ah sekarang dah berkeluarga..pandai2lah isterinya buatkan pulak ya tak..heheh..lagilah isteri orang jawa..hehehe...kalau ada terbaca ni..jangan marah ah..hehe
Recipe ni mak kita yang ajar..adjustlah ikut selera masing2 ya..Lauk ni seharusnya tempe & ikan bilis tu mesti kekal garing..:)

Tempe Goreng Kicap
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-
6 keping tempe dihiris nipis, goreng garing ketepikan
segenggam ikan bilis yang sudah dibuang isi perutnya digoreng garing ketepikan.
7-10 batang cili kering digunting serong
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil cuka
1sudu besar gula
minyak untuk menggoreng

Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili kering yang sudah digunting serong, kicap masin & manis, cuka serta gula.Matikan api.Biarkan sebentar. Masukkan tempe yang sudah digoreng garing. Kacau rata. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis dan kacau rata. Siap untuk dihidang.
(*note - reason tempe & ikan bilis dimasukkan selepas matikan api supaya benda2 ni kekal rangup)

Kacang Botor Goreng Kupang

Bila nampak kupang kecil2 ni kat supermarket kita pun beli 1 kg..balik terus rebus dan ambil isinya...kebetulan kacang botor beli ingat nak goreng biasa aje...then terus tergerak nak goreng aje dengan kupang ni..so tambahlah ikut selera..side dish sayur kita  ni...
Lauk sahur during puasa hari tu..

Kacang Botor Goreng Kupang
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
10 batang kacang botor dihiris serong sederhana kasar
1 cawan isi kupang rebus
*cili padi ikut kepedasan
*2 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
*1 batang serai
*1 sudu besar ikan bilis direndam sekejap
sedikit kunyit serbuk
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak dan tumis bahan2 * kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan isi kupang rebus dan sedikit kunyit serbuk. Kacau rata..biarkan sekejap. Bila kupang dah masak, boleh masukkan kacang botor, garam & serbuk perasa. Gaul sekata jangan terlalu lama  dan matikan api. Siap untuk dihidang.
 

Tuesday, September 23, 2014

Ayam Panggang Ala Bbq

Alahai, bila kita scroll balik my masak2 photos banyak lagi rupanya gambar2 yang belum diedit(bubuh nama & title & size) yang masih belum dimasukkan dalam blog kita ni...salah satunya gambar ayam panggang nilah..nak tahu bila kita masak ni?..Bila kita click kat gambar tu..rupanya tahun lepas bulan April..hahaha..
Hinggakan kita terlupa nama lauk ni...nasib baik kita dah save kat dalam draft recipenya siap dengan linknya sekali...
Bila click kat link recipe asal..macam the web address under construction gitu..tak apalah mungkin tengah dikemaskini agaknya..Sukatannya tu..kita agak2 untuk 4 ekor spring chicken base on the sukatan dibawah....Apa2pun another recipe ayam panggang sedap yang boleh dicuba kan...:)

Ayam Panggang Ala Bbq
Sources:- Rasakarangkraf.com 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi ayam tanpa lemak-(Ayu gunakan 4 ekor ayam griller(spring chicken) dipotong 4)-(Ayu lumurkan dengan air jus limau untuk hilangkan hanyir)

BAHAN PERAPAN:

  • 5 biji bawang merah l diksar halus
  • 2 ulas bawang putih l dikisar halus
  • 2 batang serai l dikisar halus-(Ayu gunakan 5 batang serai semuanya dikisar halus)
  • 2cm halia l dikisar halus
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1 Gaulkan isi ayam dengan semua bahan dan perapkan selama sejam.

2 Setelah ayam diperapkan, bakar ayam pada suhu 180∞c selama 25 minit. Selepas 15 minit pertama, alihkan ayam supaya ayam dibakar lebih sekata

3 Ayam bakar sedia dinikmati.


Monday, September 22, 2014

Nasi Rawon Set

Assalam, beberapa hari yang lalu...tekak terasa nak makan nasi rawon...kebetulan mak kita ada beli buah keluak kat geylang...dah lama juga beli tapi tak buat2, nasi rawon ni...bukan apa..kalau nak buat nasi rawon mestilah kena dengan set lauk2nya barulah sedap dan lengkap...
Kalau ramai kat rumah memang berbaloilah buat nasi rawon..sebab nak mengerjakan lauk2nya tu yang makan masa..kalau sekadar 2-3 orang aje yang nak makan...kita syorkan BELI sudah...hahaha...

Cuba tengok lauk2 yang kita sediakan dibawah ni...ah..dari pagi sampai kepetang dalam pukul 3 baru habis masak!!!..Mak kita kacau..kalau kita  meniaga nasi rawon..macam mana lah agaknya sampai kepetang baru siap..hahaha..sabor ajelah kan...itu pun nasib baik paru kita dah rebus sehari sebelum dan perapkan dengan rempah ratusnya..so the next day tinggal goreng aje...:)

Nasi rawon ni adalah sejenis menu orang jawa kalau tak silap kita...uniqenya yalah ia mengguna buah keluak dalam bahan2nya..Kalau teman2 nak tahu buah keluak tu apa..pernah dengar masakan baba & nyonya seperti 'Ayam Buah Keluak' tak?..ah samalah buah keluak yang digunakan dalam kuah nasi rawon ni..Rasanya nak cakap pun susah..kena cuba baru tahu..Check it out ok... 

Kalau google kat internet..recipe yang ada berlainan from each other..dulu pun kita pernah buat Nasi Kuah Rawon ni..tapi recipe dari bukulah dan add on dengan my mak punya tokok tambah...after trying this recipe..I would say I prefer this onelah...kelainannya sebab ada kerisik..sedapp..Lauk2nya pula..terpulang pada kita actually..kalau yang jual tu..ada sambal goreng, rendang daging dan sambal sotong kering..tapi kita cuma buat apa yang terdaya ajelah kat bawah ni...Dalam gambar ada serunding, tapi terlupa nak letak sambal belacan..maklum ler dah banyak sangat lauk nak interframe...tapi this are the basicslah..sambal belacan dan serunding tu mesti ada..barulah terangkat hehehe...

Oklah terimakasih buat Bro Rozzan for sharing this recipe..Kita panjang2kan disini pula ya bro..memang sedap kuah rawon ni..oh kita pun guna daging biasa aje sebab anak2 & kita tak makan tetelan..tapi my parents & Mr Hubby makanlah...Since this menu memerlukan tenaga yang banyak untuk memasak..so kena ikut tekak tukang masak untuk penggunaan daging dalam  kuahnya tu(aku punya sukalah kan)..heheheh



KUAH RAWAN / RAWON
Sources:-From Bro Rozzan 
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahannya
1 kg tetelan (potong kecil-kecil, direbus dgn air sehingga masak)
(saya gunakan daging sbb anak2 tk makan tetelan- Ayu pun)- simpan air rebusan daging ini utk dijadikan kuah

Bahan-Bahan Kisar
20-25 tangkai lada kering (direndam dan kisar dgn secukup air hingga halus)

3 biji cili padi -(Ayu tambah)
2 biji bawang besar (saiz besar)
12 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sm lengkuas
2 sm halia
2 sm kunyit hidup
1 sudu makan lada hitam }
3 sudu makan ketumbar }
1 sudu makan jintan halus }
1 sudu makan jintan kasar } ....sangar kering dan kisar



7-8 biji isi buah keluak (kisar atau tumbuk dgn sedikit air)
3 sudu makan kerisik
sedikit air asam atau gunakan asam keping-(Ayu guna 2 asam keping)
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

4 helai daun salam
10-12 helai daun limau purut
minyak utk menumis

Cara:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing

2) Masukkan pula daging/tetelan bersama air rebusan, kerisik, buah keluak, daun salam/limau dan garam. Kemudian bubuh asam keping atau sedikit air asam. (jgn terlalu masam)

3) Setelah itu, masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar sehingga kuah mendidih lalu matikan api.

Nota:
Nasi Rawan enak dimakan dgn lauk-lauk seperti berikut :
Daging Rendang, Limpa Goreng, Paru/Tempe Goreng, Sambal Tumis Sotong Kering, Sambal Belacan, Bagedel, Acar Timun, Kacang Ikan Bilis Sambal, Kerepek, dll.


--------------------------


KACANG IKAN BILIS BERSAMBAL
Bahan2
20-25 tangkai lada kering - rendam (abt 1 cawan lada kisar)
2 biji bawang besar (saiz sederhana)
sedikit belacan }
kesemua bahan di atas dikisar bersama

air asam
garam & gula secukup rasa-(Ayu guna 1 sudu besar gula)
ikan bilis (digoreng)
kacang tanah (digoreng)
minyak secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Kemudian bubuh sedikit air asam lalu masukkan gula dan garam. Sesuaikan rasanya. Biarkan sambal ini agak pekat sedikit. Matikan api dan sejukkan sebentar. Akhir sekali, masukkan kacang dan ikan bilis dan gaul rat-rata.

Nota:
Kalau sambalnya cair, ikan bilis dan kacang goreng tadi akan lekas menjadi lemau/ tidak garing. Sebaiknya, bila nak makan barulah di gaul ssambal bersama kacang/ikan bilis tadi.


-------------------------


ACAR PADANG
2 batang timun (hiris serong-serong)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)

Bahan Kisar
4 ulas buah keras
3 ulas bawang butih
1 jari halia
1 biji bawang besar

4 biji cili padi -(Ayu tambah)
sedikit kunyit serbuk

Bahan2 Lain
4-5 ulas bawang putih yg kecil (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
8-10 ulas bawang merah (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
2 btg cili merah (buang biji dan hiris memanjang)
1 btg cili hijau (buang biji dan hiris memanjang)
gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

(Ayu gunakan 4 sudu besar cuka, 2 sudu besar gula)
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Bubuh cuka, gula dan garam dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Masukkan pula timun, lobak merah, bawang putih, bawang merah, cili hijau dan merah. Gaul rata-rata dan matikan api.


 -------------------------


BAGEDIL
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 biji kentang dipotong baji , digoreng, dilenyek dan ketepikan
1 sudu kecil serbuk lada putih

sedikit daun bawang dan daun sup dihiris
garam & sedikit serbuk perasa
bawang goreng secukupnya
1biji telur dikocok sedikit

Cara:-


Masukkan bahan2 semua kecuali telur. Ambil 1/2 sukatan dari telur yang telah dikocok tadi dan gaul rata dalam adunan kentang. Buatlah bebola kecil dan tekan sedikit ditengah supaya ia kelihatan sedikit leper. Celupkan bebola tadi dalam telur dan goreng hingga masak.Siap

 -----------------------------


  
PARU GORENG BEREMPAH
Bahan:-
500g paru direbus dengan sedikit halia kisar 
serbuk kunyit
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
serbuk jintan halus
sedikit halia kisar
sedikit bawang putih kisar
sedikit bawang kisar
serbuk kunyit
sedikit cili kisar
garam & sedikit perasa

Cara:-
Rebus paru dengan sedikit halia kisar. Angkat dan toskan. Hiris paru nipis2..gaul dengan bahan2 dan perap beberapa minit sebelum digoreng.. Goreng garing .Siap.

--------------------------------



SAMBAL TUMIS TELOR
Ingredients:-
Boiled eggs - amount as according to your consumption

Blend together :
15(or more) dried chilles - seeded,soaked to soften or microwave for 10mins in a bowl of water
a really huge pinch of belachan(shrimp paste)
5-6 cloves of garlic
2-3 big onions
1 tbsp of ikan bilis(anchovies) granules-(Ayu used 1 handful of anchovies)

1 heaped tbsp of tamarind-add some water and knead to produce some juice
3 tbsp sugar or to taste (add more if chilli is too hot for u)-(Ayu added 1 tbsp)
salt to taste

Heat sufficient oil in wok(it's ok if u add too much-u can always scoop it out after cooking)and saute blended ingredients.Make sure it's cooked (tumis sampai betul2 pecah minyak),stirring continuously.Add tamarind juice,sugar and salt.Add some water if u like some gravy but the consistency shudn't be too dry nor too dilute.Taste to suit yr liking. Add the bolied eggs (u may fry the boiled eggs for a more unique texture).Coat gravy over eggs and simmer for a few minutes bf turning off the heat.Serve.
 ----------------------------


TEMPE GORENG KUNYIT
Tempe secukupnya, digaul kunyit, sedikit cili kisar & garam. Goreng hingga garing. Siap untuk dihidang.

Sunday, September 21, 2014

Daging Sekilo Bawang Sekilo

Kita cuma tahu kewujudan lauk ni bila teman2, ada mengatakan lauk ni sedap diFB tak lama dulu....tak pernah pulak kita baca post Amie for this..mungkin kita terlepas pandang dan tak perasan akan posting Amie ni..tengok dan dengar bawang sekilo aje..macam tak percaya pulak kan..hehe..
tapi am I glad I tried this recipe..memang sedap dan rasa lain dari yang lain..penggunaan bawang dalam bahan nilah yang kasi lauk ni sedap ... 'manis' dari bawang tulah yang memang blends in dengan manis daging ...sedapp...Walaupun waktu memasak lauk ni makan masa sikit tapi berbaloi dan senang nak prepare, kita masak ni sebelum puasa kemarin cuma lambat nak masukkan keblog ni.... Beberapa teman dah cuba rasanya kan..Thank you Amie dan teman2 yang telah meuar2kan lauk ni ya..Minta izin dipanjang2kan disini pula ya..

Bawang Sekilo Daging Sekilo
Sumber : Imelda Shahriah Ishak
Olahan : Amie's Little Kitchen
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction 

Bahan :
1 kg daging - potong kecil-kecil
500ml  santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 kg bawang besar - potong kasar-kasar -(Ayu gunakan 600g aje..sebab bawang tak cukup..hehe)
15 biji lada merah - potong nipis-nipis
3cm halia - tumbuk
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
garam & gula / perasa pilihan
minyak
1 sudu teh pati asam jawa - pilihan (kali ini Amie cuba tambahkan asam jawa)-(Ayu gunakan 2 keping asam)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.

Biasanya Amie mengambil masa selama 2 jam untuk memasak Daging Sekilo Bawang Sekilo tidak termasuk waktu menyediakan bahan.


Nota :

Jika dilihat dalam gambar di atas, warna merah itu ialah hirisan cili merah. Cili merah tidak perlu dikisar tetapi hanya dihiris. Begitu juga dengan bawang besar. Walaupun kuantitinya banyak iaitu 1 kg, tetapi hanya perlu dipotong atau dihiris kasar sahaja. 
Proses memasak selama 2 jam dengan api perlahan dapat menghancurkan kedua-dua bahan hirisan tadi. Kuantiti sebenar hasil Daging Sekilo Bawang Sekilo (daging dan bawang 1 kilo) setelah dimasak, boleh dilihat dalam mangkuk di atas.

Friday, September 19, 2014

Chicken Pies


Assalam chicken pies ni kita buat dah lama ..tahun lalu..kita ingat time tu kita sekeluarga, nak pergi bercuti di Bali..so this was our snacking kat sana...Resipi ni pun dah lama kita dapat dari blog Zaliana..infact sebelum kita ada blog dah pernah buat chicken pies ni...the reason kita guna recipe ni sekali lagi sebab ia sangat kena dengan selera kita...

Dulu, sewaktu kita masih ditingkatan 4, semasa menunggu results 'O' level lah gitu..kita ada kerja part time disebuah 'snack bar' disalah satu bowling alley disini..disnack bar tu ada jual chicken pies, beef pies, curry puffs ala2 macam Polar Bears punyalah...staff boleh beli dengan harga staff price...so kita belilah dan sangat suka dengan rasanya...this chicken pies yang kita buat ada seakan2 dengan rasa chicken pies yang pernah kita jual dulu..hehe

Resipi asal gunakan ramekins...tapi kita gunakan nordicware yang dalam gambar tu...
kita dah lupa berapa adunan yang kita buat for this inti..tapi rasa2nya 1 adunan dah cukup kot...
Kalau nak cuba agak2lah ya berapa banyak nak buat...:)


Chicken Pies
Adapted from Chicken Pot Pies
Sources:-From Zaliana@Jurnal Rasa
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan
( Untuk 3 bekas ramekin bersaiz 1 cawan)

Untuk Puf:
Gunakan Paratha Segera

Untuk Inti:

1 biji bawang merah-(Ayu guna 1 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih
200 gram isi ayam
300 ml susu rendah lemak
1/2 cawan air
1 biji kentang potong dadu
1 biji lobak merah potong dadu
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh rempah soto
Sedikit daun sup.


 Cara-cara:
1) Tumis bawang putih dan bawang merah hingga masak.Masukkan garam,rempah soto.Kemudian masukkan isi ayam.
2) Bila isi ayam sudah masak, masukkan kentang dan lobak merah. Masukkan larutan tepung gandum. Masukkan susu dan tunggu hingga masak.
3) Tambahkan air bila kuah kelihatan pekat.
4) Masukkan inti yang telah siap ini kedalam bekas.
4) Kemudian tutup permukaan bekas (ramekin) dengan puff. Pastikan potong lebih sikit dari mulut ramekin.
5) Sapu sedikit telur(Ayu gunakan kuning telur aje) dan bakar dalam oven hingga masak.


Thursday, September 18, 2014

Kuey Teow Goreng Sardin

Assalam, remember about the tahlil yang my guys pergi sebelum puasa kemarin?..Ok, selepas tu dia orang  ada bawa balik oleh2 dari tempat bacaan tu..One of the food yang dia orang bawa adalah kuey teow goreng...pada mulanya kita ingat it was just kuey teow goreng macam biasa..sekali bila kita try sikit..ermmmm eh ada rasa macam sardinlah dalam bahan2nya tu..then kebetulan malam dah kenyang...so kita pun letaklah dalam fridge thinking the next morning ingat nak panaskan dan makan for breakfast...Sekali rupanya..my mum pagi2 lagi dah buang!!..sayangnya kita kata..huhu..menangis tak berlagu..Kita bertekad nak buat sendiri ...
So macam biasa, kita kalau nak buat recipe yang belum pernah kita masak kita akan google mana tahu ada recipenyakan...tapi mostly recipe menggunakan sambal sardin aje then add on with the rest of ingredients..so base on that kita adjustlah ikut rasa2 apa yang kita rasa kuey teow yang dah kena buang tu..So below recipe adalah apa yang kita came out with...
Alhamadullilah..bertambah2 anak2 & Mr Hubby makan..Hasif tanya ada lagi tak..then Mr Hubby cakap nanti masak lagi...Kita tanya dia orang sedap ke?..Dia cakap sedapp..hehehe...
Imagine lepas tu dah 3 kali kita masak kuey teow goreng sardin ni...kalau teman2 nak cuba silakanlah ya...:)

Kuey Teow Goreng Sardin
Tried & Tested:-Ayu@curlybabsesatisfaction
Bahan:-
1kg kuey teow
1 tin sardin -270g ambil isinya sahaja buang tulangnya juga.
3 keping fish cake dihiris nipis
3 biji bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang merah dihiris
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil halia kisar
2-3 sudu besar jus limau
1 senduk nasi cili kisar
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
air secukupnya
garam & perasa secukupnya
kicap manis (optional) - Ayu tak letak

Cara:-
Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar hiris hingga naik bau dan layu. Tolak ketepi kuali, masukkan cili kisar, halia kisar, bawang kisar, tumis lagi hingga garing. Kaup balik bawang hiris tadi dan gaul rata. Masukkan ikan sardin sahaja, jus limau kacau dan hancur2kan. Masukkan fish cakes. gaul lagi. Kalau kering tambah sedikit air. Masukkan kuey teow, batang sawi & gaul rata. Perasakan dengan garam & serbuk perasa, kicap manis(Optional). Masukkan sawi, taugeh gaul rata. Bila dah sekata dan secukup rasa, boleh matikan api. Siap untuk dihidang.

Monday, September 15, 2014

Soft Marble Cake


Assalam, beberapa hari yang lalu, tekak terasa nak makan cake..singkap balik blog kita ni..browse through recipe2 yang telah dicuba...rasa nak buat Soft Marble Cake lah pulak...time pertama kali kita buat dulu...kita terset the temperature terlalu tinggi sebab waktu tu..kita tak berapa sure sangat my oven temperture cos, consider oven baru beli juga... So bila dah masak  atas kek kita macam merekah ler hehehe..tapi was happy with the taste... since then on tak buat lagi  kek ni..tapi kita buat the next time dengan adding banana dalam bahan2 tu..terhasil lah Banana Soft Marble Cake...This time, kita buat lagi tapi kita adjusted temperaturenya lower dan kurangkan lagi sukatan gulanya tu..so this time it is much better and quite satisfied with the cake..sedapp...:)
Jadilah cake untuk mamam for the family ...:)


Soft Marble Cake
Sources:- Aini Salim via Noreen@my home cooking
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor-(Ayu gunakan 200g)
260gm tepung gandum
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna

cara:

  1. griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform.(Ayu gunakan loyang nordic ware) ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  3. satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
  4. kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
  5. masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
  6. keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
  7. masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
  8. ulangi sehingga habis adunan digunakan
  9. ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
  10. kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak-(Ayu bakar pada suhu 150c sehingga masak)
  11. setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  12. selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi