Tuesday, September 23, 2014

Ayam Panggang Ala Bbq

Alahai, bila kita scroll balik my masak2 photos banyak lagi rupanya gambar2 yang belum diedit(bubuh nama & title & size) yang masih belum dimasukkan dalam blog kita ni...salah satunya gambar ayam panggang nilah..nak tahu bila kita masak ni?..Bila kita click kat gambar tu..rupanya tahun lepas bulan April..hahaha..
Hinggakan kita terlupa nama lauk ni...nasib baik kita dah save kat dalam draft recipenya siap dengan linknya sekali...
Bila click kat link recipe asal..macam the web address under construction gitu..tak apalah mungkin tengah dikemaskini agaknya..Sukatannya tu..kita agak2 untuk 4 ekor spring chicken base on the sukatan dibawah....Apa2pun another recipe ayam panggang sedap yang boleh dicuba kan...:)

Ayam Panggang Ala Bbq
Sources:- Rasakarangkraf.com 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi ayam tanpa lemak-(Ayu gunakan 4 ekor ayam griller(spring chicken) dipotong 4)-(Ayu lumurkan dengan air jus limau untuk hilangkan hanyir)

BAHAN PERAPAN:

  • 5 biji bawang merah l diksar halus
  • 2 ulas bawang putih l dikisar halus
  • 2 batang serai l dikisar halus-(Ayu gunakan 5 batang serai semuanya dikisar halus)
  • 2cm halia l dikisar halus
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1 Gaulkan isi ayam dengan semua bahan dan perapkan selama sejam.

2 Setelah ayam diperapkan, bakar ayam pada suhu 180∞c selama 25 minit. Selepas 15 minit pertama, alihkan ayam supaya ayam dibakar lebih sekata

3 Ayam bakar sedia dinikmati.


4 comments:

LiNa_Pg said...

Sedapnya ayam panggang ni..nampak tender n juicy...ratah pun sedap

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Ayu...

Cemana ek, orang buat ayam panggang nampak cantik, mama buat ayam panggang selalu ala ala ayam rentung je... muahahaha... sabor je la

Ayu said...

linapg - ayam panggang ni memang ada yang ratah aje...tapi yang ni akak bakar macam terkering sikit...huhu...

Ayu said...

mamafami - walkslm, hahahah..actually kan mama, samalah kita sekapal...kalau panggang ayam susah nak nampak cantik...yang ni tertanggal2 susah betul nak dapat seekor bulat2 macam omputih gitu..heheh...