Tuesday, September 09, 2014

Talam Berlauk

Assalam, minggu ni anak2 semua ada dirumah..cuti seminggu sebelum bermula penggal ke empat minggu depan..so computer ni fully bookedlah dari pagi sampai ke petang.. kita kalau nak update blog memang kena tunggu malamlah baru boleh...so siapkan kat draft then scheduled posting as usual..yang selalu update tu memang macam tulah..hehehe...walaupun anak2 kesekolah, tapi disebabkan Marsya bersekolah disebelah petang.. waktu pagi  sibuklah menguruskan dia dan memasak..memang confirmlah tak dapat nak duduk depan pc..

Anyway.. inilah kuih yang kita buat dipemulaan puasa kemarin untuk dibawa ke satu majlis tahlil..pada mulanya kuih ni was not in plan..tapi disebabkan brownies yang suppose untuk dibawa rosak so terpaksalah kita tukar ke plan B!!..google recipe..bekenan dgn kuih talam berlauk Sheila ni sebab ia gunakan udang...kita cuma ada 21/2 jam aje untuk menyiapkannya dari sukat tepung, potong2 bahan hinggalah packaging ready to go...macam lipas kodong ah kita buat kerja..siapa lalu kat dapur aje kena rempuh dengan kita..hahaha...

Selepas dah siap tu..kita tayangkan kipas angin full blast..supaya kuih cepat sejuk dan senang nak potong...alhamdullilah kita managed to siap on time!!..
Bila semua dah siap packaging..off the kuih go...barulah boleh tarik nafas panjang..dan menikmati kuih yang sangat sedap ni..Honestly this is the best kuih talam berlauk I have ever eaten..sedapp..
lembut, secukup rasalah pada kami...selalunya yang biasa kita nampak kuih talam berlauk toppingnya adalah daging cincang kan..tapi yang ni gunakan udang..itu yang membuatkan kita nak mencuba..lagipun tengok recipe senang aje nak buat dan bahan2 semuanya ada kat rumah..
Terimakasih Sheila berturut2 recipe dari dapur Sheila kita cuba..kita mohon dipanjang2kan disini pula ya...:)

Talam Berlauk
Sources:-From Sheila@Spices Journey
Tried & tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(Ayu gunakan loyang 10" )
3 cawan tepung gandum
200ml santan cap ayam - atau 1 cawan santan segar pekat
4 cawan air - atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)  


Untuk Lauk:-
Udang size kecil dalam 200g (ikut suka)-(Ayu gunakan udang sederhana besar tapi dihiris dua dan dipotong dadu)
8 ulas bawang merah-(Ayu lebihkan)
2 ulas bawang putih-(Ayu lebihkan sedikit)
1 sudu besar udang kering(ditumbuk)
2 biji cili merah-(Ayu campur gunakan cili padi merah) 
 sediit daun sup dan daun bawang
sedikit serbuk lada sulah
sedikit gula(dalam 1/4 sudu kecil)
garam secukup rasa (lebih kurang 1/2 sudu kecil)
sediki minyak untuk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi


Cara:-
Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup & daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Goreng bawang merah & bawang putih hingga  kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yang dibuang kulit & cili merah. Bubuh sedikit gula, lada sulah dan garam secukup rasa.Bila udang sudah masak tutup api dan masukkan  bawang yang telah digoreng tadi bersama daun sup & daun bawang gaul rata. Ketepikan.

Satukan bahagian bawah dan blend. Tapis dan tuang kedalam bekas, ketepikan. Asingkan sedikit dalam suku cawan. Kukus dalam 15 minit dulu. Kemudian buka dan tabur bahan lauk yang telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yang telah diasingkan tadi sedikit demi sedikit keatas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi. Setelah sejuk barulah dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.


6 comments:

Monica Rampo said...

Kak Ayu,

belum lagi resep-resep lama kak ayu dicoba, sudah muncul resep baru yang lezat ini.
Alamak, kalau saja tak malas, bisa-bisa saya masak terus ini.

Hmmm kemarin lihat birthday cake-nya kak Ayu, membayang-bayang seandainya kak Ayu ada dekat sini, tak payah buat sendiri, tinggal minta saja sama kak Ayu..ha ha ha

Ayu said...

Monica - hahaha...tak apa Monica,
bookmarked aje mana yang nak dicuba..you know where to get it kan..bila2 boleh dicuba...
hahaha..kalau dekat ya minta aje cake birthday tu ya...hehehe

Shiela said...

alaahaii ayu.. i pulak yg terliur..

Ayu said...

sheila - sedap talam ni sheila..thank you for the recipe!

Shereen said...

Hi Ayu,
Just to let you know this talam berlauk very sedap la. Berbaloi cuba. The talam part was just nice, not too lembik and not too keras. Best part is senang potong and look very cantik. Thank you for sharing:))

Ayu said...

Shereen - ah sedap kann?..hehe memang berbaloi buat ni..yes the talam part not too lembik not too keras..thank you juga sudi mencuba..my pleasure dear..:)