Monday, October 24, 2016

Rendang Daging III Padang Pariaman

Assalam, rendang daging ni kita dah buat beberapa kali dah..time raya hari tu dan open house pun kita buat guna recipe ni..Alhamdullilah dapat pujian..huhu..
Rendang Pariaman ..memang tidak asing lagi kalau siapa2 yang suka makan nasi padang kat Singapore, pasti tahu menuju ke warong/ kedai/restaurantnya memang terasa kesedapan rendangnya yang famous amos tu....versi original gelap warnanya....apa2pun ini versi kita..kita adjust ikut selera ..resepi asal dari Indonesia ni ...Bahan  yang memberi kelainan ialah penggunaan  serbuk buah pala dalam rendang..daun kunyit kita guna lebih siikit..sedapppp pada kami...cubalah kalau nak tahu macam mana rasanya....oh ya rendang ni tak tumis ya..


Rendang Daging III Padang Pariaman
Adapted From Rendang Padang Pariaman Empuk & Enak
Sources:- Resep Rendang Indonesia
Adjusted,Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction 
2 kg Daging dihiris ikut suka

5 buah keras
5 bawang putih
10 biji bawang merah +1 biji bawang besar
1-2 inci halia
2 cm kunyit hidup
Sehiris lengkuas
3 batang serai
30 cili padi(ikut kepedasan sendiri)
3 tbsp cili kisar
(Blender semua)

4 helai daun kunyit dihiris nipis
2 Kotak santan pekat
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp serbuk buah pala
2 Asam keping
3-4 sudu besar kerisek
Air secukupnya
Garam & perasa
1 ketul sebesar ibu jari Gula melaka atau ikut suka

Cara:-
Masukkan bahan2 kisar,serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, ketumbar serta serbuk buah pala ke dalam kuali. Tambah air serta santan cair biarkan mendidih. Masukkan  daging biarkan lagi hingga daging empuk dan masukkan santan pekat, asam keping, serta separuh dari hirisan daun kunyit. Gaul rata supaya tidak berkerak. Guna api sederhana dan biarkan reneh hingga kuah pekat masukkan keresik & gula melaka, masukkan lagi separuh hirisan daun kunyit serta perasa kan dengan  garam & serbuk perasa.Renehkan lagi hingga kepekatan yang di inginkan. Matikan api. Siap.

10 comments:

adda syuhada said...

suka sangat....

LiNa_Pg said...

Aduh terliur sungguh tgk rendang k.ayu ni..lama x mkn rendang..

Monica Rampo said...

ahai kak Ayu buat rendang... duh enak sekali kak kelihatannya.. memang kalau masak sendiri bisa sesuai selera kita ya kak..

Phong Hong said...

Looks great! Can't wait to try :)

Bannister Road said...

sedap ni, nanti nak buat la ..tq for the resepi..

Ayu said...

adda
samalah akak pun suka...:)

Ayu said...

Lina
hehehe...rendang kalau kat rumah akak memang rakyat jelata suka ni..:)

Ayu said...

Monica
betul tu Monica, kalau masak sendiri ..ikut selera sendiri jugalah kan..
tambahan serbuk buah pala ni..adalah tips dari seorang pembantu jual nasi
padang yang asal dari padang...:)

Ayu said...

Phong Hong
thank you Phong Hong...cubalah bila2 ya..:)

Ayu said...

Bannister Road
Your welcome...thank you too for leaving footprints..:)