Anyway, disebabkan dah buntu dan kebetulan Iqram ada request nak makan 'nasi briyani'..kita cuba masak Nasi Aswan ni.. dapat dari buku Asmah laili another nasi yang harus dicuba teman2 tau..sedapp sangat...Mr Hubby tak berbuka dirumah waktu ni ..so boleh kita semua makan nasi..hehe..sahur ajelah dia makan nasi ni..dia pun cakap sedapp..
Actually kita nak luahkan sedikit disini..didalam kita sibuk mengupdate ni..rupanya ada lagi aktiviti2 menciplak post2 diblog kita ni..Kita dah pergi dah ke website yang dimaksudkan, itupun dinotify dari seorang teman yang dengan tidak sengaja terjumpa link tu....Terimakasih pada teman yang beritahu tu ya..Kita sebenarnya dah penat nak handle perkara macam ni lagi..Bila diselak balik, samalah macam terjadi tahun lalu..semua diciplak lagi..Kita dah tak larat nak tutup blog kita ni..UDAH CAPEK!!!..Kalau udah berbahasa begitu udah tentu tahukan website yang dimaksudkan dari mana ya..:(
Nasi Aswan
Sources:-From Asmah Laili
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg beras basmati (cuci bersih & rendam selama 10-15 minit)-(Ayu gunakan 61/2 cawan)
Air mengikut paras beras-(Ayu gunakan 7 cawan air)
1 ekor ayam(dibuang kulit, lemak & dipotong 10)-(Ayu gunakan 11/2 ekor ayam)
*5 biji bawang besar
*8 ulas bawang putih
*2 jari halia muda
*10 biji tomato segar-(Ayu gunakan 6 biji besar aje)
(*bahan dipotong dadu)
1 tin kecil tomato puree
10 biji buah pelaga dipecahkan-(Ayu guna 7 biji aje tidak dipecahkan)
5 kuntum bunga cengkih
5cam kayu manis
1 sudu teh serbuk lada putih-(Ayu gunakan 2 sudu teh)
1 cawan minyak canola-(Ayu guna minyak biasa aje dan agak2 aje)
1/2 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun pudina
1 sudu besar serbuk lada -(Ayu tambah sebab nak kasi warnanya merah sedikit sebab tomato yg Ayu gunakan tomato warna light oren)
garam & perasa secukupnya
Bahan Taburan:-
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan hirisan badam goreng-(Ayu tak letak)
1/2 cawan gajus goreng belah dua.
Caranya:-
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga naik aromanya. Masukkan bahan2 dadu dan amsaklah selama 5-10 minit. Setelah lembut masukkan pula kepingan ayam, tomato puree, garam. perasa. serbuk lada putih, daun ketumbar dan daun pudina. Gaul rata dan biarkan sehingga ayamnya 3/4 masak. Keluarkan sosnya dan ketepikan -(Ayu ambil 6 senduk nasi sos nya).Ini hendak dimasak dengan nasi. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayamnya sehingga lembut dan enak. Matikan api.
Seterusnya, tuangkan beras kedalam periuk masak letrik. Tuangkan air yang diperlukan, masukkan sekali sos yang dikeluarkan tadi dan kacau rata. Masukkan garam dan masaklah nasi sehingga tanak.
Cara menghidang- isikan nasi dalam pinggan. Letakkan sekeping ayam diatasnya. Taburkan bawang goreng, badam goreng dan gajus goreng. Enak sekali dilawankan dengan acar limau dan dalca sayur.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLntZxQ321OKvZDZqrTQnfIOXS99C8D3hlHbKokTyoVesM4bf3YfQajI2Up7z0rlE0lh2VOYi3IzMHRYxXQxJmUR2zoqfvgpzWGoHiRHf3KQL7PpBqZidnoy2U4IWQyPI61wmoZi7-FREV/s640/acar+telur+burung+1+blog.jpg)
Acar Telur Burung
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
30 biji telur burung direbus dan dibuang kulitnya
1 batang timun dihiris panjang
1/2 batang lobak merak dihiris panjang
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang merah biarkan sebiji
3 biji bawang putih biarkan sebiji
1 biji lada merah dihiris serong
1 biji lada hijau dihiris serong
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cuka
2 sudu besar sos tomato
sedikit kunyit
2 sudu besar biji sawi
1 sudu besar gula
garam & perasa secukupnya
Caranya:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar hiris hingga naik bau,masukkan bahan2 kisar, bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar dan sedikit kunyit masak hingga naik minyak dan garing.
Masukkan bawang merah sebiji2, bawang putih sebiji2,sos tomato, biji sawi, cuka, gula, garam & perasa.
Masukkan, telur burung rebus, lada merah hiris, lada hijau hiris, timun & lobak merah..Kacau hingga rata dan sekata.Bila dah siap boleh matikan api.Siap untuk dihidang.