Thursday, October 25, 2012

Ayam Afrika

Dah lama rasanya tak masak ayam masak kicap, cuba recipe ni for the kids..Sedap dan kena dengan selera kami..Cuma lauk ni dia kering tak macam lauk ayam masak kicap yang biasa tu..Kalau nak berkuah tambahlah sos2nya dan air..

Ayam Afrika
Sources:-From  acucita@myresipi.com
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-(untuk 4-5 orang)
  • Ayam setengah ekor potong kecil-(Ayu gunakan 500g dada ayam)
  • Ubi kentang 3 biji – hiris kasar atau potong ikut suka
  • Bawang merah 3 biji – dihiris*
  • Bawang putih 2 bj – di hiris*
  • Halia 1/2 ibu jari – dihiris*
  • Serai 2 btg – dititik*
  • Bawang besar sebiji- hiris bulat
  • Lada hitam 1 sudu kecil di kisar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap pekat masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu 
  • cili padi Ayu campak aje-(Ayu tambah) 
  • 2 biji jus limau sambal-(Ayu tambah)
  • sedikit air-(Ayu tambah)
  • Garam secukup rasa-(Ayu tak letak sebab ayam dah diletak garam kunyit sebelum digoreng)

Cara-cara

  1. Ayam digaul bersama serbuk kunyit, sedikit garam,sedikit kicap masin dan kicap manis.
  2. Goreng ayam tersebut dengan api perlahan hingga cukup masak. Jika sukakan garing, boleh goreng lama sedikit.
  3. Goreng ubi kentang pula hingga empuk.
  4. Tumiskan bahan * hingga naik bau.
  5. Masukkan lada hitam.
  6. Masukkan kicap, sos tiram. Jika kurang masin tambah garam.
  7. Bila sudah mesra, masukkan ayam, ubi kentang dan hirisan bawang besar.
  8. Bila nak angkat masukkan madu, balik-balikkan ayam dan sedia untuk di hidang. Kalau inginkan lebih pedas boleh masukkan beberapa cilia api (dipotong kecil) sebelum diangkat dari kuali. Selamat Mencuba

4 comments:

Marsita yahya said...

Salam Ayu,
Thank you so much for trying my resepi yang tak seberapa ni....saya pun tak pernah entry resepi ni dalam blog saya cuma dalam myresepi je...dan lama pun tak buat.
www.my-mintroom.blogspot.com

Ayu said...

marsita - walkslm, wah ini recipe marsita ya..waduh!!! puan punya tanah rupanya..heheh..terimaksih juga sudi berkongsi recipe lauk yang sedap ni..memang sedapp!!..

Marsita yahya said...

TQ singgah ke rumah Mas ya..rumah Ayu pun hebat...nanti Mas selongkar lagi dan copy resepi Ayu lak...

Ayu said...

marsita - tq dear..sama2lah kita exchange ideas dan recipekan ita..