Thursday, October 25, 2012

Bawal Kecil Goreng Masam Manis

Recipe asal Bawal Kecil Goreng Manis, tapi disebabkan kita tamah buah tomato dalam menu ni jadilah masam manis sebab buah tomato yang masam..Recipe biasa2 aje tapi berselera juga bila kita makan panas2 selepas menggorengnya..Kunyah cili padi along the way.. lagilah best..

Bawal Kecil Goreng Masam Manis
Adapted from Bawal Kecil Goreng Manis :- trymasak.my
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1) Ikan bawal kecil (5 ekor)- (Ayu gunakan 10 ekor)
2) Sos tomato (1/2 cawan )-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
3) Pes cili (1 sudu)-(Ayu gunakan 4 sudu besar)
4) Bawang putih (1 ulas)-(Ayu gunakan 2 ulas)
5) Bawang besar (1 biji)
6) Cili dihiris nipis (2 biji)-(Ayu gunakan cili padi diketuk aje)
7) Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
8) Gula (secukup rasa)-(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)

1 biji tomato dipotong dadu-(Ayu tambah)


Perap ikan bersama serbuk kunyit dan garam, selama � jam.
Goreng ikan. Apabila garing, angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali sama, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan pes cili. Goreng hingga pecah minyak.
Masukkan garam dan kacau rata.
Masukkan bawang besar dan tumis hingga layu.
Masukkan sos tomato, (+tomato dadu)dan kacau sebati. Masukkan � cawan air jika masakan terlalu kering.
Masukkan cili dan kacau hingga layu.
Tuangkan sos tersebut ke atas bawal goreng.

No comments: